Rasulullah SAW bersabda di atas mimbar:
“Persiapkanlah semua kekuatan yang kalian miliki. Ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah.”
– Sahih Muslim Hadith no. 1917
“Persiapkanlah semua kekuatan yang kalian miliki. Ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah.”
– Sahih Muslim Hadith no. 1917
Dalam hadith yang lain Rasulullah SAW bersabda:
“Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda).”
– Hadith riwayat Muslim
“Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda).”
– Hadith riwayat Muslim
Bersabda Rasulullah SAW lagi:
“Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.”
– Hadith riwayat Bazzar dan Thabarani
“Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.”
– Hadith riwayat Bazzar dan Thabarani
Dari Ibnu ‘Umar, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Ajari anak-anak lelakimu renang dan memanah, dan ajari menggunakan alat pemintal untuk wanita”
– Hadith riwayat Al-Baihaqi
“Ajari anak-anak lelakimu renang dan memanah, dan ajari menggunakan alat pemintal untuk wanita”
– Hadith riwayat Al-Baihaqi
HIKMAH PADA MEMANAH DAN BERKUDA
Hikmah suruhan Rasulullah SAW untuk memanah (dan berkuda) ada dua sisi besar, iaitu sebagai;
i. Ketumbukan Persenjataan Perang.
ii. Kesiap-siagaan untuk Berperang.
ii. Kesiap-siagaan untuk Berperang.
KETUMBUKAN PERSENJATAAN PERANG
Relatif pada zaman baginda Rasulullah SAW, busur dan panah membentuk ketumbukan persenjataan perang yang terkuat, yang bertindak sebagai elemen ofensif utama dan juga sebagai elemen pertunjukan bala kekuatan tempur untuk mengerunkan musuh.
Pada sisi yang pertama, kita sudah berada 1430 tahun selepas zaman Rasulullah SAW, dari sudut ini, busur dan panah tidak mampu untuk menewaskan senjata api, kereta kebal dan lain-lain persenjataan perang moden. Ada ulama yang melihat katapanah (ar-ramy/ar-ramyu dalam bahasa Arab) dari sudut bahasa, iaitu lempar; maka diertikan melempar itu termasuk jualah apa-apa senjata lemparan (projektil) moden seperti pistol, senapang, meriam, jet tempur, drone, torpedo, misil, roket dan sebagainya. Maka difatwakan adalah wajib untuk penguasa kerajaan Islam mendapatkan jalan kepada senjata-senjata sedemikian sebagai elemen pertahanan negara. Walaupun hal ini adalah benar, namun ini bukanlah hujah untuk kita berbuat tergopoh-gapah melecehkan atau langsung meninggalkan sunnah Rasulullah SAW yang ada pada busur dan panah.
KESIAP-SIAGAAN UNTUK BERPERANG
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada mukmin yang lemah.”
– Hadith riwayat Muslim
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada mukmin yang lemah.”
– Hadith riwayat Muslim
Dari Amirul Mukminin, Umar al-Faruq ibn al-Khattab, Rasulullah SAW bersabda:
“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah.”
– Sahih Bukhari dan Muslim
“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah.”
– Sahih Bukhari dan Muslim
Umumnya ramai yang menta’wil hadith ini untuk menyesuaikannya dengan konteks masa. Dengan membuat analogi secara ringkas; di mana berkuda dinisbahkan kepada memandu kereta/motor, memanah kepada menembak dengan senjata api, sedangkan berenang itu sudah tidak tahu hendak dinisbahkan kepada apa pula. Walhal, ini hanya sebahagian dari konteks hadith. Walaupun memanah itu juga adalah satu bentuk kemahiran asas yang diperlukan untuk berburu, maksud yang lebih besar pada hadith ini adalah supaya mempersiapkan generasi baru dengan keupayaan untuk berperang, dengan mempelajari kemahiran bersenjata dan membina kekuatan dan ketahanan tubuh badan supaya sentiasa bersiap-siaga untuk menyahut seruan jihad fi sabilillah.
Elemen-elemen di dalam berkuda, memanah dan berenang membentuk regim latihan komprehensif untuk kemahiran berperang dengan meningkatkan kesihatan, kekuatan, kepantasan, stamina, keseimbangan dan ketahanan tubuh badan, menajamkan tumpuan pancaindera untuk melahirkan kordinasi pergerakan dengan pantas, tepat dan jitu secara bersahaja. Malah latihan sedemikian juga bertujuan memupuk sifat sabar, tenang dan meningkatkan keupayaan untuk memberi tumpuan dalam situasi-situasi yang mencabar.
Hadith-hadith berkenaan memanah sebenarnya bermaksud untuk melahirkan pejuang-pejuang Islam yang berkualiti yang sentiasa berada pada keadaan bersiap-sedia dengan kekuatan dalaman dan luaran. Pejuang-pejuang ini sentiasa berada pada jalan amar ma’aruf nahi munkar walaupun pada masa-masa aman.
Dalil Al-Quran
“Dan janganlah orang-orang yang kafir itu menyangka mereka akan terlepas (dari penguasaan dan balasan Allah); sesungguhnya mereka tidak akan dapat melemahkan (ketentuan Kami) (59).Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang dipersiap untuk berperang, untuk menggentarkan (dengan persediaan itu) musuh Allah dan musuh kamu serta yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya dengan cukup kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya (60).”– Surah Al-Anfal (Harta Rampasan Perang)
MEMANAH SEUMPAMA BERJIHAD?
Pada suruhan memanah dan berkuda itu sebenarnya bertepatan dengan maksud supaya mempersiapkan diri untuk jihad qital fi sabilillah; baik dengan kemahiran dan juga persenjataan. Dalam konteks hari ini, ia amat relevan untuk proses mendapatkan kemahiran berperang walaupun bukan semestinya akan berjuang dengan senjata busur dan panah itu sendiri. Mereka yang tiada persiapan untuk berjuang adalah manusia lemah yang akan menadah batang leher dengan percuma apabila datang keadaan yang huru-hara dengan secara tiba-tiba.
Seperti halnya seorang penuntut ilmu itu tetap berada pada jalan Allah, tidak penting samada dia belajar kitab kecil atau kitab besar, baru bermula, di tengah-tengah atau hampir khatam. Yang utama adalah untuk berada di dalam perjalanan menuntut ilmu, khatam pengajian itu sudah hal nombor dua. Asalkan seseorang itu istiqomah dan berniat belajar sehingga selesai maka dia sudah mendapat jaminan di atas usahanya untuk berada pada jalan Allah. Apabila dicabut nyawanya ketika itu maka insyaAllah dia mati berada di jalan Allah.
Seseorang itu berusaha dengan menuntut ilmu sedangkan kesempatan beramal dengan ilmu tersebut adalah anugerah dari Allah.
Maka demikianlah juga dalam membuat persiapan untuk berjihad. Padahal jihad itu adalah bersusah-payah pada urusan agama. Dengan i’tikad yang benar, bersungguh-sungguh dan istiqamah, sesiapa yang beramal dengan ayat-ayat Allah dan sunnah Rasulullah SAW dalam memanah, maka dia telah berusaha pada jalan jihad (dan terpulanglah kepada kehendak Allah untuk meletakkan dia bertemu musuh dan syahid di medan perang).
…bersambung di artikel seterusnya.
credit to : http://arramy.com/artikel/memanah-pada-bersiap-siaga-untuk-berperang/
No comments:
Post a Comment