Azizan Abdul Razak
Azizan Abdul Razak
ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sedia disiasat atas dakwaan penyelewengan projek yang didakwa dilakukan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri.
Beliau bersedia memberi keterangan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan projek yang didakwa rugi berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang didedahkan baru-baru ini.
“Saya akan beri keterangan kepada polis pada bila-bila masa sahaja. Mereka boleh datang ke pejabat saya untuk dapatkan maklumat.
Saya juga bagi jaminan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBK), Datuk Shahabudin Shafie dan bekas CEO PMBK, Datuk Bakar Din akan turut beri kerjasama sebaiknya,” katanya, pada sidang media selepas majlis penyerahan lembu korban sempena AidilAdha, semalam.
Menurutnya, berdasarkan laporan terbabit, ramai yang beranggapan Kerajaan Negeri menyeleweng, sebaliknya projek di Papua New Guinea dihentikan kerana berisiko.
“Tidak semestinya semua perniagaan untung, mana-mana pelaburan tetap berisiko,” katanya.
Mengulas mengenai laporan polis oleh Pemuda Gerakan Kedah terhadap Kerajaan Negeri berhubung projek pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea yang mengalami kerugian kira-kira RM13.49 juta, Azizan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Itu sekadar mahu cari publisiti. Tak perlu saya layan kehendak dia. Mereka sudah buat laporan polis, biar polis buat siasatan, malah saya alu-alukan SPRM siasat projek bawah KCB yang dibuat ketika Barisan Nasional (BN) memerintah,” katanya.


Gambar fitnah MB Kedah dicekup SPRM tersebar

Harakahdaily,01 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Sebuah akaun di Facebook yang menggelarkan dirinya Anti PKR Club telah membuat fitnah jahat dan jijik kononnya Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak ditahan pihak SPRM kerana menerima rasuah jutaan ringgit.
Blog http://omakkau.blogspot.com mendedahkannya.
Berikut petikan daripada blog tersebut.
Sebuah akaun di Facebook yang menggelarkan dirinya Anti PKR Club telah membuat fitnah jahat dan jijik kononnya Menteri Besar Kedah YAB Datuk Seri Azizan Razak dan Setiausaha Politiknya ditahan pihak SPRM kerana menerima rasuah jutaan ringgit.

Wang kononnya dirampas itu telah dipamirkan kepada umum.

Sila lihat cara pencacai UMNO membuat gambar yang telah diedit semata-mata mau membuat fitnah.

Memperlihatkan berasa bangga apabila melakukan fitnah sedemikian rupa.

LAGI DIFITNAH.. LAGI RAMAI RAKYAT AKAN BERHIJRAH.


AA : HARAM JADAH PUNYA POLITIK...SIAP MAIN SUPERIMPOSED LAGI...MMG UDAH PERANGAI SERUPA DAJAI....ALAHAI BANGSA KU....