Sunday, November 28, 2010

BICARA ABU NAWAS (Wasiat Pejuang): AKHIRNYA UMNO BEKERJASAMA DENGAN PAS DALAM MENENTA...

BICARA ABU NAWAS (Wasiat Pejuang): AKHIRNYA UMNO BEKERJASAMA DENGAN PAS DALAM MENENTA...: "Bersambung dari artikal yang kemarin AKHIRNYA UMNO TAUBAT NASUHA. Hari ini aku nak ceritakan bagaimana tahap pemikiran dan perang saraf u..."

Thursday, November 25, 2010

TAHNIAH MB KEDAH - SULTAN

TAHNIAH MB KEDAH - SULTAN


بسم الله الرحمن الرحيم

"Beta merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar yang berjaya menerajui kerajaan dengan baik. Beta dapati Kerajaan Negeri memberi sepenuh usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini," titah baginda yang menjadi pemangkin semangat buat semua khususnya rakyat negeri Kedah.

ALOR SETAR: Sebaik sahaja banjir di negeri ini surut, Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pun membuka tirainya selama tiga hari bermula tanggal 14 November yang dirasmikan oleh KDYMM Sultan Kedah.
Semuanya berjalan dengan lancar dan tenang bahkan berlangsung secara aman' walaupun tanpa 'kehadiran' dua media elektronik arus perdana yang dianggap pembohong sewaktu membuat liputan banjir, membabitkan bantuan kerajaan negeri yang dituduh 'lepas tangan.'. Bukan sahaja rakyat mahupun para petugas, kakitangan kerajaan negeri, sukarelawan, agensi penyelamat dan semua yang terlibat dalam operasi banjir merasa kecewa dengan tuduhan tidak berasas itu, tetapi turut menarik perhatian Tuanku Sultan Kedah yang dukacita dengan perkhabaran itu.

Dalam titah ucapannya sewaktu merasmikan pembukaan siadang DUN Kedah, baginda melahirkan rasa dukacita dengan suara-suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan serta pengorbanan Kerajaan Negeri dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini.
"Beta dukacita kerana ada suara sumnbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan Kerajaan Beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir," titah KDYMM Tuanku Sultan pada majlis Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet.
Sehubungan itu baginda merakamkan penghargaan kepada semua kakitangan Jabatan Negeri dan Persekutuan yang terlibat termasuklah badan-badan sukarela dan lain-lain pihak yang saling membantu dan bekerjasama tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik ketika negeri ini dilanda bencana banjir.
Titah baginda, kerjasama serta pengorbanan dan bantuan yang dihulurkan amatlah disanjungi dan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat negeri ini yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana banjir.
Perasmian berakhir dan bersurai dengan baik, namun di luar pagar Wisma Darul Aman, kumpulan media eletronik terdiri daripada RTM dan Tv3 yang tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri yang 'tidak menjemput' mereka membuat liputan sidang DUN, cuba mendapatkan komen-komen negatif daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) berhubung kebebasan media yang disekat.
Antara yang tampil menjawab soalan provokasi media terbabit ialah pemuda Gerakan dan Adun-Adun BN seperti Ketua Pembangkang Dato' Mahadzir Khalid, Adun Kuala Nerang Dato Syed Sobri, Adun Belantek, Tajuddin dan lain-lain lagi.
Wartawan RTM cuba mengemukakan soalan "adakah hak Sultan dinafikan?" berikutan sekatan media kepada Adun-Adun BN namun sebilangan cuba mengelak daripada menjawab isu Sultan dan tidak mahu terperangkap dengan soalan-soalan yang tidak berasas itu.
Selesai 'sidang media' luar pagar itu, kedengaran suara wartawan RTM berkata kepada para Adun-adun BN dengan jelas:"Tak pa...Dato' bagi semua saya spin (putar) berita ini."
Hakikatnya media terbabit terasa 'terhina' berikutan larangan tersebut sedangkan 13 agensi media yang dianggap bertanggungjawab dan beretika telah dijemput melalui surat pekeliling Setiausaha Akhbar Menteri Besar terdiri daripada The Star, Sinar Harian, Bernama, 6 akhbar Cina, 2 akhbar India dan Harakah.
Pada sebelah petangnya, Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Razak membentangkan bajet 2011 bermula jam 3.00 petang dan berakhir kira-kira setengah jam kemudian. Pembentangan bajet itu, disampaikan secara ringkas dan padat tanpa sebarang gangguan.
Selesai ucapannya, di luar Dewan, Syed Sobri berjabat tangan dengan Ustaz Azizan dan mengucapkan tahniah di atas bajet yang dibentangkan.
Desas-desus pada awalnya, membayangkan kononnya ada usul tergempar ingin dibawa oleh Adun-adun BN untuk menghangatkan suasana dewan ekoran larangan dan sekatan ke atas RTM dan TV3 melaporkan perjalanan sidang DUN, namun telahan itu meleset kerana tidak ada sesiapa pun berani untuk 'membela' media yang diragui kewibawaannya itu.
Sungguhpun begitu, pada hari berikut perbahasan dijalankan, beberapa Adun BN membangkitkan persoalan kebebasan media, namun dibidas oleh kalangan Adun Pakatan Rakyat antaranya Adun Kubang Rotan Nasir Mustafa. Kata Nasir, sikap tidak bertanggungjawab media pembohong telah mencetuskan suasana resah di kalangan rakyat yang ketika itu dilanda musibah banjir yang teruk. Sepatutnya media terbabit sama-sama 'menenangkan' keadaan dan melaporakn berita benar supaya semua pihak berada dalam kedaan yang tidak stabil, katanya.
Dalam masa yang sama beliau bangkit mempertikaikan tindakan media yang melaporkan cerita seorang mangsa banjir yang kononnya tidak mendapat makanan di pusat penempatan banjir tetapi pada keesokannya, mangsa menyesal dengan kenyataannya itu yang dilaporkan sebuah akhbar tabloid.
Nasir juga membidas Adun Bakar Bata Dato' Ahmad Bashah yang dalam perbahasannya mendakwa ada pihak menghalau mangsa banjir kerana berbeza fahaman politik.
"Dato' sila bertanggungjawab. Sila nyatakan tempat, siapa dan di mana kejadian itu berlaku supaya boleh disiasat. Jangan buat dakwaan tidak berasas," kata Nasir kepada Ahmad yang kemudian kelam kabut seraya menjawab ringkas:" Saya dengar orang kata ja...". Sementara itu di sidang yang sama , Adun Alor Mengkudu Dr Ismail menangkis tohmahan yang dibuat oleh blog yang menfitnah beliau 'mengangkat' balik sumbangan kepada mangsa banjir atas isu politik.
"Kawasan khemah itu kosong dan bukan pusat penempatan banjir, setelah bincang dengan jawatankuasa kampung itu, saya pindahkan barang-barang sumbangan ke suarau berdekatan.
"Bila masa saya tarik balik...sedangkan belum ada sesiapa pun yang menerima sumbangan itu. Ini jelas nak menjatuh nama baik saya...," jelas Dr Ismail tegas.
Dalam pada itu Sidang DUN sekali lagi dipersembahkan isu rasional kenaikan tarif air yang kemudian diperjelas secara panjang lebar oleh Exco berkaitan Dato' Amiruddin Hamzah kepada Adun-adun BN yang seolah-olah keliru dan tidak mahu memahami keadaan. Amiruddin sempat mendedahkan sikap kerajaan Bn terdahulu yang menswastakan air sehingga menyebabkan kerajaan negeri kini menanggung kerugian dan hutang yang banyak di samping kos rawatan dan penambahbaikan saliran air yang semakin meningkat malah kenaikan berlaku setelah 17 tahun pada kadar negeri kedua terendah di Malaysia.
