10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI
Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:
1.Hak kepada diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2.Hak kepada malaikat maut: mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH
3.Hak kepada kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4.Hak kepada Munkar dan Nakir: tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
5.Hak kepada mizan (neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.
6.Hak kepada sirat (titian yang merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
7.Hak kepada Malik (malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
8.Hak kepada Ridhzuan (malaikat penjaga syurga): merasa redha kepada qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.
9.Hak kepada Nabi Muhammad SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH.
10.Hak kepada ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Duit bukan segalanya, lagi tak berguna kalau di salah guna. Perumpamaannya, katil yang indah dapat dibeli dengan duit yang banyak tapi belum tentu boleh membeli tidoq yang nyenyak...

Monday, September 10, 2012
Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd.
Keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-100 yang bersidang pada 4-6 Julai 2012 telah
membincangkan mengenai Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh
Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. Muzakarah telah membuat keputusan seperti
berikut:
- Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan,
Muzakarah menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas mestilah
memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh syarak. Sesuatu transaksi
jualbeli adalah dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual
beli. Muzakarah turut menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas
juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang
berlebihan dan kezaliman.
- Berdasarkan laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi
jual beli dan pelaburan emas oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd., Muzakarah
bersetuju memutuskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas yang
dilaksanakan oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. tidak mematuhi sepenuhnya
Parameter Pelaburan Emas sepertimana yang telah diperakukan oleh Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
Ke-96 pada 13 hingga 15 Oktober 2011.
- Oleh itu, umat Islam dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam
aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh
mana-mana pihak sama ada syarikat atau individu di dalam atau luar negara yang
bertentangan dengan prinsip-prinsip jual-beli emas seperti yang digariskan oleh
syarak atau undang-undang negara.
Teks Khutbah Aidilfitri 1433 H
Teks Khutbah

Kepada muslimin dan muslimat, mudah-mudahan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Pihak Lajnah Penerbitan, Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) berbesar hati menyediakan teks khutbah untuk hari raya Aidulfitri yang bakal menjelang.
Teks-teks khutbah tersebut boleh dimuat turun di bawah ini:-
Mursyidul Am PAS : Kefahaman Bukan Alasan Tangguh Hudud
Oleh : Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Sukacita saya merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian (23 & 24 Ogos 2012) yang membicarakan persoalan hudud, terutamanya apa yang dibangkit oleh seorang ahli parlimen PAS dan seorang lagi mantan mufti.
Bagi saya tidak ada asas hukum dan keperluan atas dasar logik untuk melengah-lengah pelaksanaan kerana hudud adalah sebahagian daripada perundangan syariah yang diwajibkan dalam Islam. Ini kerana tidak ada hukum atau undang-undang di dunia ini, sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dulu, baru dilaksanakan.
Atas kerana itu, apa sahaja undang-undang di Malaysia, ia dibuat dan dilaksanakan tanpa menunggu semua pihak faham atau setuju. Termasuklah pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sendiri pun yang menguatkuasakan pembentukan negara Israel di bumi Palestine yang ditentang hebat oleh orang Palestine sendiri. Hatta Presiden Amerika, Barrack Obama sendiri turut bersetuju dengan perundangan ‘kahwin sejenis’ meskipun majoriti masyarakat dunia menolaknya.
Secara faktanya, persoalan sesuatu hukum boleh dilaksana setelah ada kefahaman dan persetujuan semua pihak, ia sesuatu yang tidak tepat dalam kaedah perundangan yang ingin mengawal dan mendidik masyarakat ke arah kebaikan. Tambahan lagi, soal hukum Islam (hudud) bukannya pilihan untuk menusia menolak atau menerima. Tugas pihak berkuasa atas nama Islam adalah kewajipan dan tanggungjawab. Jadi keperluan kepada suasana kondusif bukanlah penghalang ke arah pelaksanaan hukum Allah.
