Undi-Soros: Ibrahim Ali pertahan Mahathir
8 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mempertahankan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad sambil menegaskan pandangan bekas Perdana Menteri itu hanya satu langkah mengingatkan rakyat tentang keburukan mempunyai hubungan dengan pengkhianat negara termasuk George Soros.
Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas, Kelantan ini menambah, Dr Mahathir berhujah berdasarkan fakta dan tidak mempunyai agenda tertentu untuk menyemai perasaan benci terhadap pembangkang.
Katanya, "saya yakin Dr Mahathir berhujah berdasarkan fakta dan pengalaman yang dia ada, dan tidak mempunyai agenda tertentu untuk menakutkan rakyat."
"Kenyataan Dr Mahathir lebih kepada memberi peringatan tentang Soros yang didakwa sebagai seorang pegkhianat yang boleh memusnahkan negara," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Dr Mahathir menyifatkan keputusan rakyat mengundi Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 ibarat memberikan undi kepada Soros.
Kenyataan Dr Mahathir telah dibidas PR yang menyatakan beliau dihambat dengan bayang-bayang sendiri.
Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, Dr Mahathir, yang juga Penaung Perkasa, mengeluarkan pandangan sedemikian ekoran beberapa orang pemimpin PR mengaku menerima dana asing untuk menguruskan pentadbiran mereka, antaranya Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Dalam pada itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir sebagai mencemarkan imejnya serta nama baiknya menjelang hari-hari terakhir selepas melepaskan jawatan perdana menteri.
"Saya rasa kenyataan beliau tak wajar.
Kenyataannya seperti mencemar nama baik serta imejnya pada hari-hari terakhir (selepas bersara)," katanya yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.
Justeru, ketika ditanya mengenai kenyataan Pua yang melabelkan Dr Mahathir sebagai 'nyanyuk', Ibrahim menyelar dan menyifatkannya sebagai melampau.
"Inilah manusia yang tidak tahu sejarah, sebab Dr Mahathir mempunyai pengalaman yang banyak.

"Jadi kalau nak menuduh Dr Mahathir itu 'nyanyuk' adalah biadap," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment