Thursday, March 3, 2011

YANG TAK BERAPA NAK PANDAI MENJAWAB HUJAH MUFTI PERAK

بسم الله الرحمن الرحيم

Oleh : WFAUZDIN NS



















TUNGGU punya tunggu, akhirnya berbunyi juga Mufti Perak Harussani. Di dalam akhbar Sinar hari ini, Harussani bukan bersuara pasal Najib kalungkan bunga di Makam Kamal Antartuk, bukan pasal Najib menggelar Syeikh Yusoff Qardhawi dan Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas dan bukan juga soal Najib merasuah pengundi-pengundi di Dun Kerdau dan Merlimau. *sama sekali jauh nak cerita pemimpin yg mengaku islam tapi tak tahu nak suruh bini tutup aurat.

Harussani bersuara kerana Tuan Guru Nik Aziz pernah menyebut sesiapa yang menyokong PAS masuk Syurga. Harussani sebut, jangan kaitkan agama di dalam politik. Ertinya, Harussani tidak mengakui bahawa politik itu ada di dalam Islam. Maksudnya, PAS kena sebut benda yang bukan melibatkan agama jika ingin berkempen. Jadi, PAS mahu sebut apa? Sedangkan parti itu sendiri pun sudah tertera dengan nama Islam malahan dasarnya pun Islam. PAS kena sebut cerita dongeng atau cerita janji-janji rasuah pilihanraya seperti yang telah Umno lakukan? Itukah yang Harussani mahu PAS lakukan? * Mungkin harus sana sini nak suruh PAS jadi sama macam umno. Bila Ada pilihanraya atau keramaian PAS kena bawak amoi-amoi separuh bogel bertandak atas pentas sama macam umno.

Harussani juga mendakwa Tuan Guru Nik Aziz sentiasa mengeluarkan fatwa apabila adanya pilihanraya. Semenjak bila Tuan Guru Nik Aziz diiktiraf sebagai pemberi fatwa? Jika benar itu fatwa, mengapa Tuan Guru Nik Aziz tidak didakwa oleh Majlis Agama Islam kerana hanya Mufti dan Majlis Fatwa sahaja yang boleh mengeluarkan fatwa? Ini adalah kerana Majlis Agama Islam pun faham itu bukan fatwa Tuan Guru Nik Aziz cuma Harussani sahaja yang tidak faham. * Si tua harus sana sini ni bukan faham apa maksud fatwa...

Di dalam bab mengundi PAS masuk Syurga, Harussani sebut hanya Allah sahaja yang berhak menentukan sesiapa yang masuk Syurga atau Neraka. Jika begitu, salahlah kita mengajar anak kita jangan mencuri, jangan minum arak, jangan derhaka pada ibu bapa nanti berdosa dan masuk Neraka. Salahkah? Masakan Harussani tidak faham kaedah itu? Tuan Guru Nik Aziz tidak pernah sebut sesiapa yang sokong Umno akan masuk Neraka, beliau cuma sebut bahawa sesiapa yang sokong PAS akan masuk Syurga.

PAS adalah parti yang dasarnya Islam yang mahu memperjuangkan Islam dan menentang kemungkaran. Menyokong parti yang memperjuangkan Islam dan menentang kemungkaran itu berpahala atau berdosa? Jika berpahala, Allah janjikan Syurga dan jika berdosa Allah janjikan Neraka. Itu janji Allah bukan janji PAS. Umno adalah parti sekular yang dasarnya Kebangsaan dan Umno mengekalkan kemungkaran dan kezaliman. Sesiapa yang menyokong Umno mendapat pahala jugakah? Jika bukan pahala, apa dia?



Contoh mudah, seseorang mengajak kita ke masjid dan seorang lagi mengajak kita ke Kelab Malam atau Pusat Judi di Genting. Jika kita mengikut ajakan ke Kelab Malam atau tempat judi, adakah kita berpahala dan balasannya adalah Syurga? Memang Allah sahaja yang berhak menentukan seseorang itu ke Syurga atau Neraka, tetapi Allah ajar kita bagaimana untuk berusaha ke arah itu. Kita diberi pilihan untuk memilih.

Tidak perlu saya menulis banyak kerana Harussani lebih arif dari saya. Beliau juga tentu arif tentang hukum pemerintah yang mengeluarkan lesen judi, mengekalkan akta zalim ISA dan juga arif tentang ciri-ciri pemimpin Islam yang boleh dipilih. Mana satu pilihan kita, adakah pemimpin yang isteri dan keluarganya mematuhi hukum Islam yang asas seperti menutup aurat atau pemimpin yang isterinya pun bertelanjang iaitu tidak menutup aurat? Jika hukum Islam yang asas pun gagal dilaksanakan, usah diharap kepada yang lain.
 
/wfauzdin.blogspot.com

USTAZAH YANG SEMAKIN MABELES...HUH

بسم الله الرحمن الرحيم















“Demi Allah, adalah tangan Rasulullah belum pernah menyentuh tangan wanita kecuali yang beliau miliki (nikahi)." [HR al-Bukhari].

