Sunday, November 25, 2012


Adun BN 'wakil Syabas' bukan 'wakil rakyat'

Harakahdaily,26 Nov 2012

SHAH ALAM: Para Ahli Dewan Undangan Negeri dari Barisan Nasional (BN) diminta tidak menjadi wakil rakyat syarikat bekalan air Selangor, Syabas tetapi menjadi wakil rakyat yang sebenarnya.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim(gambar) ketika menjawab soalan dalam sessi soal jawab di DUN Selangor pagi ini kesal kerana wakil rakyat BN lebih cenderung membela Syabas dari membela rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berhujjah dengan Adun Permatang, Sulaiman bin Abdul Razak yang cuba membela Syabas.


Penyataan Khalid dibantah oleh seorang Adun BN yang lain dengan menggunakan peraturan mesyuarat tetapi ditolak oleh Timbalan Speaker, Haniza Mohamed Talha.

Sulaiman ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Khalid  meminta beliau menjelaskan benar atau tidak Kerajaan Negeri telah menyekat Syabas dari menguruskan air tidak ada hasil (Non revenue water -NRW).

Khalid menafikan hal itu kerana pihak kerajaan negeri menguruskan hal itu hampir setiap hari melalui satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Sehubungan itu, beliau menjemput wakil Syabas berkenaan agar hadir ke mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa itu. 

Khalid juga menegaskan, jika Kerajaan Persekutuan mahu memperjuangkan rakyat, mereka perlu bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri menstruktorkan semula pekhidmatan air di Selangor.

Masalah besar kepada kerajaan BN Selangor sebelum ini, kata Khalid, adalah lebih kepada 'Contract Management' bukannya 'Resouce management'.

"Mereka lebih pentingkan usaha untuk mendapatkan kontrak dari menguruskan sumber yang ada," kata Khalid.


Kempen tipu rakyat


Khalid juga memberitahu, kempen kekurangan air di Selangor kerana penolakan keraajaan negeri terhadap projek Langat 2 adalah kempen tipu rakyat.

"Kalau Langat 2 dapat menyelesaikan masalah inipun, ia akan sampai 2 tahun akan datang (selepas ia selesai).

"Lebih baik buat kempen kurangkan NRW (dari kempen tiada air)," kata Khalid.

"Saya telah buktikan, sebagai MB dan sebagai orang yang pentingkan pengurusan ekonomi yang baik.

"Jika ada RM4,000 juta untuk tambah air selangor, lebih baik kaji punca air di Selanngor untuk tambah sumber air tetapi ia tidak dibuat," katanya.

Bagi Khalid, cara Singapura lebih baik kerana mengkaji sumber air sendiri tetapi "kita tidak buat dengan betul."

"Saya lebih minat buat cara ini kerana ia sesuai untuk nilai wang kita (velue for money)," kata Khalid.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/14830--adun-bn-wakil-syabas-bukan-wakil-rakyat

Thursday, November 22, 2012


Touch 'n Get dapat sambutan hangat pengguna

Harakahdaily,23 Nov 2012
KUALA LUMPUR: PAS Touch 'n Get mendapat sambutan hangat pengguna-pengguna
 Anroid.

"Lebih 2,000 pengguna telah download aplikasi TnG ini selepas 2 hari dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 di Kota Bharu.

"Setakat ini, banyak panggilan pengguna yang bertanya bila JITP akan meluaskan PAS TnG ini kepada pengguna-pengguna Black Berry, iPad dan lain-lain lagi," kata Pengarah Jabatan IT PAS Pusat, Suhaimi Embong kepada Harakadaily.

Beliau berharap pengguna peranti selain Anroid bersabar dulu sehingga pihaknya menyelesaikan beberapa penambahbaikan kepada TnG versi 1.04 ini terlebih dahulu. Aplikasi Touch 'n Get (TnG) itu boleh dimuat turun dari laman web http://www.pas.org.my/TnG.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14769-touch-n-get-dapat-sambutan-hangat-pengguna

Tender terbuka: S'gor selamatkan lebih RM100j

Selangorku,23 Nov 2012

SHAH ALAM: Amalan tender terbuka yang diamalkan Kerajaan Negeri berjaya menjimatkan dana perbelanjaan Selangor sebanyak RM102, 206, 460.

Menteri Besar yang juga Adun Ijok, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jumlah ini adalah kira-kira 19 peratus melalui sejumlah 63 projek dan tender yang diluluskan.

“Jumlah penjimatan itu meliputi tawaran untuk semua kerja-kerja perolehan dan pembangunan Kerajaan Negeri Selangor.

