Monday, November 5, 2012


Muktamar PAS 14 hingga 18 Nov ini di Kelantan

Anis Nazri,05 Nov 2012
KUALA LUMPUR: PAS akan mengadakan Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 pada 16 November hingga 18 November ini manakala muktamar dewan-dewan akan bermula 14 November.

Muktamar ini yang bertemakan 'Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' akan diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, Kelantan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata muktamar kali ini merupakan muktamar terpenting memandangkan ia yang terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang.

"Memandangkan muktamar ini yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13, maka ia merupakan muktamar terpenting yang akan menggerakkan seluruh parti bagi menghadapi pilihan raya umum," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Menyentuh agenda-agenda penting yang akan dibincangkan pada muktamar kali ini, Mustafa berkata ia akan memfokuskan kepada perbahasan ucapan dasar yang disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Katanya, dalam ucapan dasar tersebut, Ustaz Abdul Hadi akan mengupas pelbagai isu di dalamnya, khusus berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, muktamar kali ini turut menjemput pimpinan Pakatan Rakyat, wakil kedutaan, wakil antarabangsa, dan wakil NGO.


 
Bagi Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat pula, perasmian muktamar bagi kedua-dua dewan itu akan diadalan pada malam 14 November dan muktamar penuh pada keesokannya.

Manakala perasmian dan muntamar penuh bagi Dewan Ulama PAS Pusat pula diadakan pada 15 November.





Muktamar PAS Pusat pula akan diadakan pada 16 Nov, sebelum muktamar penuh keesokannya hingga 18 November.

Pada malam 16 November itu juga, akan berlangsung dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat  peringkat Kelantan iaitu kesinambungan Himpunan Kebangkitan Rakyat, di Senawang, 3 November lalu.


JPJ dedah senarai 831 lokasi pemasangan kamera AES

Setakat ini kamera AES (Automated Enforcement System) telah dipasang di 14 lokasi ‘blackspot’, yang merupakan lokasi yang sering berlaku kemalangan maut di negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Anda boleh lihat senarai 14 lokasi tersebut dengan mengikuti link di sini.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia seterusnya telah mendedahkan senarai 831 lokasi pemasangan kamera AES di seluruh negara, di mana anda boleh memuat turun senarai lokasi tersebut melalui link di bawah yang terdiri daripada 3 dokumen berbentuk PDF;
  • Rumusan Lokasi AES
  • Lokasi AES – Had Laju
  • Lokasi AES – Lampu Isyarat
Menurut JPJ, senarai lokasi-lokasi tersebut akan dikemaskini dari masa ke semasa dan masih tertakhluk kepada kriteria pemilihan sebagai kawasan ‘blackspot’.
p/s : Nampaknya “berniaga saman AES lebih untung dari berniaga unta” - skrip diinspirasikan daripada watak Husin Lempoyang dalam filem Tiga Abdul.. icon smile JPJ dedah senarai 831 lokasi pemasangan kamera AES
Update terkini pada 30/10/2012
Di bawah berikut merupakan SENARAI LOKASI PEMASANGAN KAMERA AES :
Lokasi kamera AES JPJ dedah senarai 831 lokasi pemasangan kamera AES
Pelaksanaan AES akan dilakukan secara berperingkat. Untuk fasa pertama, kamera AES telah dipasang di 14 lokasi blackspot yang merupakan lokasi sering berlaku kemalangan maut di negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Berikut adalah senarai lokasi pemasangan kamera AES tersebut.
Sumber daripada laman sesawang Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Anak pemimpin Umno ada saham dalam AES?

Salmiyah Harun,05 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa syarikat anak bekas pimpinan Umno Johor antara yang mengendalikan saman Sistem Peguatkuasaan Automatik (AES).

Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat, Chang Lih Kang berkata salah satu syarikat yang mendapat projek AES adalah Beta Tegap Sdn Bhd dimana pemegang saham terbesar syarikat itu adalah anak bekas Ketua Bahagian Umno Parit Sulong.

Katanya, ibu pemilik saham syarikat berkenaan merupakan bekas Timbalan Ketua Wanita Umno Johor dan Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Pusat.  

