Thursday, October 31, 2013

Sunday, October 6, 2013

PANDUAN CARA SEMBELIHAN HAIWAN MENGIKUT KAEDAH AL-MARHUM T.G. HJ.HASHIM PASIR TUMBOH


(SEBELUM KELUAR RUMAH UNTUK MELAKUKAN PEYEMBELIHAN)

1.Pastikan tubuh bersih daripada segala kekotoran dan seeloknya mandi terlebih dahulu.Sila gosok bawah ketiak untuk menghilangkan jebat kerana ia akan memberi kesan kepada daging.sebaik gunalah,towaf(spesis batu kristal/marmar,sila rujuk orang pondok)

2.Ambil wudhu' sebelum melakukan ibdat penyembelihan.

3.Sediakan daun semeru,lalang,daun serai dan sebiji bawang merah bersaiz kecil.Bawang merah,jangan buang kulit.

4.Pastikan memakai pakaian yang bersih serta memakai penutup kepala
(seeloknya memakai serban).pesan al-marhun tuan guru "kita orang belajar agama,mesti pelik dari yang lain". 

                                   
Contoh Pisau Universal ,10inci.Swiss Army..


5.Pisau mestilah tajam,lebih afdhol pisau yang dikhaskan untuk sembelih sahaja & tidak di gunakan untuk melapah kulit dan sebagainya.

6.Memakai bau-bauan.

(SEBELUM MELAKUKAN PENYEMBELIHAN)
1.Ambil bawang merah kecil,pecahkan dan ramaskan bersama-sama daun serai,daun semeru dan lalang.

2.Ambil minyak hidung,sapukan pada pisau &sapu pada untuk meratakan minyak hidung & kemudian sapukan campuran bawang merah,lalang,daun serai,daun semeru yang siap diramas dan digumpal ke pisau serta kedua-dua belah tangan sampai ke siku.

3.Pastikan dalam keadaan tenang dan nafas tidak berdengus kuat kerana ianya menyebabkan daging akan menjadi keras sekiranya pernafasan tidak dikawal

4.Baca doa sebelum melakukan penyembelihan

(SEMASA MELAKUKAN PENYEMBELIHAN).
1.Masuk dari arah hadapan haiwan yang ingin disembelih setelah ianya direbahkn dan ikatkan (bagi lembu,unta,kerbau,biri-biri dan kambing)

2.Pastikan kedudukan tempat yang ingin disembelih di bahagian tengkuk haiwan itu tidak membetuli dengan kemaluan,tulang kering,keting dan betis penyembelih.Elakan sedikit kearah mengikut keselesaan supya tidak menyukarkan semasa penyembelihan dilakukan.

3.Cari biji halkum haiwan,hendaklah disembelih di bawah halkum dengan jarak yang dekat.Sekiranya haiwan yang tua,sembelihlah betul-betul di atas halkumnya.Ini akan menjadikan daging haiwan tersebut tidak berbau dan mudah empuk apabila dimasak.

4.Elakkan menyembelih jauh daripada halkum kerana ianya akan menyebabkan daging berbau hamis serta serta liat untuk di masak.

5.Sembelihlah haiwan dengan keadaan yang tenang,jangan sesekali menahan nafas dan dalam keadaan gigi terkacip.

6.Bagi melakukan ibadah korban dan aqiqah hendaklah diniatkan ibadat tersebut semasa percikan darah pertama jatuh ke tanah atau semasa hirisan pertama.

7.Hendaklah dihabiskan sembelihan di sebelah atas kerana ianya boleh mengelakkan daging dihurung oleh langau & lalat yang banyak.

8.Wajib memutuskan 3 urat iatu halkum,saluran makanan dan urat saluran darah.Disunatkan memotong urat semerih keraana faedah memotong urat semeriah ialah bagi mengelakkan haiwan kembali berdiri setelah disembelih.

