Monday, September 24, 2012


[BONGKAR] Pelakon Filem "Masalah Air Selangor" Telah Dikenalpasti!



Cuba anda camkan betul-betul pelakon utama di dalam pembahagian tong 1Malaysia di balakong sedikit masa lalu yang bertujuan untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Perhatikan topi komandonya juga! Kalau tak jelas, klik gambar itu kasi dia besar dan jelas lagi.

Anda sudah pasti kenal nama pelakon itu: Beliau adalah Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom yang mengetuai senaman punggung di hadapan kediaman pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga pada pertengahan tahun ini.

Jalan cerita filem iklan "Masalah Air Di Selangor mirip dengan pengagihan tong air di Balakong.

Setelah "berjuang" habis-habisan untuk mendapatkan bayaran dari Zahid Hamidi tidak mendapat layanan, kini terpaksa menjadi pelakon di dalam "filem iklan" untuk memburukkan kerajaan PR Selangor - kononnya rakyat Selangor berdepan dengan masalah air paling meruncing dalam dunia!

Baca laporan malaysia kini :

Iklan air masalah air S'gor berjalan 'rahsia' di PJ

Sebuah penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air di Selangor dijalankan secara 'rahsia' di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya.

Walaupun tahu ia berkaitan masalah air, penduduk yang ditemui rata-rata tidak jelas rancangan sebenar penggambaran itu.

Beberapa pelakon tambahan - sebahagiannya penduduk setempat - juga memberitahu Malaysiakini, mereka hanya diberitahu akan dibayar RM50 dan tidak tahu mesej iklan yang dilakonkan mereka.

Selain itu, pihak produksi pula ketika ditemui enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya.

"(Iklan) kempen air. Selebihnya saya tak boleh cakap. Saya harap awak semua hormati tugas saya," kata penerbit iklan itu Cheong Wai Leng ketika ditemui di tapak penggambaran.

Babak beratur dapatkan air Pemberita juga dilarang merakam keadaan di tempat itu, melaporkan keadaannya dan diminta meninggalkan kawasan penggambaran.

"Tak boleh dedahkan (butiran penggambaran). Kalau tak, kita yang akan disaman oleh pelanggan. Kami hanya bekerja dan kita mempunyai pelbagai pelanggan.

"Ini bukan kali pertama kami membuat penggambaran untuk iklan," kata Cheong lagi.

Tinjauan Malaysiakini sejak jam 7 pagi sehingga berita ini ditulis mendapati, kira-kira 200 orang terlibat dalam penggambaran itu.

Kelihatan babak orang ramai beratur mendapatkan air daripada lori bekalan air dilakonkan. Mereka juga diminta untuk 'menjerit' dan mengangkat tong air.

Produksi iklan itu juga kelihatan membawa empat lori kontena barangan dan persediaan set.

Penduduk setempat bagaimanapun memberitahu Malaysiakini kawasan mereka tidak mempunyai masalah gangguan bekalan air.

"Ini seperti nak tunjuk yang kita tak ada air," kata penduduk pangsapuri itu Dr S Paramananthan kepada pemberita.












PENEMUAN BARU


Bukan Mohd Ali Baharom pelakon 'Masaalah Air Selangor' itu.. lihat video ini..


Ini adalah rakaman oleh Malaysiakini yang mendedahkan akan satu pengambaran secara rahsia tapi terbuka (rahsia apa ke benda tah..) yang telah dijalankan oleh sebuah produksi pengiklanan yang kelihatan akan digunakan untuk menyerang kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor dalam isu air..

Video ini juga secara tidak langsung membuktikan bahawa gambar yang disiarkan oleh beberapa blog yang menyokong Pakatan Rakyat bahawa individu yang berlakon telah dikenalpasti adalah tidak benar.. lihat gambar di bawah..


Dua orang lelaki yang kelihatan (berbaju merah dan hitam) memang sangat popular dengan kerja-kerja mendajalkan Kerajaan Negeri Selangor.. perhatikan warna lori tangki yang membawa bekalan air di atas kemudian perhatikan gambar dari video rakaman Malaysiakini di bawah..


Warna lori dan jenis lori yang digunakan adalah berbeza... dan untuk pengetahuan semua gambar di atas ialah gambar yang telah dirakamkan ketika penduduk di Taman Putra Budiman, Balakong, Seri Kembangan mengalami gangguan selama lapan hari.

Yang berbaju merah itu Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu manakala yang berbaju hitam pula ialah Sohaimi Shahadan Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS).

Selain itu Sohaimi Shahadan juga adalah Ketua Pemuda Umno Selayang yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia merangkap Ketua Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno Malaysia

Dan perlu diketahui juga Sohaimi Shahadan juga adalah pemegang 35% saham dalam MalTechPro pembekal i-Pad 1Malaysia yang mahal gila.. sila baca di ( SINI ) mengenai i-pad itu..

Jadi buat yang dah menyerang Presiden Pasukan Senaman Punggung atau Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom tu.. pandai-pandailah korang..

Berikut adalah rakaman Malaysiakini mengenai Iklan air masalah air Selangor yang dikatakan berjalan secara 'rahsia' di PJ itu..

-ASD 


Siasatan terhadap syarikat Reservoir Productions yang menjalankan produksi filem Masalah Air Selangor masih terus kami lakukan. Difahamkan bahawa terdapat perjanjian di antara pihak pengeluar filem iklan tersebut dengan "klien"nya yang tidak didedahkan.

CREDIT TO : http://greenboc.blogspot.com/2012/09/bongkar-pelakon-filem-masalah-air.html

AA : MAMPUIH GINI, SELAGI PENDAJAI2 NI DOK ADA SINI...SYABAS EN GREENBOC...KASI BONGKAR LAGI....

