Wednesday, December 15, 2010

PESAKA MERDEKA

PESAKA MERDEKA
Bergalang Tanah Bergadai Pesaka
Rebah Bangun Lintang Tiarap
Terlentang Minum Embun
Meniarap Makan Tanah
Bumi Pertiwiku
Tetap diperjuang
Maruah Agama
Setia digalas dipertahan

Maruah Bangsa dan negara
Dikandung Badan
Demi Kedaulatan
Negara Merdeka
Merdeka dari Penjajahan
Minda yang menjarah
Merdeka dari Perhambaan
Ekonomi yang Memerah
Merdeka dari Penindasan
Politik yang Serakah
Tanahairku Mesti bangkit
Mendongak Dagu maju
Membina Masa Depan
Gemilang dan Maju
Membina Negara
Munajat Redha dan Restu
Aku , Engkau , Kamu
Adalah Anak Merdeka
Ayuuuuuh !
Tuntutlah Ilmu Binalah Jiwa
Jangan Alpa Usah Leka
Amanah Ummah Merdeka

Adalah dibahu Kita
Amanah Negara Merdeka
Adalah dibahu Kita
Amanah Nusa Bangsa
Adalah dibahu Kita
Merdekalah Jiwa
Merdekalah Minda
Merdekalah Bangsa
Merdekalah Negara
Merdekalah Kita

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Atas Lebar Hamparan
Tanah Tumpah Air Insan
Merekah Bumi Gersang
Tandus Nilai Kasih Sayang

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Menebus Maruah Balar Tercalar
Angkara Haiwan Berpangkat Bergelar
Dada dirobek Jantung dikelar
Bahasa diherdik Sesuku Ajar
Penguasa Membidik Bohong di Layar

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Suara dipasung Media disuaka
Puaka diusung Jelata disita

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Usah Bercanda Gurindam Sendu
Lupa Sengsara Semalam ditipu

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?


Lambaian Merdeka buat seluruh anak bangsa yang turun ke I City Shah Alam 30 August menanti detik 12 tengah malam meraikan ulangtahun kemerdekaan negara ke 53 . Alhamdulillah dihadapan ribuan hadhirin , saya diberi kepercayaan untuk mendeklamasikan sajak berjudul Merdeka : Sebenarnya Untuk Siapa ? secara berduet dengan Sdr Shamsul Iskandar [ Ketua AMK Pusat] , sdr Jonah [ Ketua AMK Selangor ] dan Ustaz Hasbullah [ Ketua DPP Negeri Selangor ] . Sementara secara solo saya mendeklamasikan sajak bertajuk Pesaka Merdeka yang saya cipta Khas buat seluruh warga Malaysia terutama buat anak - anak muda.


Ustaz Asyraf [ Imam Muda Realiti T 9 ] mengimamkan solat Isyak dan Terawih di tapak sambutan Penghayatan Ramadhan dan Kemerdekaan Negara [ i city Seksyen 7 Shah Alam ]. Sungguh merdu suara dan lunak tertib bacaan imam muda ini .


Anak - anak muda yang mula memisahkan diri dari sambutan kemerdekaan yang bergelumang dengan maksiat dan mungkar . Nyata kini jiwa yang kosong mula mencari sentuhan ruhani yang mampu membahagiakan mereka di dunia dan akhirat .

Biarpun disambut dengan nilai spiritual dan hiburan sederhana yang dibenarkan oleh syara' , ia tetap meriah dengan semangat patriotik anak - anak muda yang beralih kepada bentuk sambutan alternatif . Syabas Kerajaan Negeri Selangor dan syabas kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor .

Ramli Sarip yang juga dikenali dengan Papa Rock tidak canggung menyapa saya dibilik persalinan selebriti [ di belakang pentas ] biarpun datang dari benua atau planet [ pinjam kata - kata Aqil Hayy ] yang berbeza . kami mula berkenalan dan kini berputik satu jalinan 2 hala antara kami .


Orang ramai yang teruja menyertai program alternatif Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Negara bagi kali ke 57 dan Penghayatan Ramadhan . Tiada peleseran dan pergaulan bebas kecuali mereka yang berada di luar tapak persembahan . Sejurus selesai persembahan sambutan ulangtahun kemerdekaan , Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meneruskan aktiiti dengan dakwah dan kempen Anti Zina [ edar risalah ] , qiamulail dan kuliah subuh di I City Shah Alam.

A Samad Said turut mendeklamasikan sajaknya

Mawi menyampaikan beberapa buah lagu terbarunya.
Ustaz Asyraf Imam Muda mengibarkan Jalur Gemilang .

Berikan Peluang Kepada Kami Berinteraksi Dengan Pelacur IPT... (Jika Ada)

PAS mahu kerajaan membuat siasatan terhadap punca berlakunya gejala pelacuran membabitkan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) seperti didedahkan baru-baru ini.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, siasatan itu perlu bagi melihat tahap keseriusan gejala pelacuran itu dan mencari jalan penyelesaiannya.

“Sikap yang tidak wajar saya rasakan apabila munculnya isu-isu sebegini, kita saling menunding jari menyalahkan pihak-pihak tertentu. Saya merasakan kita perlu menyelesaikan isu ini secara bersama.



“Sikap melepaskan diri dan menyalahkan pihak yang lain sebenarnya akan lebih membarahkan masalah sosial ini di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di negara kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Berita kegiatan pelacuran yang dijalankan oleh segelintir siswa-siswi IPT dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 9 Disember lalu. Dalam laporan itu, Dr Jaina Sintian selaku Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO) berkata terdapat sebilangan siswa-siswi IPT yang terlibat di dalam kegiatan pelacuran demi membiayai kos pengajian mereka.

“Sekiranya benar sebagaimana yang dilaporkan, kerajaan wajar untuk memikir jalan keluar bagi mengatasi masalah yang membelenggu Malaysia ini,” katanya.

Menurut Nasrudin lagi, PAS sedia bekerjasama menyelesaikan isu ini.

“Dewan Pemuda PAS bersedia untuk membantu dalam apa jua aspek pembentukan , pengkaderan serta pembinaan akhlak dan minda mahasiswa-mahasiswi jika diperlukan.

“DPP Malaysia juga bersedia member khidmat bimbingan dan kaunseling buat mereka yang telah terlanjur asal sahaja ada kerjasama dan kelepasan dari pihak berwajib universiti dan penguatkuasa dari pihak kerajaan,” katanya.

kata aku.:. nak kena tanya sharizat jalil nie...dia pakar bab nie...tak pun ustazah masitah...
Posting Share by Usrah Jamaah Anak Muda...

JawatanKuasa Pengurusan DUN Dusun Tua (N23): Konsert Kesenian Islam

JawatanKuasa Pengurusan DUN Dusun Tua (N23): Konsert Kesenian Islam

JawatanKuasa Pengurusan DUN Dusun Tua (N23): Pertandingan Futsal Terbuka Piala Parlimen Hulu La...

JawatanKuasa Pengurusan DUN Dusun Tua (N23): Pertandingan Futsal Terbuka Piala Parlimen Hulu La...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...