Friday, December 11, 2015

PRODUK OLIVE HOUSE

 - agen rasmi OliveHouse Lembah Kelang - MuazAnuar 0193511776

PRODUK KELUARAN OLIVE HOUSE

OLIVIE PLUS 30x

Olivie 30x - mempunyai 30 kali ganda lebih tinggi hydroytyrosol.
Olivie 30x - mempunyai 30 kali ganda lebih tinggi hydroytyrosol.

PRODUCT INFORMATION

Menurunkan paras LDL (kolestrol tidak baik) dan trigeliserida (menghalang deposit kolestrolpada dinding salur darah yang menyebabkan atherosklerosis) dan pencegahan terhadap kanser (payudara, usus, prostat dan leukemia) dan penyakit neurodegenerative (Alzheimer). Kandungan khasiat berlipat ganda lebih tinggi dari pati minyak zaitun biasa. Ini terjadi akibat tanah yang kering dan persekitaran gurun yang teruk telah menyebabkan pohon zaitun mengeluarkan lebih bahan pertahanan dalam selnya dan seterusnya membawa buah zaitun tersebut kepada satu aras peningkatan nilai khasiat 25 ke 30 kali ganda lebih tinggi hydroytyrosol dan 10 kali ganda lebih tinggi dari jumlah polyphenol. Kandungan ini mampu melepasi halangan peredaran darah di dalam otak(blood brain barrier) kerana ia adalah molekul antioksida yang paling kecil dan unik.
  • RM 85.90 (Peninsular Malaysia)
  • RM 90.90 (Sabah/Sarawak)
___________________________________________________________________

ACTION & INDICATION

ANTIOKSIDAN

melindungi daripada sebarang pemusnahan sel oleh radikal bebas

ANTI-KANSER

barah payudara (kebiasaan kepada oncogenic Her-2/neudan Herceptine) barah prostat, barah usus dan leukemia

ANTI-RADANG ATAU ANTI INFLAMASI

Arthritis sendi, Myositis

PERLINDUNGAN JANTUNG

keputusan positif dari pakar perubatan (kajian perubatan selepas pengambilan selama 2 bulan);
Penurunan kadar kolestrol sebanyak 20% (dari 2,75 g/L kepada 2,27 g/L); dan
Pengurangan kandungan triglicerida sebanyak 30% (dari 2,78 g/L kepada 1,98 g/L)

HYPERGLIKEMIA & DIABETIS

Melawan hyperglikemia dan pencegahan kepada komplikasi diabetis. Selepas 2 bulan, kandungan glukos di dalam plasma tikus-tikus diabetes yang dirawat dengan hydroxtyrosol telah menurun kepada 55% berbanding tikus-tikus yang belum dirawat.

ANTI-PENUAAN

Meningkatkan biognesis mitokondria (penuaan awal dikaitkan dengan mutasi mikondria).Menggalakkan ekpresi protein-protein yang berkaitan dengan ketahanan sel kardiak jantung (PBEF, Sirts,FOXOs).

ALZHEIMER

Hydroxtyrosol adalah molekul antioksida yang paling kecil dari segi saiz dan berat dan satu-satunya molekul yang mampu melepasi halangan peredaran darah di dalam otak. Hydroxtyrosol juga mampu memberi perlindungan yang lebih baik terdapat sel otak bagi melawan kesan-kesan Alzheimer dan Parkinson.Perencatan pada hiperfosforilasi protein Tau (kesan dari kemerosotan sel-sel otak).

PSORIASIS

keputusan positif yang pertama bagi 5 orang pesakit(hilang rasa gatal, sclerosis menurun dan kulit semakin lembut) Kajian klinikal dilakukan ke atas 40 orang pesakit. Dos : 2 sudu makan sehari di ikuti dengan penggunaan luaran (2-3 kali sehari)

ANTI-MIKROBIAL

bertindak sebagai bahan anti-bakteria terhadap sistem pernafasan dan sistem pencernaan (terhadap Haemophilus, Influenza, Moraxella cattarhalis, Salmonella typhi, Vibrio parahaemolyticus, Staphylocuccus aureus).

