Sunday, November 11, 2012


Zulfahmi bergaya....

ZULFAHMI...raih kedudukan ketiga.
ZULFAHMI...raih kedudukan ketiga.
VALENCIA, Sepanyol: Pelumba sensasi Malaysia, Muhammad Zulfahmi Khairuddin menutup cabaran musim ini dengan penuh bergaya apabila berada di podium buat kali kedua dalam kariernya selepas menamatkan saingan Grand Prix Valencia di kedudukan ketiga semalam selepas melakukan pecutan pada selekoh terakhir bersama juara perlumbaan, Danny Kent.
Kejayaan meraih kedudukan podium keduanya musim ini membolehkannya meraih 16 mata berharga selepas turut menaiki podium ketika beraksi Litar Sepang bulan lalu dan melonjakkan kedudukannya ke tempat ketujuh kedudukan Moto3 mengumpul 128 mata.



Bermula di kedudukan ke-17, pelumba AirAsia SIC Ajo Racing mengambil pendekatan yang berhati-hati apabila kekal bersama kumpulan pendahulu dalam saingan membabitkan 25 pusingan itu dan hanya memulakan pecutan ketika berbaki lima pusingan dengan pelumba negara berusia 21 tahun merekodkan catatan terpantas.

Berbaki tiga pusingan, Zulfahmi mengatasi pelumba Afrika Selatan, Brad Binder untuk melonjak di belakang dua pelumba Red Bull KTM Ajo Racing, SandroCortese dan Danny Kent .



Zulfahmi berkata dia mengambil pendekatan berhati-hati kerana keadaan litar basah dan licin, keadaan yang tidak digemarinya.




“Saya sangat berhati-hati sejak awal dan hanya mengekori pendahulu perlumbaan. Saya melihat beberapa pelumba terbabas, jadi saya lebih berhati-hati sehingga peringkat terakhir perlumbaan. Saya mengambil risiko yang tinggi pada selekoh terakhir dan gembira memenangi podium kedua,” katanya yang dinobat selaku Pelumba Paling Meningkat 2012 untuk Moto3.

Kent memenangi perlumbaan dengan catatan 45 minit 5.891 saat bagi mengatasi juara dunia, Cortese dengan perbezaan 0.056 saat dan 0.114 di depan Zulfahmi.



Zulfahmi menambah keputusan semalam adalah sukar dipercayai selepas bergelut dalam sesi latihan bebas pada Jumaat dan sesi kelayakan kelmarin.

“Tanpa ragu bermula di kedudukan ke-17 sehingga ke kedudukan ketiga adalah keputusan yang hebat. Saya tidak mempercayai mampu menaiki podium. Saya sangat gembira dengan kejayaan podium kedua ini.



“Saya kini tidak sabar untuk aksi musim depan. Ia akan lebih kompetitif namun saya akan bersedia. Saya turut merasa gembira Litar Antarabangsa Sepang memenangi anugerah MotoGP tahun ini. Ia hebat,” katanya.



Sementara itu, Dani Pedrosa menjuarai kategori MotoGP selepas bermula di petak utama diikuti pelumba Katsuyuki Nakasuga kedua serta Casey Stoney di tempat ketiga yang tampil dalam perlumbaan terakhir sebelum bersara.

http://www.hmetro.com.my/articles/Zulfahmibergaya/Article

AA : DENGAR2 DIA LARI DARI SEMBURAN ARAK JUGA....ALHAMDULILLAH..SYABAS ANAK MUDA....


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...