Sunday, September 6, 2015

Minyak Zaitun dan Darah Tinggi

23-08-2014 Dr Hafizah binti Amanulla

Darah tinggi adalah suatu diagnosis yang diberikan oleh doktor perubatan moden sekiranya tekanan darah mencapai atau melebihi bacaan 140/90mmHg dalam dua bacaan berlainan yang diambil sekurang-kurangnya dalam sela masa 6 jam. Apa sebenarnya yang berlaku dalam tubuh adalah sistem pengawalaturan tekanan darah telah terganggu. Sistem jantung dan aliran darah sepatutnya bekerja dalam satu sistem yang terkawal dan mengekalkan tekanan darah pada paras normal tidak kira apa juga aktiviti yang dilakukan. Namun apa yang terjadi dalam penghidap darah tinggi, terdapatnya gangguan dalam aliran darah sama ada salur darah hilang kekenyalan, komponen darah menjadi pekat atau kemusnahan salur darah-salur darah mikro atau kecil yang membekali sel. Biasanya sel buah pinggang yang terlibat bila mana sel nefron(buah pinggang) menerima kurang bekalan darah, sel juxtaglumerular akan merembeskan sejenis bahan yang dipanggil renin agar tekanan darah dinaikkan seterusnya bekalan darah kepada sel nefron tadi dapat dipenuhi. Ini adalah respon tindakbalas biasa. Cuma , apabila keadaan tidak dibaiki dengan pemakanan yang memudaratkan, aliran darah akan semakin teruk dan seterusnya tekanan darah akan semakin tinggi dan boleh menyebabkan stroke. Minyak zaitun mempunyai antioksida yang tinggi dalam bentuk polyphenol yang boleh meneutralkan radikal bebas yang banyak berlegar dalam aliran darah. Radikal bebas ini boleh memusnahkan sel salur darah seterusnya mengganggu penukaran bahan ke sel untuk proses penyembuhan. Apabila radikal bebas telah dihapuskan , maka aliran darah menjadi lancar dan pertukaran bahan nutrisi kepada sel juga akan menjadi normal dan kesembuhan sel berlaku. Lama- kelamaan tekanan darah akan menjadi normal kembali apabila sel nefron telah menerima bekalan darah yang cukup. Namun , bagi kes darah tinggi di usia muda, sebab-sebab lain haruslah dikaji contohnya wujudnya tumor di buah pinggang, masalah endokrin seperti hyperthyroid dan juga masalah salur darah tidak normal (stenosis atau atriovenous malformation). Bagi kes-kes sebegini , ada rawatan khusus yang diperlukan dan minyak zaitun juga boleh diambil sebagai makanan tambahan. Dalam jurnal Archives of Internal Medicine tahun 2000, Dr Aldo Ferrara, Associate Professor of Internal Medicine di Frederico II University, Naples,Italy,mengatakan yang menjalankan kajian mendapati pengambilan 40gram sehari minyak zaitun asli (bersamaan 4 sudu besar) dapat mengurangkan 50% dos ubatan darah tinggi yang diambil oleh pesakit . Kajian ini dilakukan selama setahun dan dibandingkan dengan minyak bunga matahari. Dalam pesakit yang menggunakan minyak bunga matahari yang tiada kandungan polyphenols dos ubatan mereka tidak dapat diturunkan seperti dalam pesakit yang diberi minyak zaitun. Ada juga pesakit yang berjaya menghentikan terus ubatan darah tinggi mereka dengan mengamalkan minyak zaitun "extra-virgin".Cara hidup yang aktif haruslah diamalkan dengan konsisten. Lakukan senaman ringan 30 minit sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Elakkan selalu duduk lama di depan komputer dan "gadget" yang bukan sahaja tidak menggerakkan anggota tubuh malah memberi impak kesan buruk radiasi.

jadi..apa tunggu lagi..
pilihla yang terbaik untuk tubuh kita sekaluarga

INGINKAN PRODUK :
CALL/SMS/WHATSAPP KE 019 - 3511776
CALL/SMS/WHATSAPP KE 019 - 3511776
CALL/SMS/WHATSAPP KE 019 - 3511776
atau boleh hubungi facebook kami Mu'az Anuar

http://www.olivehouse.my/web/articles.php?articleid=2

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...