Duit bukan segalanya, lagi tak berguna kalau di salah guna. Perumpamaannya, katil yang indah dapat dibeli dengan duit yang banyak tapi belum tentu boleh membeli tidoq yang nyenyak...

Thursday, December 6, 2012
http://jeminghassan.blogspot.com, | 06 Dis 2012 |
Sebelum ke Masjid Al-Azhar aku singgah di Medan Tahrir untuk melihat sendiri para anti Morsi berkumpul. Aku ingin lihat dan ingin menyelidik apakah benar para anti Morsi ini adalah para penyokong Morsi ketika Revolusi. Apakah benar para pemuda berkumpul ini berkumpul kerana marah dengan tindakan Morsi atau mereka ini hanyalah pendemostran upahan.
Aku berlapang dada dan cuba untuk mencari kebenaran. Aku tidak taksub pada Morsi dan aku hanya mahukan kebenaran. Setibanya aku disana aku lihat beberapa pemuda memegang kayu dan dipercayai ahli keselamatan para pendemostran yang berkhemah disitu.
Dari jauh aku cuba mengira bilangan mereka yang masih menduduki dataran Tahrir itu. Jika sebelum ini para anti Morsi pernah berkumpul sehingga mencecah 100 000 pendemo. Namun para kini para anti Morsi di dataran Tahrir sudah berkurangan. Aku anggar 5000 masih belum cukup. Cuma mereka terlalu ganas. Ada yang membakar tayar sehingga berkepul-kepul asap hitam keluar dan ada mat rempit dengan aksi motornya di sekitar medan Tahrir tanpa menghiraukan keselamatan orang lain.
![]() |
Kini bilangan anti Morsi tidak sampai pun 5000 orang. Bulan Februari ini merupakan musim sejuk di Mesir, kita tengok adakah mereka akan terus berkhemah di sini atau tidak |
Aku cuba amati khemah-khemah yang mereka dirikan. Kebanyakkan khemah-khemah mereka terlalu baru dan ketika revolusi Mesir sebelum ini khemah-khemah yang didirikan terlalu buruk. Kebanyakkan khemah-khemah terdahulu dibawa para penyokong Morsi sendiri satu ketika dahulu. Aku beranggapan khemah-khemah ini diberi dan siapakah yang memberi khemah-khemah ini?
![]() |
Kiri dan kanan adalah khemah yang kelihatan baru dan berbeza dengan khemah-khemah aktivis Revolusi sebelum ini. Adakah Zionis yang menaja khemah-khemah dan makanan para pendemostran ini? |
Aku bersolat asar di masjid berhampiran dengan medan Tahrir. Para anti Morsi tidak turut serta dan masih membuat bising ketika kami sedang bersembahnyang. Mereka tidak menghormati azan bahkan ketika kami solat mereka memasang lagu dengan kuat sehingga menganggu kami bersembahyang. Di dalam masjid pula berpuluh orang sedang tidur dan ketika kami bersolat mereka terus tidur dan aku yakin mereka ini juga kumpulan anti Morsi.
![]() |
Adakah ini peninggalan Ultras ketika Revolusi. Betulkah Ultras diantara pelopor Revolusi Mesir? |
Berbeza dengan kumpulan penyokong Morsi di era Revolusi. Umat islam solat berjemaah dan orang kristian para penyokong Morsi pula berjaga ketika umat islam sembahyang. Bagi aku, mereka yang berkumpul ini bukan penyokong Morsi ketika Revolusi dan aku berpendapat mereka ini adalah pro Mubarak. Dan mereka bukan membenci tindakan Morsi yang melaksanakan kekebalan kuasa tetapi mereka semua tidak mahu Morsi menjadi Presiden dan mahu Ikhawan menjadi seperti di era Mubarak. Oleh yang demikian, kerana sudah ada konspirasi jahat pro Mubarak. Morsi terpaksa melaksanakan polisi tersebut untuk seketika bagi menyelamatkan keadaan dan bukan melaksanakan polisi itu kerana tamatkan kuasa atau dendam.
![]() |
Akhbar muka hadapan kelmarin. Bayangkan jika ini akhbar Utusan dan gambar Anwar begini ketika beliau sudah pun menjadi Perdana Menteri. |
Seperti mana kita tahu, Morsi sudah pun menjadi Presiden namun media massa Mesir masih menganggap Morsi pembangkang dan tajuk-tajuk akhbar masih menghina beliau. Namun Morsi tidak melayan kerenah-kerenah bodoh itu terus dengan agenda beliau iaitu menyelamatkan Mesir daripada kembali ke zaman rejim.
Jika Morsi adalah diktotor, sudah tentu akhbar yang menyiarkan berita-berita yang menghina Morsi itu dikenakan tindakan. Dan jika Morsi itu tidak demokrasi, sudah tentu para pendemo itu dihalau dan ditangkap. Lihat sahaja tindakan Morsi, walaupun beliau mempunyai penyokong sehingga mencecah 6 juta yang pernah berhimpun tanda menyokong beliau, namun beliau tetap tidak mahu bertembung dengan pendemostran yang anti beliau. Buka kerana takut, tetapi menjaga keamanan Mesir.
![]() |
Dibelakang aku itu adalah pejabat Kerajaan. Jika di Kelantan namanya adalah wisma persekutuan dan di hadapan bangunan inilah pendemostran berkumpul. |
Oleh yang demikian, maka aku berharap kita semua tidak mudah menerima maklumat dan mempercayai berita-berita di internet, Sedangkan media Mesir sendiri masih mengeluarkan berita palsu apatah lagi media daripada CNN atau TV3. Ayuhlah kita semua berdoa moga-moga konspirasi Zionis dan Amerika tidak akan berjaya. Semoga Mesir akan berjaya seperti mana Turki. Wallahualam
CREDIT TO :- http://jeminghassan.blogspot.com,
http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/15080-pengalaman-solat-asar-dekat-medan-tahrir
PESAN ROH KEPADA MANUSIA
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jiin dan manusia. Apabila mayat
dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.
Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah saw bersabda:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah saw lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. " Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:
"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Sila panjangkan (share) kisah ini kepada semua saudara islam kita.
Selangor tutup AES 2.30 petang esok
WARTAWAN SINAR HARIAN
6 Disember 2012

Sistem AES
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor akan menutup kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang didakwa telah dipasang secara haram di negeri itu, pada jam 2.30 petang esok.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkata, notis 14 hari yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Sepang sebelum ini yang telah tamat tempohnya tidak akan dilanjutkan lagi.
Ini bagi memberi peluang kepada kontraktor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengemukakan permohonan kebenaran merancang kepada pihak berkuasa tempatan terbabit sebelum tindakan selanjutnya diambil.
Idea untuk menutup kamera AES ini ditimbulkan oleh Menteri Besar sendiri, di mana beliau berlembut hati untuk memberi peluang kepada mereka, sebab itu kita tidak mahu bertindak untuk menanggalkannya walaupun notis itu sudah tamat," katanya di lobi Universiti Selangor hari ini.
AKAN MENYUSUL
SILA BACA JUGA KOMEN2 DARI SEBAHAGIAN RAKYAT MARHAIEN :-
(MAHU LEBIH?...JENGUK2 KAN DIRI DI PORTAL SINARHARIAN YA....)
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/selangor-tutup-aes-2-30-petang-esok-1.110301
Tuesday, December 4, 2012
Insiden Gombak: Orang BN, PKR cedera
WARTAWAN SINAR HARIAN
5 Disember 2012

Seorang lagi mangsa yang cedera, foto diperoleh dari akaun Twitter Khairy Jamaluddin.

Salah seorang ahli PKR yang dilaporkan mengalami kecederaan. - Foto ihsan Keadilan Daily
SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa ceramah Merdeka Rakyat yang dihadiri Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan Gombak, Selangor malam tadi diganggu lagi, berakhir dengan pergaduhan membabitkan penyokong PKR dan Umno.