Atas dasar ini, pada masa Nabi Muhammad SAW sendiri umat Islam tidak mempersoalkan kewajaran perintah (hukum) Allah SWT. Apa yang utama membuktikan ketaatan dan keimanan yang tidak berbelah bahagi. Bukan sepertimana sesetengah pihak sekarang ini, ada yang sanggup rosak akidahnya atas dasar menolak mentah-mentah hudud atau mana-mana perintah Allah SWT. Tidak kurang pula berdolak dalih dan beralasan kononnya suasana belum kondusif untuk memakai hukum Allah SWT. Tidak terkecuali juga, masih ada pihak yang bersimpati kepada si-jahil, maka isu hukum hudud ini perlu dibincangkan terlebih dulu. Sampai bila? Lepas bincang, bincang dan bincang, namun si-jahil tetap beralasan.
Pengalaman Negeri Kelantan dalam usaha melaksana hukum hudud ini, sebenarnya telah melalui proses memperkenal, membincang dan meluluskannya secara masak. Usia enakmen kanun jenayah syariah (termasuk hudud) kini akan genap 19 tahun pada November ini. Sejarah penggubalannya cukup matang kerana ia merupakan sumbangan cendikiawan perundangan Islam Almarhum Prof Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmod Saedon dan Ketua Hakim Syarie Kelantan sekarang, Dato’ Daud Muhammad.
Selain ia turut dikongsi dengan pakar-pakar perundangan bidang syarie dan jenayah sivil. Malah tidak terkecuali poses menerima maklum balas dan perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk badan NGO turut dibuat di Kota Bharu dan di Kuala Lumpur. Turut serta adalah Tengku Razaleigh Hamzah selaku presiden parti Semangat 46 ketika itu telah juga menganjurkan perbincangan terbuka sebagai melebar kefahaman dan tanda sokongan serta persetujuan atas usaha Negeri Kelantan. Justeru pada persidangan dewan negeri, semua ahli dewan termasuk daripada Umno turut menyokong. Namun selepas itu, permohonan ke arah pelaksanaannya telah ditolak oleh Kerajaan Pusat.
Kini berbangkit isunya, pelaksanaannya masih tertangguh meskipun telah diluluskan sejak November 1993 lagi. Bagi Kelantan, ia tertangguh bukan kerana usaha dan keperluannya masih tidak memenuhi suasana yang kondusif. Sebaliknya ia tertangguh disebabkan halangan Kerajaan Pusat, termasuk ‘amaran’ menerusi satu surat rasmi perdana menteri ketika itu yang masih tidak ditarik balik.
Justeru persoalan yang ada di depan umat Islam hari ini, adakah ingin terus meraikan suara bangkangan seumpama suara daripada sesetengah pemimpin bukan Islam? Ataukah kita ingin terus meraikan pihak si-jahil yang sentiasa beralasan atas kefahamannya yang tidak bersandarkan nilai-nilai keimanan?
Sampai bilakah segala alasan tanpa keimanan dan hujah akal sentiasa dijadikan alasan untuk menidakkan penerimaaan dan pelaksanaan hukum Allah SWT ini? Apa yang pasti, hukum Allah SWT tetap serasi dengan hukum alam dan makhluk ciptaan-Nya. Kalaulah menunggu alunan ombak reda, sampai bila nelayan akan dapat ke laut? Ketika laut berombak itulah, nelayan boleh meluncur perahunya ke laut bagi menangkap ikan.
Presiden PAS : Melayu Wajib Kuatkan PAS dalam PR
Tempoh masa lebih setengah abad sudah mencukupi bagi orang Melayu memberi kepercayaan kepada UMNO menjadi teras BN memimpin negara. Jangan salahkan kaum lain sekiranya berlaku kesilapan sehingga Melayu, agamanya, bangsanya dan bahasanya terpinggir. Semua kaum telah menerima hakikat secara perlembagaan bertulis bahawa Islam agama persekutuan, hak istimewa bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Raja berperlembagaan. Dalam masa yang sama hak kaum lain wajib diberi dengan adil.
UMNO yang berkuasa dengan sokongan majoriti besar khususnya daripada penganut Islam berbangsa Melayu wajib dilakukan muhasabah dengan adil, bijak dan bertanggungjawab. Orang Melayu jangan menipu diri sendiri. Allah berfirman dalam surah Arra'du, Ayat 11 yang bermaksud
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya."
