Wednesday, December 12, 2012


Senarai lengkap 46 Penyakit Kritikal yang dilindungi – 1st launch in Malaysia by MAA Takaful

MAA Takaful adalah pengendali takaful pertama di Malaysia yang menawarkan perlindungan terhadap 46 jenis penyakit krtitkal. Berikut adalah senarai lengkap penyakit-penyakit tersebut:
1. PENYAKIT ALZHEIMER /GANGGUAN OTAK DEGENERATIF JENIS ORGANIK YANG TIDAK DAPAT DIPULIHKAN
Kemerosotan atau kehilangan upaya intelektual atau kelakuan tidak normal, seperti yang dibuktikan oleh keadaan klinikal dan soal selidik atau ujian-ujian standard yang diterima, yang timbul daripada Penyakit Alzheimer atau gangguan-gangguan otak degeneratif jenis organik yang tidak boleh dipulihkan, tidak termasuk neurosis, penyakit psikiatrik, dan sebarang gangguan organik berkaitan dadah atau alkohol, mengakibatkan kemerosotan besar fungsi mental dan sosial sehingga memerlukan penyeliaan Orang Yang Dilindungi secara berterusan. Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh pakar perunding berkaitan.
2. ANEMIA APLASTIK
Kegagalan sumsum tulang kronik secara berterusan yang mengakibatkan aplasia mutlak sumsum tulang dan memerlukan sekurang-kurangnya satu daripada rawatan berikut:
a) Pemindahan produk darah secara kerap;
b) Agen perangsang sumsum;
c) Agen imunosupresif;
d) Pemindahan sumsum tulang.

3. MENINGITIS BAKTERIAL
Meningitis bakterial yang menyebabkan keradangan membran otak atau saraf tunjang, mengakibatkan kesan buruk kekal neurologi yang dialami selama sekurang-kurangnya 30 hari dan menyebabkan ketiadaan upaya untuk melakukan sendiri sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian sama ada dengan atau tanpa penggunaan peralatan mekanikal, alat-alat khas atau alat bantuan dan pengubahsuaian lain yang digunakan untuk orang-orang kurang upaya. Bagi tujuan faedah ini, perkataan “kekal” hendaklah bermakna tiada harapan untuk pulih berasaskan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
Diagnosis mesti disahkan oleh seorang pakar perunding neurologi.
4. ANGIOPLASTI BELON
Bermakna menjalani Angioplasti Belon Arteri Koronari sebenar buat pertama kali atau memasukkan sten untuk membetulkan satu atau lebih arteri koronari yang telah menjadi sempit atau tersekat. Tidak termasuk prosedur-prosedur pemeriksaan menerusi arteri.
Bukti perubatan hendaklah termasuk semua yang berikut:
a) Bukti perubahan-perubahan ECG yang penting dan relevan (penurunan segmen ST sebanyak 2 milimeter atau lebih) dan
b) Bukti angiografi untuk mengesahkan lokasi stenosis.

Pembayaran di bawah klausa ini adalah terhad kepada sepuluh peratus (10%) daripada perlindungan Penyakit Merbahaya di bawah Sijil Tambahan ini tertakluk kepada jumlah bayaran maksimum RM25,000. Manfaat ini berbayar hanya sekali sahaja dan akan ditolak daripada Jumlah Dilindungi di Sijil Tambahan, yang seterusnya mengurangkan Bayaran Sekali Gus yang dibayar di sini.
Manfaat ini tamat setelah pembayaran satu Bayaran Terhad.
5. TUMOR OTAK TIDAK BERBAHAYA
Ketumbuhan bukan kanser dalam otak yang mengancam nyawa dan menimbulkan tanda-tanda peningkatan tekanan dalam tempurung kepala seperti papiloedema, gejala-gejala mental, sawan dan gangguan deria. Ketumbuhan mesti disahkan wujud menerusi kajian imbasan seperti CT Scan atau MRI.
Keadaan-keadaan berikut dikecualikan:
a) Sista
b) Granuloma
c) Malformasi dalam atau pada arteri atau vena otak
d) Hematoma
e) Tumor dalam kelenjar pituitari, atau tulang belakang
f) Tumor saraf akustik

6. BUTA

Kehilangan penuh dan kekal seluruh penglihatan kedua-dua belah mata yang tidak boleh dipulihkan. Pengesahan oleh pakar oftalmologi diperlukan.
7. PEMBEDAHAN OTAK
Menjalani pembedahan otak di bawah anestesia am untuk melakukan kraniotomi. Pembedahan Tebukan Bur dan pembedahan otak akibat kemalangan dikecualikan.

8. KANSER

Kanser ditakrifkan sebagai pertumbuhan sel-sel malignan yang merebak secara tidak terkawal serta serangan dan kemusnahan tisu biasa yang dianggap memerlukan rawatan atau pembedahan untuk menghalangnya (tidak termasuk prosedur endoskopi sahaja). Penghidapan kanser mesti disahkan oleh bukti histologi yang menunjukkan malignansi.
Keadaan-keadaan berikut dikecualikan:
a) Karsinoma in situ termasuk serviks
b) Karsinoma in situ duktus payu dara
c) Karsinoma papilari pundi kencing & Kanser Prostat peringkat 1
d) Semua jenis kanser kulit kecuali melanoma malignan
e) Penyakit Hodgkin’s peringkat 1
f) Tumor yang wujud sebagai komplikasi AIDS

9. KARDIOMIOPATI
Diagnosis muktamad oleh seorang pakar perunding kardiologi mengenai kardiomiopati yang menyebabkan gangguan fungsi ventrikular, disyaki melalui ECG tidak normal dan disahkan oleh gema kardiak, berpunca daripada berbagai sebab dan mengakibatkan kerosakan fizikal yang kekal sekurang-sekurangnya ke tahap Kelas III dalam klasifiksi kerosakan kardiak Persatuan Jantung New York.
Kerosakan fungsi Kelas III dan IV mengikut klasifikasi Persatuan Jantung NewYork adalah seperti berikut :
Kelas III – Sekatan Jelas – Pesakit merasa selesa semasa rehat tetapi akan merasai gejala-gejala Kegagalan Kardiak Kongestif apabila melakukan kegiatan kurang daripada yang biasa.
Kelas lV – Ketiadaan upaya untuk menjalankan sebarang kegiatan tanpa merasa tidak selesa. Gejala-gejala Kegagalan Kardiak
Kongestif wujud walaupun semasa rehat. Sebarang peningkatan kegiatan fizikal akan menimbulkan rasa tidak selesa.
Kardiomiopati yang berkaitan secara langsung dengan salah guna alkohol adalah dikecualikan.
10. PENYAKIT HATI KRONIK
Kegagalan hati peringkat akhir dibuktikan oleh semua yang berikut:
a) Jaundis kekal;
b) Asites;
c) Ensefalopati;
d) Hipertensi portal.
Tidak termasuk ensefalopati Wernicke dan kegagalan hati yang berpunca daripada penyalahgunaan alkohol atau dadah.

11. PENYAKIT PARU-PARU KRONIK
Penyakit pernafasan peringkat akhir termasuk penyakit paru-paru interstitial kronik.
Kriteria berikut mesti dipenuhi:
a) Memerlukan rawatan oksigen secara tetap disebabkan nilai ujian FEV1 kurang daripada satu liter secara konsisten. (Isipadu Pernafasan Paksa dalam saat pertama hembusan secara paksa)
b) Analisis Gas Dalam Arteri menunjukkan tekanan bahagian oksigen serendah 50mmHg atau kurang;
c) Dispnea sewaktu rehat.

12. KOMA
Keadaan tidak sedar diri dengan tiada tindak balas atau respons terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman, yang berterusan sekurang-kurangnya selama 96 jam, memerlukan penggunaan sistem sokongan nyawa dan yang mengakibatkan defisit neurologikal, kekal selama lebih 30 hari. Mesti disahkan oleh pakar neurologi.
Koma yang disebabkan secara langsung akibat mencederakan diri sendiri, penyalahgunaan alkohol atau dadah adalah dikecualikan.

13. PEMBEDAHAN PINTASAN ARTERI KORONARI

Merujuk kepada pembedahan pintasan arteri Koronari dengan membelah dada (torakostomi) untuk membetulkan atau merawat penyakit arteri koronari tetapi tidak termasuk angioplasti atau prosedur lain menerusi arteri, tebukan atau laser.
14. ENSEFALITIS

Ditakrifkan sebagai keradangan teruk bahan otak, mengakibatkan kesan buruk kekal neurologi yang dialami selama sekurang-kurangnya 30 hari dan disahkan oleh pakar perunding neurologi. Kesan buruk kekal neurologi ini mesti menyebabkan ketiadaan upaya untuk melakukan sendiri sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian sama ada dengan atau tanpa penggunaan peralatan mekanikal, alat-alat khas atau alat bantuan dan pengubahsuaian lain yang digunakan untuk orang-orang kurang upaya. Bagi tujuan faedah ini, perkataan “kekal” hendaklah bermakna tiada harapan untuk pulih berasaskan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa. Ensefalitis akibat jangkitan HIV dikecualikan.
15. AIDS DENGAN GEJALA PENUH

Tanda-tanda klinikal AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit) mesti disokong oleh keputusan ujian antibodi HIV (Virus Kurang Daya Tahan Penyakit Manusia) yang positif dan ujian pengesahan Western Blot. Di samping itu, Orang Yang Dilindungi mesti mempunyai bilangan sel CD4 kurang daripada dua ratus (200) dan salah satu atau lebih kriteria berikut dipenuhi:
a) Kehilangan lebih 10% daripada berat badan dalam tempoh enam (6) bulan atau kurang (sindrom pembaziran);
b) Kaposi sarkoma;
c) Pneumosistik karinii pneumonia;
d) Multifokal leukoensefalopati yang semakin teruk;
e) Batuk kering aktif;
f) Kurang daripada satu ribu (1000) limfosit;
g) Limfoma malignan.

16. HEPATITIS VIRUS FULMINAN
Ini ditakrifkan sebagai nekrosis hati yang teruk hingga sangat teruk disebabkan oleh sebarang virus yang dengan pantas menyebabkan kegagalan hati.
Kriteria diagnostik yang perlu dipenuhi ialah:
a) saiz hati yang mengecut secara mendadak yang disahkan menerusi ultrasound abdomen;
b) nekrosis melibatkan seluruh lobul, meninggalkan hanya rangka retikular yang runtuh;
c) ujian fungsi hati yang semakin merosot;
d) jaundis yang melarat.

