Tuesday, November 20, 2012


Helah baru Israel, tangguh operasi darat

20 November 2012
Gaza 2012

Wanita Palestin menangis ketika upacara pengebumian keluarga Al Dalou di Al Sheikh Redwan, Gaza City, semalam. Sebelas anggota keluarga itu terbunuh dalam serangan kelmarin.
TEL AVIV - Israel, semalam, menangguhkan operasi ketenteraan darat, yang dilihat sebagai helah baru mereka.

Tindakan itu kononnya bagi memberi peluang kepada Mesir sebagai negara pengantara untuk mengadakan rundingan berhubung pelaksanaan gencatan senjata.

Rejim Zionis turut menetapkan esok sebagai tarikh akhir untuk memastikan kejayaan rundingan itu.

Difahamkan, langkah tersebut diambil selepas digesa oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon supaya kedua pihak segera menghentikan serangan yang berlarutan sejak seminggu lalu.

Dalam satu kenyataan, pegawai kanan Israel menyatakan keputusan gencatan senjata itu akan menjadi 'penentu' keadaan.

"Situasi pada masa ini adalah 50-50. Penyelesaian secara diplomatik adalah keutamaan kami tetapi jika tiada pilihan lain, Israel tetap akan memasuki ke Gaza," jelasnya dipetik AFP

Bagaimanapun, jurucakap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memberitahu pemimpin tersebut ada memaklumkan kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menerusi panggilan telefon bahawa Israel sememangnya telah bersiap-sedia untuk memasuki Gaza.

http://www.sinarharian.com.my/global/helah-baru-israel-tangguh-operasi-darat-1.105490

Muhyiddin: 'BN tidak boleh kehilangan Sabah'

21 November 2012
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
KOTA KINABALU - Barisan Nasional (BN) akan berusaha habis-habisan untuk mempertahankan Sabah pada pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.
Beliau berkata, ada pihak tersalah faham dengan menyifatkan Sabah sebagai 'deposit tetap' BN, sedangkan sebenarnya negeri ini sama pentingnya dengan negeri lain.

"Sabah sangat penting bagi kita (BN). Kita tidak boleh kehilangan Sabah. Kita perlu pertahankannya dengan sedaya upaya," katanya pada majlis sarapan pagi dengan anggota Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) dan veteran Umno di sini. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Muhyiddin melahirkan harapan agar Mubarak akan terus memainkan peranannya untuk membantu kerajaan BN melaksanakan dasar dan program pembangunan dengan sering turun padang untuk merapatkan lagi hubungan dengan rakyat, terutama di peringkat akar umbi.
"Walaupun sekarang anda (anggota Mubarak) ada banyak masa untuk bersama keluarga, tapi saya percaya ingin terus berkhidmat kepada rakyat dengan sedapat mungkin dan kerajaan menghargai serta mengucapkan terima kasih atas usaha murni anda ini.

"Saya yakin anda terus mengikuti perkembangan politik semasa dan bimbang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. BN sudah berkhidmat kepada rakyat
selama lebih 50 tahun dan rakyat semakin meyakini kita. Oleh itu, kita tidak boleh menghampakan mereka sekarang," katanya.

Muhyiddin juga mengingatkan Mubarak bahawa kini rakyat meletakkan harapan tinggi terhadap kerajaan berikutan kemajuan teknologi komunikasi  maklumat.
"Ada orang yang menjanjikan bulan dan bintang. Mubarak boleh memainkan peranannya dalam menangkis pembohongan dan janji kosong itu agar ia tidakmemberi kesan negatif terhadap rakyat.
"Kita sedar kita dipilih oleh rakyat. Oleh itu, sambil mengajak rakyat menghakimi kita, kita juga perlu pastikan kita memberi yang terbaik kepada mereka agar mereka terus menyokong kita dan memberi kemenangan kepada kita pada pilihan raya kelak," katanya. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/politik/muhyiddin-bn-tidak-boleh-kehilangan-sabah-1.105703



BARISAN kereta kebal dan anggota tentera Israel dihantar ke sempadan Israel-Genting Gaza semalam. Pihak berkuasa Israel menyatakan ia bersedia untuk melancarkan serangan darat ke atas Genting Gaza jika keadaan memaksa.



BAITULMUQADDIS - Tentera Pertahanan Israel (IDF) dilihat mula mengerahkan kira-kira 16,000 anggota tentera simpanannya semalam sebagai persiapan untuk menyerang Genting Gaza.
"Proses memanggil anggota tentera telah pun dimulakan. Sebagai sebahagian daripada Operasi Tiang Pertahanan, IDF akan mula merekrut 16,000 anggota simpanan," kata kementerian terbabit dalam satu tweet rasminya.

GAMBAR yang dirakam dari sempadan Israel menunjukkan api dan kepulan asap tebal keluar dari bangunan selepas tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Bandar Gaza semalam.



Pada Khamis lalu, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak meluluskan proses untuk memanggil 30,000 tentera simpanan yang boleh dikerah bagi terlibat dalam operasi ketenteraan pada bila-bila masa.
Langkah itu dibuat ketika Israel terus memberi tekanan ke atas pejuang Palestin yang dilihat bakal meningkatkan serangan roket kepada operasi ketenteraan darat selepas sebutir roket mengenai pantai tidak jauh dari Tel Aviv. Roket kedua pula meletup di bahagian selatan bandar tersebut.

IBU kepada kanak-kanak perempuan Palestin yang terbunuh, Hanen Tafesh ditenangkan oleh suami dan saudara-maranya sebelum mayat anaknya itu dikebumikan di Bandar Gaza. Serangan udara tentera Israel setakat ini telah membunuh sekurang-kurangnya 23 orang warga Palestin.



