Thursday, September 27, 2012


PANASSS!!!...Soalan mengenai 'BERSIH' dalam peperiksaan percubaan SPM'...apa Kementerian Pelajaran Malaysia jawab?...

Baru-baru ini tersebar di laman Facebook mengenai soalan percubaan SPM yang mempunyai soalan berhubung perhimpunan BERSIH 3.0. 

Soalan yang dipercayai subjek pendidikan moral itu juga mengandungi dua gambar semasa berlakunya perhimpunan tersebut pada 28 April lalu. 


Dengan merujuk kepada gambar yang diberi, soalan itu bertulis ''Adakah wajar atau tidak bagi seseorang warganegara itu untuk menyertai perhimpunan haram?''.



Soalan dipercayai disediakan oleh guru yang menyokong UMNO/BN, tujuannya ialah untuk memburukkan kempen BERSIH disamping cuba berpolitik dalam Sekolah..



Berikut adalah jawapan dari Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab berhubung soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0. 


Menurut seorang jurucakap bahagian lembaga peperiksaan kementerian itu, soalan percubaan SPM tidak dibuat oleh kementerian sebaliknya akan dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri atau pihak sekolah sendiri. 



''Soalan SPM sebenar sahaja yang pihak kementerian buat. Kalau soalan SPM percubaan, sama ada dibuat oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri bersama sekolah atau sekolah itu sendiri yang membuat soalan. 



"Jika nak tahu lebih lanjut mengenai soalan (perhimpunan BERSIH 3.0), mungkin boleh tanya kepada pihak jabatan atau sekolah yang berkaitan," katanya ketika dihubungi . 



Selain itu, ketika ditanya lebih lanjut mengenainya, jurucakap itu berkata, perkara itu pertama kali didengari mamandangkan pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai perkara itu. 



"Kertas itu subjek apa? Bagaimana soalannya? Kami tidak tahu mengenai soalan itu," katanya lagi ~ Malaysiakini


Tapi kalau lah soalan itu berbunyi begini "Siapakah yang mengarahkan Sirul dan Azilah membunuh Altantuya?" atau "Berapakah jumlah komisyen yang telah dibayar oleh Kerajaan Malaysia kepada orang tengah untu memiliki atau membeli Dua buah Kapal Selam"..



Aku yakin jawapan yang akan diberikan oleh Kementerian Pelajaran ialah "Pihak kami akan menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap guru berkenaan"



Dua atau tiga hari selepas kenyataan itu dikeluarkan, satu lagi kenyataan pula akan keluar "Guru yang terbabit menyediakan soalan peperiksaan itu telah dikenakan tindakan disiplin dan beliau telah diberikan notis tukar 24 jam ke pendalaman Sarawak"



He..he..he... betul tak Cikgu?



Buat cikgu-cikgu yang dah kena tukar sebab menyokong Pakatan Rakyat tu.. bersabarlah.. Andaikata PR melangkah ke Putrajaya dengan jayanya.. kita usulkan kepada Menteri Pelajaran yang baru supaya tukar semua Pengarah Pelajaran negeri dan pindahkan mereka ke Alaska...

AA : SETUJU SANGAT DENGAN DEME...

Kompleks Tarbiyah Darul Hidayah Masih Memerlukan Sumbangan Anda


Gambar terkini komplek Darul Hidayah yang masih dalam pembinaan. Keseluruhan pembangunan yang dianggarkan menelan belanja RM1juta lebih masih memerlukan sumbangan anda. Sekiranya ada 1,000 orang yang sanggup infak sebanyak RM500.00 insyallah cukup untuk menyiapkan bangunan ini. Yakinlah sumbangan anda tidak sia-sia. Alhamdulillah, jumlah sumbangan terkini adalah sebanyak RM670K...terima kasih kepada penyumbang yang menyumbang...moga allah jua yang membalasnya...






http://mtddusuntua.blogspot.com/2012/09/darul-hidayah-masih-memerlukan.html

LAW KANA BAINANA AL-HABIB...

Ya rabbi qad ghaffilna
Wa kulluna thoma’un
Fi a’fwin wa fi karamin
Wa fi a’taqin
wa jannatin maa’a sayyidil bashar
Nad’u
Nad’uka rabbi minal a’maqi
Law kana bainanal habib
Ladanal-qasi wal-qarib
Min thoibatin qablal-maghrib
Tholiban qurbal habib
Biqurbini-nafsu tathib
Wa tad’ullah fa yujib
Anwaru thoha la taghib
Ballighna liqahu ya mujib
Hudakal-kaunu rahib
Rahmatal-hadil-qarib
Hadithuka-nahurul a’zib
Jiwarukal-ghusnur-ratih
Fadatkha-ruuhi ya habib
Muhammadun mukrimal-gharib
Biqurbikar-ruhu tathib
Ya rahmatal-lila’lamin
Ya habibi ya Muhammad
Ya thobibi ya mumajjad
Anta zul-fadhil muayyad
Jalla man solla a’laik
Ya habibi ya Muhammad
Ya thobibi ya mumajjad
Anta zul-fadhil muayyad
Jalla man solla a’laik
Ya habibi ya Muhammad
Ya thobibi ya mumajjad
Anta zul-fadhil muayyad
Jalla man solla a’laik

GAMBAR TERKINI PEMBINAAN KOMPLEK SURAU DARUL HIDAYAH








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...