Thursday, November 22, 2012


Touch 'n Get dapat sambutan hangat pengguna

Harakahdaily,23 Nov 2012
KUALA LUMPUR: PAS Touch 'n Get mendapat sambutan hangat pengguna-pengguna
 Anroid.

"Lebih 2,000 pengguna telah download aplikasi TnG ini selepas 2 hari dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 di Kota Bharu.

"Setakat ini, banyak panggilan pengguna yang bertanya bila JITP akan meluaskan PAS TnG ini kepada pengguna-pengguna Black Berry, iPad dan lain-lain lagi," kata Pengarah Jabatan IT PAS Pusat, Suhaimi Embong kepada Harakadaily.

Beliau berharap pengguna peranti selain Anroid bersabar dulu sehingga pihaknya menyelesaikan beberapa penambahbaikan kepada TnG versi 1.04 ini terlebih dahulu. Aplikasi Touch 'n Get (TnG) itu boleh dimuat turun dari laman web http://www.pas.org.my/TnG.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14769-touch-n-get-dapat-sambutan-hangat-pengguna

Tender terbuka: S'gor selamatkan lebih RM100j

Selangorku,23 Nov 2012

SHAH ALAM: Amalan tender terbuka yang diamalkan Kerajaan Negeri berjaya menjimatkan dana perbelanjaan Selangor sebanyak RM102, 206, 460.

Menteri Besar yang juga Adun Ijok, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jumlah ini adalah kira-kira 19 peratus melalui sejumlah 63 projek dan tender yang diluluskan.

“Jumlah penjimatan itu meliputi tawaran untuk semua kerja-kerja perolehan dan pembangunan Kerajaan Negeri Selangor.

“Prinsip tender terbuka ini memberi pulangan baik kepada rakyat iaitu ‘value for money’,” jelas beliau ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Adun Kampung Tunku, Lau Weng San.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan perbendaharaan negeri juga membenarkan amalan rundingan terus bagi memenuhi keperluan projek-projek tertentu.

“Contohnya, rundingan terus boleh diadakan dalam kes mendesak yang mana jika tidak diadakan akan membawa kemudaratan seperti kes banjir,” ujarnya.

Mengulas soalan tambahan mengenai kegagalan projek akibat harga tender yang terlalu rendah, Abdul Khalid menafikan perkara tersebut.

“Peratus kegagalan projek antara amalan rundingan terus dan tender terbuka tiada beza.

“Jadi, tender rendah bukan alasan menyebabkan kegagalan,” tegas beliau.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14771-tender-terbuka-sgor-selamatkan-lebih-rm100j-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...