SEMBELIT (CONSTIPATION)

bertindak sebagai pelawas semulajadi dengan pengambilan 2 sudu makan sebelulm sarapan ketika perut kosong memudahkan perserakan di dalam usus
We Begin With Nature

OLIVE OIL UNFILTERED

Extra Virgin Olivie Oil ialah pati minyak Zaitun yang mempunyai kualiti terbaik.
Extra Virgin Olivie Oil ialah pati minyak Zaitun yang mempunyai kualiti terbaik.

1. Extra Virgin

"Mechanically Cold Pressed" bermaksud proses penghasilan pati minyak zaitun yang dilakukan dengan mengisar buah zaitun secara alami tanpa melibatkan bahan kimia ataupun pemanasan. Minyak yang terhasil ini dikenali Extra Virgin

2. Tidak Ditapis

Pati Minyak Zaitun yang tidak ditapis mengandungi lebih 30% "Poliphenols". Kandungan ini mampu melindungi sel manusia dari serangan radikal bebas, virus dan bakteria. Minyak zaitun yang ditapis akan hilang 4 khasiat penting seperti poliphenols, carotens, chlorophylis dan anthocyanin.

3. Tidak Bercampur

Pada tahun 1996, FDA telah membuat kajian dan mendapati 96% pati minyak zaitun yang diuji dan dilabel 100% minyak zaitun asli, hakikatnya bercampur dengan minyak sayuran yang lain.
  • RM 39.90 (Peninsular Malaysia)
  • RM 44.90 (Sabah/Sarawak)
​_____________________________________________________________________

BAGAIMANA MENGETAHUI MINYAK ZAITUN ITU ASLI ?

1. Ujian Minyak - Pati minyak Zaitun yang asli tanpa campuran, apabila dimasukkan ke dalam peti sejuk(bukan di bahagian beku) selama 24 jam, ia akan bertukar menjadi seumpama gel. Manakala minyak Zaitun yang dicampur dengan minyak sayuran lain akan kekal cair.
2. Pembungkusan - Pastikan pati minyak Zaitun di dalam botol kaca yang gelap atau di dalam kotak serta jauh dari suhu panas. Pati Minyak zaitun akan hilang khasiat apabila berada di dalam botol plastik atau terdedah kepada cahaya dan kepanasan.

KENAPA BERLAKU TINDAKBALAS ?

Berubat dengan sumber alami seumpama minyak Zaitun akan mempunyai TINDAK BALAS PEMULIHAN. Tindak balas pemulihan seumpama berasa kehilangan tenaga sementara, tidur lebih lama di waktu malam, gatal atau sakit pada bahagian tertentu anggota badan, sistem penghadaman terganggu seumpama berangin, cirit atau sembelit dan lain-lain. Tindak balas berlaku disebabkan badan cuba mengeluarkan toksid yang berada di dalam sel badan. Robert Kosh (Penerima Hadiah Nobel dalam Fisiologi dan Ubat-Ubatan): "Lebih teruk kesihatan seseorang (banyak toksik di dalam badan), lebih kuat tindakbalas pemulihan kepadanya". Tindak balas pemulihan akan berkurangan dan hilang apabila tubuh sudah semakin sihat. Perubahan dengan cara alami adalah kesembuhan secara hakiki.

