Wednesday, December 15, 2010

Berikan Peluang Kepada Kami Berinteraksi Dengan Pelacur IPT... (Jika Ada)

PAS mahu kerajaan membuat siasatan terhadap punca berlakunya gejala pelacuran membabitkan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) seperti didedahkan baru-baru ini.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, siasatan itu perlu bagi melihat tahap keseriusan gejala pelacuran itu dan mencari jalan penyelesaiannya.

“Sikap yang tidak wajar saya rasakan apabila munculnya isu-isu sebegini, kita saling menunding jari menyalahkan pihak-pihak tertentu. Saya merasakan kita perlu menyelesaikan isu ini secara bersama.



“Sikap melepaskan diri dan menyalahkan pihak yang lain sebenarnya akan lebih membarahkan masalah sosial ini di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di negara kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Berita kegiatan pelacuran yang dijalankan oleh segelintir siswa-siswi IPT dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 9 Disember lalu. Dalam laporan itu, Dr Jaina Sintian selaku Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO) berkata terdapat sebilangan siswa-siswi IPT yang terlibat di dalam kegiatan pelacuran demi membiayai kos pengajian mereka.

“Sekiranya benar sebagaimana yang dilaporkan, kerajaan wajar untuk memikir jalan keluar bagi mengatasi masalah yang membelenggu Malaysia ini,” katanya.

Menurut Nasrudin lagi, PAS sedia bekerjasama menyelesaikan isu ini.

“Dewan Pemuda PAS bersedia untuk membantu dalam apa jua aspek pembentukan , pengkaderan serta pembinaan akhlak dan minda mahasiswa-mahasiswi jika diperlukan.

“DPP Malaysia juga bersedia member khidmat bimbingan dan kaunseling buat mereka yang telah terlanjur asal sahaja ada kerjasama dan kelepasan dari pihak berwajib universiti dan penguatkuasa dari pihak kerajaan,” katanya.

kata aku.:. nak kena tanya sharizat jalil nie...dia pakar bab nie...tak pun ustazah masitah...
Posting Share by Usrah Jamaah Anak Muda...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...