Tuesday, October 28, 2014

Peraturan Baharu Pemasangan Cermin Gelap JPJ

Cermin gelap atau memasang tinted film untuk menggelapkan cermin kenderaan adalah dibenarkan, dengan syarat anda hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Namun, sebelum anda berkunjung ke kedai tint film untuk menggelapkan cerminkereta, pastikan anda tahu berapa kadar peratus ketelusan cahaya yang dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Berikut adalah peratus ketelusan cahaya yang dibenarkan untuk panduan anda:
[Update 29 September 2014]
Berkuatkuasa 1 Mei 2015, kadar baharu ketelusan cahaya yang dibenarkan adalah seperti berikut:
  • Cermin hadapan: 70 peratus
  • Cermin sisi hadapan: 50 peratus
  • Cermin sisi belakang: 30 peratus
  • Cermin belakang: 30 peratus
kadar cermin gelap JPJ
Peraturan baharu cermin gelap
Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%.
peraturan cermin gelapPeraturan lama cermin gelap
Anda boleh baca mengenai peraturan ini dan justifikasi yang JPJ kemukakan, serta tindakan yang akan dikenakan ke atas pemilik kenderaan yang didapati melanggar peraturan cermin gelap di Facebook page JPJ
Tak puashati? Nak lagi gelap? Boleh, sekiranya anda termasuk dalam kalangan individu-individu yang terkecuali seperti di bawah :) 


Pengecualian peraturan cermin gelap

Terdapat dua kategori kenderaan yang boleh memasang cermin gelap (yang tidak tertakluk kepada peraturan di atas).
  1. Kenderaan milik kerajaan yang digunakan oleh individu-individu di bawah:
    • Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong.
    • Duli Yang Maha Mulia Raja sesuatu negeri atau konsortnya.
    • Pemangku raja sesuatu negeri atau konsortnya.
    • Pembesar memerintah negeri bagi Negeri Sembilan atau konsortnya.
    • Bakal raja sesuatu negeri atau konsort bakal raja itu.
    • Bekas raja sesuatu negeri atau konsortnya.
    • Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sesuatu negeri.
    • Hakim Mahkamah Agong atau Mahkamah Tinggi.
    • Pegawai polis atau pegawai tentera sebagaimana yang dinyatakan masing-masing oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera.
  2. Kenderaan yang mendapat kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah JPJ (atas sebab-sebab kesihatan dan keselamatan pemohon). Pemohon bolehmengemukakan permohonan bertulis penggunaan cermin gelap kepada Pengarah Penguatkuasa JPJ Malaysia.
Selamat memandu.

http://www.malaysiatercinta.com/2014/05/peraturan-cermin-gelap-kenderaan.html

Garis Panduan Pengubahsuaian Kenderaan Persendirian Mengikut Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ

  • Pemasangan air spoiler, side skirt dan aerofoil pada kenderaan.

Pemasangan air spoileraerofoil atau side skirt mestilah tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang.
  • Pemasangan door visor pada kenderaan.

Pemasangan door visor  hendaklah tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi

  • Pemasangan tambahan bumper pada bahagian hadapan atau belakang kenderaan dan protecting guards (Kangaroo Bar) pada bahagian hadapan kenderaan.

- Pemasangan tambahanbumper atauprotecting guard (kangaroo bar) di bahagian hadapan atau belakang mestilahtidak boleh melebihi 50% daripada bes roda kenderaan.
- Pemasangan protecting guards (kangaroo bar) mestilah tidak menutupi lampu-lampu kenderaan dan dan tidak mempunyai bucu-bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluar melebihi 100mm.
- Protecting guard (kangaroo bar) yang dipasang mestilah tidak melebihi 150mm daripada keseluruhan lebar kenderaan.

  • Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.

- Sekiranya rim atau tayar yang lebih besar digunakan, ianya mestilah ditutup sepenuhnya dengan mudguards ataumudflap.
- Pemasangan tayar yang lebih besar sehingga mengubah ketinggian keseluruhan kenderaan adalah tidak dibenarkan.

  • Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top di atas bumbung kenderaan

- Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top mestilah dilakukan dengan hanya menebuk sebahagian bumbung tanpa melibatkan pemotongan pillar bumbung asal atau pemotongan pada casis  kenderaan.
- Pengubahsuaian tersebut mestilah dilakukan pada bahagian tengah bumbung sahaja dan tiada kesan sambungan atau kimpalan pada mana-mana bahagian yang lain.

