Sunday, September 20, 2015

    http://www.olivehouse.my/web/articles.php?articleid=28

Minyak zaitun sememangnya dikenali sebagai salah satu sumber terbaik asid lemak monotaktepu, iaitu sejenis lemak yang telah terbukti dapat meningkatkan tahap kolesterol dalam darah. Ianya telah disahkan bahawa sifat-sifat pelindung minyak zaitun terjadi disebabkan oleh kehadiran asid lemak monotaktepu. Akan tetapi penyelidikan terbaru menunjukkan bahawa kandungan antioksidan juga memainkan peranan yang penting. Menurut data terbaru yang disiarkan dalamClinical Nutrition, dos harian minyak zaitun yang kaya dengan polifenol (sejenis antioksidan) boleh melindungi daripada aterosklerosis (pengerasan arteri).


Hasil kajian data terbaru itu adalah berdasarkan EurOlive Study yang melibatkan penyelidik dari universiti-universiti di lima negara-negara Eropah, dimana kajian tersebut adalah bertujuan untuk meneliti faedah minyak zaitun ke atas kesihatan manusia. Para penyelidik merekrut 200 orang lelaki yang sihat tubuh badan dan secara rawak mengkategorikan mereka kepada tiga kumpulan dimana salah satu kumpulan diberikan 25 ml minyak zaitun untuk diminum pada setiap hari dengan jumlah yang berbeza polifenol.

Minyak zaitun tersebut adalah terdiri daripada minyak zaitun yang halus dimana ia mempunyai kandungan polifenol yang rendah. Selain itu juga terdapat minyak zaitun biasa yang mempunyai kandungan polifenol sederhana, masih muda, dan mempunyai kandungan polifenol yang tinggi. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun yang kaya dengan polifenol akan meningkatkan tahap antibodi dan seterusnya mengurangkan tahap kolesterol LDL teroksida (kolesterol tidak sihat), dan dianggap sebagai faktor risiko bagi pengerasan arteri dan penyakit jantung.

Ini bukan kali pertama polifenol dalam minyak zaitun telah didapati memberi kesan perlindungan terhadap kerosakan oksidatif. Kajian sebelum ini juga telah menunjukkan kesan yang positif. Walau bagaimanapun, terdapat persoalan sama ada dos sebenar minyak zaitun boleh mencapai kesan tersebut dan sama ada minyak zaitun yang digunakan benar-benar mempunyai kandungan polifenol yang tinggi.

Dalam kajian ini, penyelidik mempunyai subjek yang mengambil kira-kira 2 sudu besar minyak zaitun pada setiap hari dimana ia merupakan jumlah yang cukup bagi penduduk di  negara-negara bukan Mediterranean. Pengambilan minyak zaitun oleh penduduk di negara-negara Mediterranean  sememangnya lebih tinggi. Sebagai contoh orang-orang Yunani merupakan pengguna yang mencapai pengambilan  minyak zaitun tertinggi di dunia dimana setiap orang mengambil kira-kira 70 ml sehari, manakala Sepanyol dan Itali adalah kira-kira 35 ml sehari.

Antara isu lain adalah kandungan polifenol. Kajian telah menunjukkan bahawa minyak zaitun extra virgin mempunyai lebih banyak polifenol daripada minyak zaitun lain yang diproses. Keadaan penyimpanan juga memainkan peranan yang penting. Minyak yang disimpan di dalam tempat gelap, sejuk dan di dalam bekas yang gelap akan mengekalkan lebih antioksidan. Masa penyimpanan yang lama akan mengurangkan kandungan antioksidan dimana akan hilang.

sumber: http://www.oliveoiltimes.com/olive-oil-health-news/olive-oil-every-day-protects-heart/13877

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...