Monday, December 20, 2010

SUBHANALLAH LYRICS - MAHER ZAIN

Subhanallah 3x

Subhanaka rabbi subhanak
Subhanaka ma a'zim shanak

Subhanaka rabbi subhanak
Subhanaka ma a'zim shanak

Nad'uka wanurjuu ghufraanak
Nad'uka wanurjuu ghufraanaka rabbi

As I travel through the Earth
I can't help but notice
The symphony I hear all around

From the smallest grain of sand
to the faraway planets
to a flower put in roots in the ground

Every bird in the sky
Every rock and every raindrop
Says as it falls from the clouds

very ant, every plant, every breeze and all the seas
they all sing

Subhanaka rabbi subhanak
Subhanaka ma a'zim shanak

Subhanaka rabbi subhanak
Subhanaka ma a'zim shanak

Nad'uka wanurjuu ghufraanak
Nad'uka wanurjuu ghufraanaka rabbi

Jalallah bikulli kaunillah
Almahnur Allah

Wazikrurabbi fi dakoti kolbi
yahtifu bismillah

kholkullah tsunhullah ma abhah
walakwan...tusabbihu bismillah

Jalallah fi'ulah ya rabbah..ya rahman
Allah

Subhanaka rabbi subhanak
Subhanaka ma a'zim shanak

Subhanaka rabbi subhanak
Subhanaka ma a'zim shanak

Nad'uka wanurjuu ghufraanak
Nad'uka wanurjuu ghufraanaka rabbi

Subhanallah 3x

Subhanaka rabbi subhanak
Subhanaka ma a'zim shanak
Subhanaka rabbi subhanak
Subhanaka ma a'zim shanak

Nad'uka wanurjuu ghufraanak
Nad'uka wanurjuu ghufraanaka rabbi

 
Maher Zain - Subhanallah

Thursday, December 16, 2010

Wednesday, December 15, 2010

PESAKA MERDEKA

PESAKA MERDEKA
Bergalang Tanah Bergadai Pesaka
Rebah Bangun Lintang Tiarap
Terlentang Minum Embun
Meniarap Makan Tanah
Bumi Pertiwiku
Tetap diperjuang
Maruah Agama
Setia digalas dipertahan

Maruah Bangsa dan negara
Dikandung Badan
Demi Kedaulatan
Negara Merdeka
Merdeka dari Penjajahan
Minda yang menjarah
Merdeka dari Perhambaan
Ekonomi yang Memerah
Merdeka dari Penindasan
Politik yang Serakah
Tanahairku Mesti bangkit
Mendongak Dagu maju
Membina Masa Depan
Gemilang dan Maju
Membina Negara
Munajat Redha dan Restu
Aku , Engkau , Kamu
Adalah Anak Merdeka
Ayuuuuuh !
Tuntutlah Ilmu Binalah Jiwa
Jangan Alpa Usah Leka
Amanah Ummah Merdeka

Adalah dibahu Kita
Amanah Negara Merdeka
Adalah dibahu Kita
Amanah Nusa Bangsa
Adalah dibahu Kita
Merdekalah Jiwa
Merdekalah Minda
Merdekalah Bangsa
Merdekalah Negara
Merdekalah Kita

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Atas Lebar Hamparan
Tanah Tumpah Air Insan
Merekah Bumi Gersang
Tandus Nilai Kasih Sayang

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Menebus Maruah Balar Tercalar
Angkara Haiwan Berpangkat Bergelar
Dada dirobek Jantung dikelar
Bahasa diherdik Sesuku Ajar
Penguasa Membidik Bohong di Layar

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Suara dipasung Media disuaka
Puaka diusung Jelata disita

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Usah Bercanda Gurindam Sendu
Lupa Sengsara Semalam ditipu

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?