  • Pemasangan membawa tangga / bot / surf board

- Para bumbung hendaklah dipasang dengan kukuh pada kenderaan dan ukuran tingginyatidak boleh melebihi 230mmdari paras bumbung.
- Lebar dan panjang para bumbung mestilah tidak melebihi luas bumbung.
- Tangga / Bot / Surf board yang dibawa di atas para bumbung mestilah tidak melebihi bahagian hadapan dan belakang kenderaan.
- Tangga / Bot / Surfboard yang dibawa mestilah diikat dengan kuat pada para bumbung, sekurang-kurangnya dua ikatan.
- Roda hadapan kenderaan mestilah menanggung sekurang-sekurang 20% berat bot / surf board.

  • Penukaran kotak gear manual / automatik

- Tiada pengubahan struktur dilakukan pada ‘front cross member', ‘steering linkage' dan ‘steering box'.
- Tiada pengubahsuaian pada ‘base mounting' dan tiada kimpalan pada struktur tambahan mounting'.
- Tiada pengubahsuaian pada ‘base engine mounting' dan tiada kimpalan pada struktur tambahan ‘engine mounting'.

  • Pemasangan kanopi / kanvas

- Pemasangan kanopi jenis hard-top mudah alih ini atau kanvas hanya dibenarkan untuk kenderaan jenis twin cab pick-up sahaja di mana jumlah penumpang adalah 5 orang.
- Panjang, tinggi dan lebar kanopi mestilah tidak melebihi dimensi asal kenderaan.
- Ketelusan Cahaya Tampak pada semua cermin tingkap kanopi mestilah tidak kurang daripada 50%.
- Tempat duduk tambahan adalah tidak dibenarkan dipasang pada ruang kanopi tersebut.
- Lampu brek ketiga hendaklah dipasang di bahagian belakang kenderaan selepas pemasangan kanopi dilakukan.

  • Pemasangan Winch, Winch Bar, Side Step, Rear Bar dan Snorkel)

- Pemasangan winch, winch bar, snorkel, side step dan rear bar hendaklah dipasang dengan kuat dan kemas supaya tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
Winch BarRear Bar dan Side Step yang dipasang hendaklah tidak boleh melebihi 150mm keseluruhan lebar kenderaan dan tidak boleh menutupi lampu-lampu dan nombor pendaftaran kenderaan.
- Pemasangan aksesori yang dipasang mestilah tidak boleh mengganggu identiti asal kenderaan tersebut.

  • Pemasangan roof-rack (para bumbung) / bike carrier

- Para bumbung hendaklah dipasang dengan kukuh pada kenderaan.
- Ukuran tinggi pemasangan para bumbung mestilah tidak melebihi 230 mm dari paras atas bumbung dan lebar serta panjang mestilah tidak melebihi luas bumbung.
- Mana-mana kenderaan tidak boleh membawa muatan yang mengunjur melebihi belakang, hadapan atau tepi badan kenderaan.
- Ukuran basikal  di atas bumbung kenderaan mestilah tidak melebihi bahagian hadapan, belakang dan tepi bumbung serta perlu diikat dengan kuat dan kemas supaya tidak membahayakan pengguna jalanraya yang lain
  
- Pemasangan bike carrier pada bahagian belakang kenderaan adalah tidak dibenarkan
  • Pemasangan spotlight
- Pemasangan spotlight hanya dibenarkan pada kenderaan jenis 4X4 sahaha.
- Pemasangan spot light mestilah bewarna putih atau amber sahaja dan dipasang di bahagian hadapan kenderaan sebagai tambahan kepada lampu sedia ada.
- Pemasangan spot light di atas bumbung kenderaan adalah tidak dibenarkan.
- Hanya dua (2) unit spot light sahaja dibenarkan untuk pemasangan pada kenderaan.
Spot lighthanya boleh digunakan semasa aktiviti off road sahaja dan hendaklah ditutup apabila digunakan di atas jalan raya.
- Ketinggian pemasangan spot light hendaklah tidak melebihi 5 kaki (1524mm) dari atas permukaan jalan.


http://www.jpj.gov.my/garis-panduan-mengenai-pengubahsuaian-kenderaan-persendirian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...