NUTRISI UTAMA

 Vitamin E
 Poliphenols
 Quarcetin
 Carotens
 Linoelic Acid (Omega 3 & 6)
 Chlorophilis
 Antioxidants
 Antocyanin

MEMBANTU ORGAN DAN SISTEM TUBUH

 Sistem pembuluh Darah (Cardiovascular System)
 Sistem endokrin tubuh (Endocrine System)
 Sistem peredaran tubuh (Circulatory System)
 Sistem penghadaman (Digestive System)
 Organ/Sistem jantung bercelaru (Heart Disorder)
 Sistem Pernafasan (Respiratory System)
 Organ dan sistem mata
 Sistem imunisasi
 Menghalang pembetukan tumor
 Mengurangkan kesakitan kanser
 Menghalang pembentukan kanser
 Menyerap kalsium
 Mengelakkan keradangan (Inflammation) 
We Begin With Nature

FIG VINEGAR

Sari Cuka Teen kaya dengan pottasium
Sari Cuka Teen kaya dengan pottasium

PRODUCT INFORMATION

Berbeza dengan cuka-cuka yang telah ditapis di pasaran, Sari Cuka Teen semulajadi dibuat daripada Teen yang segar, diperah, ditanam secara organik dan Teen tesebut dibiarkan matang di dalam tong kayu bertujuan menggalakkan kualiti peragian semulajadi. Apabila ia telah matang, ia mengandungi jaringan zat yang dipanggil 'mother' dimana menjadi jelas apabila cecair cokelat pekat terdedah kepada cahaya
  • RM 15.90 (Peninsular Malaysia)
  • RM 20.90 (Sabah/Sarawak)
_______________________________________________________________________

Apakah Sifat Asas 'Mother' ?

'Mother' adalah gelap, di mana mempunyai kesan keruh di dalam pembuatan Sari Cuka Teen secara semulajadi yang melibatkan sebatian di dalam buah dan kesan Teen - 'Mother' muncul sebagai molekul protein yang bercantum. Kemunculam 'mother' menunjukkan bahawa bahagian terbaik bagi Teen tidak dimusnahkan. Cuka mengandungi 'mother' juga mengandungi enzim dan mineral yang mana mungkin cuka lain tiada disebabkan oleh proses yang berlebihan, penapisan dan pemanasan yang berlebihan.

Kenapa Sari Cuka Teen Tidak Dipasturkan ?

Pasturasi adalah proses pemanasan yang bertujuan untuk menghapuskan bakteria punca masalah kepada cecair yang boleh diminum seperti susu, jus dan sebagainya. Walaupun begitu, proses ini juga akan memusnahkan nutrisi-nutrisi kecil dan enzim yang mungkin menjadi bahagian utama itu berguna untuk dimakan.Bagi kes Sari Cuka Teen Olive House, proses pasturasi boleh memusnahkan 'mother' yang merupakan penyumbang faktor kesihatan utama kepada cuka kami

Bolehkah 'Mother' Dimakan/Diminum ?

"Mother' adalah bahagian yang paling berkhasiat yang terdapat di dalam Sari Cuka Teen dan sangat bagus untuk dihadam. Selalunya 'mother' akan berada di bahagian bawah botol. Kami menyarankan agar goncang botol perlahan-lahan untuk sebatikan mother sebelum dimakan/diminum.

Memandangkan Sari Cuka Teen Tidak Dipasturkan, Adakah ia Terlindung dari Bakteria E.coli ?

Sari Cuka Teen Olive House tidak mengandungi bakteria E.Coli kerana kandungan asid di dalam cuka berkesan membunuh 0-157 ancaman bakteria E.Coli

Perlukah Sari Cuka Teen Olive House Disejukkan

Sari Cuka Teen tidak perlu disejukkan. Kami menyarankan agar menyimpannya di tempat yang jauh dari sinaran cahaya matahari secara terus dan di tempat yang dingin.

Berapa Lamakah Jangka Hayat Sari Cuka Teen ?

FDA Menyatakan bahawa jangka hayat Sari Cuka Teen Adalah diantara 3 hingga 5 tahun selepas daripada tarikh pembotolan (tarikh seperti tertera di botol). Walau bagaimanapun, berdasarkan daripada pengalaman, Sari Cuka Teen adalah produk yang selamat, boleh digunakan dan berkesan pada satu jangka masa selagi tidak terdedah kepada sinaran cahaya matahari secara terus

Adakah Sari Cuka Teen Selamat Dimakan Ketika Mengandung ?

