Tuesday, October 23, 2012


SPR: Apa status terkini persempadanan semula

Harakahdaily,24 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah meminta Perdana Menteri menyatakan status terkini urusan Persempadanan Semula Bahagian Pilihanraya oleh SPR.

Beliau mengemukakan soalan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli Parlimen PAS hari ini seperti di bawah.

Datuk Kamarudin Jaffar [ Tumpat ] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah langkah-langkah terkini Kerajaan untuk menjayakan perjuangan rakyat Palestin.

Dr. Mohd Hatta Md Ramli [ Kuala Krai ] minta Menteri Kewangan menyatakan rasional mewujudkan Jawatankuasa Mengkaji Pemberian Royalti Petroleum kepada negeri yang terdapat bahan petroleum tersebut memandangkan telah terdapat perjanjian yang sah antara Petronas dan Kerajaan Negeri.

Che Uda Che Nik [ Sik ] minta Menteri Pelajaran menyatakan isu beban tugas guru menjadi isu panas secara bermusim, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi perkara ini dan adakah Kerajaan telah menempatkan pegawai kerani khas N11, N17, N22 dan N26 untuk membantu kerja perkeranian. Jika sudah, sebutkan bilangan sekolah yang mendapat kemudahan ini.

Datuk Dr. Mohd Hayati Othman [ Pendang ] minta Menteri Pelajaran menyatakan mengenai jumlah kos peralatan ICT untuk program PPSMI sehingga kini termasuk software danhardwarenya serta di mana status pembelajaran PPSMI kini.

Dr. Che Rosli Che Mat [ Hulu Langat ] minta Menteri Kesihatan menyatakan mengapakah kemudahan katil di wad hospital-hospital dalam Parlimen Hulu Langat (Kajang, Serdang dan Putrajaya) masih belum mencukupi sehingga terpaksa menumpang wad di Hospital Seremban.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta Perdana Menteri menyatakan:-
(a) jumlah keseluruhan jabatan, agensi serta GLC Kerajaan Persekutuan yang hingga kini masih menyewa premis parti-parti politik di peringkat pusat dan negeri-negeri; dan
(b) senaraikan pecahan kos sewa bulanan/tahunan dan kadar sekaki persegi sewa tersebut termasuk tempoh sewa atau pajakan yang termaktub dalam perjanjian sewa atau pajak dan nyatakan sama ada perjanjian masih aktif atau tidak.

Datuk Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan:-
(a) apakah langkah pembaikan yang telah dilakukan oleh Kementerian dalam pemberian kuota beras nasional ST15% dan senaraikan syarikat atau individu yang mendapat kuota beras ST15 dan nyatakan jumlah yang diperoleh oleh setiap syarikat dan individu; dan
(b) apakah langkah pembaikan yang dilakukan Kementerian dalam program pembekalan benih padi sah kepada petani, senaraikan juga syarikat yang dilantik mengikut agihan kuota untuk membekal benih padi sah pada petani.

Muhammad Husain [ Pasir Puteh ] minta Menteri Pelajaran menyatakan:-
(a) tahap keciciran di sekolah-sekolah kendalian Kementerian di seluruh negeri Kelantan; dan
(b) apakah faktor-faktor keciciran yang dikatakan semakin meningkat berdasarkan kajian pihak Kementerian.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...