Sunday, March 20, 2011

Pesanan Peninju Lagenda Muhammad Ali Kepada Anaknya

Kejadian berikut berlaku apabila puteri Muhammad Ali pulang ke rumah dengan berpakaian yang kurang sopan. Berikut adalah cerita yang diberitahu oleh salah seorang anaknya :.....

Akhirnya kami sampai di rumah ayah dengan dibantu oleh pemandu menghantar saya dan adik bongsu saya Laila. Seperti kebiasaan ayah akan bersembunyi di belakang pintu untuk mengejutkan kami. Kami akan berpelukan dan menukar-nukar ciuman dengan ayah semesranya seakan kami tidak berpeluang lagi.

Ayah memandang kami dengan penuh makna. Kemudian ia menyuruhku duduk di pangkuannya dan berkata sesuatu yang tidak pernah kulupakan. Ayah memandang mata kami dengan penuh pergertian dan berkata :

“Hana, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Kamu kena berkerja keras untuk mendapatkanya.”                                                                                                                                      

Ayah merenung tajam ke arah mata kami dengan berkata serius.

“Tubuh kamu adalah suci. Kamu adalah lebih berharga daripada emas mahupun permata oleh itu kamu juga perlu bertudung.”                                                                                                                    

Ini adalah jawapan yang terbaik untuk memahami kepentingan hijab.

Petikan dari buku : More Than A hero : Muhammad Ali's Life Lessons Through His Daughter's Eyes.

credit too .:. http://www.solihinzubir.com/

...... : "Float like a butterfly... Sting like a bee..."....Muhammad Ali...

Wednesday, March 16, 2011

Tuisyen Rakyat Kembali Bermula - PERCUMA


Sebagaimana dua tahun yang lepas, maka bagi tahun 2011 ini pihak Kerajaan Negeri Selangor, melalui Pejabat JPD Dusun Tua menawarkan Tuisyen Rakyat percuma kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM 2011.

Bagi pelajar-pelajar yang belum berdaftar, boleh mendaftar melalui , Ketua Kampong setempat, guru ditugaskan bagi tempat-tempat berkenaan atau terus hubungi Pejabat Jabatan Penyelaras DUN Dusun Tua di talian no. 03-90217219. Jumlah pendaftaran terhad (100 orang pelajar). Maksimum bagi satu kelas 25 orang. Guru-guru yang mengajar ialah dari guru-guru berpengalaman. Pendaftaran hanya bagi pelajar-pelajar yang mahu mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2011 sahaja.

Mata pelajaran yang diajar ialah empat mata pelajaran iaitu:

1) Matematik
2) Bahasa Melayu
3) Bahasa Inggeris
4) Sejarah

Bagi setiap matapelajaran satu jam seminggu, kecuali Matematik 2 jam. Ini bererti pelajar menghadiri tuisyen berkenaan selama 5 jam seminggu. Jadual pelajaran bergantung pada waktu kesesuaian bagi guru dan pelajar dan boleh dirunding. Kebiasaan jadual adalah pada hari Ahad.

Tujuan diadakan Kelas Tuisyen Rakyat tidak lain daripada hasrat Kerajaan mau membimbing pelajar-pelajar, terutama dari kalangan mereka yang miskin bagi memajukan mereka di dalam pelajaran dan berhasil mencapai keputusan yang baik. Dengan demikian mencerahkan peluang mereka untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Selamat mengikuti kelas Tuisyen Rakyat.

 MENYEMPURNAKAN KECEMERLANGAN"...
JAWATANKUASA PENGURUSAN DUN DUSUN TUA
jpddusuntua@gmail.com
03-90217219

ucapan akhir Almarhum Dato fadhil Noor semasa muktamar pas 2002



kata aku.:. terasa sungguh kepergian mu...

Almarhum Ust Fadzil Noor ,Timb YDP Pas semasa simposium negara



kata aku.:. erm..memori seorang pejuang , pemimpin Islam Malaysia yang disegani makhluk di bumi , insyaallah langit....

Thursday, March 10, 2011

Buku Mahathir tingkat tekanan ke atas Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan tekanan yang semakin meningkat ke atas beliau dengan penerbitan buku Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Buku beliau, A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad dilancarkan ketika Pilihan Raya Umum ke-13 dirasakan semakin hampir dan Anwar sedang berdepan perbicaraan.

Portal-portal berita melaporkan berita-berita sensasi daripada pendedahan Mahathir dalam bukunya pada hari dilancarkan, meningkatkan perhatian terhadap buku bekas perdana menteri yang bertanggungjawab memecat Anwar itu pada penghujung 1998.

