Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menasihatkan umat Islam negara ini tidak terlalu taksub dengan parti politik masing-masing bagi mengelak perpecahan ummah.


Katanya, umat Islam negara ini semakin menjurus kepada perpecahan, hanya kerana berbeza parti politik.



"Tiada masalah jika berbeza pendapat mengikut parti politik masing-masing, tetapi apa yang tidak dibenarkan dalam Islam ialah jika pengikut sesebuah parti politik itu terlalu taksub, itu yang tidak boleh," katanya pada program Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah di sini, hari ini.



Beliau yang pernah menggerakkan usaha kerjasama politik Pas dan Umno susulan Pilihan Raya Umum 2008 berkata demikian ketika menjadi panel sesi "Bahaya Ketaksuban".



Beliau menambah, apabila umat Islam sendiri mula mencipta puak mereka sendiri di kalangan masyarakat, perpecahan ummah pasti berlaku.



"Bagi membentuk sebuah masyarakat harmoni, perpaduan ummah cukup penting," katanya.



Pengerusi Yayasan Darul Hanan, Prof. Madya Dr. Asyraf Wajdi Dasuki yang juga ahli panel turut bersetuju dengan kenyataan Harussani.



Menurut Asyraf, umat Islam negara ini mestilah sentiasa bersikap sederhana dan berpada-pada jika melibatkan diri dalam parti politik.



"Tidak salah jika berbeza parti politik, tetapi jangan sampai meletakkan keutamaan parti melebihi agama kita sendiri," tegasnya.



Tambah beliau, biarlah berbeza parti politik sekalipun asalkan umat Islam negara ini tetap bersatu agar masyarakat kekal harmoni.

AA : BAGI AKU YANG JAHIL NI,  KENYATAAN THDHZ NI SERUPA MACAM XMAU BERKAWAN DENGAN MALAIKAT YANG TIDAK DIKENALI, TP SUKE SANGAT BERKAWAN DENGAN SYAITAN YANG KITA TERKENAL DENGAN KAYA, BERPENGARUH, BULEH BAGI PANGKAT....XPERNAH TGK PERCANGGAHAN PENDAPAT THDHZ NI DENGAN KERAJAAN, AKU BOLEH KATE JUGA ITU SATU KETAKSUBAN...APAPUN, MOGA ALLAH PELIHARA ULAMA' DAN UMARA' DI MALAYSIA INI...JUGA MOGA TIADALAH DIANTARA MEREKA2 INI YG TERKENA PENYAKIT 'WAHAN' ITU....