Agama Islam
Walaupun Islam diletakkan dalam perlembagaan atas desakan kumpulan Islam bersama PAS kepada Suruhanjaya Reid, tetapi mereka menerima dengan penafsiran bahasa dan fahaman mereka terhadap agama. PAS menghargai dan menerima hakikat mencapai kemerdekaan terlebih dahulu, bersama pemimpin generasi awal UMNO dengan iringan doa dirahmati Allah di alam barzakh kerana bersama mendukung kemerdekaan. PAS mengambil keputusan bersusah dan berkorban menjadi parti pembangkang, supaya manjadi kekuatan di luar kerajaan bagi menyempurnakan kemerdekaan itu dengan acuan maruah agama dan bangsa tanpa terikat lagi dengan acuan pemikiran warisan penjajah.
Al Marhum Tan Seri Syed Ja’afar Al Bar menegaskan kepada saya, hanya beberapa minggu sebelum beliau meninggal dunia ; ”Adalah lebih baik PAS berada diluar BN membetul keadaan dan tidak bijak berada didalam." Tegas beliau ketika PAS berada dalam Barisan Nasional. Kenyataan ikhlas kerana melihat UMNO tidak mempedulikan kepada perubahan yang sepatutnya selepas mencapai kemerdekaan.
Sepatutnya Islam ditafsirkan dengan bahasa Al Quran, bukannya bahasa Inggeris. UMNO yang tidak membuat perubahan menyebabkan Islam terus berada ditahap yang tidak berdaulat, dengan cara pentadbiran agama Islam yang lama diatur sejak zaman penjajah. Namun ketinggian moral pentadbiran bersih oleh generasi awal UMNO dapat menarik beberapa orang tokoh bangsa lain menganut Islam.
Mengikut kajian ilmu pentadbiran dan pengurusan Islam, menunjukkan bahawa penjajah British lebih banyak terpengaruh dengan sistem pentadbiran Islam melalui kajian orentalisnya, tetapi mereka menolak aqidah dan syariat yang sempurna. Adalah lebih mudah mengambil alih negara daripada penjajah British daripada penjajah bangsa lain. Hanya sedikit perubahan perlu dilakukan dengan dimasukkan roh Islam dan petunjuk syariatnya.
Malangnya UMNO tidak mengorak langkah yang maju dengan membuat perubahan yang positif dan pro-aktif dengan yang baik dikekalkan yang tidak baik dibuang. Para pemimpin UMNO lebih leka dengan perubahan bersifat kebendaan untuk menarik rakyat memberi sokongan semata-semata untuk menang pilihanraya. Tanpa dinafikan perlunya banyak masjid yang didirikan, bangunan pusat Islam, bangunan sekolah agama, Tabung Haji, Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam dan sebagainya. Masalahnya ialah roh dan pengisiannya tidak mengikut acuan Islam yang sempurna secara ikhlas dan berta’abud dengan petunjuk Al Quran dan Sunnah yang banyak. Keadaan ini menjadikan sehingga asasnya bocor, kedudukan Islam lebih lemah daripada zaman penjajahan, sehinggakan pemimpin Melayu Islam dan bangsanya tidak mampu menjadi contoh Islam yang sempurna kepada seluruh manusia.
Al Marhum Maulana Abu Hasan Ali Al Nadawi, tokoh ulama dan pemikir Islam yang tersohor menegaskan dalam bukunya : (Kembali Semula Kepada Islam ), menegaskan :” Pelaksanaan Islam dengan cabarannya berlaku dua cara pendekatan. Samada melaksanakan Islam secara Ibadah, dengan yakin kepada janji Allah dunia dan akhirat, atau laksanakan Islam secara Jibayah, dengan mimilih secara akal manusia yang hanya mencari pengaruh untuk berkuasa dengan sokongan rakyat semata-mata “.
Yang kedua inilah yang dilakukan oleh UMNO sehingga boleh berlaku salah faham terhadap Islam dikalangan penganut yang jahil dan lebih lagi dikalangan bukan Islam. Apabila Islam dilihat bukan melalui kacamata ajarannya yang sempurna dan murni, tetapi dilihat daripada kecuaian pemimpin UMNO. Lebih merbahaya lagi apabila menunjukkan contoh negatif saperti tidak bermoral, rasuah, penyalahgunaan kuasa, politik wang dan sebagainya. Sehingga Tun Dr Mahathir sendiri pernah membuat kenyataan terbuka dan telah dua kali keluar masuk UMNO. Al Marhum Tunku Abdul Rahman pula meninggalkan UMNO dan berucap di pentas PAS sebelum meninggal dunia.
Peranan pengajian Islam kalangan umat Islam dilemahkan dengan kawalan bertauliah sejak zaman penjajahan, diteruskan oleh Umno bagi meneruskan pengaruh sekulerisme dalam masyarakat Islam. Agenda menghapuskan tulisan jawi yang tidak dapat dilaksanakan oleh penjajah dan melemahkan penguasaan bahasa Arab dikalangan pelajar aliran Islam berjaya dibuat dibawah pemerintahan UMNO.
Seterusnya UMNO menggunakan media khususnya berbahasa Melayu, bagi mencetuskan perkara yang meragukan dan salah faham terhadap Islam, seperti Isu Syariat Islam. Ia difikirkan boleh menjadi bahan untuk menakutkan kalangan bukan Islam dan mengelirukan penganut Islam yang jahil seperti hukum poligami, pesaka, undang-undang jenayah hudud dan qisas, haramnya riba secara menyeluruh, hak wanita, hiburan dan lain-lain yang memerlukan ilmu dan pelaksanaan untuk difahami.
Islam itu wajib diimani seluruhnya dan dilaksanakan semuanya. Beriman sebahagian dan menolak atau ragu sebagiannya adalah merosakkan iman. Beramal dengan sebahagian dan menolak sebagiannya pula menyababkan tasawur yang salah terhadap Islam dan menyebabkan celaka dunia dan akhirat.
Hak Istimewa
Kaum bukan Melayu yang faham tidak membantah adanya hak istimewa kerana memahami hakikat majoriti Bumiputera khususnya orang-orang Melayu terpinggir dengan penyusunan masyarakat ciptaan penjajah. Mereka tidak membantah hak istemewa yang dicatit tanpa menafikan hak yang adil kepada semua kaum lain. Namun hak ini disalah guna, sehingga kaum Melayu dan bumiputera tidak mampu bersaing dengan sendiri, tetapi ditongkat oleh UMNO demi agenda politik berkuasa semata-mata dan mengambil kesempatan mencari kekayaan diri, keluarga dan rakan sekeliling tetapi tidak memperkasakan kaum Melayu dan bumiputera. Contoh yang jelas ialah tanah rezab Melayu dan pinjaman disalah gunakan, sehingga Bank Bumiputera dileburkan dan beberapa agensi dijadikan alat mengaut keuntungan bagi kalangan tertentu sahaja dan banyak bantuan tidak sampai kepada sasaran dan tidak mencapai matlamat.
Bahasa Kebangsaan
Bahasa Melayu yang dijadikan bahasa kebangsaan terpinggir bukan sahaja dilemahkan daripada menjadi bahasa ilmu, bahkan dipinggirkan penggunaannya dalam amalan rasmi dan masyarakat umum. Bahasa yang pernah diperkasakan oleh tamadun Islam serantau dan digunakan oleh lebih tiga ratus juta manusia, tiba-tiba menjadi dagang terpinggir ditengah pemimpin dan masyarakatnya sendiri.
Ketika bangsa lain berjaya diperkasakan dengan bahasa masing-masing, seperti Jepun, Jerman, China dan lain-lain, kita hanya sekadar bergaya dengan bahasa penjajah tetapi bangsa sendiri lemah jiwanya kerana membelakangi bahasanya, kerana bahasa adalah jiwa bangsa.
Kedudukan Politik
Kelemahan kuasa politik Melayu terhakis adalah kerana mengatur strategi kemenangan UMNO secara salah dan jangka pendek. Kelemahan politik Melayu di Singapura, Pulau Pinang dan Pantai Barat, adalah kerana penyusunan kerusi menguatkan kuasa UMNO bukannya memperkasakan Melayu Islam. Melayu ditanam semangat hanya UMNO parti tunggal yang menjaga hak Melayu, seolah-olah mengganti Tuhan Maha Esa, memberi rezeki dan menyara hidup mereka.
