Monday, September 10, 2012

USTAZ NASHARUDDIN KEKAL , UMNO MENANGIS...


Majlis Syura: ‘Syaitan dikenali' menangis

Harakahdaily,10 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Tindakan dan kebijaksanaan Majlis Syura Ulamak PAS mengurus perangkap yang dipasang oleh musuh, menyebabkan keputusan yang diambil oleh kepimpinan semalam dalam isu yang sengaja digembar-gemburkan mengenai Ustaz Nasharudin Mat Isa  benar-benar mengecewakan musuh.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya hari ini berkata tindakan tersebut menyebabkan ‘syaitan yang dikenali' menangis manakala 'para malaikat yang tidak dikenali' insya Allah akan gembira.

Ekoran itu, Tuan Ibrahim menasihatkan agar semua ahli dan pimpinan tidak terkena perangkap-perangkap yang dipasang oleh musuh dengan gempuran media mereka.

“Mereka gila mengimpikan Pakatan Rakyat berpecah atau dalaman parti bergolak. Bagi sesebuah parti di ambang ajal, tiada yang lebih menyeronokkan baginya melainkan musuh mereka berpecah.

Dengan objektif sedemikian, mereka memasang pelbagai perangkap bagi memerangkap ahli dan pimpinan agar memasuki jerat yang mereka sengaja pasangkan.

"Alhamdulillah, PAS dengan pengalaman lama dalam politik negara berjaya mengenali mana perangkap yang dipasang itu,” kata beliau.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menasihatkan agar semua ahli dan pimpinan jangan menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit dalam menghadapi isu yang sengaja dilontar oleh musuh, kerana musuh kini sangat tidak senang dengan perkembangan dan sokongan rakyat kepada kita kini.

“Mereka memang dilatih untuk kerja jahat ini, dan janganlah keikhlasan kita menyebabkan kita gagal mengenali mana sahabat dan mana musuh,” nasihat beliau.

Selain jangan bersangka buruk pada orang lain, Tuan Ibrahim turut menasihatkan agar semua jangan melakukan perkara yang menimbulkan buruk sangka orang lain terhadap diri sendiri.

“Janganlah kemarahan kamu kepada sahabatmu menyamai kemarahanmu pada musuhmu, kerana kemarahan kepada sahabat kerana kecintaan kamu kepadanya, sedangkan kemarahan kamu kepada musuhmu adalah kerana kemurkaan Allah kepadanya.

"Lantaran itu, menghadapi kesilapan sahabat tentulah tidak  sama kardahnya menghadapi musuh. Perasaan kita turut berubah dan seluruh cita rasa akan berbeza.
"Lantaran itu juga, janganlah kita bergembira di atas dukacita sahabat, dan jangan pula bersedih di atas kegembiraan musuh,” tambah beliau.

Thursday, August 2, 2012


Dua Ratus Enam Puluh Empat

kali ini, kita berbicara mengenai ulama - ulama. Ulama terhebat kurun kini yang telah wafat (sekitar selepas 50 an): 


Bil Nama Negara Kemahiran Tahun Wafat / Lahir:  