Sari Cuka Teen Olive House selamat dimakan ketika dan selepas mengandung untuk menyingkirkan toksik di dalam badan malah boleh membantu dengan komplikasi yang hadir ketika mengandung. Ia membantu keseimbangan dalam badan dan penghadaman. Terbaik dapatkan nasihat pakar.

Bolehkan Jika Sari Cuka Teen Diambil Terlalu Banyak ?

TIdak ada satu sukatan yang jelas sebanyak mana seseorang itu boleh/perlu ambil Sari Cuka Teen. Walaubagaimana pun, kita perlu ingat bahawa di dalam kehidupan kita perlu besederhana. Untuk sukatan yang ideal di rumah, tempat kerja, bersukan dan gym. Untuk membuat minuman kesihatan, kacau 1-2 sudu teh Cuka Teen Olive House di dalam 220ml air putih dan untuk perasa (ikut selera masing-masing) kacau 1 ke 2 Madu Asli atau 4 titik herba Stevia.

Adakah Perlu Untuk Memasukkan Madu Ke Dalam Sari Cuka Teen ?

Tidak menjadi kemestian untuk memasukkan madu kedalam koktel Sari Cuka Teen Olive House, hanya gunakan Sari Cuka Teen bersama air yang ditapis. Madu dicadangkan kerana ia telah terbukti agen bioaktif yang mengandungi vitamin dan enzim yang berguna untuk penghadaman dan metabolisma. Ia juga menambahkan kebaikan kesihatan kepada Sari Cuka Teen koktel dan untungnya, Sari Cuka Teen sendiri juga mempunyai kebaikan kesihatan walaupun tanpa madu.

Adakah Sari Cuka Teen Boleh Dimakan Secara Terus ?

Dicadangkan agar mengambil Sari Cuka Teen dicampur bersama air atau jus. Ini kerana Sari Cuka Teen bertindak seperti span, bertindak terus ke tisu badan yang boleh membuatkan anda rasa tidak selesa jika dimakan secara terus dengan menggunakan sudu sahaja.

Apakah Sebenarnya Khasiat Dalaman Dan Luaran Yang Terdapat Di Dalam Sari Cuka Teen ?

Sari Cuka Teen kaya dengan pottasium, yang mana ramai di antara kita kurang mineral yang mana akan mengganggu kita pada masa tua. Kalsium mengekalkan tisu keras kita seperti tulang, dan potasium berfungsi seperti tisu lembut yang bertindak menjaga daging dan arteri yang lembut. Buah Teen yang segar digunakan untuk membuat Sari Cuka Teen yang mana mempunyai enzim, mineral yang diperlukan seharian iaitu pottasium secara semulajadi. Selain menjadi stimulasi semulajadi untuk ketahanan badan, Sari Cuka Teen juga membersih dan mengisi semula khasiat ke dalam badan agar badan dapat sembuh sendiri. Membantu mengeluarkan toksik di dalam badan, Membantu mengembalikan keremajaan badan, Membantu meningkatkan sistem imun yang sihat, Membantu mengekalkan kulit yang sihat, Membantu mengawal berat badan, Membantu penghadaman dan asimilasi, Menyembuhkan rasa ketegangan dan sakit di bahagian anggota badan disebabkan senaman dan Menyembuhkan radang kulit.

Adakah Sari Cuka Teen Bebas Daripada Gluten ?

Ya. Sari Cuka Teen secara semulajadinya bebas daripada Gluten
We Begin With Nature

NATURAL DRIED FIG

5 biji buah teen sudah cukup memberi jumlah serat yang diperlukan oleh badan.
5 biji buah teen sudah cukup memberi jumlah serat yang diperlukan oleh badan.

PRODUCT INFORMATION

Buan Teen adalah salah satu keajaiban alam kepada manusia. Rasa buahnya yang tiada tandingan, buah teen telah menyumbang kebaikan yang banyak kepada manusia sejak beribu tahun yang lampau. Ia tidak lokek untuk mengeluarkan haruman buah yang wangi walaupun di musim kemarau dan tanah gersang. Dari dulu sehingga kini, buah teen dianggap sebagai simbol kekayaan dan kebaikan yang banyak. Pada zaman Peradaban Purba Greek, mahkota yang diperbuat dari daun teen diletakkan di atas kepala sebagai tanda kesuburan. Sejak berkurun, pemberian hadiah dengan daun teen dianggap sebagai cara untuk memberi penghormatan kepada seseorang.
  • RM 11.00 (Peninsular Malaysia)
  • RM 14.00 (Sabah/Sarawak)
_____________________________________________________________________
Buah teen dikatakan buah dari syurga dan mempunyai kepentingan yang cukup besar kepada manusia sejagat. Fakta ini bersumberkan kitab-kitab suci. SIDDARTA GUATAMA berkata beliau membina asas ajaran Buddha ketika beliau duduk di bawah pohon teen. Ini sebagai tanda pohon ini memberi inspirasi kepada beliau. Di dalam BIBLE juga disebutkan buah teen adalah buah yang tumbuh di dalam syurga dan ia dikategorikan sebagai buah yang suci. Oleh sebab itu menjadi makanan penting ketika sambutan tahun baru. 
Jika aku boleh katakan ada buah yang turun daripada syurga , akan kukatakan ianya buah Teen
Sabda Nabi Muhammad S.A.W

OLIVEHOUSE DRIED FIGS

 Penanaman dan pengeringan buah teen terletak di Buyuk ve Kucuk Sungai Menderes Basins di daerah Aegean Turki
 Berpengalaman dalam penanaman dan pemprosesan buah teen berkualiti sejak tahun 1943
 Buah teen Olive House akan dihantar ke tempat penyimpanan setelah melalui proses diinfeksi oleh pakar menggunakan teknik karbon dioksida
 Buah Teen Olive House akan melalui proses flatoxin sebanyak dua kali di bawah sinaran lampu UV. Melalui proses ini buah teen yang berkulat boleh diasingkan
 Anugerah TS-EN ISO 22000:2005 Sijil Keselamatan dan Kualiti Makanan
 Anugerah TS-EN ISO 9001:2008 Sistem Pengurusan Kualiti
 Anugerah Organic oleh Ecosert Control and Certification Company sejak tahun 1992
 BRC & HELAL

BUAH TEEN & KESIHATAN

 FIBER - Buah Teen mempunyai kandungan serat yang paling tinggi jika dibandingkan dengan buah dan sayuran lain. Antara kebaikannya ialah kesan positif kepada sistem pencernaan ke atas makanan yang kasar, menanggalkan kolestrol dalam badan tanpa perlu bercampur dengan darah dan menghalang mana-mana jenis kanser menjadi aktif. 5 biji buah teen sudah cukup memberi jumlah serat yang diperlukan oleh badan.
 ANTIOKSIDA - Berdasarkan kepada kajian, buah teen telah mendahului buah-buahan yang lain dengan mengandungi campuran phenol yang tinggi iaitu merujuk kepada antioksida.
 ASID LEMAK - Dalam masa yang sama, buah teen juga mengandungi asid lemak Omega-3,Omega-6 dan Fitosterol di mana badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri.Asid lemak mempunyai kepentingan yang bukan sebarangan bagi memastikan otak dan sistem saraf berfungsi secara sihat dan Fitosterol pula membantu untuk membuang kolestrol tanpa bercampur dengan darah, di mana ia bahaya kepada kesihatan kardiovaskular
 MINERAL DAN VITAMIN PENTING -Buah teen juga buah yang paling kaya dengan kandungan mineral. 40 gram buah teen sudah mencukupi 7% keperluan harian Potasium dan 6% keperluan harian zat besi.Semangkuk buah teen mengandungi kalsium di mana ianya sama dengan kandungan kalsium semangkuk susu. Ia mengandungi protein, karbohidrat, phosporus, kalsium, sodium, potasium, magnesium, dan juga kaya vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, C dan Asid Folic.
We Begin With Nature
PRODUK KELUARAN OLIVE HOUSE