“Prinsip tender terbuka ini memberi pulangan baik kepada rakyat iaitu ‘value for money’,” jelas beliau ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Adun Kampung Tunku, Lau Weng San.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan perbendaharaan negeri juga membenarkan amalan rundingan terus bagi memenuhi keperluan projek-projek tertentu.

“Contohnya, rundingan terus boleh diadakan dalam kes mendesak yang mana jika tidak diadakan akan membawa kemudaratan seperti kes banjir,” ujarnya.

Mengulas soalan tambahan mengenai kegagalan projek akibat harga tender yang terlalu rendah, Abdul Khalid menafikan perkara tersebut.

“Peratus kegagalan projek antara amalan rundingan terus dan tender terbuka tiada beza.

“Jadi, tender rendah bukan alasan menyebabkan kegagalan,” tegas beliau.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14771-tender-terbuka-sgor-selamatkan-lebih-rm100j-

Wednesday, November 21, 2012


Minyak sawit ke Israel, Anak serah memo esok 23hb. November 2012 (Jumaat)

Harakahdaily,22 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) sekali lagi mengajak orang ramai menyertai penyerahan memorandum membantah penjualan minyak sawit mentah Felda kepada syarikat milik Israel.


Memorandum akan diserahkan ke Ibu Pejabat Felda, Jalan Semarak selepas Solat Jumaat esok.  


Menurut Pengerusi Anak Lembah Klang, Nasaie Ismail, penyerahan memorandum akan disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.


"Penyerahan akan diketuai Presiden Anak, Mazlan Aliman dan diiringi Timbalan Presiden PAS, Muhamad Sabu, Ketua Pemuda, Nasruddin Hasan serta beberapa pemimpin  dan lain-lain," kata beliau kepada Harakahdaily.


Justeru, orang ramai diminta menunaikan Solat Jumaat di Masjid UTM Jalan Semarak sebelum berarak ke Pejabat Felda.


Ahad lalu, Mazlan sewaktu berucap di Muktamar Tahunan PAS di Putik, kelantan mendedahkan dokumen berupa invois penjualan minyak sawit mentah Felda kepada syarikat milik Israel.


Beliau mensasarkan 5,000 orang menyertai penyerahan memorandum esok.


ANTARA DEMONSTRASI YANG DI LANCARKAN ESOK 23HB NOVEMBER 2012 :.......




Origami Toilet Paper Heart (Tutorial)


Skandal RM207b: Buruh, waris diarah tutup mulut?

Harakahdaily,22 Nov 2012
IPOH: Sekretariat Jejak yang mengendalikan 'Ops Jejak' terhadap bekas buruh paksa dan waris pembinaan landasan maut Thailand-Burma semasa Perang Dunia Kedua mendakwa ada mangsa dan waris diarah 'tutup mulut'.

Ketua operasi Ops Jejak, Safarizal Saleh berkata, maklumat yang diperolehi mereka mengatakan terdapat usaha dari pihak tertentu yang mengarahkan mangsa dan waris mereka tidak menceritakan hal sebenar kepada Sekretariat Jejak.

"Kita mendapat maklumat, mereka (bekas buruh dan waris) telah dihubungi oleh pihak tertetntu agar tutup mulut berhubung isu ini.

"Ini menimbulkan sedikit masalah kepada kita. Namun kita sudah merancang beberapa tindakan untuk terus membongkar skandal ini," katanya yang dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini Ops Jejak yang dilancar 7 November lalu itu.

Isu landasan maut ini sebelum ini didedahkan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin yang mempersoal ke mana perginya wang pampasan berjumlah RM207 billion yang telah dibayar oleh kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia.

(Gambar: Landasan maut Thailand-Burma sepanjang 415 km semasa pembinaan)

Ini kerana, sehingga kini dakwanya, bekas buruh dan waris mereka tidak mendapat sesen pun dari wang pampasan yang diberikan kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia itu.

Nizar berkata seramai 72,000 penduduk Tanah Melayu pada ketika itu dikerah menjadi buruh paksa membina landasan itu dan hanya 30,000 orang daripada mereka yang kembali ke Malaysia sementara selebihnya gagal dikesan.

Sekembalinya mereka ke tanah air, satu pertubuhan dibentuk yang digelar Persatuan Kebajikan Bekas Dan Waris Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Ke Burma Tahun 1942-1946.

Mengikut pecahan, jumlah 30,000 buruh ini mellibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.

Nizar berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan.

Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal.

Waris dan bekas buruh berkenaan boleh menghubungi Sekreteriat Jejak melalui talian 019-231 6539 dan 013-3266194.
Mangsa masih hidup

Mengulas lanjut, Safarizal berkata, carian mereka mendapati masih ada bekas buruh landasan maut itu yang masih hidup dan dapat dijejak.

