Tuesday, October 28, 2014

Peraturan Baharu Pemasangan Cermin Gelap JPJ

Cermin gelap atau memasang tinted film untuk menggelapkan cermin kenderaan adalah dibenarkan, dengan syarat anda hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Namun, sebelum anda berkunjung ke kedai tint film untuk menggelapkan cerminkereta, pastikan anda tahu berapa kadar peratus ketelusan cahaya yang dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Berikut adalah peratus ketelusan cahaya yang dibenarkan untuk panduan anda:
[Update 29 September 2014]
Berkuatkuasa 1 Mei 2015, kadar baharu ketelusan cahaya yang dibenarkan adalah seperti berikut:
  • Cermin hadapan: 70 peratus
  • Cermin sisi hadapan: 50 peratus
  • Cermin sisi belakang: 30 peratus
  • Cermin belakang: 30 peratus
kadar cermin gelap JPJ
Peraturan baharu cermin gelap
Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%.
peraturan cermin gelapPeraturan lama cermin gelap
Anda boleh baca mengenai peraturan ini dan justifikasi yang JPJ kemukakan, serta tindakan yang akan dikenakan ke atas pemilik kenderaan yang didapati melanggar peraturan cermin gelap di Facebook page JPJ
Tak puashati? Nak lagi gelap? Boleh, sekiranya anda termasuk dalam kalangan individu-individu yang terkecuali seperti di bawah :) 


Pengecualian peraturan cermin gelap

Terdapat dua kategori kenderaan yang boleh memasang cermin gelap (yang tidak tertakluk kepada peraturan di atas).
  1. Kenderaan milik kerajaan yang digunakan oleh individu-individu di bawah:
    • Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong.
    • Duli Yang Maha Mulia Raja sesuatu negeri atau konsortnya.
    • Pemangku raja sesuatu negeri atau konsortnya.
    • Pembesar memerintah negeri bagi Negeri Sembilan atau konsortnya.
    • Bakal raja sesuatu negeri atau konsort bakal raja itu.
    • Bekas raja sesuatu negeri atau konsortnya.
    • Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sesuatu negeri.
    • Hakim Mahkamah Agong atau Mahkamah Tinggi.
    • Pegawai polis atau pegawai tentera sebagaimana yang dinyatakan masing-masing oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera.
  2. Kenderaan yang mendapat kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah JPJ (atas sebab-sebab kesihatan dan keselamatan pemohon). Pemohon bolehmengemukakan permohonan bertulis penggunaan cermin gelap kepada Pengarah Penguatkuasa JPJ Malaysia.
Selamat memandu.

http://www.malaysiatercinta.com/2014/05/peraturan-cermin-gelap-kenderaan.html

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...