Manakala katanya, pemegang saham kedua terbesar dikatakan pernah mendapat kontrak pada 2005 dari Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

"Apakah ini secara kebetulan? Kedua-dua kementerian ini di bawah menteri MCA. Apakah ada hubungan rahsia antara pemegang saham kedua terbesar dengan MCA yang membolehkan beliau mendapat dua kontrak lumayan ini,” soal beliau dalam sidang media di lobi Parlimen.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha adalah Menteri Pengangkutan manakala Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah Menteri Kesihatan pada 2005.

Beliau turut menunjukkan salinan maklumat berkenaan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Maklumat tersebut menyatakan, Rozana Redzuan adalah Pengarah Beta Tegap dan memiliki saham bernilai RM5.8 juta manakala Andreas Toh bertindak sebagai pengarah dan pengurus serta memiliki saham bernilai RM4.2 juta.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, ternyata melalui maklumat ini menunjukkan hubungan syarikat kroni yang mendapat kontrak dari kerajaan.

Beliau mendesak kerajaan menjelaskan kenapa syarikat swasta dan kroni dilantik mengendalikan AES.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan, kutipan saman jalan raya akan dikongsi antara kerajaan dengan Beta Tegap dan satu lagi syarikat pengendali, Ates Sdn Bhd.

Kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun dan bakal mendapat keuntungan sehingga RM700 juta hasil kutipan saman.



Kerajaan peroleh RM9.3 bilion dari cukai judi

Salmiyah Harun,05 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperoleh hasil dalam bentuk cukai sebanyak RM9,317,068,054.74 daripada syarikat-syarikat perjudian berlesen.

Anggaran hasil itu dicatatkan untuk tempoh empat tahun bermula tahun 2008 sebanyak RM2,202,054,597.67, 2009 (RM2,292,892,729.5), 2010 (RM2,335,160,184.27) dan tahun 2011 (RM2,486,975,543.29).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kewangan dalam pertanyaan lisan daripada Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria.

Daripada hasil itu, sebanyak 1818 lesen perjudian telah dikeluarkan oleh kerajaan kepada sembilan syarikat termasuklah, Genting Malaysia Berhad, Sport Toto Sdn Bhd, Magnum Corporation Sdn Bhd, Sarawak Turf and Equestrian Club dan Pan Malaysian Pools Sdn Bhd.

Katagori perjudian yang dibenarkan adaalah kasino, pertaruhan nombor ramalan, pertaruhan lumba kuda, loteri awam dan permainan mesin slot.

Dalam soalan asal, Nasir meminta Menteri Kewangan menyatakan nama dan jumlah syarikat perjudian yang mendapat lesen dan katagori perjudian yang dibenarkan serta anggaran hasil yang diperoleh kerajaan dalam bentuk cukai.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14337-kerajaan-peroleh-rm93-bilion-dari-cukai-judi



Apa tindakan tuduh bukan Islam sebagai kafir harbi

Harakahdaily,06 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri diminta menyatakan apakah tindakan yang telah diambil terhadap mana-mana pihak terutama media yang telah menghukum sebahagian rakyat bukan Islam di negara ini sebagai Kafir Harbi, kerana hukuman seumpama itu boleh menggugat ketenteraman kaum di Malaysia.



Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu di Dewan Rakyat, hari ini.

Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahl Parlimen PAS hari ini seperti di bawah.

Datuk Dr Mohd Hayati Othman [Pendang] minta Menteri Kesihatan menyatakan mengenai perancangan terhadap tanah KKM untuk tapak Hospital Pendang yang sudah menjadi kawasan penempatan hidupan liar yang dijanjikan untuk hospital sejak 2006.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Kewangan menyatakan berapa peratuskah cukai eksais kereta tempatan yang dikenakan.

Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Pelajaran menyatakan tentang SAPS, E-Pangkat, E-Operasi, APDM dan E-Kehadiran (Kedah) telah dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia, sekolah di Luar Bandar menghadapi masalah kemudahan Jalur Lebar, WIFI dan Internet amat perlahan dan kadangkala tidak ada langsung perkhidmatan, kadang-kadang berminggu-minggu terputus. Ini amat membebankan guru. Apakah langkah Kementerian untuk atasi perkara ini.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan langkah-langkah terkini yang dibuat bagi menjamin harga getah asli dan kelapa sawit tidak jatuh dengan lebih teruk lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...