Sunday, November 1, 2015

BUSUR YANG DISUKAI OLEH RASULULLAH S.A.W

Dari 'Ali, ia berkata; "Di tangan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tergenggam busur buatan orang Arab, kemudian beliau melihat seorang lelaki ditangannya busur buatan orang Persia, maka beliau bersabda: "Apa ini, lemparkanlah, dan kalian harus dengan yang ini dan yang serupa dengannya dan tombak-tombak yang bertangkai, karena dengan keduanya Allah akan menambah kekuatan kalian didalam menegakan agama dan menguasakan kepada kalian negeri-negeri." (Hadits Riwayat Ibnu Majah dengan derajat yang shahih)



Dari hadits shahih di atas, dapat disimpulkan bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabat telah mengenal dan memahami kekuatan Busur Persia serta terdapat anjuran dari Rasulullah untuk mengadaptasinya. Busur Persia adalah jenis busur komposit berbahan kayu, tanduk dan otot/sinew, terdiri dari 3 bagian utama yaitu siyah (segmen ujung tempat mengaitkan tali); dustar (inti lengan busur); dan gagang yang dilem jadi satu, memiliki reflex seperti pada gambar terlampir bagian tengah serta memiliki kemiripan dengan Busur Turki pada gambar bagian kanan.

Dalam “Kitab Fi Bayan Fadl Al-Qaws Wa-s-Sahm Wa-Awsufihima” pada bab "Tentang berbagai jenis busur dan yang paling disukai diantaranya" dijelaskan bahwa Busur Arab terdiri dari dua jenis utama, yaitu Busur Hijazi dan Busur Komposit Arab.

Busur Hijazi terdiri dari 4 jenis, yaitu

  1. Busur yang dibuat dari satu batang kayu disebut qaḍīb; 
  2. busur yang dibuat dari satu batang kayu yang dibagi dua memanjang disebut filq; 
  3. busur yang dibuat dari dua batang kayu yang dibagi dua memanjang disebut sharīj,
  4. Busur yang diberi penguat tapi bukan komposit, yaitu yang dilapisi tanduk kambing pada bagian perut dan dilapisi otot/sinew pada bagian punggungnya. Busur jenis ini hanya digunakan oleh para ahli atau mereka yang tinggal dekat air (oasis, sungai, danau, dsb). 


Busur Komposit Arab (maṣnū‘ah, murakkabah) merupakan adaptasi dari Busur Persia dan kemungkinan besar ada kaitannya dengan hadits di atas tentang anjuran Rasulullah untuk mengadaptasi Busur Persia. Terdiri dari empat jenis bahan, yaitu kayu, tanduk, otot, dan lem/perekat dan terdiri darii 3 segmen utama yaitu siyah, dustar dan gagang. Busur Komposit Arab memiliki siyah yang lebih pendek dari Busur Persia serta kurvatur yang lebih parabolik seperti ilustrasi gambar bagian kiri. Dalam suatu riwayat dikatakan bahwa daya jangkau Busur Arab dapat mencapai 150 meter.

Busur Komposit Arab seringkali disebut sebagai “Busur Menengah” (wāsiṭīyah) karena busur jenis ini menempati posisi pertengahan antara Busur Hijāzi berpenguat dengan Busur Persia/Turki.

Hadits di atas juga menguatkan hipotesis penggunaan teknik thumb draw di kalangan Ummat Islam generasi awal, mengingat penggunaan Busur Persia adalah dengan teknik thumb draw.