1. Syeikh Imam Prof. Muhd Abu Zuhrah, Mesir, Pakar Bidang Fiqh, Usul fiqh dan semua bidang Islam. Fatwa ‘Am Wafat 1974 m 
2. Syeikh Prof. Abd Wahab al-Khallaf, Mesir, Fiqh dan Usul Wafat sekitar 60-70 an 
3. Syeikh Muhammad al-Ghazali, Mesir, Ulama besar Mesir, bidang fiqh, ‘am dan dakwah Wafat 1998 m 
4. Syeikh Mustafa As-Sobri Turki Syeikh Islam bagi Kerajaan Islam Khilafah Uthmaniah dulu Wafat sekitar 60-70 an 
5. Syeikh Muhd Amin as-Shanqiti Asal Mawratania,Mekah Tafsir, Fiqh, Aqidah Wafat thn 1973 m 
6. Syeikh Muhammad Makhluf Al-Maliki Mesir Ulama Besar Mesir, wafat tahun 1936 m 
7. Syeikh Mahmud as-Syaltut (Ulama Besar Mesir dan Syeikh Al-Azhar yang lalu Mesir Fiqh dan Fatwa ‘am, penggerak kepada gerakan Taqrib mazhab sunni –syiah 
8. Syeikh Sayyid Abu Hasan Ali An-Nadawi India Keturunan Nabi. Bidang Fiqh, Dakwah dll Wafat 
9. Imam As-Syahid Hasan Al-Banna Mesir Mujaddid kurun ke 19. Pengasas Jemaah Ikhwan Muslimin, Bidang Fiqh, Dakwah, semua bidang Islam. 1948 M 
10. Syeikh Abul A’la Al-Mawdudi India Hadith, Fiqh , Dakwah, Mualamalat dll 1989 M 
11. Syeikh Hasan Al-Habannakah Syria Aqidah, Fiqh dll wafat 
12. Syeikh Imam Prof Mustafa Az-Zarqa Syria (lahir) & Jordan Fatwa ‘Am, Fiqh, Usul Fiqh, Undang2 Civil & Islam dan lain2. Di anggap sampai tahap Mujtahid. 1998 M 
13. Syeikh Abd Razak As-Sanhuri Mesir Undang2 dan Fiqh 
14. Syeikh Abd Aziz Bin Baz Saudi Fiqh, Aqidah dan umum Islam. Pakar Fatwa ‘Am . Ex Mufti Am Saudi, Ex Majma Fiqh Sedunia Wafat 
15. Syeikh Muhaddith Nasiruddin Al-Albani Jordan Pakar bidang Hadith dan Rijalnya Tokoh Ulama Salafi Moden 2000 M 
16. Syeikh Abd Hayy Al-Katani Mesir Ulama Besar Hadith & Pakar Hadith Mesir , Nizom al-Mal 
17. Syeikh Ahmad Muhd Syakir Mesir Pakar Hadith Mesir, juga bidang Fiqh 
18. Syeikh Prof. Dr Mustafa As-Siba’ie Syria Fiqh dan Undang2 dan Hadith, ex Dekan Kuliah Syariah Univ. Dimasqh. Pendakwah .Pemimpin Ikhwan 
19. Syeikh Ahmad Bin Muhd Bin As-Sadiq Al-Ghumari Maghribi,Mesir Pakar Hadith dan Ulum nya Wafat 1959 m 
20. Syeikh Abd Fatah Abu Ghuddah Syria Pakar Hadith Wafat 1996 m 
21. Syeikh Tohir Muhammad ‘Asyur Tunisia Pakar Tafsir pengarang kitab tafsir Tahrir wa Tanwir lebih 15 jilid , Usul Fiqh, Lughah & tokoh Maqasid Syariah kurun ini Wafat 1973 M 
22. Syeikh Nuruddin Ar-Raniri Acheh Fiqh Kurun ke 17 
23. Syeikh Muhd Arsyad Al-Banjari Acheh, Banjarmasin Fiqh 1808 M 
24. Syeikh Daud Al-Fatani Nusantara Fiqh Kurun ke 19 
25. Syeikh Muhammad Nawawi Al-Bantani Indonesian Pakar Tafsir, Usul Fiqh Kurun ke 18 26. Syeikh Dr. Abd Halim Mahmud Mesir Ex-Syeikh al-Azhar, Fiqh, Tasauf , Falsafah 
27. Syeikh Mawlana Muhd Zakaria Al-Kandahlawi India Pakar Hadith dan Ulumnya Wafat 90 an 


Antara yang teralim dan pakar serta menonjol didunia Akademik dan Dakwah
1. Syeikh Imam Prof. Dr Yusoff Al-Qaradhawi Mesir (lahir)Skrg di Qatar BA – UsuluddinMA (Ulum Quran & Sunnah), Dip. Tinggi (Sastera & Bahasa Arab) & PhD (Fiqh Muqaran Al-Azhar , thn 1973 )*Pakar Fatwa ‘Am.*Paling menonjol Fiqh & Hadith, Dakwah. * Mudir Markaz Sirah dan Sunnah di Univ. Qatar . * Ex- Ahli Majma’ Fiqh Sedunia.* Di anggap sampai ke tahap Mujtahid Lahir 1926 

