Wednesday, October 24, 2012


200 demo bantah Chua Soi Lek di depan Wisma MCA

Salmiyah Harun,24 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Lebih 200 umat Islam hari ini berhimpun secara aman  di hadapan Wisma MCA, Jalan Ampang, bagi membantah kebiadaban Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menghina agama Islam.

Mereka yang terdiri daripada perbagai latar belakang termasuk wakil NGO Islam hadir bagi menyatakan rasa tidak senang mereka dengan sikap MCA yang tidak berhenti-henti menghina agama Islam.

Himpunan hari ini adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Dewan Ulamak PAS Pusat. Ia hanya dirancang semalam oleh mereka dan berkumpul di sana hari ini.

Mereka membawa sepanduk dan poster mengecam tindakan pemimpin MCA itu yang didakwa tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam.

Ianya berikutan kenyataan Soi Lek yang menyerang Islam habis-habisan dan secara berterusan.

Terbaru, beliau mendakwa negara yang melaksanakan hudud adalah negara yang paling tinggi gejala rasuahnya.

Sementara itu, PAS turut menggesa Soi Lek memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas kata-kata penghinaan yang telah dikeluarkan beliau.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang turut mengetuai himpunan itu berkata, pihaknya juga akan membawa isu itu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja dalam masa terdekat.

"Kita mendesak supaya MCA memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan kita akan bawa isu ini kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Bagi kami, kalau MCA nak belajar Islam, jangan belajar dengan Umno, tapi belajar dengan PAS," katanya kepada wakil media.


Beliau turut mengecam sekeras-kerasnya kebiadaban Soi Lek yang seolah-olah buta mata dan hati sanggup menghina agama Islam kerana kepentingan politik.

"Allah sudah sebut jangan sekali-kali engkau menghina berhala orang lain, tetapi MCA pula mengajar masyarakat lain supaya biadap kepada Islam," katanya sambil diikuti laungan takbir.

Beliau menyeru orang Melayu agar menolak MCA dan Umno dalam pilihan raya akan datang.


Seramai lima orang dilihat masuk menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil MCA di perkarangan pejabat pergerakan itu.

Selain Ustaz Idris, turut mengiringi semasa penyerahan itu termasuklah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil, Exco Pemuda Adram Musa serta Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Turut serta dalam bantahan itu, pengarah, penerbit dan juga pelakon terkenal Adam Hamid serta bekas pelakon terkenal siri Gerak Khas, Abby Abadi.

Sementara itu Khairul Faizi melahirkan kekecewaan apabila rombongan mereka untuk menghantar memorandum kepada Soi Lek hanya diterima oleh Setiausaha Kerja Pemuda MCA.

"Bukan itu sahaja, kami hanya dilayan di hadapan tangga bangunan ini , hari ini beliau sudah buktikan beliau biadap," katanya dalam sidang media selepas selesai berhimpun.

Bahkan katanya, jika MCA tidak memohon maaf kepada umat Islam negara ini dalam masa satu minggu pihaknya akan mengadakan himpunan yang lebih besar dari hari ini. 

"Kami sanggup gadai nyawa kami demi Islam," tegasnya sambil menyifatkan MCA parti yang wajar ditolak oleh rakyat dalam PRU-13 kerana mengamalkan sikap perkauman yang melampau. 

Himpunan yang berlaku hampir sejam itu turut mencuri perhatian awam dengan laungan takbir, hidup Islam, hancur kezaliman, berulang kali oleh peserta yang hadir.

Tuesday, October 23, 2012


Israel serang Gaza: 1 mati 2 cedera

Terjemahan Mohamad Yahya,24 Okt 2012

(Israel berkata serangan udara Selasa lalu mensasarkan pejuang Hamas yang bersedia untuk melancarkan roket)


GAZA: Sekurang-kurangnya seorang  terbunuh dan dua yang lain cedera dalam serangan artileri Israel di utara Gaza, menurut sumber perubatan tempatan.

Mereka adalah pejuang yang cuba untuk menembak roket ke bandar-bandar Israel, lapor sebuah stesen radio Hamas.

Serangan Israel itu adalah ekoran serangan bom  Selasa lalu yang mencederakan seorang pegawai tentera Israel yang membuat rondaan di semenanjung tersebut. 

Barisan popular pembebasan Palestin (The Popular Front for the Liberation of Palestine) telah mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu.

Pejuang juga melepaskan empat roket dari Semenanjung Gaza ke selatan Israel Selasa lalu, tetapi roket tersebut mendarat tanpa menyebabkan apa-apa kecederaan atau kerosakan.

