Tuesday, October 23, 2012


Ahli PAS, rakyat diseru demo bantah MCA

Harakahdaily,24 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Semua ahli PAS dan rakyat Malaysia termasuk bukan Islam diseru untuk bersama-sama Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Dewan Ulamak PAS Pusat dalam himpunan aman dan penyerahan memorandum bagi membantah kebiadapan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terhadap Islam yang akan diadakan jam 2.30 petang  di hadapan Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur hari ini.



Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin A. Razali (gambar) berkata, mempertikai dan menghina undang-undang dan hukum-hakam Islam yang menjadi agama Persekutuan merupakan satu sikap yang tidak bertanggungjawab daripada seorang pemimpin bagi parti yang memerintah.

“Perbuatan tersebut mengundang persengketaan agama dan merosakkan perpaduan rakyat Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Islam menjadi teras bagi negeri-negeri Melayu yang bergabung dalam Malaysia sejak berabad lamanya.

“Penduduk majoriti Malaysia juga adalah beragama Islam. Islam diberikan kedudukan istimewa dalam perlembagaan Malaysia,” katanya.

Beliau menegaskan, sikap biadap terhadap Islam adalah akhlak terburuk dan terhina dari seorang yang bergelar pemimpin.

Katanya, rakyat Malaysia yang bersendikan Kesopanan dan Kesusilaan perlu membantah kewujudan sikap dan pemimpin sebegini kerana mengundang kepada permusuhan dan merosakkan keharmonian negara.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...