Kaum lain boleh memilih parti lain dan menguasainya. Apabila MCA, MIC dan Gerakan tidak bermaya, mereka berpindah kepada DAP atau PKR atau DHPP. Maka Melayu terus berpaut dengan ranting UMNO yang sudah berpenyakit dan menyalahkan kaum lain.
Kedudukan jumlah kerusi Melayu masih besar kerana kedudukan majoritinya, tetapi jumlah kerusi tanpa perubahan politik dalam kalangan bangsa Melayu sendiri tidak mampu mempertahankan kedudukan mereka. Melayu Islam dapat diperkasakan dengan PAS yang berdasarkan Islam mengikut undang-undang tubuhnya yang berbeza dengan UMNO. PAS telah membuktikan kemampuannya di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Walaupun UMNO menghalang pemerintahannya secara khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri secara tidak bermoral dan melanggar adab demokrasi dan perlembagaan semata-mata mahu berkuasa dalam penyakit tua yang tidak sembuh. UMNO sanggup bermusuh dengan PAS dan kerajaan pimpinan PAS kerana Islamnya, lebih dahsyat daripada bermusuh dengan kaum lain.
Mutakhir ini adanya kalangan tokoh Melayu Islam dalam UMNO meninggalkan UMNO, bersama kalangan tokoh ilmuan, kakitangan kerajaan dan pasukan keselamatan menyertai PAS. Ia adalah petunjuk positif kepada pengundi Melayu Islam secara khusus supaya mereka membuat perubahan bersama PAS menggantikan UMNO sebagai kuasa pemerintahan. Perubahan sekadar ini tidak mencukupi tanpa sejumlah besar ahli UMNO dan orang-orang Melayu yang bergantung dengannya secara khurafat .
Kalau mahu selamatkan Melayu dan perkasakannya, wajib masuk PAS yang mendaulatkan Islam, bukannya masuk UMNO yang memikul Islam tanpa pelaksanaan sepenuhnya setelah lebih satu abad memikul amanah. Inilah pembetulan yang wajib dilakukan.
Kata Khalifah Umar bin Al Khattab R.A. “Kembali kepada yang benar adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan “. Akhirnya renunglah kepada firman Allah yang tersebut diatas.dan Firman Allah yang bermaksud
"Dan jika kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu."
Melayu Tegakkan Islam yang sempurna, bersama PAS Melayu selamat dan semua kaum juga akan selamat, kerana Islam itu Rahmat Allah kepada seluruh alam dan adil untuk semua kaum.
Tegakkan Melayu dengan mengapikan semangat perkauman, Islam hanya sampingan, Melayu bersama UMNO, tidak mampu lagi memimpin, kerana hilang maruah dan lemah jiwanya. Selamat berhijrah kepada ahli-ahli UMNO kepada PAS.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Sokong Seruan Presiden : Melayu Perlu Perkukuh PAS, Tinggalkan Umno
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong seruan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar rakyat Malaysia berbagai bangsa terutamanya orang-orang Melayu yang menjadi majoriti dalam negara ini.
Ini untuk memperkukuhkan PAS dalam Pakatan Rakyat bagi mengambil alih pemerintahan Malaysia daripada Umno dengan memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon-calon pilihan raya PAS dan PR dalam PRU13 nanti.
Demikian ditegaskan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin A Razali dengan hujah-hujah berikut:
1. Umno menerusi Barisan Nasional masih gagal memperkukuhkan ekonomi bangsa Melayu sedangkan kuasa berada di tangan mereka sejak merdeka. Ini berlaku kerana dasar ekonomi kroni mengkayakan segelintir Melayu sahaja menjadi teras pentadbiran Umno.
2. Umno gagal memperkukuhkan politik Melayu di peringkat Malaysia apabila kerusi-kerusi parlimen di negeri-negeri majoriti besar Melayu seperti Kelantan dan Terengganu tidak diperbanyakkan berbanding negeri Pantai Barat dan Malaysia Timur.
3. Umno gagal mengamalkan urus tadbir secara Islam yang membawa kepada ketidaktelusan dan penyelewengan pengurusan wang negara seperti didedahkan oleh laporan Ketua Audit Negara.
4. Umno gagal melahirkan masyarakat berakhlak dan beretika sehingga lahirnya pelbagai gejala sosial dan akhlak yang semakin kritikal termasuk melibatkan bangsa Melayu.