Dua pejuang Palestin terbunuh dalam  serangan udara Israel Ahad lalu.


SILA BACA QUNUT NAZILAH INI :-


Eidul Adha: Medan dakwah Rasulullah

-,24 Okt 2012

Beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut hari raya Eidul Adha yang sinonim dengan ibadah haji dan qorban.


Ibadah haji dilaksanakan di Makkah yang menghimpunkan umat Islam seluruh dunia bagi melaksanakan rukun Islam kelima. 

Ia bukan sekadar ibadah biasa, tetapi mempunyai maksud yang besar kepada kesatuan Ummah dalam mendamaikan dunia dengan Islam.

Rasulullah SAW menjadikan musim haji di zaman jahiliyah untuk berdakwah kepada kelompok kabilah-kabilah Arab yang datang daripada berbagai wilayah. 

Bukan sekadar menyeru mereka memeluk Islam, bahkan mengajak mereka mendirikan negara yang melaksanakan syariat Allah SWT yang sifatnya adil untuk semua manusia tidak mengira agama dan bangsa dan juga adil kepada makhluk lain yang dipelihara dibawah pemerintahan.

Daripada satu kabilah kepada satu kabilah, sehinggalah akhirnya bertemu dengan penduduk Madinah suku Aus dan Khazraj yang menerima Islam dan bersedia menjadikan negara mereka Madinah sebagai tapak kekuasaan Islam. 

Tidak lama selepas peristiwa itu, Nabi SAW telah berhijrah ke Madinah mendirikan kerajaan dan tamadun manusia yang berjaya mengeluarkan bangsa Arab daripada kegelapan jahiliyah, hidup yang porak peranda, jenayah yang berleluasa kepada kehidupan yang bersatu, maju dan sejahtera dibawah pemerintahan Islam.


Bermula daripada inilah, maka tamadun manusia itu berkembang pesat mengambil contoh tauladan pemerintahan Rasululah SAW.

Begitu juga ibadah qorban yang dilaksanakan Nabi Ibrahim AS penuh dengam ketaatan dan ujian yang berat. 

Namun keimanan Nabi Ibrahim dan anaknya yang teguh menjadikan mereka manusia yang berjaya bukan sekadar melaksanakan perintah Allah dalam hal qorban, tetapi juga berjaya mendirikan kerajaan orang beriman dan mengemudinya di Mekah, Palestin dan Syam. 

Daripada keturunan Nabi Ibrahim ini melahirkan nabi yang ramai dan tersebar luasnya dakwah Islam zaman berzaman sehinggalah munculnya Nabi Muhammad daripada keturunan Ismail dam Nabi Yaakub, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lain nabi yang membawa risalah Allah SWT.

Marilah kita mengambil pengajaran diatas dua peristiwa ini untuk meningkatkan keyakinan dan ketaatan kepada agama Allah SWT. 

Moga-moga kita dipilih oleh Allah menjadi hambanya yang istiqamah dalam menegakkan keadilan Islam untuk kesejahteraan di muka bumi ini.

Mewakili PAS, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Idil Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat di negara ini dan seluruhnya.


Perutusan Idul Adha

Abdul Hadi Awang,24 Okt 2012
Beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut hari raya Idul Adha yang sinonim dengan ibadah haji dan qorban. 


Ibadah haji dilaksanakan di Makkah yang menghimpunkan umat Islam seluruh dunia bagi melaksanakan rukan Islam kelima. Ia bukan sekadar ibadah biasa, tetapi mempunyai maksud yang besar kepada kesatuan Ummah dalam mendamaikan dunia dengan Islam.


Rasulullah SAW menjadikan musim haji di zaman jahiliyah untuk berdakwah kepada kelompok kabilah-kabilah Arab yang datang daripada berbagai wilayah. 


Bukan sekadar menyeru mereka memeluk Islam, bahkan mengajak mereka mendirikan negara yang melaksanakan syariat Allah SWT yang sifatnya adil untuk semua manusia tidak mengira agama dan bangsa dan juga adil kepada makhluk lain yang dipelihara dibawah pemerintahan.


Daripada satu kabilah kepada satu kabilah, sehinggalah akhirnya bertemu dengan penduduk Madinah suku Aus dan Khazraj yang menerima Islam dan bersedia menjadikan negara mereka Madinah sebagai tappk kekuasaan Islam. 