“Sungguh apabila kepala salah seorang dari kalian ditusuk dengan besi, maka hal itu lebih baik daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya .” [HR ath-Thabrani dan al-Baihaqi. Imam al-Mundziri berkata : para perawi hadits ini tsiqaat]


"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa keliahtan padanya, dan hendaklah mereka meletakkan penudung pada dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.." - (al-Nur, ayat 31)




"dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu". (Al-Ahzab:33)

Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka.- (Riwayat Ibnu Majah).

Bankrap: Alasan MB ibarat Pak Pandir

Nazri Abdullah -HarakahDaily

TEMERLOH, 3 Mac: Kenyataan Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa Pahang berhutang sejumlah 2.17 billion dengan kerajaan pusat adalah biasa dan sama seperti negeri-negeri lain ibarat alasan 'Pak Pandir', kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Watak dongeng Melayu itu sinonim dengan kenyataan 'bukan anak kita sahaja mati, anak orang lain pun mati juga' kata Tuan Ibrahim, hanya untuk melepaskan diri dari dia dilihat lemah atau bersalah.

Katanya, menteri besar Pahang itu sepatutnya melihat peningkatan hutang tahunan negeri kepada kerajaan pusat telah sampai ke tahap membimbangkan.

"Apa yang mendukacitakan, bilamana anggaran hasil negeri hanya RM532 juta sedangkan belanja mengurus sahaja RM600 juta, pembangunan RM270 juta menjadikan jumlah bajet keseluruhan RM871 juta.

"Ini bermakna lebih dari RM300 juta bergantung kepada hasil pinjaman dari kerajaan Pusat," katanya pada sidang media harian PAS di pusat media PRK Kerdau di sini.

Semalam, Adnan terpaksa menafikan dakwaan PAS bahawa kerajaan negeri hampir bankrap ekoran defisit bajet 13 tahun berturut-turut dan hutang dengan kerajaan pusat makin meningkat.

Beliau berkata, kerajaan negeri hanya defisit dua kali.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga Pengarah pilihan raya PAS bagi PRK Kedau berkata, kegagalan kerajaan negeri pimpinan Adnan meningkatkan hasil adalah kerana pengurusannya yang lemah dan tidak terkawal.

"Sebagai contoh, kerajaan negeri sanggup menghabiskan wang negeri bagi membeli nombor plat kereta CCC9 dengan nilai RM48 ribu," katanya.

Lebih pelik ujarnya, inden kenderaan yang sudah dilupuskan masih lagi dibayar dengan jumlah RM11,838 seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008.

Selain itu, tuntutan melampau bagi projek Rumah Rehat Bentong turut dipersoalkan.

"Papan tanda 'Surau' yang harga pasaran RM60 dibayar kepada kontraktor RM542, lampu hiasan ruang tamu yang harganya hanya RM1,500 dibayar kepada kontraktor dengan harga RM38,700," tambahnya.

Sehubungan itu katanya, rakyat harus membuka mata disaat mereka berdepan masalah ekonomi, kerajaan negeri pula melakukan pembaziran.

Katanya, sekarang adalah masa terbaik untuk membuat perubahan memilih calon dari Pakatan Rakyat.

"Pemilihan calon BN pada pilihan raya ini hanya akan meneruskan keadaan selepas 12 kali pilihan raya umum, inilah hasilnya.

"Rakyat perlu memilih wakil rakyat yang akan mengangkat isu-isu ini kepada kerajaan negeri," katanya.

KERDAU : Keadaan Seperti 1960an, BN Abaikan Pembangunan Negeri BN Sendiri

Walaupun Pas Selangor tidak dikehendaki bertugas di Kerdau, Temerloh bagi pilihanraya kecil di sana, kerana telah ditugaskan ke Merlimau yang juga akan berlangsung pilihanraya kecil secara serentak (6 Mac) di kedua-dua tempat. Tetapi keinginan bersama menyaksi kehangatan kempen pilihanraya kecil di Kerdau membuat Adun dan teman-teman mengambil keputusan ke Kerdau pada pagi ini. Dengan kumpulan yang sama semasa ke Merlimau pada 23 Februari yang lepas.

Adun bersama sdr. Shahrum, Amir dan Haji Mokri bertolak ke Temerloh jam 9.30 pagi dan tiba ke Markas Utama Pas di Kerdau jam 11.30 pagi. Bertemu dengan Pengarah Pilihanraya Kecil Kerdau, Dato` Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden Pas). Tuan Syed Abdul Hamid Adun Pas di Basrah, Saudara Mazlan Aliman Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda (Anak). Pegawai dari Kedutan Brunei, Saudara Sabki Naib Ketua Pemuda dan petugas-petugas pilihanraya. Di tengah kesebokan , kami tidak minta diraikan, tetapi Dato` Tuan Ibrahim meraikan kami bersama dengan tetamu seperti dari kedutaaan, Tuan Syed dan lain-lain dengan bersama minum the di warong. Kehadiran kami dengan membawa sedikit barang-barang keperluan dan sejumlah sumbngan kewangan yang kami terus sampaikan ke Ybhg. Dato` Tuan Ibrahim.