"Kami kini dalam proses meningkatkan operasi ketenteraan. Menteri Pertahanan sudah memberi kelulusan berdasarkan kepada permintaan tentera iaitu penambahan 30,000 anggota lagi.
"Kami akan mengenal pasti berapa ramai tentera yang perlu dipanggil. Ini bermakna kami mempunyai semua pilihan," kata jurucakap ketua tentera Israel, Brigedier Jeneral Yoav Mordechai kepada televisyen Israel, Channel 2.

ANGGOTA polis antirusuhan Israel menahan seorang lelaki Palestin dalam satu protes membantah operasi ketenteraan Israel ke atas Genting Gaza di di Gerbang Damsyik, Bandar Lama Baitulmuqaddis semalam.



Menteri Kanan Kabinet Israel, Moshe Yaalon turut menyatakan bahawa pihaknya sedang menimbang semua pilihan operasi ketenteraan. Ini termasuklah amaran akan menyerang Gaza bagi menghentikan serangan roket pejuang Palestin.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang warga Palestin terbunuh dan seorang lagi cedera akibat serangan udara Israel di bandar Khan Yunis semalam. "Ismail Qandil telah mati syahid dan seorang lagi mengalami kecederaan," jelas kenyataan perkhidmatan kecemasan Genting Gaza.

SEKUMPULAN tentera simpanan Israel berkumpul di kem Mishmar Hanegev, selatan Israel semalam. Pihak berkuasa Israel pada Khamis telah meluluskan kerahan sehingga 30,000 tentera simpanan jika ia mahu menyerang Genting Gaza.



Jurucakap perkhidmatan kecemasan Genting Gaza, Adham Abu Selmiya memberitahu, dua orang penduduk Palestin telah meninggal dunia kerana cedera dalam serangan udara Israel di bahagian utara wilayah tersebut.
Menurutnya, tiga kematian pada Jumaat menyebabkan jumlah mangsa meningkat kepada 23 orang dengan 250 yang lain cedera.

PASUKAN bomba Palestin bertungkus-lumus memadamkan kebakaran sebuah kilang yang terbakar selepas terkena bedilan roket tentera udara Israel semalam.



Sementara itu, Presiden Mesir, Mohamed Mursi menyifatkan serangan Israel ke atas Genting Gaza sebagai pencerobohan kejam terhadap kemanusiaan, sambil menegaskan Mesir tidak akan membiarkan Gaza bersendirian.
Mursi membuat kenyataan itu dalam satu khutbah Jumaat di sebuah masjid di tengah Kaherah, lapor agensi berita Mena. Perdana Menteri Mesir, Hisham Kandil pulang semalam mengadakan lawatan selama tiga ke Genting Gaza.
"Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza seorang diri. Mesir hari ini bukannya Mesir semalam. Masyarakat Arab hari ini juga bukan masyarakat Arab seperti sebelum ini," tegas Mursi. - Agensi
http://sedakasejahtera.blogspot.com/2012/11/terkini-israel-tingkatkan-serangan-ke.html

TERKINI!!! ISRAEL AKAN LANCAR SERANGAN DARAT KE TEBING GAZA!!?





JURUSALEM - Israel belum memutuskan apakah akan menggerakkan tentera ke Tebing Gaza untuk operasi darat terhadap Hamas dan kelompok lain Palestin, kata jurucakap tentera, Sabtu (17/11/2012), hari keempat konflik terbesar Israel-Palestin.

"Saat ini, belum ada keputusan mengenai operasi darat. Kami mempunyai pilihan ini, serta pilihan lain. Setiap dua jam kami mengkaji ulang situasi, laporan risikan dan sasaran yang diserang. Lalu kami melanjutkan ke tahap berikutnya," kata jurucakap Angkatan Darat Israel Letkol Avital Leibovich, kepada Xinhua.

Spekulasi telah beredar luas bahawa Israel bakal menghantar tentara ke dalam Tebing Gaza, setelah berhari-hari serangan sengit dari laut dan udara terhadap ratusan sasaran di kawasan pantai itu gagal membuat Hamas dan kelompok pejuang Palestin menyerah.

Meskipun demikian, Leibovich menegaskan serangan Israel saat ini tidak boleh dipandang sebagai kegagalan. "Kami sudah memusnahkan simpanan (roket jarak jauh) Fajr-5 (di Tebing Gaza)," katanya.

Ketika ditanya apakah tentara Israel akan memasuki Tebing Gaza dalam beberapa hari akan datang, Leibovich berkata, "Itu dalam pertimbagan kami. Pasukan telah dikerahkan untuk siap sedia dan hanya tunggu perintah (untuk memasuki Tebing Gaza)." - Agensi
http://shahalamrebels.blogspot.com/2012/11/terkini-israel-akan-lancar-serangan.html

Saksikan gambar terkini serangan rejim Israel terhadap Gaza di Palestin. Setiap hari, kehidupan rakyat Palestin semakin terseksa rentetan serangan tentera Israel yang bertubi-tubi tanpa belas keperimanusian. Didada akhbar, jelas terpapar kisah mengenai serangan tentera zionis terhadap Gaza yang semakin teruk dan berlarutan dan tiada penghujungnya. Memang sangat menyayat hati apabila kanak-kanak kecil dan wanita yang tidak berdosa turut terkorban dalam peperangan tersebut. Di Malaysia, seluruh rakyat mengutuk dan menentang sepenuhnya perbuatan keji tersebut dan akan mengadakan perhimpunan kempen Selamatkan Bumi Gaza.

Gambar Serangan Israel Keatas Gaza




















http://www.melvister.com/2012/11/berita-terkini-serangan-israel-di-gaza-palestin.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...