Dalam keseriusan, ada juga gurau senda dan gelak ketawa di dalam sidang DUN Kedah. Lazimnya dua Adun bebas iaitu Tan Wei Shu (Bakar Arang) dan Radzi (Lunas) dianggap sebagai 'pelawak' dalam sidang DUN dengan idea-idea yang mencuit hati pemerhati dan adun-adun. Apa tidaknya, Radzi yang mendengar perbahasan berkaitan pusat penyembelihan babi, bangkit mencadangkan Kedah Agro, anak syarikat kerajaan negeri yang terlibat dengan produk pertanian dan ternakan di negeri ini agar menguruskan pula hal berkaitan penyembelihan dan pengedaran daging babi.Pecah perut satu dewan mendengar saranan bernasnya itu!
Exco baru dilantik, Tan Chow Kang disifatkan antara yang pandai menarik perhatian dalam ucapannya penggulungannya dengan keletah dan bahasanya yang bersahaja.
"Kalau nak tunggu bintang jatuh, sampai tunggu air laut keringlah..." katanya membidas kata-kata adun BN tentang usaha dipihaknya yang belum menampakkan hasilnya. Chow Kang terus mencetuskan ketawa Dewan apabila memuji adun-adun BN:"Saya pujilah , sidang DUN kali ini soalan-soalan pembangkang nampaknya sudah matang. Saya banyak happylah!"
Ketegasan dan suasana sedikit tegang, tatkala Exco berkaitan perumahan Dato' Ir Pharolrazi mempertahankan isu kuota tanah dan pemilikan rumah yang dibangkit oleh seorang Adun BN yang dilihat cuba mengheret sentiman perkauman.. "Selepas ini, saya tak mahu lagi dengar isu ini dimainkan sebagai sentimen perkauman.
"Saya bukan wakil rakyat daripada politik kaum Melayu, yang dilihat mempertahankan hak melayu. Saya adalah wakil rakyat parti Islam yang memberi keadilan kepada semua kaum," kata Pharolrazi tegas.
Ketika, umat Islam khususnya di Kedah pada sebalah petangnya sedang berpusu-pusu pulang untuk berhari raya pada Selasa 16 November, di Dewan Undangan Negeri semua adun kerajaan dan pembangkang masih setia pegun, khusyuk dan fokus kepada agenda terakhir sidang iaitu sesi penggulungan perbahasan oleh Ustaz Azizan.
Mukadimah yang bersahaja, Ustaz Azizan kemudian memulakan buah kilas dan libasan tajamnya kepada media yang memutarkan belitkan cerita.. "Mereka silap kalau nak kenakan saya. Saya pernah jadi Pengarah Urusan Harakah selama lima tahun dan saya pun tahu jenis soalan wartawan.
"Harakah pun dulu dan sekarang pun disekat. Ada tempat yang kita tidak dibenarkan membuat liputan, tapi saya tak pernah komen.
"Tapi saya nak ucapkan terima kasih kepada media tersebut kerana tayangan itu, menyebabkan saya mendapat publisiti yang meluas. Saya harap gambar-gambar saya itu ditayangkan sehingga pilihan raya akan datang...bukan senang muka saya nak masuk tv...
"Cuma saya ni lama dah bersabar...jangan jadi pembohong. Saya bukan ular senduk yang naik kembang tapi jenis ular kapak yang jika terpijak ekor terus patuk!" katanya yang merupakan Adun Sg Limau, Adun yang paling lama dan 'senior' dalam DUN Kedah.
Laksana pahlawan, beliau kemudiannya mengepak, mengunci dan mencantas soalan-soalan yang dikemukakan oleh adun-adun BN dengan penjelasan mudahnya. Sungguhpun sesekali, beberapa adun mencelah, Ustaz Azizan tetap tenang mengahadapinya. Tidak ada latah atau raut emosi beliau memarahi soalan-soalan provokasi, bahkan mengucapkan terima kasih di atas saranan dan kritikan yang diberikan disamping berjanji akan berusaha memperbaiki dan memantapkan lagi pentadbirannya.
Ketika menjawab persoalan Adun Kuala Ketil tentang kewajaran menurunkan harga hantaran kahwin, bagi memudahkan perkahwinan,Ustaz Azizan dengan nada perlahan berseloroh:."Kalau harga hantaran kahwin dapat turun sikit, dapatlah yang lain-lain tumpang sama," katanya disambut gelak ketawa kedua-dua belah pihak.
Dengan nada yang rendah dan bersifat ramah kepada rakan dan lawan, Ustaz Azizan mencuri tumpuan kerana mampu 'mengawal' dewan daripada sebarang terjahan mahupun pencak silat pembangkang. Sesekali ayat-ayat jenaka dan pemanisnya mengubat keadaan. "Terima kasih atas cadangan dan kritikan yang diberikan. Marilah sama-sama kita mengembleng tenaga untuk memastikan rakyat dan negeri ini kekal sejahtera," katanya mengakhiri penggulungannya kira-kira jam 5.30 petang.
Secara purata, pemerhati dan penganalisis memuji Bajet 2011 kali yang amat mengutamakan kesejahteraan rakyat khususnya untuk meningkatkan pendapatan dan membantu bagi golongan yang memerlukan.
Selain itu perjalanan sidang DUN selama tiga hari yang begitu lancar, malah dilihat proses demokrasi di sini berada dalam suasana yang begitu harmoni antara kedua-dua belah pihak, sungguhpun berlainan fahaman politik. Seperti titah Sultan Kedah yang memuji pentadbiran kerajaan negeri dibawah pimpinan Ustaz Azizan kerana berjaya menerajui Kedah secara adil, amanah dan proaktif.
Baginda bertitah, rakyat negeri ini diberi layanan yang adil malah hubungan antara kaum semakin erat menerusi pelbagai aktiviti.
"Beta merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar yang berjaya menerajui kerajaan dengan baik. Beta dapati Kerajaan Negeri memberi sepenuh usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini," titah baginda yang menjadi pemangkin semangat buat semua khususnya rakyat negeri Kedah.