Ilustrasi: (kiri) Gambar rekaan Busur Komposit Arab dari suatu kitab furusiyyah, (tengah) Replika Busur Persia dan (kanan) Replika Busur Turki, courtesy of www.salukibow.com

by: Irvan Pani Abu Aqilah

Sunday, October 18, 2015

Tafsir Ibnu Katsir Surah Ali ‘Imraan ayat 14-15

Tafsir Al-Qur’an Surah Ali ‘Imraan (Keluarga ‘Imraan)
Surah Madaniyyah; surah ke 3: 200 ayat
tulisan arab alquran surat ali imraan ayat 14-15“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis eras, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (Surga). (QS. 3:14) Katakanlah: “Inginkah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?” Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Rabb mereka ada Surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan (mereka dikaruniai) isteri-isteri yang disucikan serta keridhaan Allah. Dan Allah Mahamelihat akan hamba-hamba-Nya. (QS. 3:15)
Allah swt, memberitahukan mengenai apa yang dijadikan indah bagi manusia dalam kehidupan dunia, berupa berbagai ragam kenikmatan; wanita dan anak. Allah swt. memulainya dengan menyebut wanita, karena fitnah yang ditimbulkan oleh wanita itu lebih berat, sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadits shahih, bahwa Rasulullah bersabda:
“Aku tidak meninggalkan suatu fitnah yang lebih bahaya bagi kaum laki-laki daripada wanita.”
Jika keinginan terhadap wanita itu dimaksudkan untuk menjaga kesucian dan lahirnya banyak keturunan, maka yang demikian itu sangat diharapkan, dianjurkan dan disunnahkan. Sebagaimana beberapa hadits telah menganjurkan menikah dan memperbanyak nikah. “Dan sebaik-baik umat ini yang paling banyak isterinya.”
Juga sabdanya: “Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasannya adalah wanita shalihah. Jika dia (suami) memandangnya dia (isteri) menyenangkannya, jika memerintahnya maka dia mentaatinya, dan jika ia (suami) tidak berada di sisinya, dia senantiasa menjaga dirinya dan (menjaga) harta suaminya.” (HR. Muslim, an-Nasa’i dan Ibnu Majah).
Dan sabdanya dalam hadits lain: “Dijadikan aku menyukai wanita dan wangi-wangian, dan dijadikan kesejukan mata hatiku di dalam shalat.” (Diriwayatkan an-Nasa’i dan al-Hakim. Al-Hakim mengatakan, hadits ini shahih dengan syarat Muslim tanpa kata “ju’ilat.” Dan diriwayatkan Imam ath-Thabrani dalam kitab al-Ausath dan ash-Shaghiir.)
Kecintaan kepada anak dimaksudkan untuk kebanggaan dan sebagai perhiasan, dan hal ini termasuk ke dalam kategori (ayat) ini. Tetapi terkadang juga kecintaan pada anak itu dimaksudkan untuk memperbanyak keturunan dan memperbanyak jumlah umat Muhammad yang hanya beribadah kepada Allah; semata, yang tiada sekutu bagi-Nya. Hal ini sangat terpuji, sebagaimana tersebut dalam sebuah hadits:
“Kawinilah wanita yang dicintai (keibuan) dan yang melahirkan banyak keturunan, karena aku bangga dengan jumlah kalian yang banyak, sebagai umat yang terbanyak pada hari Kiamat kelak.”
Demikian halnya dengan kecintaan kepada harta benda. Terkadang dimaksudkan untuk berbangga-bangga, angkuh dan sombong kepada orang-orang lemah serta menindas orang-orang fakir, hal ini merupakan perbuatan tercela.
Tetapi terkadang dimaksudkan untuk memberikan nafkah kepada kaum kerabat, mempererat silaturahmi, berbuat baik dan ketaatan, yang terakhir ini merupakan perbuatan terpuji secara syar’i.