Lambaian Merdeka buat seluruh anak bangsa yang turun ke I City Shah Alam 30 August menanti detik 12 tengah malam meraikan ulangtahun kemerdekaan negara ke 53 . Alhamdulillah dihadapan ribuan hadhirin , saya diberi kepercayaan untuk mendeklamasikan sajak berjudul Merdeka : Sebenarnya Untuk Siapa ? secara berduet dengan Sdr Shamsul Iskandar [ Ketua AMK Pusat] , sdr Jonah [ Ketua AMK Selangor ] dan Ustaz Hasbullah [ Ketua DPP Negeri Selangor ] . Sementara secara solo saya mendeklamasikan sajak bertajuk Pesaka Merdeka yang saya cipta Khas buat seluruh warga Malaysia terutama buat anak - anak muda.


Ustaz Asyraf [ Imam Muda Realiti T 9 ] mengimamkan solat Isyak dan Terawih di tapak sambutan Penghayatan Ramadhan dan Kemerdekaan Negara [ i city Seksyen 7 Shah Alam ]. Sungguh merdu suara dan lunak tertib bacaan imam muda ini .


Anak - anak muda yang mula memisahkan diri dari sambutan kemerdekaan yang bergelumang dengan maksiat dan mungkar . Nyata kini jiwa yang kosong mula mencari sentuhan ruhani yang mampu membahagiakan mereka di dunia dan akhirat .

Biarpun disambut dengan nilai spiritual dan hiburan sederhana yang dibenarkan oleh syara' , ia tetap meriah dengan semangat patriotik anak - anak muda yang beralih kepada bentuk sambutan alternatif . Syabas Kerajaan Negeri Selangor dan syabas kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor .

Ramli Sarip yang juga dikenali dengan Papa Rock tidak canggung menyapa saya dibilik persalinan selebriti [ di belakang pentas ] biarpun datang dari benua atau planet [ pinjam kata - kata Aqil Hayy ] yang berbeza . kami mula berkenalan dan kini berputik satu jalinan 2 hala antara kami .


Orang ramai yang teruja menyertai program alternatif Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Negara bagi kali ke 57 dan Penghayatan Ramadhan . Tiada peleseran dan pergaulan bebas kecuali mereka yang berada di luar tapak persembahan . Sejurus selesai persembahan sambutan ulangtahun kemerdekaan , Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meneruskan aktiiti dengan dakwah dan kempen Anti Zina [ edar risalah ] , qiamulail dan kuliah subuh di I City Shah Alam.

A Samad Said turut mendeklamasikan sajaknya

Mawi menyampaikan beberapa buah lagu terbarunya.
Ustaz Asyraf Imam Muda mengibarkan Jalur Gemilang .

Berikan Peluang Kepada Kami Berinteraksi Dengan Pelacur IPT... (Jika Ada)

PAS mahu kerajaan membuat siasatan terhadap punca berlakunya gejala pelacuran membabitkan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) seperti didedahkan baru-baru ini.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, siasatan itu perlu bagi melihat tahap keseriusan gejala pelacuran itu dan mencari jalan penyelesaiannya.

“Sikap yang tidak wajar saya rasakan apabila munculnya isu-isu sebegini, kita saling menunding jari menyalahkan pihak-pihak tertentu. Saya merasakan kita perlu menyelesaikan isu ini secara bersama.



“Sikap melepaskan diri dan menyalahkan pihak yang lain sebenarnya akan lebih membarahkan masalah sosial ini di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di negara kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Berita kegiatan pelacuran yang dijalankan oleh segelintir siswa-siswi IPT dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 9 Disember lalu. Dalam laporan itu, Dr Jaina Sintian selaku Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO) berkata terdapat sebilangan siswa-siswi IPT yang terlibat di dalam kegiatan pelacuran demi membiayai kos pengajian mereka.

“Sekiranya benar sebagaimana yang dilaporkan, kerajaan wajar untuk memikir jalan keluar bagi mengatasi masalah yang membelenggu Malaysia ini,” katanya.

Menurut Nasrudin lagi, PAS sedia bekerjasama menyelesaikan isu ini.

“Dewan Pemuda PAS bersedia untuk membantu dalam apa jua aspek pembentukan , pengkaderan serta pembinaan akhlak dan minda mahasiswa-mahasiswi jika diperlukan.

“DPP Malaysia juga bersedia member khidmat bimbingan dan kaunseling buat mereka yang telah terlanjur asal sahaja ada kerjasama dan kelepasan dari pihak berwajib universiti dan penguatkuasa dari pihak kerajaan,” katanya.

kata aku.:. nak kena tanya sharizat jalil nie...dia pakar bab nie...tak pun ustazah masitah...
Posting Share by Usrah Jamaah Anak Muda...

JawatanKuasa Pengurusan DUN Dusun Tua (N23): Konsert Kesenian Islam

JawatanKuasa Pengurusan DUN Dusun Tua (N23): Konsert Kesenian Islam

JawatanKuasa Pengurusan DUN Dusun Tua (N23): Pertandingan Futsal Terbuka Piala Parlimen Hulu La...

JawatanKuasa Pengurusan DUN Dusun Tua (N23): Pertandingan Futsal Terbuka Piala Parlimen Hulu La...

Thursday, December 9, 2010

Memo Taubat Buat Rosmah Mansor

1. Astaghfirullah.... satu tindakan yang cukup memalukan, jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih-lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara.

2. Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia dan ianya diasaskan oleh Dato' Raja Rezza Shah sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ].

3. Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam, lebih malang mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian.

4. Jika bukan niat menghina Islam, tindakan apakah seperti ini? sungguh memalukan. Saya tidak jangka mereka sejahil itu, sehingga tidak mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya, sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt. Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31
[ Katakan kepada orang - orang perempuan yang beriman , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya.
Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anaknya, anak suaminya, saudaranya, anak saudaranya yang lelaki, anak saudaranya yang perempuan, perempuan muslimah, hamba sahayanya, orang-orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki yang tiada syahwah kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan.
Jangan mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi. Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman mudah-mudahan kamu beroleh kejayaan. ]

5. Datin Seri Rosmah telah diberikan peluang oleh Allah swt menjadi orang penting dan berpengaruh dalam negara ini. Suami Datin Seri adalah orang bertanggungjawab memimpin negara sebagai Perdana Menteri. Malang jika kedudukan yang dimiliki itu membawa Datin Seri jauh daripada Allah swt. apalagi secara terbuka menentang syariat Allah swt.

6. Baru-baru ini Datin Seri Rosmah berjaya mempengaruhi suami untuk menganugerahkan RM 111 juta bajet negara kepada PERMATA sebagai satu badan yang dipimpin oleh Datin Seri. Kini Datin Seri memiliki segalanya selain suami, iaitu harta dan takhta. Kemungkinan juga ia menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai orang paling berkuasa di negara ini .

7. Namun kuasa bukanlah tiket untuk Datin Seri berbuat sesuka hati terutama terhadap agama Islam yang suci ini kerana ia adalah agama milik Allah swt Tuhan yang Maha Berkuasa. Tuhan yang memberi sedikit harta dan takhta kepada Datin Seri. Allah swt berhak dan mampu pada bila-bila masa sahaja menarik kembali segala nikmat yang dikurniakan justeru segala nikmat itu hanya ujian untuk melihatnya hambaNya bersyukur kepadaNya atau kufur .

8. Datin Seri Rosmah boleh memilih untuk bersyukur kepada Allah swt disamping segala keistemewaan dan kemewahan yang dimiliki, tetapi kenapa Datin Seri memilih untuk ingkar dan mempersenda Nabinya saw melalui tindakan Datin Seri menaungi Islamic Fashion Show yang jelas bertentangan dengan Islam? dan pula menghina Rasulullah saw melalui satu khat nama Rasul yang ditulis secara terbalik pada pakaian murahan sebagaimana yang terdapat di dalam gambar di atas.

9. Tindakan Datin Seri Rosmah cukup meninggalkan kesan jengkel dan kesal dalam jiwa ummat Islam yang perihatin. Memandangkan Datin Seri Rosmah cukup berkuasa dalam negara ini, kenapalah tidak dijadikan kuasa yang dimiliki itu benar-benar memartabatkan Islam. Islamic Fashion Show adalah satu idea yang bijak tetapi malang salah pakaian yang di peragakan. Bukan begitu pakaian Islam. Jika Datin Seri keliru, bagaimanalah pakaian Islam yang sebenarnya, Datin Seri boleh merujuk kepada para mufti yang ramai dalam negara kita atau paling tidak Datin Seri boleh merujuk kepada 40 ulama' Muda yang baru-baru telah dirai dengan hebat lagi berprestij dikala mereka menyertai parti yang dipimpin oleh suami Datin Seri .

10. Justeru itu saya melihat jahil bukan alasan dan isunya di sini. Saya bimbang benar Datin Seri bersekongkol dengan pihak musuh-musuh Islam untuk menghina dan mempersendakan Islam lalu menjadikan Datin Seri sebagai boneka. Namun saya harap tidak begitu, sebaliknya apa yang saya harap ialah Datin Seri kembali kepangkal jalan dan bertaubat kepada Allah Azza wa Jalla terutama saat usia kita telah hampir ke penghujung.

11. Biarpun Datin Seri kelihatan masih sihat, muda, kaya dan berharta, namun suka saya mengingatkan kata-kata hikmah yang selalu dilafazkan oleh Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa mati tidak syarat sakit dan mati juga tidak syarat tua. Sementelah jika kita selalu sakit dan usia pula telah meningkat tua.

12. Datin Seri berdepan dengan amanah ummah. Datin Seri masih ada ruang dan peluang untuk berbakti kepada ummah dan mentaati Allah Azza wa Jalla.
Pertama, janganlah diulang lagi kesilapan serupa. Tarik diri dari terus menaungi program mungkar seperti penganjuran islamic Fashion Show yang menghina Islam dan mengelirukan ummah.
Kedua, melalui PERMATA yang dipimpin oleh Datin Seri, setelah memiliki peruntukan sedemikian banyak dari bajet negara [ RM 111 juta ], mengatasi peruntukkan Sekolah Agama Rakyat [ RM 95 juta ] dan peruntukan rakyat marhain, Datin Seri sewajarnya manafaat kan anugerah tersebut untuk berbakti kepada agama , negara dan bangsa seperti mempertingkatkan bantuan pendidikan kepada pelajar luar bandar yang rata-ratanya tidak bernasib baik kerana faktor kemiskinan.
Juga membantu ibu tunggal dan anak-anak yatim di seluruh negara tanpa mengira dari parti manakah mereka warisi kemiskinan itu. Jadilah ibu kepada semua rakyat bukan hanya ibu kepada golongan bangsawan dan kenamaan. Rendahkan sayap untuk turun bersama rakyat, bukan hanya singgah dan berpaut di istana hinggap .

13. Andai Datin Seri terbaca atau membaca Memo Taubat yang saya hantar buat tatapan Datin Seri di alam cyber lalu ini, saya harap Datin Seri tidak marah kepada saya. Justeru saya hanya menyeru agar Datin Seri kembali kepangkuan Islam dengan melaksanakan suruhan Allah swt seperti menutup aurat lalu bertaubat kepada Allah swt atas kesalahan lsilam. Lantas pimpinlah tangan suami Datin Seri ke arah jalan yang betul agar ia menjadi Perdana Menteri yang juga taat kepada Allah swt.

14. Bicara atau Memo Taubat yang saya nukilkan ini memang tidak sedap di dengar oleh Datin Seri berbanding bisikan-bisikan para penasihat istana Datin Seri yang senantiasa mengampu dan memuji. Percayalah, kata-kata itu bukan kerana mereka kasihkan Datin Seri tetapi menjadikan Datin Seri lupa diri dan semakin angkuh di puncak bumi.

15. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bahkan seluruh ummat Islam yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Datin Seri dalam menaungi program mungkar ini sangat berharap agar Datin Seri kembali menyusur pulang ke pangkal jalan dan insyaalah tidak hilang bisa ular dek kerana menyusur akar sebaliknya tawar ilmu sang pendita dek kerana menyusup laku.
NASRUDIN HASSAN TANTAWI

KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA


source : FB Harakah Muda



kata aku .:. kalau tahu agenda dlm fashion show itu...pasti kita akan berdemo habis habisan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...