Jangkitan atau status pembawa Hepatitis B sahaja tidak memenuhi kriteria diagnostik.
17. SERANGAN JANTUNG (INFARKSI MIOKARDIUM)

Kematian sebahagian daripada otot jantung (miokardium) yang disebabkan bekalan darah tidak mencukupi dan dibuktikan oleh:
a) Sejarah sakit dada tipikal yang berpanjangan;
b) Perubahan baru dalam elektrokardiograf akibat daripada kejadian ini;
c) Peningkatan enzim kardiak (CPK-MB) melebihi tahap makmal yang diterima secara am sebagai biasa.

Diagnosis berasaskan ujian peningkatan Troponin T sahaja tidak boleh dianggap sebagai diagnosis serangan jantung.
Angina dikecualikan secara khusus.
18. PENGGANTIAN INJAP JANTUNG
Menjalani pembedahan jantung terbuka untuk menggantikan atau membaiki injap jantung akibat berlaku keadaan injap rosak atau tidak normal selepas tarikh pengeluaran atau tarikh pemulihan semula Sijil Tambahan ini.
Pembedahan membaiki, melalui valvotomi, prosedur menerusi arteri, pembedahan tebuk lubang atau teknik yang sama dikecualikan secara khusus.

19. HIV DISEBABKAN PEMINDAHAN DARAH

Orang Yang Dilindungi dijangkiti oleh Virus HIV atau AIDS dengan syarat bahawa:
a) jangkitan disebabkan oleh pemindahan darah yang diterima di Malaysia atau Singapura selepas Sijil Tambahan mula berkuatkuasa;
b) Hayat Diinsuranskan tidak menghidap hemofilia; dan
c) Hayat Diinsuranskan bukan ahli kumpulan berisiko tinggi seperti, tetapi tidak terbatas kepada, golongan homoseks, pengguna dadah melalui suntikan atau pekerja seks.

Pemakluman dan bukti kejadian adalah diperlukan dalam bentuk kenyataan daripada Pihak Berkuasa Kesihatan berkanun bahawa jangkitan berlaku secara perubatan.
20. KEGAGALAN BUAH PINGGANG

Kegagalan ginjal peringkat akhir dikesan sebagai kegagalan kronik kedua-dua buah pinggang untuk berfungsi dan yang tidak boleh disembuhkan, hingga memerlukan dialisis buah pinggang berkala atau pemindahan buah pinggang.
21. TERAPI LASER ARTERI KORONARI ATAU SEBARANG PROSEDUR KORONARI INVASIF YANG LAIN

Bermakna menjalani rawatan Laser atau artrektomi sebenar buat pertama kali untuk membetulkan satu atau lebih arteri koronari yang menjadi sempit atau tersumbat. Tidak termasuk prosedur-prosedur pemeriksaan menerusi arteri.
Bukti perubatan hendaklah termasuk semua yang berikut:
a) Bukti perubahan-perubahan ECG yang penting dan relevan (penurunan segmen ST sebanyak 2 milimeter atau lebih) dan
b) Bukti angiografi untuk mengesahkan lokasi stenosis.

Pembayaran di bawah klausa ini adalah terhad kepada sepuluh peratus (10%) daripada Jumlah Dilindungi yang berkuatkuasa di bawah Sijil Tambahan ini tertakluk kepada jumlah bayaran maksimum RM25,000. Manfaat ini berbayar hanya sekali sahaja dan akan ditolak daripada Jumlah Dilindungi di Sijil Tambahan, yang seterusnya mengurangkan Bayaran Sekali Gus yang dibayar di sini.
Manfaat ini tamat setelah pembayaran satu Bayaran Terhad.
22. KEHILANGAN PENDENGARAN/PEKAK

Kehilangan penuh pendengaran segala bunyi kedua-dua belah telinga yang tidak boleh dipulihkan disebabkan oleh penyakit atau kemalangan. Bukti perubatan dalam bentuk ujian audiometri dan ujian tahap bunyi mesti disediakan.
23. KEHILANGAN UPAYA BERTUTUR
Kehilangan upaya penuh untuk bercakap yang tidak boleh dipulihkan secara berterusan selama 12 bulan. Bukti perubatan untuk mengesahkan penyakit atau kecederaan kepada peti suara sebagai menyokong kehilangan upaya ini mesti diberikan oleh pakar (Telinga, Hidung, Tekak) yang berkenaan.
Segala punca berkaitan dengan keadaan psikiatrik dikecualikan.
24. LUKA TERBAKAR TERUK

Luka terbakar darjah ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) daripada permukaan badan diukur mengikut ‘Peraturan 9’ Carta Permukaan Badan Lund dan Browder.
25. PEMINDAHAN ORGAN UTAMA

Menjalani pembedahan pemindahan organ sebagai penerima salah satu daripada organ manusia yang berikut:
a) Buah Pinggang
b) Paru-paru
c) Hati
d) Jantung
e) Sumsum tulang

26. PENYAKIT NEURON MOTOR
Penyakit neuron motor yang tidak diketahui puncanya ditandakan oleh kemerosotan yang semakin teruk rangkaian kortikospina dan sel tanduk anterior atau neuron eferen bulbar. Ini termasuk kemerosotan otot tulang belakang, kerencatan bulbar yang semakin teruk, sklerosis amiotrofik lateral dan sklerosis lateral utama.
Diagnosis mesti disahkan oleh seorang pakar perunding neurologi.
27. SKLEROSIS BERBILANG
Diagnosis muktamad oleh pakar perunding neurologi mengesahkan kombinasi berikut, yang telah berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan.
a) Gejala-gejala berpunca daripada trek (bahan putih) membabitkan saraf optik, stem otak dan tulang belakang, yang menghasilkan kesan buruk neurologi yang jelas;
b) Berbilang luka yang berasingan; dan
c) Sejarah ketara menunjukkan gejala-gejala dan kesan buruk neurologi tersebut yang melarat dan berulang.