Dalam insiden itu, anggota PKR dan Umno dilaporkan mengalami kecederaan termasuk ada yang ditikam.
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kali ini selain serangan batu, tong sampah dan peralatan lain, "kita dikejutkan oleh tikaman pisau yang disyaki dilakukan oleh salah seorang anggota Pemuda Umno."
Serangan itu dilaporkan berlaku di pekarangan Masjid Zakariah, Batu 8, Gombak Utara.
Pemuda Umno dijadual mengadakan sidang media di Kuala Lumpur tengah hari ini berhubung insiden tersebut, yang menarik perhatian ketika Pilihan Raya Umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan.
"AMK tegaskan bahawa ini merupakan tindakan bacul dan ala pengganas. Dalam tweet Ketua AMK malam tadi, Khairy selaku Ketua Pemuda Umno telah didesak untuk menjelaskan insiden berdarah ini," kata beliau.
Kata beliau, jika ini benar pihaknya menggesa pihak Polis Diraja Malaysia agar segera mengambil tindakan tegas menahan pihak terbabit.
Khairy menerusi Twitter pagi ini berkata, "insiden Gombak semalam: Siasat semua pihak. Politik keganasan mesti ditolak. Tapi siapa mula provokasi? Orang BN cedera."
Sementara itu, Ketua AMK Gombak, Jafrien Muhammad mendakwa seramai empat orang cedera dalam insiden malam tadi, termasuk seorang daripada mereka ditikam dengan objek tajam di bahagian lengan kiri manakala tiga lagi cedera di bahagian kepala dan anggota badan lain akibat lontaran batu, pasu bunga dan tong sampah.
Katanya, seramai 20 pegawai polis yang berada di tempat kejadian mengawal keadaan.
“Ketika kejadian, saya dapati ada tiga trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) termasuk ‘water canon’ berada di tempat ceramah diadakan,” katanya kepada Sinar Harian Online yang dihubungi hari ini.
AKAN MENYUSUL
* Jika pembaca ada maklumat dan foto, boleh berkongsi dengan kami
VIDEO YANG MEMAPARKAN PERANGAI 'LEMBU GILE' BUDAK2 UPAHAN UMNO....KESIAN...
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/insiden-gombak-orang-bn-pkr-cedera-1.109936
Musa Hassan: 'Saya cuma nak betulkan keadaan'
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
5 Disember 2012

$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Pandangan yang dikeluarkan berkaitan campur tangan menteri dalam soal Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya untuk menasihati dan mengingatkan bahawa sekiranya ia tidak dibendung akan membawa "rosak", demikian reaksi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini.
Sehubungan itu kata Musa, beliau tidak mahu niatnya disalahertikan oleh mana-mana pihak.
Bercakap kepada Sinar Harian Online, Musa berkata, campur tangan dalam urusan operasi polis oleh pihak atasan misalnya akan menyebabkan reputasi PDRM terjejas.
"Perkara ini saya nak dibetulkan, bukan saya sakit hati kepada sesiapa, nanti orang kata saya ini sebab sakit hati tidak sambung (kontrak), saya iri hati dengan orang...
"... saya sudah seronok pencen. Tapi saya tengok benda ini kalau tidak dibetulkan negara kita akan rosak.
"Saya bercakap ini bukan sebab saya nak hentam orang..., tidak... tetapi untuk betulkan keadaan. Keadaan sekarang makin teruk, makin teruk dan saya tidak mahu orang tidak percaya kepada polis," tegas beliau.
Musa diminta mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam yang menyelar pihak yang mempertikai dan mengkritik tugas yang dilaksanakan sambil memberi contoh seperti dakwaan yang dikenakan ke atas Menteri Dalam Negeri.
Menurut Musa, memang tidak menjadi kesalahan untuk Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan polis seperti dalam hal-hal kenaikan pangkat atau disiplin anggota polis, tetapi tidaklah sampai ke tahap campur tangan dalam hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa Ketua Polis Negara.