Antara didedahkan oleh Mahathir termasuk dakwaan hubungan seks Anwar dengan wanita yang dibawa oleh seorang dikenali sebagai Nalla.

Kesan daripada pendedahan Mahathir ini dilihat mengganggu tumpuan Anwar dan Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya akan datang, kerana melibatkan kredibiliti Anwar sebagai pemimpin de facto dan calon perdana menteri daripada PR.

Penegasan tuduhan melibatkan moral Anwar oleh Mahathir yang konsisten sejak 1998 membawa sekali lagi tumpuan terhadap bekas timbalan perdana menteri itu.

Dakwaan Mahathir melalui memoirnya merupakan berita besar kedua melibatkan isu moral Anwar selepas laporan akhbar Australia berhubung hal sama tahun lalu.

Tuduhan-tuduhan Mahathir mungkin dilihat sebagai benar sekiranya tiada tindakan daripada Anwar.

Anwar diharap mengambil tindakan tegas menangani tuduhan Mahathir itu atau akan dilihat menyembunyikan sesuatu, seperti tanggapan banyak pihak apabila beliau enggan bersumpah menafikan tuduhan liwat Saiful Bukhari Azlan.
 
credit to siasahdaily.blogspot.com/Thursday, March 10, 2011

TEMBIKAI ATAU VIAGRA...PILIHAN ANDA?...

بسم الله الرحمن الرحيم

Belahan tembikai yang merah menyala, bukan hanya meransang selera tetapi turut meransang ghairah suami isteri.

Para akademik di Texas, Amerika Syarikat, menemui kandungan citrulline, sejenis zat yang melancarkan pengaliran darah di dalam tubuh yang memberi efek persis viagra. Citrulline berkuasa mengatasi disfungsi ereksi den meransang produksi senyawa kimia yang membantu merehatkan pembuluh darah. Zat ini juga baik untuk kesihatan jantung dan enzim tubuh.

Selain itu, citrulline juga mampu meransang arginine di dalam tubuh. Ransangan arginine berupaya memicu pengeluaran nitrat oksida yang membuat pembuluh darah menjadi relaks seperti efek viagra serta mengatasi dan mencegah disfungsi ereksi. ~ TanyaLelaki ~

Apakah tindakan anda sekarang?

a. Bergegas ke gerai buah sekarang

b. Ambil makan tembikai di dapur sekarang

c. Memaksa suami anda makan tembikai sekarang

d. Dapat maklumat lambat. Buat dek je la.

credit to rubbertapperz.blogspot.com/

Monday, March 7, 2011

PAKAIAN MUSLIMAH JADI BAHAN LAWAK DI MALAYSIA

بسم الله الرحمن الرحيم



Rancangan Oh Yeah! yang ditayangkan di Astro, menayangkan lawak yang melampau. Artis Muslimah Melayu (Khairiah) berlakon hingga memberikan persepsi negatif kepada Islam (menghina Islam) dengan memberi intrepetasi pakaian Muslimah (dalam lakonannya) mengikut citarasa sendiri untuk dijadikan bahan gelak tawa.

Memang bila perkara begini berlaku, tidak ramai yang melenting. Malah tidak mengambil endah sedikitpun. Golongan berwajib hanya melenting apabila sesuatu perkara itu boleh dijadikan isu khususnya menyentuh mengenai politik melibatkan Pakatan Rakyat. Ataupun juga penghinaan oleh Non Muslim seperti video yang dibuat oleh Namawee (yang jelas bukan Islam). Namun bila melibatkan orang Islam sendiri, tidak kira individu berkepentingan atau badan tertentu Kerajaan, hanya mendiamkan diri sahaja.

Apabila ada sebarang penghinaan kepada Islam di Youtube, di Facebook, dan lain-lain berlaku di Malaysia baru muncul "pejuang yang nak jadi hero ini". Bila ada isu yang berkait Islam yang boleh dipolitikkan, baru mereka nak heboh. Sedangkan Media TV sendiri memperleceh dan perlekeh Islam didepan penonton Islam dan bukan Islam dengan menjadikan ia sebagai bahan gelak tawa, mereka senyap sahaja. Penghinaan sebegini dibiarkan. Penghinaan begini jugalah yang dilulus tayangkan.

Apakah reaksi pihak berwajib?? - http://jilfityan.blogspot.com

kata aku .:. bagi aku, si artis ni mmg BIADAP...tapi yang mengelola/mensponsor/merasmikan/terlibat dengan IFF tu BAPAK BIADAP...
 
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...