Tidak lama selepas peristiwa iitu, Nabi SAW telah berhijrah ke Madinah mendirikan kerajaan dan tamadun manusia yang berjaya mengeluarkan bangsa Arab daripada kegelapan jahiliyah, hidup yang porak peranda, jenayah yang berleluasa kepada kehidupan yang bersatu, maju dan sejahtera dibawah pemerintahan Islam. Bermula daripada inilah, maka tamadun manusia itu berkembang pesat mengambil conroh tauladan pemerintahan Rasululah SAW.


Begitu juga ibadah korban yang dilaksanakan Nabi Ibrahim AS penuh dengan ketaatan dan ujian yang berat. Namun keimanan Nabi Ibrahim dan anaknya yang teguh menjadikan mereka manusia yang berjaya bukan sekadar melaksanakan perintah Allah dalam hal korban, tetapi juga berjaya mendirikan kerajaan orang beriman da mmngemudinya di Mekah, Palestin dan Syam. 


Daripada keturunan Nabi Ibrahim ini melahirkan nabi yang ramai dan tersebar luasnya dakwah Islam zaman berzaman sehinggalah munculnya Nabi Muhammad daripada keturunan Ismail dam Nabi Yaakub, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lain nabi yang membawa risalah Allah SWT.


Marilah kita mengambil pengajaran di atas dua peristiwa ini untuk meningkatkan keyakinan dan ketaatan kepada agama Allah SWT. Moga-moga kita dipilih oleh Allah menjadi hambanya yang istiqamah dalam menegakkan keadilan Islam untuk kesejahteraan di muka bumi ini.


Mewakili PAS, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Idul Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat di negara ini dan seluruhnya.


Penapis air: Muhyiddin tidak dapat maklumat tepat

Harakahdaily,24 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ternyata tidak diberi penjelasan dan maklumat yang tepat mengenai teknologi penapis air membran apabila mendakwa teknologi ini tidak praktikal kerana mahal dan tidak mampu menambah bekalan air.


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, mungkin tujuh tahun lalu teknologi penapis air membran ini mahal kerana baharu diperkenalkan tetapi sekarang tidak lagi.

Jelasnya, teknologi itu sangat kompetitf dan sekarang digunakan untuk memproses air laut menjadi air mentah di beberapa negara di Timur Tengah.

“Kerajaan Selangor telah memanggil perunding daripada Kanada yang telah pun memberikan  taklimat terperinci  mengenai  penggunaan teknologi ini yang kita anggap lebih praktikal dan menjimatkan berbanding menembuk banjaran Titiwangsa untuk membina  terowong bawah tanah dan memusnahkan alam sekitar untuk pembinaan empangan di Pahang,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menerusi teknologi itu, jelasnya Negeri Selangor akan mempunyai bekalan air yang mencukupi tanpa perlu membeli air daripada Pahang.

“Kita mampu meningkatkan kapasiti air dengan hanya membina teknologi penapis air membran di loji pembersihan air sedia ada,” katanya lagi.

Beliau menambah, penggunaan teknologi penapis air membran ini mampu menambahkan satu juta meter padu air sehari dengan hanya menggunakan 1/3 dari kos pembinaan Langat 2.

Menurutnya, purata keperluan air di Selangor dan Lembah Klang adalah sekitar empat juta meter padu sehari tetapi bekalan yang sampai kepada pengguna hanyalah tiga juta meter padu kerana satu juta meter padu ‘hilang’ atau Non Revenue Water (NRW).

Justeru, ujarnya teknologi ini mampu menampung tambahan keperluan satu juta meter padu setiap hari.

“Sekiranya Timbalan Perdana Menteri tidak faham mengenai teknologi ini, kita sedia memanggil perunding daripada Kanada untuk memberikan taklimat kepada beliau dan pegawai-pegawai di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta pakar-pakar air di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,” katanya.

Khalid juga menjelaskan, Kerajaan Selangor mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri tidak menentang Langat 2 tetapi perlu disertakan sebagai pakej penyusunan semula industri perkhidmatan air yang terbantut kerana tiada kerjasama dari  kerajaan Pusat dan syarikat konsesi.

Katanya, penyusunan semula perkhidmatan air di Selangor adalah penyelesaian menyeluruh yang membolehkan pengguna di Selangor dan Lembah Klang menerima perkhidmatan bekalan air lebih efisen pada harga munasabah.



2 konsesi IPP dilanjut walaupun dipertikai

Harakahdaily,24 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan melanjutkan konsesi dua Pembekal Tenaga Bebas (IPP) menimbulkan tanda tanya selepas kerajaan berjanji untuk membuatnya melalui tender terbuka.

Dua IPP yang dilanjutkan konsesi mereka adalah Genting Sanyen Power dan Segari Power Ventures. 