Oleh AZAMIN AMIN (Ketua Biro Harakah Kedah) - www.detikdaily

Note: Ustaz Azizan pandai cukur jambul.. rasa-rasanya najib pandai cukur apa?...
" Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim."..

Monday, November 15, 2010

JawatanKuasa Pengurusan DUN Dusun Tua (N23): Jamuan Hari Raya Aidiladha









JawatanKuasa Pengurusan DUN Dusun Tua (N23): Jamuan Hari Raya Aidiladha

PERUTUSAN I'DUL ADHA DARI PIMPINAN PAS DUSUN TUA..



Sedikit tazkirah peringatan dalam menghadapi Hari Kebesaran Islam bersempena Hari Raya Aidiladha 1431H/2010. Semoga Semangat pengorbanan dan perjuangan para anbiya' dapat diteruskan oleh generasi terkemudian khasnya kita semua dalam usaha memburu redha Allah dan keselamatan di dunia dan akhirat sebagaimana istiqamahnya pejuang-pejuang terdahulu yang telah berjaya mendapat redha-NYA.

Salam pengorbanan buat semua penduduk dan warga pengundi DUN Dusun Tua.

Ikhlas dari warga pimpinan:

Majlis Tindakan DUN Dusun Tua
Parti Islam Semalaysia PAS

Mohamad Jan Sulong
Pengarah MTD/JPD
DUN Dusun Tua

Ketua dan sahabat ARC Selangor meninggal dunia....Al-Fatihah...




Ketua ARC Selangor meninggal dunia...Al-Fatihah...

Dalam kenangan......
Harakahdaily

SERDANG, 14 Nov:

Ketua Alternative Riding Club (ARC) Selangor, Firdaus Ibrahim meninggal dunia awal pagi tadi (Ahad) setelah terbabit dalam satu kemalangan motosikal malam tadi.

Kemalangan berlaku sewaktu Allahyarham bersama anaknya, dalam perjalanan pulang dari program Generasi Idaman Selangor (GeMS) anjuran kerajaan negeri di Hulu Langat.

Jenazah Allahyarham kini berada di hospital Sedang manakalah anaknya kini koma dan berada di hospital Kajang.

ARC adalah salah satu unit di bawah lajnah Sukan dan Kebudayaan (DACS) Dewan Pemuda PAS.

Sementara itu DACS negeri Selangor melancarkan derma kilat bagi membantu keluarga mangsa.

Sumbangan boleh disalurkan ke no akaun Maybank 162731037101 atas nama setiausaha Dacs negeri Selangor, saudara Ikhwan.

Berita dipetik dari Harakahdaily.

Untuk makluman, Almarhum juga merupakan sebahagian dari anggota AJK Pemuda PAS Hulu Langat dan Majlis Pemuda DUN Semenyih.

Almarhum merupakan seorang pejuang istiqamah dan berjaya melaksanakan sebaiknya amanah tugas yang telah diberikan. Selaku peminat jentera bermotor beliau menggunakannya sebagai wadah untuk menyampaikan mesej Islam melalui platform ini. Banyak program yang telah beliau usahakan antaranya menyediakan wadah riadhah alternatif untuk peminat motosikal melalui Kelab ARC yang mempunyai pengisian rohaniah dalam kebanyakkan programnya.

Saya sendiri (S/U MTD) pernah dijemput beliau untuk memberikan pengisian tazkirah dan tarbiah untuk anggota serta ahli-ahli ARC Selangor dalam satu program BBQ ahli ARC baru-baru ini.

Di DUN Dusun Tua, Almarhum selain menjadi tonggak utama memeriahkan pengisian program GEMS di Batu 14 kelmarin Sabtu 14hb November 2010 bagi slot pameran motor besar serta sesi bersama mantan juara dan pelumba Cub Prix Malaysia Sdr. Yasir Said, Almarhum turut menjayakan beberapa program lain di DUN Dusun Tua seperti Pemanduan Berhemat di Batu 16 Dusun Tua dan mengetuai konvoi motor mengiringi konvoi kembara Lajnah Kebajikan PAS Selangor bagi mengedarkan bantuan Ramadhan mengedarkan di sekitar DUN Dusun Tua.

Al-Fatihah untuk Almarhum dan semoga dicucuri rahmat ke atas ruhnya dan semoga pemergian Almarhum sebagai pejuang yang syahid dalam aqidah perjuangan menegakkan agama Allah.

