Monday, May 10, 2010

CORALITE WATER - CUBA HARI INI DAN RASA PERUBAHANNYA...


Apa itu Air Coralite?
Air Coralite ialah air minuman di-abab 21, ia adalah air yang mempunyai kandungan oksigen dan mineral semulajadi dari mutiara karang lautan Okinawa,Jepun. Air Coralite mudah dan cepat diserap oleh badan untuk proses pembersihan,pembinaan,penjanaan semula dan mengimbangi semula pH badan sebaik sahaja diminum atau mengambilnya.

Air Coralite , selain membekalkan oksigen,ia juga membekalkan khasiat tambahan semulajadi yang diperlukan oleh badan. Air Coralite merupakan air yang ditapis menggunakan kaedah yang diakui kebersihannya dan diperkaya dengan kandungan mineral semulajadi dari mutiara karang dari lautan yang bersih dari segala pencemaran.Air Coralite diproses mengabungkan Teknologi Malaysia dan Teknologi Marine BioChemistry.

Air Coralite membekalkan nutrisi dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan untuk mencapai tahap kesihatan yang dikehendaki. Air Coralite dihasilkan dan dipatenkan melalui 21 langkah penapisan dan pemineralan. Proses in pada mulanya begitu rumit untuk mereplikakan sama dengan kandungan air dalam Coral Water Okinawa,Jepun. Ia mengambil masa percubaan terperinci dan ujian untuk diproses sepenuhnya . Alhamdullilah , akhirnya proses ini berjaya dalam mewujudkan Coralite Water dengan kesemua ciri-ciri keistimewaan serta faedah-faedah seperti Coral Water Okinawa,Jepun.

Semasa proses pengeluaran air untuk menstruktur semula bagi mewujudkan kelompok -kelompok molekul lebih kecil untuk menyediakan nilai pH lebih rendah untuk meningkatkan penyerapan selular dan penghidratan.Proses ini dibuat dengan begitu teliti dengan menggunakan elektrolit dan mineral terpenting untuk menghasilkan nilai air yang berkualiti,bersih,suci, bermineral dan beralkali untuk membantu badan manusia dalam memelihara pH optimum iaitu untuk kesihatan yang lebih baik dan berterusan.

Air Coralite diproses dengan satu bentuk halus elektrolisis yang menggionkan air untuk menghasilkan ciri anti- oksidan yang sangat berharga. Air Coralite diperkaya dengan butiran mutiara karang yang diimport dari Okinawa Jepun, Mutiara karang yang digunakan merupakan mutiara karang yang mendapat kelulusan daripada kerajaan dan sijil analisis dari Kementerian Kesihatan Jepun . Mutiara Karang digunakan untuk meningkatkan peratusan dan kesesuaian kalsium,magnesium dan fosforus serta lebih dari 70 mineral surih bermanfaat yang lain..Dari hasil kesemua pemprosesan khusus, Air Coralite merupakan air yang menyegarkan yang perlu menjadi minuman harian dan patut dihargai kerana ia bukan sekadar air biasa, ia adalah air yang telah diamalkan pada abad ke 16. Kini ia merupakan satu diantara air terbaik di-abad 21 ini selepas air zam-zam..., tapi ini tidak bermaksud untuk gantian air zam-zam kerana air zam-zam merupakan air yang terbaik dan suci didunia. Air Coralite merupakan air mineral dari mutiara karang semulajadi dari laut dan bukan dihasilkan oleh manusia ,kehebatanya adalah ciptaan yang maha esa jua. kami sekadar memprosesnya saja. Air Coralite sekadar jenama,air Coralite adalah air yang sihat untuk tubuh badan kita. Rasa lah Air Coralite hari ini dan alamilah perbezaanya esuk..Insyallah.setiap penyakit ada ubatnya kecuali As-Sam. kita sekadar berusaha dan berdoa hanya Tuhan yang menentukan segalanya.Amin.




JIKA BERMINAT UNTUK MENJADI AGEN ATAU SUB AGEN;
SILA HUBUNGI;
AHMAD MU'AZ ANUAR STOKIST BANGI 43650
019 3511776

CUBA HARI INI DAN ALAMI PERUBAHANNYA ESOK!!!...

PANDUAN PERTOLONGAN CEMAS...BELAJAR SENDIRI!!!

BAGAIMANA MELAHIRKAN SUPER HERO DALAM DIRI?...ANDA BERBAKAT...KETAHUI LAH...

ANDA ADA MASALAH DENGAN TEMAN HIDUP?...

CARA KURUSKAN BADAN DENGAN BETUL...

SUSAH JADI KAYA?...INI RAHSIA NYA....

ADA MASALAH DENGAN PENGURUSAN MASA?...

Hadis : Mewarnakan Rambut


Hadis : Mewarnakan Rambut

Hadis :
Dari Ibnu Sirin r. A katanya:."Aku bertanya kepada Anas bin Malik r.a:"Adakah Rasulullah s.a.w mencelup rambut baginda?" jawab Anas:"Baginda tidak kelihatan beruban, kecuali di janggutnya nampak beberapa helai rambut putih." Kata Ibnu Sirin:"Aku betanya pula kepadanya, adakah Abu Bakar mencelup rambutnya?" Jawab Anas:"Ada. Dengan inai." (Muslim)

Huraian :
Sebahagian daripada perkara yang tergolong di dalam masalah perhiasan ialah mewarnakan rambut atau janggut yang telah beruban. Tetapi dengan warna apa dibenarkan mewarna rambut? Apakah dengan warna hitam atau warna-warna lain? Atau mesti mengelakkan dengan warna hitam? Orang yang telah tua, ubannya telah merata sama ada di kepala ataupun di janggut, tidak selayaknya mewarnakannya dengan warna hitam. Oleh itu, ketika Abu Bakar membawa bapanya Abu Qufahah ke hadapan Nabi s.a.w. pada hari penaklukan Mekah, Nabi melihat rambutnya seperti pokok Thughamah yang terlalu putih buah dan bunganya. Nabi bersabda: "Ubahlah ini (uban) tetapi jauhilah warna hitam." (HR Muslim). Manakala mereka yang tidak sebaya dengan Abu Qufahah, tidaklah berdosa apabila mewarna rambutnya dengan warna hitam. Dalam masalah ini al-Zuhri telah berkata: "Kami mewarna rambut dengan warna hitam apabila wajah masih kelihatan muda, tetapi apabila wajah sudah berkedut dan gigi sudah goyang, kami tinggalkan warna hitam." (Fathul Bari) Dan di dalam sebuah hadis riwayat Abu Zar mengatakan: Sebaik-baik bahan yang digunakan untuk mewarna uban ialah pokok inai dan katam." (HR Tarmizi dan ash-habusunan) Katam adalah sejenis pokok yang tumbuh di Yaman yang mengeluarkan pewarna berwarna hitam kemerah-merahan. Dan Inai sejenis pokok berdaun yang mengeluarkan warna merah. Anas bin Malik meriwayatkan, bahawa Abu Bakar mewarna rambutnya dengan inai dan katam, manakala Umar hanya dengan inai sahaja.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hadis : Dijauhkan Dari Neraka 70 000 Musim

Hadis :
Dari Abu Sa'id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:"Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70 000 musim." (Muslim)

Huraian :
Dilihat secara terperinci, kita dapati orang yang berpuasa itu dapat dibahagikan kepada tiga golongan iaitu:
i) orang berpuasa kerana malu kepada Allah dan manusia.
ii) orang yang berpuasa kerana malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Allah.
iii) orang yang langsung tidak berpuasa kerana tidak malu kepada Allah dan manusia.

Orang yang berpuasa kerana malu kepada Allah dan manusia, puasa mereka adalah berdasarkan kepada perasaan sedar dan insaf kepada perintah Allah S.W.T yang mewajibkan berpuasa. Golongan ini akan sentiasa berhati-hati dan sentiasa menjaga puasanya daripada perkara yang boleh membatalkan puasa. Oleh kerana itu, di mana-mana tempat sekali pun, sama ada di tempat tersorok atau tidak, mereka tetap memelihara puasanya. Golongan ini sedar bahawa Allah tetap melihat perbuatan mereka walaupun mereka tidak dapat melihat Allah.

Tentang golongan kedua pula, mereka ini berpuasa semata-mata kerana malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Allah. Lantaran itu, apabila berada jauh daripada pandangan manusia, tanpa segan-silu mereka meninggalkan puasa. Golongan ini berpuasa bukan kerana taat dan patuh kepada perintah Allah tetapi kerana malu kepada manusia lain yang berpuasa. Biasanya orang yang seperti ini berpuasa kerana hendak menunjuk-nunjuk atau riak. Mereka tidak mempunyai sifat amanah kepada Allah mahupun pada diri sendiri.

Golongan ketiga ialah mereka yang langsung tidak berpuasa kerana tidak malu kepada manusia apatah lagi kepada Allah. Golongan ini dianggap paling hina di sisi Allah. Bahkan ada ketikanya mereka ini sanggup mengaku sebagai orang bukan Islam agar terlepas daripada hukuman dan tindakan pihak berkuasa. Mereka tidak sedar bahawa pengakuan itu boleh membatalkan syahadah.

Menyedari hakikat ini, renungkanlah. Dalam golongan manakah kita berada?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...