Umno: Budaya hulur memang wujud, tapi fokus kebajikan rakyat
NURUL AINI MOHAMED ALI
24 Oktober 2012
SHAH ALAM - Umno tidak menafikan wujudnya budaya hulur tetapi menegaskan, pendekatan itu digunakan semata-mata kerana mahu menjaga kebajikan dan tanggungjawab kepada rakyat, bukannya untuk memancing undi sebagaimana disangka sesetengah pihak.
Menurut Exco Pemuda Umno, Syahrin Md Jamaluddin, pihaknya tidak menafikan yang budaya seumpama wujud dalam amalan politik Umno selaku parti teras Kerajaan Pusat, tetapi diamalkan demi menjaga kepentingan rakyat.
“Sebenarnya, kita perlu faham permintaan masyarakat dalam politik ini, untuk jadi biro agama semata-mata saja tidak cukup.
"Saya sendiri sebagai Ketua Pemuda, perlu bijak juga dalam hal ekonomi, bukan terhad kepada agama saja," kata beliau pada program Wacana Sinar Harian ke-15 anjuran Sinar Harian semalam.
Beliau menambah, sebagai pemimpin harus bersedia termasuk dalam soal kewangan kerana jika tidak, masyarakat akan menganggap sebagai pemimpin yang tidak bersedia membantu rakyat.
Pada masa yang sama, seorang lagi panelis iaitu bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyelar tindakan Umno yang terus menyuburkan budaya hulur.
Katanya, ia bukan sesuatu yang baik.
Asri berkata, "kita perlu didik masyarakat supaya jangan meminta-minta dari pemimpin."
"Tapi bila pula perkara ini mahu berhenti?" katanya.
Syahrin turut berkata, realiti meminta dan hulur yang sedang berlaku kini dan ia tidak dapat dielakkan.
"Tetapi ia hanya untuk menjaga kebajikan dan tunaikan tanggungjawab, tiada niat lain," ujarnya.
No comments:
Post a Comment