Sunday, May 9, 2010

Khutbah Jumaat: Guna Kelebihan Peribadi Utk Kepentingan Islam

Khutbah Jumaat: Guna Kelebihan Peribadi Utk Kepentingan Islam
Posted on Sunday, May 09 @ 07:25:57 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Oleh: ustnik

"Kita masih berada dalam bulan Jamadilawwal. Peristiwa penting dalam sejarah Nabi pada bulan ini ialah Perang Mu’tah. Satu peperangan yang memperlihatkan kehebatan sebuah perjuangan dan ketokohan para Sahabat. 3 pemimpin utama Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah gugur seorang demi seorang. Kata-kata puisi mereka sebelum gugur amat hebat.


Teliti kata puisi Abdullah bin Rawahah:

Tapi aku pohon ampun dari arRahman, dan sebilah pedang memancungku,
memancutkan buih-buih darah, Atau sebatang tombak menusuk dadaku,
mengoyak dadaku, hati jantungku, supaya org yg melintasi pusaraku berkata:
Ya Allah! Pejuangmu menempah kejayaan,
Allah anugerahkan kurniaan kepada pejuang,
Pejuangmu telah mendapat hidayah dariMu!

khutbah berkaitan: Klbhn Peribadi Utk Kpntgn Islam (0)

Demikian juga kata-kata Jaafar bin Abi Talib:

Alangkah indahnya syurga, nah! kita menghampirinya,
syurga yang serba baik isinya, sejuk nyaman airnya,
enak minumannya, tibalah sudah,
azab ke atas bangsa Rum, Rom bangsa kafir,
yang memeranginya pasti saya.

Jaafar gugur. Di mayatnya 50 tikaman dari hadapan. AllahuAkbar!

Dengarkan juga kata-kata Abdullah bin Rawahah:

Aku bersumpah wahai diriku,
Engkau mesti mara-redha atau terpaksa,
Musuh sedang bertempik dan mara, sambil berteriak,
apalah bagiku, engkau tidak mahukan syurga,
masa kerehatanmu telah lama berlalu,
tidaklah engkau melainkan setitis air dalam bekas air yang lama.

Kata-kata puisi hebat datang dalam perjuangan yang hebat dari sahabat yang hebat, menuntut suatu pembalasan hebat dari Tuhan Maha Hebat!

Mereka menggunakan kelebihan peribadi masing-masing untuk Islam. Apa yang telah kita sumbangkan untuk Islam melalui kelebihan yang Allah berikan kepada kita? Tepuk dada, tanya iman.

"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...