28. DISTROFI OTOT

Diagnosis distrofi otot memerlukan pengesahan pakar perunding neurologi mengenai kombinasi 3 daripada 4 keadaan berikut:
a) Sejarah anggota keluarga lain yang turut terjejas
b) Persembahan klinikal termasuk ketiadaan gangguan saraf, cecair serebospina yang normal dan sedikit kemerosotan dalam tindak balas tendon
c) Elektromiogram yang tipikal
d) Keraguan klinikal disahkan oleh biopsi otot

Kanak-kanak dikecualikan daripada pentakrifan ini.
29. JANGKITAN HIV AKIBAT PEKERJAAN

Orang Yang Dilindungi dijangkiti oleh Virus Kurang Daya Tahan Penyakit Manusia (HIV) khususnya akibat kemalangan yang berlaku semasa menjalankan tugas pekerjaan biasa, dengan perubahan dalam serum kepada jangkitan HIV berlaku dalam masa enam (6) bulan dari tarikh kemalangan. Sebarang kemalangan yang mungkin menimbulkan tuntutan mesti dilaporkan kepada Syarikat dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh kemalangan berlaku dan disokong oleh ujian HIV negatif yang dijalankan dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh kemalangan.
Jangkitan menerusi sebarang cara lain, termasuk jangkitan akibat kegiatan seks, pemindahan darah atau suntikan dadah secara rekreasi DIKECUALIKAN secara khusus.
30. LUMPUH/PARAPLEGIA

Kehilangan upaya penuh dan kekal penggunaan kedua-dua tangan atau kedua-dua kaki, atau sebelah tangan dan sebelah kaki, kerana kelumpuhan disebabkan oleh penyakit atau kecederaan, yang berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau penyakit.
31. PENYAKIT PARKINSON
Diagnosis muktamad Penyakit Parkinson oleh pakar perunding neurologi dan yang menyebabkan keadaan:
a) Tidak boleh dikawal dengan ubat
b) Menunjukkan tanda-tanda gangguan yang semakin teruk
c) Kehilangan upaya kekal Yang Diinsuranskan untuk melakukan tanpa bantuan tiga (3) atau lebih daripada Aktiviti Kehidupan Harian.

Hanya Penyakit Parkinson Idiopati dilindungi. Penyakit Parkinson disebabkan dadah atau toksik dikecualikan.
32. POLIOMIELITIS
Diagnosis muktamad oleh pakar perunding neurologi mengenai jangkitan virus Polio yang mengakibatkan penyakit kelumpuhan yang ditandakan oleh gangguan fungsi motor atau kelemahan pernafasan. Kes-kes yang tidak melibatkan kelumpuhan tidak layak menerima faedah ini. Punca-punca kelumpuhan lain (seperti sindrom Guillain-Barre) dikecualikan secara khusus.

33. HIPERTENSI ARTERI PULMONARI UTAMA

Bermakna hipertensi pulmonari utama dengan pembengkakan teruk ventrikal kanan yang dipastikan menerusi pemeriksaan termasuk pengkateteran kardiak, mengakibatkan kerosakan fizikal kekal yang tidak boleh dipulihkan hingga sekurang-sekurangnya ke tahap Kelas III dalam klasifiksi kerosakan kardiak Persatuan Jantung New York, dan menyebabkan Orang Yang Dilindungi tidak berupaya menjalankan pekerjaan biasanya.
34. STROK

Ditakrifkan sebagai kemalangan atau kejadian serebrovaskular yang menghasilkan sekuela neurologikal secara kekal, selama tidak kurang daripada enam bulan. Ia termasuk infarksi tisu otak, pendarahan dan embolisasi dari sumber di luar kranium. Diagnosis mestilah berasaskan perubahan-perubahan yang dilihat dalam imbasan CT Scan atau MRI dan disahkan oleh seorang pakar neurologi.
Dikecualikan secara khusus ialah gejala-gejala serebral disebabkan serangan iskemia singkat, sebarang kemerosotan neurologikal hasil iskemia yang boleh dipulihkan, iskemia vertebrobasilar, gejala-gejala serebral disebabkan migrain, kecederaan serebral akibat daripada trauma atau hipoksia dan penyakit vaskular yang menjejaskan mata atau saraf optik atau fungsi-fungsi vestibul.
35. PEMBEDAHAN AORTA

Menjalani pembedahan menerusi torakostomi atau laprotomi untuk membaiki atau membetulkan aneurisme aorta, penyempitan aorta atau penyumbatan aorta. Untuk tujuan definisi ini, aorta hendaklah bermakna aorta di bahagian toraks dan abdomen tetapi bukan cabang-cabangnya.
36. PENYAKIT TERMINAL

Orang Yang Dilindungi mesti mengalami satu keadaan, yang pada pendapat perunding perubatan berkaitan, kemungkinan besar akan membawa maut dalam tempoh 12 bulan. Orang Yang Dilindungi mestilah tidak lagi menerima rawatan aktif selain daripada ubat untuk melegakan kesakitan.
37. SINDROM APALIK / KEADAAN TIDAK BERFUNGSI

Nekrosis kortex otak menyeluruh yang tidak menjejaskan pangkal otak. Diagnosis mesti disahkan oleh seorang pakar neurologi dan keadaan pesakit mesti didokumentasikan selama sekurang-kurangnya satu (1) bulan.
38. PENYAKIT CREUTZFELDT-JACOB DISEASE (MAD COW DISEASE)
Sejenis penyakit neurologi yang menyebabkan kelainan pada sel otak yang dikenali sebagai enkefalasi spongiform. Perubahan sel otak ini akan menyebabkan gejala –gejala seperti berikut;
a) kekejangan otot atau menggigil yang tak terkawal
b) dementia ( kehilangan kemampuan intelektual ) yang berterusan
c) gangguan fungsi otak pada bahagian cerebellum
d) athetosis ( pergerakan luar kawalan bahagian badan seperti tangan, jari, kepala dan lidah)

Diagnosis penyakit ini mesti disahkan oleh Doktor Pakar Neurologi dan dibuat berdasarkan keputusan ujian seperti EEG, CT Scan, MRI dan pemeriksaan CSF( cecair dari tulang belakang )
39. MYASTHENIA GRAVIS
Sejenis penyakit autoimun (gangguan pada sistem imuniti badan) yang menyebabkan kelemahan otot-otot utama badan. Penyakit ini mesti disahkan oleh seorang Pakar Neurologi beradasarkan keputusan ujian EMG dan Tensilon Test. Keadaan penyakit ini mesti disahkan oleh Doktor Pakar Perubatan sebagai penyakit yang menyeluruh walaupun telah menerima rawatan perubatan atau pembedahan yang optima. Pesakit seharusnya mempunyai kehilangan fungsi yang kekal sehingga menyebabkan ketidakupayaan menjalankan sekurang – kurangnya 3 daripada aktiviti harian seperti yang tersenarai (dengan atau tanpa bantuan), bagi tempuh masa 6 bulan yang berterusan.
Myasthenia Gravis pada bahagian mata sahaja atau yang disebabkan oleh penyakit tiroid adalah tidak layak untuk tuntutan.
40. LAIN-LAIN PENYAKIT KORONERI ARTERI YANG SERIUS
Penyempitan Lumen pada sekurang-kurangnya tiga (3) arteri utama ( tidak termasuk daripada cabang meraka) ke tahap minimum 60 peratus atau lebih dibuktikan oleh arteriographi koronari ( tidak termasuk prosedur diagnostik tidak-invasif). Koroneri Arteri disini merujuk kepada Arteri Sirkumfleks, Arteri Koranari Kanan (RCA), Arteri Menurun Anterior Kiri (LAD) dan Stem Utama sebelah kiri (penyempitan 60% atau lebih kepada Stem Utama sebelah kiri akan dianggap sebagai penyempitan dua (2) arteri utama. Faedah ini boleh dibayar tanpa mengira sama ada sebarang bentuk pembedahan koronari arteri utama telah dilakukan.
41. SKLERODERMA PROGRESIF
Sejenis penyakit kolagen sistemik yang menyebabkan fibrosis pada kulit salur darah dan organ dalaman. Diagnosis penyakit ini mesti disahkan sebagai menyeluruh melibatkan jantung, paru-paru atau buah pinggang dengan bukti ujian darah dan biopsi.
Keadaan berikut adalah terkecuali dari tuntutan:
? Scleroderma Setempat
? Fasitis Eosinofilik ( sejenis penyakit fibrosis setempat)
? Sindrom CREST ( sejenis penyakit scleroderma yang tidak menyeluruh)

42. KECEDERAAN SARAF BRACIAL PLEXUS YANG MENYEBABKAN
Kerosakkan pada kesemua bahagian saraf Brachial Plexus akibat kecederaan yang menyebabkan kelumpuhan menyeluruh , kehilangan refleks dan hehilangan deria rasa di bahu lengan. Diagnosis mesti disahkan oleh Pakar Neurologi berdasarkan ujian EMG / Nerve Conduction Studies ( dijalankan tidak awal dari sebulan dari tarikh kecederaaan). Kecederaan yang sengaja dilakukan pada diri sendiri atau kecederaan semasa kelahiran adalah terkecuali dari tuntutan.
43. PENYAKIT SISTIK MEDULARI
Sejenis gangguan buah pinggang keturunan yang progresif dimana terdapat kehadiran rongga berisi cecair (sista) di dalam medulla, tubular atrophy dan interstitial fibrosis dengan manifestasi klinikal anemia, poliuria dan kehilangan buah pinggang natrium yang terus berkembang mengakibatkan kegagalan ginjal kronik.Diagnosis haruslah disokong dengan biopsi ginjal.
44. TRAUMA KEPALA UTAMA
Kecederaan fizikal di kepala yang menyebabkan kepincangan fungsi yang ketara secara kekal selama tempoh minimum tiga (3) bulan dari tarikh trauma atau kecederaan. Hasil kepincangan berfungsi kekal ini hendaklah disahkan oleh pakar neurologi dan mestilah mengakibatkan Hilang Upaya Kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan sebagaimana ditakrifkan.
45. HILANG KEUPAYAAN UNTUK BERDIKARI
Pengesahan oleh Doktor Perunding tentang Kehilangan Upaya Berdikari yang berterusan untuk tempoh sekurang-kurangnya enam (6) bulan dan mesti mengakibatkan Hilang Upaya Kekal untul melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian kehidupan sebagaimana ditakrifkan.
46. SYSTEMIC LUPUS ERYTHEMATOSUS DENGAN LUPUS NEPHRITIS
Merujuk kepada ketidakseimbangan imuniti pelbagai system, sejenis gangguan autoimun dikategorikan dengan perkembangan antibodi semulajadi, yang ditujukan berlawanan kepada beberapa antigen sendiri.
Di dalam konteks Sijil Takaful ini, SLE adalah merujuk kepada systemic lupus Erythematosus, yang melibatkan buah pinggang (Jenis 111 kepada Jenis V Lupus Nephritis, yang dipastikan melalui biopsy buah pinggang). Jenis-jenis lain discoid lupus dan hanya melibatkan haematology dan sendi dikecualikan.
Klasifikasi Lupus WHO
Kelas 1 – Perubahan Minima glomerulonephritis
Kelas 11 – Mesangial glomerulonephritis
Kelas 111 – Segmental Focal glomerulonephritis
Kelas IV – Diffuse glomerulonephritis
Kelas V – Diffuse glomerulonephritis

