Harley Davidson buka pusat 3S di P.Pinang
Serentak pembukaan pusat pameran 3S di Pulau Pinang, Harley Davidson memperkenalkan dua model baru Fatboy Slim dan Sportster 72.
NAZA Prestige Bikes Sdn Bhd, pengedar rasmi motosikal Harley Davidson di Malaysia melaburkan RM2 juta bagi membuka pusat pameran 3S (jualan, servis, alat ganti) di Juru Auto City, Pulau Pinang.

Pengarah Urusan Korporat Syarikat Kumpulan Naza, Zakaria Ismail berkata, Pulau Pinang adalah pasaran kedua terbesar selepas Lembah Klang dengan sumbangan keseluruhan 11 peratus bagi pasaran motosikal berkuasa tinggi.

“Pusat pameran kedua Harley Davidson berkeluasan 8,000 kaki persegi itu bukan sahaja menawarkan jenama Harley kepada penduduk Pulau Pinang, tetapi juga kawasan berhampiran seperti Kedah dan Perak Utara.

“Mengambil kira dua kawasan berkenaan, pasaran motosikal berkuasa tinggi di sana meningkat 16 peratus bagi keseluruhan jualan motosikal berkuasa tinggi dalam negara,” katanya pada majlis pelancaran menggantikan Ketua Pegawai Operasinya, Datuk SM Zulkifli SM Amin.

Menurutnya, selain memudahkan pelanggan di utara, pembukaan tersebut memastikan tawaran perkhidmatan yang lebih premium bagi pengguna di utara.

Katanya, bukan sahaja mempamerkan model terkini dan barang Harley Davidson, pusat 3S itu turut berfungsi sebagai pusat servis dengan empat ruang penyelenggaraan yang dilakukan juruteknik bertauliah serta bekalan alat ganti yang konsisten.

Serentak pembukaan pusat pameran,Harley Davidson memperkenalkan dua model baru Fatboy Slim dan Sportster 72.

Selain itu, Naza turut memberi sumbanganRM5,000 kepada Rumah Seri Cahaya, Penang Amal Cheshire Pulau Pinang, Rumah Permata Kasih dan Pemulihan Dalam Komuniti Parlimen Kepala Batas.
AA : aii..bilalah nak buleh pakai motor ni...haha...kalau x, bulih juga pakai masa konvoi PRU13 dengan bendera terpacak kat belakang...fuhhh....