"Macam Bersih, itu IGP sahaja lah bagi arahan. Tak perlu nak bagi arahan. Kalau salah tindakan IGP, biar IGP sahaja yang kena tindakan. Janganlah atas arahan turun lagi. Orang di bawah pun pening kepala nak buat kerja.
"Campur tangan dari segi pentadbiran itu memang tanggungjawab dia, tetapi jangan lah campur tangan dalam hal-hal buat kerja polis. Campur tangan dalam operasi polislah, macam-macamlah. Operasi tak boleh (campur tangan), pentadbiran tidak apa sebab dia (Menteri Dalam Negeri) Pengerusi Suruhanjaya Polis," jelas beliau.
Ekoran kelantangannya mengkritik institusi polis negara selepas bersara, timbul spekulasi bahawa bekas Ketua Polis Negara itu berminat menceburi bidang politik.
Namun Musa menegaskan, beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik, meskipun ada menerima tawaran, tetapi akan terus lantang untuk menyumbang memperbaiki sistem pentadbiran negara.
Ditanya mengapa baru sekarang beliau mahu menyuarakan perkara ini dan sama ada baru sekarang berlakunya campur tangan dalam pentadbiran polis di negara ini, Musa berkata:
"Dulu tak kerap berlaku begini. Dulu tak ada saya rasa. Masa Menteri Dalam Negeri yang lama-lama kita tak pernah (dengar) jadi begini. Tapi yang baru-baru ni lah."
"Kalau IGP itu tak berani, ia berlakulah (campur tangan), kalau IGP berani, maka tak berlakulah. Saya merasakan kebanyakan IGP tak pernah akan mengikut apa kehendak menteri suruh buat kalau tak betul mengikut undang-undang lah," ujarnya lagi.
TENGOK JUGA KOMEN2 DIBAWAH :-
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/musa-hassan-saya-cuma-nak-betulkan-keadaan-1.109943
Curi telefon, lelaki baru kahwin dijel 3 bulan
WARTAWAN SINAR HARIAN
5 Disember 2012

Muhammad Firdaus Nuqiahbullah mengaku bersalah mencuri sebuah telefon bimbit bernilai RM399, semalam.
KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda yang baru memegang status suami dua minggu lalu, dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas mengaku bersalah mencuri sebuah telefon bimbit bernilai RM399 pada 24 November lalu.
Bukan itu sahaja, tertuduh, Muhammad Firdaus Nuqiahbullah Muhamad, 23, turut berdepan hukuman penjara dua bulan lagi sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan.
Keputusan itu dibuat Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi selepas tertuduh yang berasal dari Kampung Banggol Tuan Muda, di sini, mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
Muhammad Firdaus Nuqiahbullah mengaku mencuri sebuah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy Young bernilai RM399 di Kedai Suria SRS Enterprise, Kampung Pagar Ubi, Tepoh, di sini, kira-kira jam 5.30 petang pada 24 November lalu.
Dengan itu, dia yang bekerja sebagai pemandu itu mengaku melakukan kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming manakala Muhammad Firdaus Nuqiahbullah tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, mangsa berusia 14 tahun yang ketika itu menjaga kedai milik bapanya, didatangi tertuduh yang berpura-pura mahu membeli rokok sebelum mengambil telefon bimbit yang ada di dalam laci.
Sejurus menyedari telefon bimbitnya diambil, mangsa cuba menarik baju tertuduh dan meminta dipulangkan kembali telefon bimbitnya itu namun tidak diendahkan sebelum dia melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Perodua Viva.
Mangsa membuat laporan di Balai Polis Batu Rakit dan tertuduh kemudian ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di tepi jalan Kampung Banggol Air Lilih, di sini, kira-kira jam 2.30 pagi, 27 November lalu.
BACA PULAK KOMEN2 RAKYAT MARHAEIN :-
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/curi-telefon-lelaki-baru-kahwin-dijel-3-bulan-1.109773
Subscribe to:
Posts (Atom)