Monday, November 15, 2010

JawatanKuasa Pengurusan DUN Dusun Tua (N23): Jamuan Hari Raya Aidiladha









JawatanKuasa Pengurusan DUN Dusun Tua (N23): Jamuan Hari Raya Aidiladha

PERUTUSAN I'DUL ADHA DARI PIMPINAN PAS DUSUN TUA..



Sedikit tazkirah peringatan dalam menghadapi Hari Kebesaran Islam bersempena Hari Raya Aidiladha 1431H/2010. Semoga Semangat pengorbanan dan perjuangan para anbiya' dapat diteruskan oleh generasi terkemudian khasnya kita semua dalam usaha memburu redha Allah dan keselamatan di dunia dan akhirat sebagaimana istiqamahnya pejuang-pejuang terdahulu yang telah berjaya mendapat redha-NYA.

Salam pengorbanan buat semua penduduk dan warga pengundi DUN Dusun Tua.

Ikhlas dari warga pimpinan:

Majlis Tindakan DUN Dusun Tua
Parti Islam Semalaysia PAS

Mohamad Jan Sulong
Pengarah MTD/JPD
DUN Dusun Tua

Ketua dan sahabat ARC Selangor meninggal dunia....Al-Fatihah...




Ketua ARC Selangor meninggal dunia...Al-Fatihah...

Dalam kenangan......
Harakahdaily

SERDANG, 14 Nov:

Ketua Alternative Riding Club (ARC) Selangor, Firdaus Ibrahim meninggal dunia awal pagi tadi (Ahad) setelah terbabit dalam satu kemalangan motosikal malam tadi.

Kemalangan berlaku sewaktu Allahyarham bersama anaknya, dalam perjalanan pulang dari program Generasi Idaman Selangor (GeMS) anjuran kerajaan negeri di Hulu Langat.

Jenazah Allahyarham kini berada di hospital Sedang manakalah anaknya kini koma dan berada di hospital Kajang.

ARC adalah salah satu unit di bawah lajnah Sukan dan Kebudayaan (DACS) Dewan Pemuda PAS.

Sementara itu DACS negeri Selangor melancarkan derma kilat bagi membantu keluarga mangsa.

Sumbangan boleh disalurkan ke no akaun Maybank 162731037101 atas nama setiausaha Dacs negeri Selangor, saudara Ikhwan.

Berita dipetik dari Harakahdaily.

Untuk makluman, Almarhum juga merupakan sebahagian dari anggota AJK Pemuda PAS Hulu Langat dan Majlis Pemuda DUN Semenyih.

Almarhum merupakan seorang pejuang istiqamah dan berjaya melaksanakan sebaiknya amanah tugas yang telah diberikan. Selaku peminat jentera bermotor beliau menggunakannya sebagai wadah untuk menyampaikan mesej Islam melalui platform ini. Banyak program yang telah beliau usahakan antaranya menyediakan wadah riadhah alternatif untuk peminat motosikal melalui Kelab ARC yang mempunyai pengisian rohaniah dalam kebanyakkan programnya.

Saya sendiri (S/U MTD) pernah dijemput beliau untuk memberikan pengisian tazkirah dan tarbiah untuk anggota serta ahli-ahli ARC Selangor dalam satu program BBQ ahli ARC baru-baru ini.

Di DUN Dusun Tua, Almarhum selain menjadi tonggak utama memeriahkan pengisian program GEMS di Batu 14 kelmarin Sabtu 14hb November 2010 bagi slot pameran motor besar serta sesi bersama mantan juara dan pelumba Cub Prix Malaysia Sdr. Yasir Said, Almarhum turut menjayakan beberapa program lain di DUN Dusun Tua seperti Pemanduan Berhemat di Batu 16 Dusun Tua dan mengetuai konvoi motor mengiringi konvoi kembara Lajnah Kebajikan PAS Selangor bagi mengedarkan bantuan Ramadhan mengedarkan di sekitar DUN Dusun Tua.

Al-Fatihah untuk Almarhum dan semoga dicucuri rahmat ke atas ruhnya dan semoga pemergian Almarhum sebagai pejuang yang syahid dalam aqidah perjuangan menegakkan agama Allah.

Berita MTD kembara Ramadhan lalu yang mengandungi foto Almarhum yang turut membantu pasukan MTD Dusun Tua:

rujukan; http://mtddusuntua.blogspot.com/

JawatanKuasa Pengurusan DUN Dusun Tua (N23): Ketua ARC Selangor meninggal dunia

JawatanKuasa Pengurusan DUN Dusun Tua (N23): Ketua ARC Selangor meninggal dunia: "Ketua ARC Selangor meninggal dunia Dalam kenangan...... Harakahdaily SERDANG, 14 Nov: Ketua Alternative Riding Club (ARC) Selangor, Firdau..."

KEMBALIKAN HAK AIR KEPADA RAKYAT SELANGOR!!!

Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat !

Dewan Negeri Selangor, 08 Zulkaedah = 15 November (Isnin):
Y.A.B. Tan Sri Dato` Sri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor tengahari ini melancarkan Kempen Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat dengan merasmikan laman web bagi kempen berkenaan (www.AirUntukRakyat.net). Hadir sama Tuan Speaker, Exco-Exco dan Adun-Adun.

Risalah yang diedarkan mencatat:

Tolak ! Bil Air Naik 37%

Sokong ! 20 m3 Air Percuma

Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat !
Lebih lanjut Risalah memaklumkan:
• Bermula tahun 1997, kerajaan BN telah menswastakan syarikat-syarikat air di Selangor.
• Sejak ini, Syabas dan syarikat-syarikat lain telah merugikan ratusan juta duit rakyat.
• Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat kini ingin mengembalikan pengawalan syarikat-syarikat air ini kepada tangan rakyat.

Tolak Bil Air Naik 37%

Pelan Syabas

Tahun Kenaikan Tarif Syabas :

2009 37 %
2012 25 %
2015 20 %

• Laporan Audit terhadapa SYABAS menunjukkan bahawa lebih daripada 72 % kontrak bernilai RM 600 juta diberikan kepada syarikat-syarikat yang dipilih melalui rundingan terus dan tanpa tender terbuka.

• RM 325 juta hilang apabila perbandingan teliti dibuat antara kontrak yang dianugerahkan dari 2005 hingga 2007 dan akaun awam Syabas.

• Pada Jun 2005 SYABAS melanggar perjanjian dengan menggunakan paip yang diimport daripada Indonesia bernilai RM327 juta. Syarikat Indonesia tersebut dimiliki oleh Tan Sri Rozali Ismail CEO Syabas. Gaji beliau adalah RM 5.1 juta setahun atau RM425,000 sebulan.

• RM 51.2 juta dibelanja untuk mengubahsuai Pejabat Syabas sedangkan Jabatan Kawalan Air Selangor (JKAS) hanya meluluskan sebanyak RM23.2 juta.

• Setelah Kerajaan Selangor menghentikan Syabas dari menaikkan tariff air dengan mendadak, Syabas kini berhasrat menyaman Selangor untuk pampasan sebanyak RM 1 billion.

Sokong ! 20m3 Air Percuma
Pelan Selangor.
Tahun Kenaikan Tarif :
2009 12 %
2012 12 %
2015 12 %
Apakah Pelan Selangor ?
• Kerajaan Negeri Selangor yang kini diterajui oleh Pakatan Rakyat berhasrat membeli balik konsesi air demi menjamin hak rakyat untuk mendapat air yang mencukupi pada harga yang berpatutan.

• Aset awam seperti air harus dikendalikan oleh kerajaan yang berjiwa rakyat bukan syarikat yang hanya pentingkan keuntungan.

• Empat syarikat swasta air akan dibeli balik dan diletak dalam satu badan di mana rawatan dan agihan air akan dilakukan oleh satu pengendali tunggal. Ini akan meningkatkan kecekapan dan mengurangkan tariff air kerana tiada isu `kos pemindahan`.

• Penekanan terhadap integriti dan ketelusan seperti yang termaktub dalam enakmen Kebebasan Maklumat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Selangor akan mengelakkan dari sistem yang hanya menguntungkan kroni dan merugikan rakyat.

• Dengan sokongan rakyat yang mencukupi, Kerajaan Selangor akan mampu mendapat balik kawalan syarikat-syarikat air demi rakyat, menekankan integriti dan ketelusan dan memastikan akses air yang mencukupi dengan harga yang berpatutan untuk semua lapisan rakyat.
Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat !
Pilihan di tangan anda.
Pertahankan Hak Rakyat Untuk Mendapat Air Bersih & Murah !

Sekian.
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...