Dari pemerhatian kami Dun Kerdau adalah Dun kawasan kampong yang amat daif, terletak di pinggir kanan Bandar Temerloh dari perjalanan dari Kuala Lumpur. Rumah agak jauh antara satu sama lain. Boleh dikatakan tidak ada pembangunan, bukan saja di Kerdau, tetapi juga di Temerloh. Menurut YB Syed Hamid,

`Temerloh sebagai Satu kawasan lama seperti Kuala Lipis, tidak membangun seperti Kuala Lipis. Di Temerloh, apa lagi di Kerdau tidak ada Pusat Pengajian Tinggi, tiada maktab, tiada pejabat, tiada kilang, tiada perusahaan Yang ada Balai Polis, tetapi terbengkalai dan beberapa deret kedai dan sebuah dua Sekolah. Menurut Dato` Tuan Ibrahim,


``Penduduk di sini kurang menyedari perkembangan luar. Mereka amat sederhana dan berpuashati dengan apa yang ada. Mereka amat perlu kepada perubahan, tetapi mereka sukar berubah`` Menurutnya lagi adalah menjadi kewajipan kita menyedarkan mereka. Kearah bertindak lebih positif. Mereka memang boleh berubah. Katanya lagi,


``Kita berharap calon yang kita tawarkan kepada rakyat (En. Hasanuddin bin Salim) dapat diberi mandate, sekurang-kurangnya calon kita dapat menyedarkan rakyat dan bercakap di Dewan Undangan Negeri masalah-masalah yang dihadapi rakyat di Kerdau dan masalah yang dihadapi oleh negeri secara keseluruhan.``


Menurut saudara Mazlan Aliman Pengerusi Anak-Anak Peneroka Felda, yang turut sama berbincang,


``Di Kerdau ada 9,000 pengundi. Daripada mereka 3.000 yang tinggal di tiga Felda.`` Menurutnya , ``Dulu kita menganggap peserta-peserta Felda memberi sokongan kepada BN secara solid,`` tetapi katanya, ``Keadaan berubah`. Mereka menyedari mereka diperhamba oleh Felda. Mereka tidak diberi geran tanah dan tidak ada pemilikan dan tidak tahu di mana lokasi hak mereka. Menurutnya dari desakan yang dibuat, banyak perubahan dibuat, misalnya mendapat pertambahan imbuhan yang setempal dengan pekerjaan.


Pihak lawan dari BN menuduh, bahawa pihak Pas ketiadaan modal, tetapi tuduhan yang seperti ini tidak betul. Kita dapati isu-isu yang dibawa adalah banyak,baik pada peringkat tempatan (Dun Kerdau) yang tidak ada pembangunan. Lebih-lebih lagi pada peringkat negeri yang ketara berlaku salah laku pentadbiran dan kepincangan kewangan Misalnya,


Audit Negara menyebut:

Kelemahan pengurusan yang menyebabkan kerugian kewangan negeri Pahang sebanyak RM6.20 juta.

Berbagai-bagai projek sakit yang terpaksa ditender semula yang belanja mengatasi jumlah projek asal seperti PPRM Simpang Pelangai Bentong, PPRM Kg. Sei Jaya Maran, PPRM Bandar Baru Jerantut yang menyebabkan negeri kerugian sejumlah RM8.29 juta.

Penyalahgunaan bahan api dan kos bayaran melampau yang melibatkan jutaan ringgit

Penyelewengan projek pendidikan seperti bumbung runtuh Sekolah Kebangsaan Rentam, bumbung beberapa dewan computer dibeberapa buah Sekolah, MRSM Bentong ditutup akibat tanah runtuh.

Penyelewengan pengurusan balak yang merugikan kerajaan negeri

Hutang Kerajaan Negeri Pahang sebagaimana laporan Audit Negara:


Masya Allah begitu banyaknya hutang kerajaan negeri Pahang ! Sesungguhnya Kerajaan Negeri Pahang memang kaya dengan hutan dan hutang !

Selepas berada di Markas Utama Gerakkerja Pilihanraya Pas di Kerdau, kami meninjau ke seluruh kawasan DUN Kerdau yang memperlihatkan tiadanya pembangunan. Keadaan seperti pada tahun 1960an. Apa yang nampak hanya bendera-bendera BN yang dicacak sepanjang jalan. Pada masa ini barulah dibawa projek mee segera dalam mana jalan-jalan sedang ditar sebagaimana juga dilakukan di Merlimau sebagai gula-gula bagi rakyat. Kita berharap rakyat tidak terpedaya.

credit untuk DR. SHAFIE ABU BAKAR (ADUN BANGI N26)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...