Wednesday, December 1, 2010

Mahfuz usul potong gaji menteri penerangan

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Dis: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, mendakwa terdapat kelemahan dalam agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), khususnya Radio Televisyen Malaysia (RTM).
RTM sebagai media rasmi kerajaan dakwanya, tidak memberi liputan dan laporan tepat mengenai pembangkang, termasuk laporan berita semasa bencana banjir di Kedah serta persidangan Dewan Rakyat.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS, berkata demikian ketika mengemukakan usul memotong RM10 daripada gaji menteri KPKK, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim semalam dengan mempertikai kewibawaan menteri kabinet itu.
Bagaimanapun usul itu ditolak setelah ramai yang tidak bersetuju berdasarkan undian suara.
Beliau sebelum itu membangkitkan laporan berita yang disiarkan RTM mengenai titah Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Majlis Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet 2011 di Wisma Darul Aman.
Ketika menggulung perbahasan usul itu, Rais berkata RTM menyiarkan laporan yang mempunyai nilai berita, malahan pembangkang turut mendapat liputan dalam pelbagai bidang di stesen televisyen rasmi kerajaan itu.
Mengenai liputan peristiwa banjir di Kedah, Rais berkata beliau tidak mendapat sebarang maklumat mengenai kemurkaaan Sultan Kedah ekoran laporan berita RTM.
Pada 14 Nov lepas, banyak media melaporkan Sultan Kedah melahirkan rasa dukacita terhadap pihak yang tidak menghargai sumbangan serta pengorbanan kerajaan negeri serta semua yang terlibat membantu mangsa banjir di Kedah.

kata aku .:. setuju sesangat la...tidak nampak kah pak menteri senang lenang, sementara rakyat ramai yang susah payah di bawah?...ingat akhirat... 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...