(SELEPAS MELAKUKAN SEMBELIHAN)
1.Sapu hujung pisau pada pipi haiwan yang disembelih dan sapu pisau di badan haiwan serta dengan tangan yang terkena darah.

2.Jangan basuh tangan dan pisau selepas menyembelih haiwan,basuhlah selepas haiwan yang disembelih mati terlebih dahulu kerana ianya boleh mengelakkan daging jadi berlemak.sekiranya anda ingin menyembelih lembu dengan banyak ekor,sekadar membasuh pisau sahaja tanpa membasuh tangan.

3.Sapu badan haiwan daripada kepala sampai ke ekor sambil membaca surah Al-Quraisy untuk sembelihan kenduri bagi melariskan daging,begitu juga daging untuk dijual.


(DOA SEMASA MENYEMBELIH HAIWAN)
pilih salah satu doa

1.اللهم إنا نسألك رضاك والجنة.
(Baca untuk sembelihan qurban dan aqiqah)

2.فُروحٌ وريحانٌ وجنةٌ نعيم.
(Khasiat untuk memaniskan dan melariskan daging jualan /kenduri)

3.بسم الله والصلاة علي سيدنا محمد النبي الكريم.
(Doa untuk binatang bersayap/itik/serati/angsa).

4.بسم الله  الله أكبر  و بسم  الله الرحمن الرحيم.
(Doa universal.)

Nota kaki
*Pucuk ketereh ganti untuk daun semerih
*Sekiranya penyembelih adlah seorang pemandi mayat,dia hendaklah mandi dengan satu baldi perahan air limau nipis seblum menyemblih kerana wap mayat/jenzah  meresapi badann seseorng itu.ini akan menyebabkan daging tawar.
*Pisau seeloknya 10 inci( lembu,kambing),12 inci (kerbau).Kalu boleh pisau yang tiada dagu.
*minyak hidung=miyak dihidung.
*Sekiranya anda berpeluh di dahi,sila lapkan segera.
 *petua untuk mendapatkan perut muda.
1.Sembelih dengan segera.
2.selepas sembelihan,sila buka ikatan dengan secepat mungkin.
3.Paling lama,5 minit..paling hebat,tidak payah ikat semasa sembelihan.
حياة مستكرة.
1.bintang yang sihat,cukup sifat,tidak cacat(tidak jelik pada pandangan mata kasar,dibolehkan sembelihan biasa).
2.Halal dimakan.

حركة المسبوق
1.Binatang yang cacat,binatang yang sakit.
2.haram dimakan

Credit to : http://budakroh.blogspot.com/2011/10/panduan-cara-sembelihan-haiwan-mengikut.html

* Semoga apa-apa yang di share sama kita dapat manfaatkan dan memperoleh pahala dan keberkatan dari Allah S.W.T.