2. Syeikh Prof. Dr Sa’id Ramdhan Al-Buti Syria PhD (Fiqh dan Usul Fiqh 1965 di Azhar) Fatwa am, Bidang Fiqh, Sirah, Tafsir dan lain2 . Ex- Majma Fiqh. Dekan Kuliah Usuluddin Univ. Dimasqh. Tahap Mujtahid Lahir 1929 
3. Syeikh Prof. Dr Wahbah Mustafa Az-Zuhayli Syria PhD (Syariah Islamiah & Law, Univ Qaherah, thn 1963 ). Ex Majma Fiqh. Dekan Kuliah Syariah Univ Dimasqh. Lahir 1932 4. Prof. Dr Muhammad Az-Zuhayli Syria, UAE Bidang Fiqh & Usul. Dekan Kuliah Syariah UAE 
5. Prof. Dr Muhammad Uthman Syabir Jordan , skrg Qatar Pakar bidang Fiqh Mu’amalat, Fiqh Perubatan .Fiqh dan Usul Fiqh secara am. Pensyarah Univ Qatar skrg. 
6. Syeikh Al-Muhaddith Syuaib Al-Arnauot Syria ,Jordan Pakar Bidang Hadith. Muhaqqiq lebih 70 kitab besar termasuk Musnad Ahmad, Zaad al-Ma’ad dll. 
7. Syeikh Dr Mustafa Al-Khinn Syria Fiqh dan Usul Fiqh (PhD Al-Azhar 1969) 
8. Syeikh Dr Mustafa Al-Bugha Syria Fiqh dan Usul Fiqh (PhD Al-Azhar 1970) 
9. Syeikh Dr Fathi Yakan Lubnan Pendakwah. Pengarang yang hebat 
10. Prof. Dr. Nazih Hammad SyriaSaudiSkrg di Univ Kanada Ex- Pensyarah Umm QuraPakar Bidang Muamalat dan Ekonomi Islam. Ahli Majma Fiqh Dunia 
11. Prof. Dr. Abd Wahab Abu Sulaiman Saudi Univ. Ummul QuraPakar Muamalat. Fiqh dan Usul Fiqh 
12. Syeikh Dr. Bakar Abu Zaid Saudi Pakar Muamalat, dan lain2 bidang Islam. Ex. Pengerusi Majma Fiqh Dunia 
13. Syeikh Prof. Dr. Abd Muhsin At-Turki Saudi Ketua Gabungan Univ2 Islam Sedunia skrg. 14. Syeikh Sodiq Al-Habannakah Syria Adik Syeikh Hasan Habannakah.Pakar bidang Fiqh dan Lughah 
15. Syeikh Prof. Dr Abd Fatah Husayni Mesir Fiqh dan Usul Fiqh 
16. Syeikh Prof. Dr Toha Rayyan Mesir Fiqh Muqaran 
17. Prof. Dr Muhammad al-Baltaji Mesir Phd Al-azhar tahun 60 an. Pensyarah Univ. Al-Qaherah Pakar Fiqh dan Usul Fiqh. 
18. Syeikh Prof. Dr. ‘Atiya Saqr Mesir Pengerusi Majma Buhuth Islamiah. Pakar Fiqh dan Fatwa ‘Am 
19. Syeikh Prof Dr. Muhd Fathi Ad-Durayni Syria, Jordan PhD Al-Azhar 1965 (Fiqh &Usul Fiqh) Dip Tinggi (Sastera, Bahasa Arab, Undang-undang). Pakar Usul Fiqh,Undang2 dan Bahasa Umur 80 an 
20. Syeikh Prof Dr Fadl Hasan ‘Abbas Jordan PhD Tafsir Al-Azhar thn 72. Ulama Buta. Pakar Tafsir di rantau Arab seluruhnya .Univ. Jordan & Al-Yarmouk 
21. Syeikh Dr. Solah Abd Fattah Al-Khalidi Jordan PhD tafsir thn 84, Pakar Tafsir, Sirah dan ‘Ulum Quran 
22. Syeikh Ibrahim al-‘Ali Jordan Pakar Hadith dan Sirah 
23. Syeikh Prof. Dr Muhd ‘Uqlah al-Ibrahim Jordan PhD (Fiqh Muqaran al-Azhar 1978) Fiqh dan Usul. Pakar Bidang Ahwal Syakhsiyyah. Dekan Kuliah Syariah Univ. Irbid dan Pensyarah Univ. Al-Yarmouk 
24. Prof. Dr Rafiq Al-Masri Syria Pakar Ekonomi Islam dan Konvensional 
25. Prof. Dr Kurshid Ahmad Skrg UK Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam 
26. Prof. Dr Umar Chapra Dulu UK Ex Pensyarah di Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam 
27. Prof. Dr Nejatullah As-Siddiqie India, UK Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam 
29. Syeikh Dr Muhd Ali As-Sobuni Saudi (dulu) Ex- Univ Madinah. Ulum Quran 
30. Syeikh Prof. Dr. Abd Karim Zaidan Iraq, Skrg di Yaman Fiqh dan usul, Dakwah, Fatwa ‘Am 
31. Prof. Dr Sodiq Dharir Sudan Univ. Al-Kharthoum SudanAhli Majma’ Fiqh , Pakar Mu’amalat . 
32. Prof. Dr Ali Ahmad Salus MesirQatar (skrg) Ahli Majma Fiqh , Pakar Muamalat 
33. Syeikh Prof Dr Hasan As-Syazili Kuwait Ahli Majma’ Fiqh 
34. Prof Dr Ali Ahmad Salus Qatar Ahli Majma Fiqh , Pakar Muamalat 
35. Prof Dr Haron Din Malaysia Pakar Fiqh (PhD Univ Qaherah) , Pakar Perubatan Islam 
36. Syeikh Prof Dr Abd Malik As-Sa’di Iraq, Jordan Phd Ummul Qura dgn First Class.Pakar Fiqh Muqaran, Fatwa ‘Am. Ex Mufti Iraq. Pensyarah di Univ Mu’tah, Jordan 
37. As-Syeikh al-Akbar Tuan Guru Hj Hashim Malaysia Tuan Guru Pondok Pasir Tumboh. 38. Syeikh Prof. Dr Muhd Naim Yasin Jordan Punyai 2 MA iaitu Fiqh & Undang2, PhD Fiqh (al-Azhar) thn 72 Pensyarah Univ. Jordan. Digelar Ulama teralim Jordan skrg. Bidang Fiqh, Usul, Aqidah, Siyasah Syariyyah. Fiqh Perubatan Kontemporari. 
39. Syeikh Prof. Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar Jordan PhD Al-azhar tahun 80, Univ. Zarqa Ahalliah. Fiqh, Usul Fiqh, Mu’amalat, Aqidah, Tafsir . Fatwa ‘Am.Terkenal di Jordan