Segari dimilikki oleh Malakof Behad yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari manakala Genting Sanyen kini dibeli oleh 1-MDB dari Genting Berhad.

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad(gambar) dalam tulisannya mempertikaikan kenapa kedua-dua IPP ini mendapat layanan istimewa.

"Tindakan ini telah mencetuskan pelbagai tanda tanya yang menjadikan segala dakwaan kerajaan bahawa pemberian konsesi kedua IPP ini adalah telus dan adil, mula di pandang serong oleh pasaran tenaga dan para penganalisa," kata beliau dalam tulisannya.

Beliau juga mempertikaikan, mengapa Genting Sanyen mendapat harga konsesi pada kadar 35.3 sen dan Segari Power mendapat kadar 36.3 sen per kWh yakni lebih tinggi dari loji tenaga baru yang dibina sendiri oleh Tenaga Nasional.

"Kalau ia tidak lagi efisien dan boleh menandingi loji baru, maka perlu kadar yang lebih diberikan? Mengapa tidak dihabiskan sahaja konsesinya dan digantikan?" kata beliau dalam tulisan itu.

Sebelum ini, ketika konsesi IPP jenerasi pertama diberikan, Pengerusi TNB, Tan Sri Ani Arope telah meletakkan jawatannya kerana tiadak berpuashati dengan harga yang dipaksakan ke atas TNB.


Umno penggalak aktiviti menghina Islam

Harakahdaily,24 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Islam sebagai agama rasmi Kerajaan Malaysia, tidak seharusnya menjadi sekadar slogan yang dilaung-laungkan, kata Penolong Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib (gambar).


Justeru, beliau berkata Umno BN sebenarnya tidak pernah serius memperjuangkan Islam, sekalipun untuk meletakkannya pada kedudukan agama rasmi Malaysia.

Menurutnya, sikap berdiam diri para pemimpin Umno BN terhadap kenyataan biadab Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebenarnya telah dijangka, bahkan mereka sendiri terbukti senada dan selaras dengan ucapan Presiden MCA.

“Umno BN sebenarnya bukan sahaja gagal mendidik parti komponen Barisan Nasional untuk menghormati Islam sebagai agama rasmi, bahkan mereka adalah sebab dan alasan sebenar di sebalik penghinaan dan penolakan masyarakat Malaysia terhadap Islam dan syariatnya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Buktinya, kata beliau Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sendiri secara terang-terangan menolak pelaksanaan undang-undang hudud di Malaysia.

Walaupun begitu, ujarnya kenyataan Dr Chua Soi Lek sebenarnya terlalu biadab, melampau dan sama sekali tidak menghormati sensitiviti umat Islam di Malaysia.

Kenyataannya, tegas beliau benar-benar telah mengguris hati rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Justeru, katanya jika masih ada umat Islam yang tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap kenyataan biadab Chua Soi Lek, barangkali mereka sendiri belum benar-benar menerima Islam sebagai cara hidup dan pegangan dalam kehidupan.

Tambah beliau, tindakan menghina Islam oleh MCA juga menampakkan bahawa Umno semakin lemah, khususnya dalam membela nasib umat Islam dan bangsa Melayu.

Beliau berkata, Umno juga dilihat terdesak mahu menarik sokongan masyarakat bukan Melayu sehingga sanggup menggadaikan prinsip dengan membiarkan agama sendiri dihina.

“Islam bukanlah  ajaran rekaan para Nabi dan Rasul, apalagi rekaan tuan-tuan guru mahupun Ahli Feqah sebaliknya Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah kepada para Nabi dan Rasul, disampaikan dan dikembangkan oleh para sahabat, sehinggalah ke hari ini,” jelasnya.

Muhammad Ismi menambah, generasi terdahulu telah bersusah payah menyampaikan Islam, sehingga ianya benar-benar tulen dan tidak diselewengkan.

“Menentang Islam, bermakna menentang Allah. Menghina Islam, bermakna menghina Allah,” ujarnya.

Ini, ujarnya adalah perkara asas yang perlu difahami oleh pemimpin Umno BN yang mengaku dirinya beragama Islam, dan mahu memperjuangkan Islam di Malaysia.

“Sebagai umat Islam, wajib kita membela agama daripada dihina ataupun diselewengkan daripada kefahaman yang sebenar.

“Semoga Allah memberikan taufiq, hidayah dan inayahNya untuk terus berjuang membela dan menyampaikan Islam dengan kefahaman yang murni, indah dan sejahtera,” katanya lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...