Kaedah Sembelihan Menurut Islam

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
Konsep sembelihan dalam Islam atau Zabiha telah meletakkan garis panduan dalam penyembelihan haiwan dengan baik dan teliti. Pengetahuan mendalam mengenai kaedah penyembelihan yang mengikut syariat amat penting kerana ia berkait rapat dengan faktor kerohanian dan kesihatan.
Islam adalah agama ‘Rahmat – Kasih Sayang’ untuk seluruh manusia bahkan kepada haiwan. Islam sangat berhemah dalam penyembelihan binatang ternakan.
.
Sembelihan ialah mematikan binatang dan menghalalkan dagingnya. Sembelihan menurut bahasa ialah ‘Thayyib‘ iaitu mengelokkan. Pengertian kedua adalah ‘Tatmim’ membawa maksud menyempurnaan iaitu menyempurnakan apa yang diharuskan dengan cara sembelihan.
.
Sembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan atau menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas berhala.”   (Surah Al-Maidah: 3)
.
Hukum sembelihan adalah wajib dan binatang yang mati tanpa disembelih adalah dianggap bangkai, najis dan haram dimakan. Allah SWT berfirman“Dihalalkan bagi kamu segala yang baik-baik”.   (Surah Al-Maidah: 4)
.
.
A.    Rukun Sembelihan
Ijma’ para fuqaha mengatakan rukun sembelihat terhadap binatang terbahagi kepada 4:
1. Penyembelih
2. Binatang sembelihan
3. Alat untuk menyembelih
4. Keadaan (tempat / perbuatan) sembelihan.
.
.
B.    Syarat-Syarat Sembelihan
.
1) Orang yang menyembelih
a) Hendaklah beragama Islam atau Ahli Kitab (Kitabiyah).
b) Baligh; tidak sah jika kanak-kanak.
c) berakal; tidak sah jika orang gila
d) Tidak dalam ihram haji atau umrah
e) Dengan sengaja membaca Basmalah.
.
Firman Allah SWT: “Maka makanlah haiwan (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya”  (Surah al-An’aam, ayat 118).
.
.
2) Binatang Yang Disembelih
a) Binatang yang halal dimakan
b) binatang itu masih hidup
c) Mati dengan sekali sembelihan
d) wajib putus urat pernafasan (urat merih) dan urat tempat lalu makanan (halkum).
.
.
3) Alat Sembelihan
a) Mestilah alat yang tajam seperti pisau
b) Dibolehkan dari besi (logam), kayu, buluh, kaca, batu atau alat-alat lain yang ditajamkan.
c) Tidak termasuk gigi, tulang dan kuku.
.
Sabda Rasulullah Shallallahu alaihi Wasallam dari Rafi’ ibnu khadij Radhiallahu ‘anhu:“Apa-apa yang dapat mengalirkan darah serta disebut nama Allah padanya (waktu menyembelih), maka boleh kamu makan, kecuali gigi dan kuku, dan aku akan khabarkan kepada kamu sedemikian itu, (kerana) gigi adalah tulang dan kuku adalah pisau orang Habsyah.”  (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)
.
Sabda Nabi Shallallahu alaihi Wasallam: “Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik kepada sesuatu. Oleh itu jika kamu membunuh, maka perbaikilah cara membunuhnya, dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah cara menyembelihnya dan tajamkanlah pisaunya serta selesakanlah haiwan sembelihannya itu” (Hadis riwayat Muslim).
.
.
4) Tempat Sembelihan
Terdapat 2 keadaan penyembelihan iaitu penyembelihan ke atas binatang yang berkuasa keatasnya dan penyembelihan ke atas binatang yang tidak berkuasa ke atasnya.
.
a)  Penyembelihan ke atas binatang yang berkuasa (menangkap & menyembelih) ke atasnya.
Wajib memutuskan dengan sempurna urat HALKUM dan urat MARIH. (Halkum ialah tempat salur nafas pernafasan dan marih pula tempat salur makan dan minum.)
.
b)  Penyembelihan ke atas binatang yang tidak berkuasa ke atasnya.
Binatang yang sukar ditangkap (buruan) atau binatang yang tidak dapat disembelih pada lehernya seperti sembelihan biasa seperti binatang yang terjatuh ke dalam perigi dan sukar dikeluarkan. Memadai dengan melukakan mana-mana bahagian pada tubuhnya hingga mampu menyebabkan mati.
.
Mazhab Syafi’e berpendapat hanya diwajibkan untuk memutuskan dua jenis uratiaitu urat halkum dan urat marih sahaja. Namun sunat hukumnya memutuskan 2 urat (salur) darah yang berada di kanan dan kiri leher binatang yang disembelih bagi mempercepatkan kematian.
.
.

GAMBARAJAH LEHER HAIWAN

Gambarajah kedudukan URAT HALKUM (salur makan) dan URAT MARIH (salur nafas) bagi haiwan sembelihan.
.
Keratan rentas leher binatang sembelihan.
Jelas kelihatan 2 salur makan dan salur pernafasan di tengah-tengah leher. Kawasan yang berwarna merah pula adalah salur yang membawa darah dari jantung ke otak.
.
.
Gambarajah dalaman leher seekor ayam.
.
.
Keadaan ketika sembelihan dijalankan
.
.