Ulama-ulama selangor.  

 
1.Syeikh Muhammad Bin Abdullah al-Suhaymi (m. 1925M).
2. Syeikh Muhammad Nor al-Khalidi (m. 1932M), Kg. Sungai Cincin, Gombak.
3. Syeikh Tengku Mahmud Zuhdi al-Fatani (Syaykh al-Islam Selangor/Mufti, sekitar tahun 1935-1952).
4.Sahibus Samahah Dato’ Haji Yusof Bin Sahabuddin (Mufti, sekitar tahun 1953-1968).
5. Sahibus Samahah Dato’ Haji Ghazali Bin Haji Abdullah (Mufti, sekitar tahun 1968-1973).
6. Sahibus Samahah Dato’ Haji Md. Salleh Bin Hassan Farid (Mufti, sekitar tahun 1974-1976).
7. Sahibus Samahah Dato’ Haji Hassan Bin Haji Omar ( Mufti, sekitar tahun 1976-1985).
8. Tengku Muhammad Bin Tengku Mahmud Zuhdi al-Fatani (m. 1976M).
9. Kiyai Haji Abdul Kamil, Sabak Bernam.
10. Kiyai Haji Muhammad Dahlan Bin Hassan Minhaj, Klang (m. 1978M).
11. Kiyai Haji Husain Bin Haji Abbas, Sijangkang (m. 1981M).
12. Kiyai Haji Ali, Sijangkang.
13. Kiyai Haji Khalil @ Muhammad, Bukit Naga, Klang.
14. Tuan Guru Ustaz Haji Fathullah Haron.
15. Tuan Guru Ustaz Haji Mohd. Shahar Bin Sulaiman, Jeram, Kuala Selangor.
16.Raja Othman, Kadi Besar Klang.
17. Syeikh Mahmud ’Arif al-Bukhari.
18. Kiyai Haji Qusyairi, Teluk Pulai, Klang.
19. Ustaz Abu Zaki Fadzil, dari Jam’iyah al-Da’wah al-Islamiyyah Selangor (m. 1998M).
20. Ustaz Abdul Jalil Safuan, dari Jam’iyah al-Da’wah al-Islamiyyah Selangor..
21. Syeikh Abdul Ghani Bin Abdul Hamid al-Mandaili al-Khalidi.
22. Qadhi Haji Muhammad Nur Bin Haji Ismail (m. 1934M).
23. Ustaz Haji Uthman Bin Abdullah, Kadi Kuala Lumpur pertama (m. 1919M).
24. Ustaz Haji Abdul Ghani Bin Haji Uthman.
25. Dato’ Haji Ishak Bin Baharum. 
26. Dato' Haron Din 
27. Dato' Haji Mohd Tamyes bin Abdul Wahid 
28. Dato' Ismail Kamus. 
29. Dato' Dr. Amran Kasimin.  
30. Kiai Muhammad Hairawi.  



Syair Selimut Putih by Arwah Ust. Shahar Sulaiman Jeram....

Tuesday, July 10, 2012


Darul Hidayah Perlukan Sumbangan Anda. Janggan Tunggu Esok.


Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Bank CIMB : 1210-0004507056 : SURAU DARUL HIDAYAH

Atau boleh hubungi untuk sebarang pertanyaan dan sumbangan :

1) Sdr Sofian Othman : 019-282 7473
2) Sdr Mohamad Jan Sulong : 019-270 4432
3) Hj. Yunus Bahari : 019-228 9221
4) Ahmad Mu'az Bin Anuar (S/U) : 019-3511776
Tuan Guru Presiden : Pas paling kuat dalam PR
MARANG – Pas menolak dakwaan kononnya DAP akan bertanding sehingga 90 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan itu sama sekali tidak benar kerana jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh DAP adalah tidak lebih daripada Pas. "Pas parti yang paling kuat dalam Pakatan Rakyat (PR). Kita (Pas) mungkin akan bertanding sehingga 80 kerusi, DAP 50 atau 60 kerusi. Dan daripada jumlah itu pula, mereka (DAP) mungkin menang 40 atau 50 kerusi. "Dengan jumlah kerusi yang dimenangi sebanyak itu, DAP tidak boleh membentuk kerajaan kerana yang jadi tulang belakang PR ialah Pas, parti Melayu Islam," katanya. Selain itu, kata Abdul Hadi, tanda kekuatan Pas ialah parti itu mempunyai banyak jentera dan sedia untuk bertanding di kawasan yang tidak sanggup ditandingi oleh parti komponen PR yang lain. Pemimpin Pas itu menjelaskan demikian ketika diminta mengulas dakwaan blog suarapakatanrakyat.com yang mendakwa DAP akan bertanding di 90 kerusi Parlimen manakala PKR dan Pas masing-masing hanya 66 kerusi. Dakwa blog itu, DAP bakal menjadi parti paling dominan dalam pakatan pembangkang selepas PRU13 apabila maklumat mesyuarat pembahagian kuota kerusi pembangkang mendedahkan, parti itu dikatakan akan bertanding di 90 kawasan Parlimen. “Berdasarkan dokumen tersebut, sah DAP akan bertanding di 90 kerusi Parlimen serta masing-masing 66 kerusi bagi PKR dan Pas. Ini satu kejutan terbesar kerana ia meletakkan DAP dalam kedudukan sangat selesa untuk melantik Perdana Menteri daripada parti itu. “Ditambah pula dengan undi orang Melayu yang kini berpecah kepada tiga bahagian, DAP dengan mudah boleh menang di kawasan Parlimen yang mempunyai populasi separuh pengundi Melayu dan bukan Melayu,” dakwa blog itu lagi. Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang ditemui pada Program Sarapan Pagi Bersama Presiden Pas di Jalan Bukit Kor di sini, berkata, pengagihan kuota kerusi pembangkang secara rasmi dalam PR masih belum dibuat sehingga tarikh PRU13 diketahui. Dalam pada itu, Abdul Hadi ketika berucap di Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Batu 10, Bukit Payong, dekat sini, baru-baru ini, memberikan jaminan bahawa DAP tidak akan mengepalai PR sekiranya pakatan pembangkang diberi mandat memerintah negara. Pada PRU12, Pas bertanding di 66 kerusi Parlimen dan memenangi 23 daripadanya, lebih kecil berbanding DAP dan PKR yang masing-masing bertanding di 47 dan 97 kerusi di mana DAP menang di 28 kawasan dan PKR pula di 31 kawasan.

