Duit bukan segalanya, lagi tak berguna kalau di salah guna. Perumpamaannya, katil yang indah dapat dibeli dengan duit yang banyak tapi belum tentu boleh membeli tidoq yang nyenyak...

Monday, March 7, 2011
Selangor Lancar Dasar Pendidikan Tahfiz Al-Quran
SHAH ALAM, 7 Mac (Bernama) -- Kerajaan negeri Selangor melancarkan Dasar Pendidikan Tahfiz Al-Quran bagi melahirkan generasi penghafaz profesional menjelang 2020 malam Isnin.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dasar pendidikan tahfiz Al-Quran itu telah disusun oleh Majlis Agama Islam Selangor bersama Jawatankuasa Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor.
Beliau berkata dasar tahfiz negeri itu menyasar melahirkan 500 hufaz, iaitu golongan hafaz Al-Quran profesional menjelang 2020 dan menjadikan institusi tahfiz diuruskan secara profesional pada 2015.
Abdul Khalid berkata demikian ketika merasmikan majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri 2011 dan Pelancaran Dasar Pendidikan Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor di sini.
Seramai 45 peserta dari sembilan daerah di Selangor menyertai pertandingan menghafaz Al-Quran yang bermula malam ini hingga Khamis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment