Monday, October 22, 2012


Ambil tindakan, jangan undi Soi Lek - Abim

Harakahdaily,23 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Dalam nada yang marah dan kesal, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mendesak kerajaan mengambil tindakan ke atas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Abim juga mengajak umat Islam di mana sahaja jangan mengundi Chua di mana sahaja beliau bertanding.

Demikian kata Presidennya, Amidi Abdul Manan dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Abim menyertai umat Islam di seluruh negara membuat bantahan terbuka kepada kenyataan Chua yang menghina Islam dan hukum-hukumnya.

Sebelum ini, pelbagai pertubuhan dan individu, kecuali Umno, membantah siri kenyataan beliau yang sangat tidak sesnsitif bahkan menghina Islam.

Abim, kata Amidi, sekali lagi menyuarakan kekesalan dan terkejut atas kenyataan liar oleh Chua Soi Lek dalam mesyuarat Agung Tahunan MCA berkenaan dengan hukum hudud.


Kenyataan beliau yang menganggap bahawa negara yang mengamalkan hukum hudud sebagai yang paling banyak korupsi, tidak stabil dan tidak selamat adalah suatu kenyataan yang tidak berasas dan amat liar.

Ini seolah-olah untuk menzahirkan kepada umat Islam dan bukan Islam akan keburukan hukum hudud yang difahami dari perspektif beliau yang jumud. 

Walhal, katanya, umat Islam yang berpegang dengan keimanan dan aqidah yang murni yakin bahawa hukum hudud adalah salah satu daripada hukum yang mampu memartabatkan kemurniaan sosial, undang-undang bukan sahaja kepada umat Islam malah kepada bukan Islam.

Abim, katanya, menggesa agar umat Islam menolak Chua Soi Lek walau dimana pun dia bertanding dalam PRU akan datang. Beliau tidak layak untuk menjadi wakil rakyat bagi warga Malaysia yang menghormati ajaran agama lain. 

"Malaysia tidak memerlukan pemimpin yang gagal menyantuni keharmonian masyarakat negara ini," tegas beliau.

Abim juga, katanya, memandang berat sikap pemimpin para yang enggan memberikan teguran sedangkan keceluparan ini bukan kali pertama berlaku.

"Jangan beralasan dengan 'maqasid syariah' sedangkan suara ini semakin biadab. 'Hifz ul-din' juga termasuk dalam 'maqasid syariah' jika itulah pertimbangannya.

"Apatah lagi jika diukur dengan neraca 'wasatiyyat ul- Islam' yang terlalu jauh penyimpangannya. Sudah sampai masanya rakan sekutu pemimpin ini menyatakan sikap yang jelas kepada beliau kerana kedegilan dan kebiadabannya sudah melampaui batas," tegas beliau.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...