Salah seorang dari mereka kini menetap di Johor dengan umur hampir 100 tahun manakala tiga lagi di kesan eberada di Ipoh.

"Sejak kita lancarkan Ops Jejak ini, kita terima panggilan tidak putus-putus dari waris mangsa.

"Hampir 200 keluarga telah menghubungi dan mendaftar dengan kita setakat ini," katanya.

Sebelum ini pihaknya memaklumkan mempunyai rekod seramai123 waris keluarga buruh berkenaan di Perak dan 347 waris di Pahang.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14747-skandal-rm207b-buruh-waris-diarah-tutup-mulut

Beranikah Najib pasang kamera AES di Pekan?

Harakahdaily,22 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Beranikah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memasang kamera AES di Pekan untuk menunjukkan sokongan kepada keputusan kabinet yang diketuai beliau bahawa sistem ini adalah baik untuk rakyat?


Sumber dalaman Umno yang berang dengan keputusan kabinet untuk meneruskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berkata sepatutnya Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin patut menunjukkan model contoh dengan memacak beberapa kamera AES di Pekan dan Pagoh.

“Bagi ahli parlimen BN yang menyokong juga sepatutnya membawa 4 kamera seorang untuk balik ke kawasan masing-masing untuk mengurangkan kadar kemalangan. Sudah tentu rakyat di kawasan parlimen mereka sokong.

Bagi Menteri Besar negeri-negeri BN pula tunjukkan sokongan kamera AES yang Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang tidak mahu pasang, semua dibawa ke negeri masing-masing. Kena bermula dengan Pahang dan Johor, negeri kelahiran Najib dan Muhyiddin,” sindir beliau yang ternyata sangat berang dengan keputusan tersebut.

Ketika ditanya Harakahdaily, mengapa kabinet Umno BN masih meneruskan hasrat untuk memasang kamera AES meskipun tahu ia bakal mengundang kehilangan undi di PRU13, sumber dalaman Umno tersebut tidak menjawabnya secara direct.

“Lu pikirlah sendiri. Apa yang Umno dewakan sehingga tidak sanggup menarik balik AES. Mengapa AES tidak seperti juga GST (cukai barangan dan perkhidmatan) yang ditangguhkan sehingga PRU13 selesai. Lu pikirlah sendiri lagi,” jawabnya sambil berseloroh.

Mengenai perhimpunan Umno akan datang, sumber dalaman Umno itu berkata pasukan Muhyiddin kini sedar kemungkinan tuan mereka menjadi Ketua Pembangkang adalah amat tinggi.

“Jikalau Umno kalah pilihanraya, anta ingat Rosmah sanggup digelar sebagai isteri Ketua Pembangkang? Sudah pasti, Muhyiddin yang bakal jadi Ketua Pembangkang masa itu. Siapa lagi yang sanggup jadi Presiden Umno yang pertama yang jadi Ketua Pembangkang, tiada yang sanggup, tapi next in line ialah Muhyiddin,” kata beliau.

Ditanya apa pandangan dalam Umno mengenai Muktamar PAS ke-58 yang baru berlangsung baru-baru ini, sumber dalaman Umno berkata ada satu perkara penting yang ingin ditutup Umno dan medianya.

Perkara paling penting katanya ialah deklarasi harta oleh Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, yang disambut oleh Timbalan Presiden Mohamad Sabu.

“Yang paling kita tidak sangka, pada ucapan penggulungan Abdul Hadi (Tuan Guru Presiden PAS) turut menyatakan sokongan terbuka kepada tindakan Nasrudin. Jika PAS betul dapat mewajibkan deklarasi harta untuk semua calonnya di PRU13, Umno akan sangat tertekan, kerana calon-calon yang dipilihnya ramai yang tidak sanggup melakukannya, terutamanya sekarang dengan kewujudan Rafizi (Ramli) dan NOW yang fokusnya untuk mencungkil maklumat kroni Umno,” kata beliau.

Deklarasi harta Nasrudin, katanya menjadikan keadaan perbandingan Umno dengan PAS menjadi 8-0 untuk pimpinan atasan – di mana Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dibandingkan dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, Najib dibandingkan dengan Tuan Guru Abdul Hadi, Muhyiddin dengan Mohamad Sabu, Hishamuddin, Ahmad Zahidi, Shafei Afdal dibandingkan dengan Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Husam Musa, Ahmad Maslan dengan Datuk Tuan Ibrahim dan terkini Nasrudin dibandingkan dengan Khairy.

“Bagi Dewan Muslimat PAS, kalau Siti (Zailah) dapat buat deklarasi harta dan menekan Shahrizat Jalil, akan terus jadi 9-0,” kata sumber dalaman Umno itu lagi.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/14745-beranikah-najib-pasang-kamera-aes-di-pekan-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...