Tuesday, March 6, 2012

DEKORASI RUMAH MENYUSAHKAN?..MAHAL?...JOM SAYA BANTU...



http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=2595

KEBAHAGIAAN MILIK SIAPA?KITA?......

Tekanan Hidup

Pengenalan

Manusia sentiasa menghadapi pelbagai bentuk masalah di dalam menjalani kehidupannya seharian. Masalah-masalah ini secara keseluruhannya dikenali sebagai tekanan hidup. Tekanan hidup ini ada ketikanya boleh dihadapi dengan mudah, kekadang memerlukan bantuan kawan-kawan malah ada di antaranya yang mengganggu perjalanan kehidupan seharian.

Tekanan merupakan punca kepada hampir semua masalah dan kecelaruan psikologi. Seseorang yang terlalu kerap menghadapi tekanan akan mengalami kemurungan, kesedihan, kerunsingan dan beberapa masalah psikosomatik. Lantaran itu, setiap bentuk tekanan yang dihadapi perlu diatasi dan dirawat.


Definisi

Tekanan hidup atau dalam bahasa Inggerisnya ‘stress’ berasal daripada perkataan Greek “stringere” yang bermaksud “ketat” atau “tegang”. Para ahli psikologi melihat tekanan ini daripada pelbagai sudut dan aspek.

Pertama, dari sudut rangsangan yang menyebabkan tekanan. Pendekatan ini mengkaji rangsangan-rangsangan fizikal, fisiologi dan psikologi yang menyebabkan tekanan seperti kebisingan, suhu, kelembapan, sakit, emosi dan lain-lain. Tekanan yang dihadapi ini boleh diatasi sekiranya punca atau rangsangan yang menyebabkan berlakunya tekanan itu dihapuskan.

Kedua, fenomena ini dilihat dari aspek tindak balas organisma terhadap tekanan yang dihadapi. Tindak balas yang dimaksudkan ialah tindak balas fisiologi yang berlaku di dalam tubuh organisma.

Ketiga, dari aspek kebolehan organisma untuk berinteraksi dengan alam persekitaran yang menyebabkan tekanan serta menyesuaikan diri terhadap tekanan yang dihadapinya.

Pada asasnya terdapat empat bentuk tekanan hidup iaitu:
1. Tekanan yang berlebihan
2. Kurang tekanan
3. Tekanan yang baik dan berguna
4. Tekanan yang memudharatkan

Setiap individu mendekati sesuatu rangsangan daripada pelbagai sudut. Ada yang melihatnya sebagai tekanan yang tidak memberi apa-apa manfaat dan ada yang menggunakan tekanan yang dihadapi dengan sepenuhnya. Oleh sebab itu, setiap individu perlu mempelajari cara-cara yang sesuai untuk mengurus tekanan yang dihadapinya.

Pada masa yang sama, jika seseorang itu terlalu kerap menghadapi tekanan hidup maka ia akan dapat menyesuaikan diri dengannya secara automatik. Sementara bagi seseorang yang tidak pernah menghadapi tekanan maka kerentaannya terhadap apa-apa rangsangan yang mempunyai unsur-unsur tekanan adalah amat tinggi. Interaksi antara manusia dengan punca tekanan adalah penting dalam usaha penyesuaian diri terhadapnya.

dapatkan info-info dan punca serta pengubat jiwa, insyaallah dapat mengubah persepsi diri dan hidup anda....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...