Walaupun Pas Selangor tidak dikehendaki bertugas di Kerdau, Temerloh bagi pilihanraya kecil di sana, kerana telah ditugaskan ke Merlimau yang juga akan berlangsung pilihanraya kecil secara serentak (6 Mac) di kedua-dua tempat. Tetapi keinginan bersama menyaksi kehangatan kempen pilihanraya kecil di Kerdau membuat Adun dan teman-teman mengambil keputusan ke Kerdau pada pagi ini. Dengan kumpulan yang sama semasa ke Merlimau pada 23 Februari yang lepas.
Adun bersama sdr. Shahrum, Amir dan Haji Mokri bertolak ke Temerloh jam 9.30 pagi dan tiba ke Markas Utama Pas di Kerdau jam 11.30 pagi. Bertemu dengan Pengarah Pilihanraya Kecil Kerdau, Dato` Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden Pas). Tuan Syed Abdul Hamid Adun Pas di Basrah, Saudara Mazlan Aliman Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda (Anak). Pegawai dari Kedutan Brunei, Saudara Sabki Naib Ketua Pemuda dan petugas-petugas pilihanraya. Di tengah kesebokan , kami tidak minta diraikan, tetapi Dato` Tuan Ibrahim meraikan kami bersama dengan tetamu seperti dari kedutaaan, Tuan Syed dan lain-lain dengan bersama minum the di warong. Kehadiran kami dengan membawa sedikit barang-barang keperluan dan sejumlah sumbngan kewangan yang kami terus sampaikan ke Ybhg. Dato` Tuan Ibrahim.
Dari pemerhatian kami Dun Kerdau adalah Dun kawasan kampong yang amat daif, terletak di pinggir kanan Bandar Temerloh dari perjalanan dari Kuala Lumpur. Rumah agak jauh antara satu sama lain. Boleh dikatakan tidak ada pembangunan, bukan saja di Kerdau, tetapi juga di Temerloh. Menurut YB Syed Hamid,
`Temerloh sebagai Satu kawasan lama seperti Kuala Lipis, tidak membangun seperti Kuala Lipis. Di Temerloh, apa lagi di Kerdau tidak ada Pusat Pengajian Tinggi, tiada maktab, tiada pejabat, tiada kilang, tiada perusahaan Yang ada Balai Polis, tetapi terbengkalai dan beberapa deret kedai dan sebuah dua Sekolah. Menurut Dato` Tuan Ibrahim,
``Penduduk di sini kurang menyedari perkembangan luar. Mereka amat sederhana dan berpuashati dengan apa yang ada. Mereka amat perlu kepada perubahan, tetapi mereka sukar berubah`` Menurutnya lagi adalah menjadi kewajipan kita menyedarkan mereka. Kearah bertindak lebih positif. Mereka memang boleh berubah. Katanya lagi,
``Kita berharap calon yang kita tawarkan kepada rakyat (En. Hasanuddin bin Salim) dapat diberi mandate, sekurang-kurangnya calon kita dapat menyedarkan rakyat dan bercakap di Dewan Undangan Negeri masalah-masalah yang dihadapi rakyat di Kerdau dan masalah yang dihadapi oleh negeri secara keseluruhan.``
Menurut saudara Mazlan Aliman Pengerusi Anak-Anak Peneroka Felda, yang turut sama berbincang,
``Di Kerdau ada 9,000 pengundi. Daripada mereka 3.000 yang tinggal di tiga Felda.`` Menurutnya , ``Dulu kita menganggap peserta-peserta Felda memberi sokongan kepada BN secara solid,`` tetapi katanya, ``Keadaan berubah`. Mereka menyedari mereka diperhamba oleh Felda. Mereka tidak diberi geran tanah dan tidak ada pemilikan dan tidak tahu di mana lokasi hak mereka. Menurutnya dari desakan yang dibuat, banyak perubahan dibuat, misalnya mendapat pertambahan imbuhan yang setempal dengan pekerjaan.
Pihak lawan dari BN menuduh, bahawa pihak Pas ketiadaan modal, tetapi tuduhan yang seperti ini tidak betul. Kita dapati isu-isu yang dibawa adalah banyak,baik pada peringkat tempatan (Dun Kerdau) yang tidak ada pembangunan. Lebih-lebih lagi pada peringkat negeri yang ketara berlaku salah laku pentadbiran dan kepincangan kewangan Misalnya,
Audit Negara menyebut:
Kelemahan pengurusan yang menyebabkan kerugian kewangan negeri Pahang sebanyak RM6.20 juta.
Berbagai-bagai projek sakit yang terpaksa ditender semula yang belanja mengatasi jumlah projek asal seperti PPRM Simpang Pelangai Bentong, PPRM Kg. Sei Jaya Maran, PPRM Bandar Baru Jerantut yang menyebabkan negeri kerugian sejumlah RM8.29 juta.
Penyalahgunaan bahan api dan kos bayaran melampau yang melibatkan jutaan ringgit
Penyelewengan projek pendidikan seperti bumbung runtuh Sekolah Kebangsaan Rentam, bumbung beberapa dewan computer dibeberapa buah Sekolah, MRSM Bentong ditutup akibat tanah runtuh.
Penyelewengan pengurusan balak yang merugikan kerajaan negeri
Hutang Kerajaan Negeri Pahang sebagaimana laporan Audit Negara:
Masya Allah begitu banyaknya hutang kerajaan negeri Pahang ! Sesungguhnya Kerajaan Negeri Pahang memang kaya dengan hutan dan hutang !
Selepas berada di Markas Utama Gerakkerja Pilihanraya Pas di Kerdau, kami meninjau ke seluruh kawasan DUN Kerdau yang memperlihatkan tiadanya pembangunan. Keadaan seperti pada tahun 1960an. Apa yang nampak hanya bendera-bendera BN yang dicacak sepanjang jalan. Pada masa ini barulah dibawa projek mee segera dalam mana jalan-jalan sedang ditar sebagaimana juga dilakukan di Merlimau sebagai gula-gula bagi rakyat. Kita berharap rakyat tidak terpedaya.
credit untuk DR. SHAFIE ABU BAKAR (ADUN BANGI N26)
No comments:
Post a Comment