5. Umno gagal memperkasakan peruntukan perlembagaan "Islam agama persekutuan" dengan memberi ruang undang-undang jenayah Islam dilaksanakan sekurang-kurangnya di negeri majoriti Melayu yang telah mengkanunkan enakmen jenayah Islam, iaitu Kelantan dan Terengganu.
Beliau menegaskan, sebagai rakyat yang memiliki kuasa majoriti di Malaysia, orang Melayu Islam wajib menegakkan Islam di negara Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk ekonomi, politik dan sosial.
“Malangnya majoriti Melayu telah memberikan mandat kepada golongan yang salah iaitu Umno yang tidak mempunyai matlamat dan hasrat untuk menegakkan Islam,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Jelasnya, Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: "Apabila amanah disia-siakan maka tunggulah kiamat. Sahabat lalu bertanya bagaimanakah mensia-siakan amanah itu? Tegas baginda s.a.w.: Apabila diserahkan urusan (pemerintahan) kepada orang yang tidak berkelayakan maka tunggulah kiamat". (Hadis sahih Bukhari)
Khairuddin menambah, menurut tokoh ulama bernama al-Qari dalam karyanya Mirqat al-Mafaatiih, maksud "urusan" dalam hadis di atas ialah urusan kuasa atau pemerintahan atau kehakiman atau kerajaan. Orang yang tidak berkelayakan pula antaranya, contohnya ialah golongan yang jahil dan ahli maksiat yang fasiq.
“Justeru, sudah tiba masanya untuk Melayu beralih kepada PAS dan tidak dilekakan oleh pujuk rayu Umno yang hanya berhasrat untuk mengekalkan kuasa untuk kepentingan peribadi mereka dan bukannya untuk kepentingan Islam dan Melayu Islam,” ujar beliau lagi.
Dipetik dari Harakahdaily
Untung Sabut Timbul Untung FGV Belum Tentu....
Dulu diberitakan... Harga saham pengendali minyak sawit ketiga terbesar di dunia, Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), melonjak kepada RM5.30 atau meningkat 75 sen sehingga jam 12.04 tengah hari, berbanding harga tawaran permulaan RM4.55.
Ia diwar-warkan dibuka pada harga RM5.39 dengan premium 84 sen. Penyenaraian Tawaran Awam Permulaan (IPO) kedua terbesar di dunia selepas pengapungan saham Facebook Inc, mengumpulkan AS$16 bilion dan menarik perhatian di seluruh dunia.
Ia turut menandakan satu mercu tanda penting bagi negara ini, terutama sekali para peneroka.
Kejayaan kemunculan sulung itu melegakan ramai pelabur mengenai keuntungan bersih lebih rendah FGV sebanyak RM192.17 juta dalam suku pertamanya berakhir 31 Mac, 2012, berbanding RM359.05 juta setahun lalu.
Ia turut menandakan satu mercu tanda penting bagi negara ini, terutama sekali para peneroka.
Kejayaan kemunculan sulung itu melegakan ramai pelabur mengenai keuntungan bersih lebih rendah FGV sebanyak RM192.17 juta dalam suku pertamanya berakhir 31 Mac, 2012, berbanding RM359.05 juta setahun lalu.
Namun hari ini harga terkini saham FGV ialah RM4.68... Hanya 13 sen dari harga tawaran.
Siapa sebenarnya yang untung, siapa yang kaya, siapa yang gigit jari dan siapa yang garu kepala. Walaupun hanya renurunan untung atas kertas tetapi apa jaminan yang saham ini akan naik. Adakah ini satu lagi episod kegagalan saham untuk rakyat marhain.... seperti juga saham-saham amanah yang telah ghaib dari senarai...
Harga naik itu dahulu pun disebabkan pembelian yang munasabah oleh institusi yang tidak dikenali... Siapakah mereka dan atas arahan siapakah pembelian itu dibuat... Mungkin Bursa Malaysia boleh tolong jawab.
Siapakah yang membuat keputusan dan dengan tidak munasabah membeli saham FGV dengan harga jauh lebih tinggi dari harga penawaran?....
Subscribe to:
Posts (Atom)