Gambarajah dalaman leher seekor lembu
.
.
Keadaan ketika sembelihan dijalankan
.
.
C.  Syarat Sah Sembelihan
1. Sembelihan dilakukan dengan niat menyembelih
2. Sembelihan dilakukan kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain seperti untuk disembah kepada jembalang dan sebagainya.
3. Putus urat halkum (saluran penafasan) dan urat marih (saluran marih)
4. Binatang tersebut halal dimakan dan masih hidup
5. Binatang tersebut mati dengan sekali sembelihan
6. Disembelih oleh orang Islam
7. Menggunakan alat yang tajam selain daripada kuku, gigi dan tulang
8. Binatang itu mati disembelih bukan kerana yang lain seperti mati terjut atau terjatuh dalam perigi ketika disembelih. 
.
.
D.  Sunat Sembelihan
1. Membaca Bismillah
2. Berselawat ke atas nabi
3. Mengadap kiblat
4. Membaringkan binatang di rusuk kiri semasa menyembelih
5. Menyembelih di pangkal leher binatang
6. Memutuskan kedua-dua urat yang terletak di kiri dan kanan leher supaya binatang cepat mati.
7. Melakukan sembelihan pada waktu siang.
8. Menggunakan alat sembelihan yang paling tajam.
 .
.
E.  Makruh Sembelihan
  1. Menggunakan alat yang tumpul
  2. Menampakkan alat sembelihan kepada binatang
  3. Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang
  4. Tidak menyebut nama Allah
  5. Tidak menghalakan binatang ke arah kiblat
  6. Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang akan disembelih.
Jika putus tengkok atau leher ayam, tidak membatalkan syarat atau rukun sembelihan. Walaubagaimanapun perlu dilihat pula dari segi lain iaitu penyembelih itu berdosa jika dia sengaja memutuskan leher ayam tersebut yang boleh dikira melakukan satu kezaliman kepada ayam tersebut.
.
.
F.  Cara Penyembelihan.
Disyaratkan penyembelihan itu:
1.  Memotong seluruh halqum (saluran nafas) dan seluruh marih (saluran makanan dan minuman).
2.  Niat untuk menyembelih ketika melakukan penyembelihan.
3.  Jika seseorang memegang pisau di tangannya dan terlepas pisau itu daripada tangannya, lalu terkena leher binatang dan terputus seluruh halqum dan marihnya, tidaklah dikira sebagai penyembelihan, kerana tidak ada niat untuk melakukan penyembelihan, maka tidak halal memakan daging binatang tersebut.
4.  Hendaklah binatang itu mati semata-mata disebabkan oleh penyembelihan (tidak dilakukan satu perbuatan lain yang boleh membawa maut kepada binatang itu ketika disembelih).
.
Apabila telah cukup segala rukun-rukun dan syarat-syarat penyembelihan yang tersebut, maka halal binatang itu, kecuali sembelihan yang dimaksudkan kepada selain Allah atau disebutkan sewaktu menyembelihnya selain nama Allah, walaupun sembelihan itu mencukupi segala rukun-rukun dan syarat-syarat yang telah disebutkan.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: “Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi, dan apa yang disembelih dengan menyebut selain nama Allah.”  (Surah Al-Nahl: 115)
.
.
G. Hikmah Sembelihan
1.  Boleh mematikan binatang dengan cara yang cepat dan selamat.
2.  Dapat mengeluarkan darah dan membersihkan daging darinya bagi menghindarkan penyakit.
3.  Memastikan daging bersih dan bermutu.
4.  Sebagai tanda penghormatan kepada makhluk-makhluk lain ciptaan Allah.
5.  Membezakan antara daging halal dan haram.
6.  Binatang yang disembelih tidak terseksa berbanding dengan cara lain.
.
Wallahua’lam bish showab
.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...