Berita MTD kembara Ramadhan lalu yang mengandungi foto Almarhum yang turut membantu pasukan MTD Dusun Tua:

rujukan; http://mtddusuntua.blogspot.com/

JawatanKuasa Pengurusan DUN Dusun Tua (N23): Ketua ARC Selangor meninggal dunia

JawatanKuasa Pengurusan DUN Dusun Tua (N23): Ketua ARC Selangor meninggal dunia: "Ketua ARC Selangor meninggal dunia Dalam kenangan...... Harakahdaily SERDANG, 14 Nov: Ketua Alternative Riding Club (ARC) Selangor, Firdau..."

KEMBALIKAN HAK AIR KEPADA RAKYAT SELANGOR!!!

Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat !

Dewan Negeri Selangor, 08 Zulkaedah = 15 November (Isnin):
Y.A.B. Tan Sri Dato` Sri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor tengahari ini melancarkan Kempen Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat dengan merasmikan laman web bagi kempen berkenaan (www.AirUntukRakyat.net). Hadir sama Tuan Speaker, Exco-Exco dan Adun-Adun.

Risalah yang diedarkan mencatat:

Tolak ! Bil Air Naik 37%

Sokong ! 20 m3 Air Percuma

Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat !
Lebih lanjut Risalah memaklumkan:
• Bermula tahun 1997, kerajaan BN telah menswastakan syarikat-syarikat air di Selangor.
• Sejak ini, Syabas dan syarikat-syarikat lain telah merugikan ratusan juta duit rakyat.
• Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat kini ingin mengembalikan pengawalan syarikat-syarikat air ini kepada tangan rakyat.

Tolak Bil Air Naik 37%

Pelan Syabas

Tahun Kenaikan Tarif Syabas :

2009 37 %
2012 25 %
2015 20 %

• Laporan Audit terhadapa SYABAS menunjukkan bahawa lebih daripada 72 % kontrak bernilai RM 600 juta diberikan kepada syarikat-syarikat yang dipilih melalui rundingan terus dan tanpa tender terbuka.

• RM 325 juta hilang apabila perbandingan teliti dibuat antara kontrak yang dianugerahkan dari 2005 hingga 2007 dan akaun awam Syabas.

• Pada Jun 2005 SYABAS melanggar perjanjian dengan menggunakan paip yang diimport daripada Indonesia bernilai RM327 juta. Syarikat Indonesia tersebut dimiliki oleh Tan Sri Rozali Ismail CEO Syabas. Gaji beliau adalah RM 5.1 juta setahun atau RM425,000 sebulan.

• RM 51.2 juta dibelanja untuk mengubahsuai Pejabat Syabas sedangkan Jabatan Kawalan Air Selangor (JKAS) hanya meluluskan sebanyak RM23.2 juta.

• Setelah Kerajaan Selangor menghentikan Syabas dari menaikkan tariff air dengan mendadak, Syabas kini berhasrat menyaman Selangor untuk pampasan sebanyak RM 1 billion.

Sokong ! 20m3 Air Percuma
Pelan Selangor.
Tahun Kenaikan Tarif :
2009 12 %
2012 12 %
2015 12 %
Apakah Pelan Selangor ?
• Kerajaan Negeri Selangor yang kini diterajui oleh Pakatan Rakyat berhasrat membeli balik konsesi air demi menjamin hak rakyat untuk mendapat air yang mencukupi pada harga yang berpatutan.

• Aset awam seperti air harus dikendalikan oleh kerajaan yang berjiwa rakyat bukan syarikat yang hanya pentingkan keuntungan.

• Empat syarikat swasta air akan dibeli balik dan diletak dalam satu badan di mana rawatan dan agihan air akan dilakukan oleh satu pengendali tunggal. Ini akan meningkatkan kecekapan dan mengurangkan tariff air kerana tiada isu `kos pemindahan`.

• Penekanan terhadap integriti dan ketelusan seperti yang termaktub dalam enakmen Kebebasan Maklumat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Selangor akan mengelakkan dari sistem yang hanya menguntungkan kroni dan merugikan rakyat.

• Dengan sokongan rakyat yang mencukupi, Kerajaan Selangor akan mampu mendapat balik kawalan syarikat-syarikat air demi rakyat, menekankan integriti dan ketelusan dan memastikan akses air yang mencukupi dengan harga yang berpatutan untuk semua lapisan rakyat.
Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat !
Pilihan di tangan anda.
Pertahankan Hak Rakyat Untuk Mendapat Air Bersih & Murah !

Sekian.
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...