http://rancangwang.wordpress.com/2011/11/02/senarai-46-penyakit-kritikal-yang-dilindungi/
credit to : http://rancangwang.wordpress.com/2012/05/29/rahsia-buku-kuning-bukan-bersih-3-0/

Rahsia Buku Kuning….bukan BERSIH 3.0!!!

Lihat Buku Kuning di bawah..buku BERSIH 3.0 ker ? Bukan….baca lagi… Dengan Buku Kuning di bawah ni, terdedah rahsia ( suspen ni ) :
1- Bagaimana seorang isteri boleh menerima nafkah hidup RM 2000 sebulan selama 20 tahun jika ditakdirkan suami beliau meninggal dunia disebabkan apa jua punca!
2- Bagaimana seorang suami yang ditakdirkan lumpuh, masih mampu mendatangkan gaji bulanan RM 2000 selama 20 tahun walaupun MAJIKAN beliau dah memberhentikan beliau kerja!
3- Bagaimana seorang anak yang ditakdirkan bapanya meninggal, masih boleh menerima pelaburan pendidikan RM 150 sebulan sehingga si anak berumur 18 tahun dan terus keluarkan dana tersebut utk tampung yuran pengajian Universiti!
4- Bagaimana sebuah keluarga, tidak perlu membayar BIL HOSPITAL mereka jika ditakdirkan masuk hospital untuk apa jua penyakit ( kecuali konginetal & sedia ada ) dan masih mampu menerima RM 50 – RM 200 sehari selama ditahan di Hospital. Bukan Hospital Kerajaan, tapi di lebih 110 Hospital Private di Seluruh Malaysia!
5- Bagaimana seorang hamba Allah yang bergaji RM 2500 sebulan, masih mampu MEWAKAFKAN RM 50 000 kepada sebuah sekolah Pondok di tempat beliau ( Pelaburan Akhirat ) jika ditakdirkan beliau meninggal dunia!
6- Rahsia bagaimana seorang ibu yg bergaji RM 3000 sebulan membayar bil hospital anak berjumlah RM 20 000 dengan hanya menggunakan RM 340 dari kredit card beliau!!!
Banyak lagi rahsia yang belum dideahkan di dalam Buku Kuning di atas.
Jika anda BERMINAT untuk mendapatkan Buku Kuning & keistimewaan2 yang sy listkan di atas, sila isi ONLINE FORM DI BAWAH

http://rancangwang.wordpress.com/2012/05/29/rahsia-buku-kuning-bukan-bersih-3-0/

SPR jangan jadi alat Umno

Nasrudin Hassan,13 Dis 2012
1. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tegas untuk tidak membiarkan mana-mana pegawainya menjadi ahli parti-parti politik. Justeru pegawai SPR yang menganggotai mana - mana parti politik akan mendedahkan ketidaktelusan pengendalian pilihanraya oleh SPR dan turut menjejaskan kualiti pengurusan tertinggi SPR lalu mendorong SPR tunduk kepada pengaruh politik kepartian yang boleh menghakis kredibiliti sistem demokrasi negara.
2. Insiden bias di dalam pilihanraya presiden AS tahun 2000 (Bush lwn Gore) dan pemilihan gabenor Washington DC tahun 2004 telah mendorong kepada penubuhan Suruhanjaya Carter-Baker 2005 yang dengan jelas menolak elemen kepartian di dalam pentadbiran pilihanraya.

3. Di Thailand pula, suruhanjaya pilihanraya yang dipengaruhi parti-parti politik yang bertanding antara lainnya telah mencetus krisis perlembagaan, mengheret raja dan tentera dalam kancah politik lalu mewujudkan ketidaktentuan berpanjangan di dalam pemerintahan.

4. Pengerusi SPR mesti peka dengan pendedahan seperti ini dan berasa bimbang akan kesannya terhadap kredibiliti SPR apatah lagi mengambil kira pengajaran dari banyak kajian kes sedia ada, sejarah dan iklim politik semasa khususnya di Sabah yang sensitif kepada perubahan kerajaan.

5. Keterlibatan ahli kanan UMNO dalam hirarki pentadbiran SPR seperti kes ini kelak membuka ruang pertikaian terhadap pilihanraya yang boleh mengheret badan itu ke dalam proses mahkamah yang merugikan dan retorik yang berpotensi mengganggu sentosa awam. Hakikatnya perkara seperti ini boleh mencabar kesahihan kerajaan yang ditegakkan melalui proses pilihanraya tersebut!

6. Alasan bahawa pegawainya itu mempunyai hak demokrasi, seperti kenyataan Pengerusi SPR sebelum ini sebenarnya telah gagal menunjukkan pertimbangan yang lebih wajar untuk memelihara hak demokrasi komuniti madani yang merasa terancam dengan keterlibatan langsung parti politik pemerintah dalam tatakelola pilihanraya.

7. Artikel 114 (2) Perlembagaan Malaysia secara jelas menggariskan bahawa Pengerusi SPR tidak boleh menyertai mana-mana organisasi bagi menjamin integriti bebas suruhanjaya tersebut.

8. Jadi amat mendukacitakan apabila Pengerusi SPR enggan menunjukkan kepimpinan moral dan kebertanggungjawaban seperti yang dituntut Perlembagaan ke atasnya dengan menetapkan piawaian yang sama ke atas pegawai-pegawai SPR di bawah seliaan beliau bagi memelihara keutuhan integriti badan yang beliau pimpin.

9. Malah tidak keterlaluan jika rakyat melihat kontroversi terbaru SPR ini sebagai persepsi rentetan usaha parti pemerintah UMNO-BN yang ingin mencorak orde politik baru negara dari "demokrasi hukum" kepada "demokrasi terpimpin" melalui percaturan individu-individu tertentu ke jawatan strategik institusi-institusi penting.

10. Rakyat pastinya tidak lupa dengan perlantikan Tun Zaki Azmi yang pernah menjadi penasihat undang-undang UMNO sebagai ketua hakim negara suatu ketika dahulu. Campurtangan orang politik dalam pengurusan PDRM seperti yang kerap didedahkan oleh bekas KPN sejak kebelakangan ini juga turut menguatkan persepsi ini.

11. Maka masyarakat boleh menilai sama ada apa yang berlaku ini merupakan contoh amalan demokrasi terbaik di dunia seperti yang selalu dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri atau sekadar omongan transformasi kosong yang dirangka semata-mata untuk mengabui mata rakyat demi kekal berkuasa.

Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda PAS Malaysia


Mencorak Masa Depan

Salam dari :
Aku Pejuang Islam ~API~

http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-pemuda-pas/15231-spr-jangan-jadi-alat-umno


PR mampu peroleh 125 kerusi Parlimen?
WARTAWAN SINAR HARIAN
13 Disember 2012
Menjelang PRU 13

Menjelang PRU 13
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR), perikatan Pas, PKR dan DAP ada kemungkinan boleh memperoleh 125 kerusi Parlimen - majoriti tipis untuk membentuk kerajaan pusat, dengan tiada parti komponen yang akan mempunyai "kuasa hegemoni", demikan menurut pemimpin tertinggi DAP.

Ia antara senario yang diketengahkan ketika banyak analisis dan laporan mula memberi tumpuan berkenaan soal bilangan kerusi bakal diperoleh oleh parti-parti yang akan bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), akan berlangsung sebelum akhir Jun depan.

Tumpuan adalah ke atas perikatan Barisan Nasional (BN) dan PR.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, dalam senario PR menang 125 kerusi, PKR boleh memperoleh sehingga 45 kerusi manakala DAP dan Pas masing-masing 40 kerusi.

Ia antara beberapa senario digambarkan oleh pemimpin veteran ini dalam tulisannya di blog beliau menjelang konvensyen tahunan DAP hujung minggu ini.

"Dalam analisis akhir, keputusan kemungkinan sama ada mengembalikan majoriti dua pertiga di Parlimen kepada Umno/BN, memberikan satu majoriti sekurang-kurangnya 74 kerusi di Dewan Rakyat atau PR menang sehingga 125 kerusi, dengan majoriti 28 kerusi mengatasi Umno/BN di Parlimen," kata Ahli Parlimen veteran ini.

Menjelas lanjut, Kit Siang berkata, dalam senario PR memperoleh 125 kerusi, dengan pengagihan 45:40:40, "ia satu perikatan dengan tiada parti yang mengamalkan hegemoni politik seperti yang terdapat dalam perikatan Barisan Nasional."

Sebelum ini, Sinar Harian Online ada membawa laporan bahawa BN boleh memperoleh sekurang-kurangnya 120 kerusi jika PRU13 diadakan sekarang. Malah ada penganalisis mengatakan bahawa kerusi BN di Parlimen kemungkinan menurun kepada 100.

Selain itu ada yang mengadakan BN tidak akan mengekalkan 140 kerusi yang dikuasai empat tahun lalu.

Pada PRU 2008, BN memperoleh 140 kerusi manakala parti-parti pembangkang 82.

Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN, ketika menutup Perhimpunan Agung Umno 1 Disember lalu berkata, BN boleh memperoleh majoriti dua pertiga jika tiada unsur sabotaj dalam Umno.

Beliau yang juga Presiden Umno akan mengetuai pilihan raya umum pertama sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada Mac 2009.
Kit Siang berkata, sama ada PRU13 akan mencipta sejarah dengan perubahan kerajaan di Putrajata bergantung pada kemampuan PR untuk memikat 13 juta pengundi khususnya empat juta pengundi "pertengahan" atau yang dilabel sebagai pengundi atas pagar.

Daripada jumlah empat juta itu, tiga juta merupakan pengundi baru.

Dalam tulisannya, Kit Siang juga berharap Kongres Kebangsaan DAP ke-16 akan dijadikan medan mesej yang jelas dan terang kepada rakyat Malaysia bahawa pemimpin-pemimpin DAP, perwakilan dan ahli-ahlinya membawa wawasan dan komitmen untuk mencapai objektif kempen "Seratus Hari Menjelang Ke Putrajaya".

Bagaimanapun katanya, dalam politik pembohongan, kebencian dan ketakutan, pemimpin-pemimpin Umno dan MCA telah cuba untuk menyemai kebencian dan kebimbangan dengan menyebarkan mesej-mesej tidak bertanggungjawab dan bercanggah kepada kaum Melayu dan Cina bahawa jika PR menang, masing-masing komuniti akan ditekan oleh DAP dan Pas.

"Satu pembohongan jika mengatakan pemimpin-pemimpin DAP takut dengan pemimpin-pemimpin Pas, begitu juga pemimpin Pas takut kepadapemimpin-pemimpin DAP.

"Juga satu pembohongan (apabila mengatakan) orang Melayu atau Cina akan ditekan dalam kerajaan PR (kelak)," katanya sambil menambah, PKR, Pas dan DAP komited untuk mewakili kepentingan setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau wilayah.

"Hubungan kami dalam PR, bersama PKR, adalah seimbang dengan menghormati satu sama lain," katanya sambil menegaskan, ia berbeza berbanding amalan "satu hala" dalam BN.
http://www.sinarharian.com.my/politik/pr-mampu-peroleh-125-kerusi-parlimen-1.112048

Mahathir: Ubah karakter orang Melayu tugas amat sukar

12 Disember 2012
Mahathir Mohamad

Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana Malaysia (PGPF) kelihatan begitu beremosi ketika berucap - Foto Bernama
PUTRAJAYA - Orang Melayu di negara ini perlu menyesuaikan diri dengan perubahan dan memberi penekanan terhadap sistem nilai kerja keras,
jujur dan disiplin sebagai kunci untuk berjaya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri mengaku selama menjadi perdana menteri bagi tempoh 22 tahun, beliau telah gagal untuk menukar cara berfikir orang Melayu.
"Mengubah karakter orang Melayu adalah tugas yang amat sukar. Bagaimanapun, saya tidak gagal 100 peratus. Saya tetap berjaya mengubah cara berfikir, banyak juga orang Melayu kini sudah berjaya.
"Saya percaya kejayaan atau kegagalan seseorang itu, masyarakat dan negara adalah bersandarkan kepada sistem nilai. Jika sistem nilai sesebuah masyarakat itu mengutamakan kerja keras, jujur dan disiplin, dengan itu, ini adalah tiga perkara yang akan menjadikan anda berjaya.
"Sebab itu kenapa, saya cuba menjelaskan kenapa anda perlu berubah, dan ini tidak akan menjadikan anda kurang ciri keMelayuan, hanya kerana anda bekerja keras, bersikap jujur dan berdisiplin," katanya pada Siri Syarahan Perdana ke-15  bertajuk 'Masa Depan Tindakan Afirmatif' di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Sementara itu, Dr Mahathir berkata tindakan afirmatif perlu diteruskan untuk meningkatkan kapasiti ekonomi dan merapatkan jurang sosial di negara ini.
Bagaimanapun, katanya tindakan afirmatif perlu ditarik balik secara perlahan-lahan untuk membolehkan orang Melayu menjadi lebih berdaya saing dalam berkongsi 'kepingan lebih besar pai ekonomi'.
"Tindakan afirmatif bukannya keistimewaan kekal atau simbol status tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.
"Tindakan afirmatif patut dianggap sebagai tongkat sementara untuk membolehkan anda bergerak ke depan dan akhirnya kami perlu buang tongkat itu
apabila kami yakin yang orang Melayu boleh bersaing dalam pasaran tanpa sebarang tongkat," katanya.

Bagi mengkayakan lagi orang Melayu, bagi tempoh itu, Dr Mahathir berkata, elemen tertentu tindakan afirmatif perlu dikekalkan, termasuk biasiswa,
kelulusan lesen permit dan kontrak kepada mereka yang berwibawa.

Beliau menyangkal dakwaan pembangkang  bahawa tindakan afirmatif telah disalahgunakan untuk mengkayakan kroni-kroni kerajaan.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Amanah Tan Sri Azman Hashim melancarkan buku bertajuk 'Perdana Discourse Series Keynote Speeches by Tun Dr Mahathir Mohamad', pada majlis itu.
Berharga RM30 senaskhah, buku itu memuatkan 10 ucaptama Dr Mahathir sepanjang Siri itu, dan soalan dan jawapan terpilih daripada syarahan terdahulu.
Siri Syarahan Perdana bermula pada Ogos 2004, apabila Dr Mahathir membincangkan topik pertama mengenai 'Perpaduan Negara'. Syarahan lain dalam
siri itu menyentuh topik seperti Kedaulatan Negara, Media dan Pembangunan Negara dan Kestabilan Politik. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/nasional/mahathir-ubah-karakter-orang-melayu-tugas-amat-sukar-1.112006

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...