Berani ke Najib 'jahit' mulut Dr M?

Abdul Aziz Mustafa,24 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Pilihan raya hanya boleh diadakan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berani 'menjahit' mulut Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Bagaimanapun, katanya, tidak diketahui bila pilihan raya boleh diadakan kerana Najib tidak dijangka berani menutup mulut Dr Mahathir.

"Hari demi hari Najib melihat kenyataan demi kenyataan Dr Mahathir yang makin memburukkan lagi peluangnya untuk mendapatkan kemenangan yang diharap-harapkannya untuk Umno dan Barisan Nasional.

"Dengan keadaan sedemikian, Najib tidak mampu mengadakan pilihan raya dalam keadaan peluangnya kian diburukkan seperti yang berlaku kepada Pak Lah (bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi) pada tahun 2008 dahulu," kata Mahfuz.

Meskipun demikian, katanya lagi, Najib tidak berani menjahit mulut Dr Mahathir yang dilihat umum semakin hari semakin mengancam peluangnya.

"Menyuruh Najib menjahit mulut Dr Mahathir samalah seperti menyuruh tikus menggantung loceng ke leher kucing," katanya.

Menurut Mahfuz, kenyataan Dr Mahathir yang menyatakan "kita adalah syaitan yang orang kenal" akhirnya menyebabkan Umno dan BN dipanggil sebagai 'parti syaitan' dengan begitu meluas di ruang maya.

"Dr Mahathir menggunakan simpulan bahasa atau idiom Inggeris tetapi tindakannya itu menyebakan Umno dan BN dipanggil sebagai 'parti syaitan' dengan begitu meluas di ruang maya," kata Mahfuz (gambar).

Bekas Perdana Menteri juga, kata Mahfuz, menghakis keyakinan rakyat yang mahukan kerajaan yang stabil apabila memberi gambaran jika Umno dan BN menang pilihan raya umum akan datang sekalipun, kerajaan pimpinan parti itu akan kekal lemah.

Malah, Dr Mahathir menyifatkan kerajaan yang kekal lemah itu menjejaskan pembangunan dan tidak baik untuk perniagaan.

"Memburukkan lagi peluang Najib ialah apabila bekas Presiden Umno itu memberi gambaran bahawa kerajaan Najib ialah kerajaan yang menghampiri rasuah," kata Mahfuz.

Dr Mahathir dilaporkan mengakui bahawa tindakan pentadbiran Najib membuat pemberian tunai kepada rakyat Malaysia menghampiri kepada pembelian undi.

"Dr Mahathir memang kata perbuatan Najib itu menghampiri kepada pembelian undi atau rasuah. Tetapi, yang rakyat faham ialah kerajaan Najib mengamalkan rasuah untuk mendapatkan sokongan.

"Perkataan menghampiri yang Dr Mahathir gunakan itu hanya untuk melunakkan tetapi yang sebenarnya memang beli undi secara terang-terangan," katanya.



TERBARU! Ahli Perniagaan Mengaku Sewakan Jet Peribadi Untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim?????


Media arus perdana milik dan kawalan UMNO/BN melaporkan bahawa seorang ahli perniagaan, Datuk Mohd. Taufik Omar mengaku menyewakan sebuah jet peribadi milik syarikatnya kepada Anwar Ibrahim, namun enggan mengulas berhubung kos sewaan jet tersebut.

Pengakuan tersebut sekaligus telah memalukan bloggers pro-UMNO/BN  yang sebelum ini memfitnah dan menipu kononnya jet tersebut disewa dari Amerika Syarikat dan dibiayai oleh George Soros dan puak-puak Yahudi.
 


BUTIRAN JET PERIBADI YANG DIGUNA OLEH DSAI DAN ROMBONGAN KE-LABUAN

1. Dassault Mystere Falcon 900

2. No Pendaftaran N990BB 

3. Mula beroperasi di Subang sejak Februari 2012. 

5. 'Pemilik' - 'Ajen Tempatan' - 'Operator' : Dato Mohamad Taufik bin Haji Omar, Pengerusi LD Sports Sdn Bhd, Presiden Malaysian Judo Association.

CREDIT TOhttp://omakkau.blogspot.com/2012/09/terbaru-ahli-perniagaan-mengaku-sewakan.html

TERBARU! Ahli Perniagaan Mengaku Sewakan Jet Peribadi Untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim?????


Media arus perdana milik dan kawalan UMNO/BN melaporkan bahawa seorang ahli perniagaan, Datuk Mohd. Taufik Omar mengaku menyewakan sebuah jet peribadi milik syarikatnya kepada Anwar Ibrahim, namun enggan mengulas berhubung kos sewaan jet tersebut.

Pengakuan tersebut sekaligus telah memalukan bloggers pro-UMNO/BN  yang sebelum ini memfitnah dan menipu kononnya jet tersebut disewa dari Amerika Syarikat dan dibiayai oleh George Soros dan puak-puak Yahudi.
 


BUTIRAN JET PERIBADI YANG DIGUNA OLEH DSAI DAN ROMBONGAN KE-LABUAN

1. Dassault Mystere Falcon 900

2. No Pendaftaran N990BB 

3. Mula beroperasi di Subang sejak Februari 2012. 

5. 'Pemilik' - 'Ajen Tempatan' - 'Operator' : Dato Mohamad Taufik bin Haji Omar, Pengerusi LD Sports Sdn Bhd, Presiden Malaysian Judo Association.

credit to : http://omakkau.blogspot.com/2012/09/terbaru-ahli-perniagaan-mengaku-sewakan.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...