Para mufassir berbeda pendapat mengenai ukuran qinthar. Tetapi ringkasnya, qinthar adalah harta yang banyak, sebagaimana yang dikatakan oleh adh-Dhahhak dan lainnya. Dan Ibnu Jarir telah meriwayatkan dari Abu Hurairah sebagai hadits mauquf seperti riwayat Waki’ dalam tafsirnya. Dan inilah yang lebih shahih.
Kecintaan kepada kuda terbagi tiga:
– Pertama, kecintaan memelihara kuda dengan maksud untuk persiapan berperang di jalan Allah. Kapan dibutuhkan, maka mereka pergi berperang menunggangi kudanya. Bagi mereka ini disediakan pahala yang banyak.
– Kedua, kecintaan memelihara kuda dengan maksud untuk kebanggaan, memusuhi dan menentang Islam. Tindakan semacam ini termasuk perbuatan dosa.
– Ketiga, dimaksudkan untuk mengembangbiakkan dengan tidak melupakan hak Allah dalam pemanfaatannya. Maka hal ini untuk pemiliknya adalah sebagai penunjang kebutuhannya, sebagaimana yang dijelaskan dalam sebuah hadits yang akan kami kemukakan pada pembahasan firman Allah “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa Baja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang. ” (QS. Al-Anfaal: 60)
Sedangkan mengenai firman-Nya: al musawwamati (“pilihan”), telah diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas, dia menuturkan, al-musawwamah berarti yang digembalakan dan yang sangat bagus. Demikian juga yang diriwayatkan dari Mujahid, ‘Ikrimah, Sa’id bin Jubair, ‘Abdurrahman bin ‘Abdullah bin Abzi, as-Suddi, ar-Rabi’ bin Anas, Abu Sinan, dan selain mereka.
Dan Mak-hul mengatakan: “Al-musawwamah berarti belang putih di dahi dan kaki-kakinya.” Dan ada juga yang berpendapat lain.
Firman-Nya: wal an’aami (“Binatang ternak.”) Yaitu unta, sapi, dan kambing.
Sedangkan firman-Nya: wal hartsi (“Sawah ladang.”) Yakni tanah yang digunakan untuk bercocok tanam dan bertani.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Suwaid bin Hubairah, dari Nabi beliau bersabda: “Sebaik-baik harta kekayaan seseorang adalah kuda yang banyak beranak atau pohon kurma yang banyak berbuah.”
Selanjutnya Allah berfirman: dzaalika mataa’ul hayaatid dun-yaa (“Itulah kesenangan hidup di dunia.”) Dengan kata lain, itulah bunga sekaligus perhiasan kehidupan dunia yang fana.
Firman-Nya: wallaaHu ‘indaHuu husnul ma’aab (“Dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik [Surga].”) Yaitu tempat kembali dan juga pahala yang baik.
Firman-Nya: qul a-unabbi-ukum bikhairim min dzaalikum (“Katakanlah: ‘Maukah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?’”) Dengan kata lain, katakanlah wahai Muhammad, kepada umat manusia: “Maukah aku kabarkan kepada kalian sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah dijadikan indah pada pandangan manusia dalam kehidupan dunia ini, berupa kesenangan dan kenikmatan, yang pasti semuanya itu akan sirna.”
Kemudian setelah itu Allah memberitahukan hal itu seraya berfirman, lil ladziinat taqaw ‘inda rabbiHim jannaatun tajrii min tahtiHal anHaaru (“Untuk orang orang yang bertakwa, di sisi Rabb mereka ada Surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.”) Yaitu, dari berbagai sisi Surga dan sudutnya mengalir sungai-sungai yang terdiri dari berbagai aneka minuman, baik yang berupa madu, susu, khamr, air dan lain sebagainya, yang belum pernah dilihat mata, didengar telinga, dan tidak pernah juga terbersit dalam hati manusia. ‘Mereka kekal di dalamnya. ”
Maksudnya, mereka akan tinggal di sana selamanya, dan tidak ingin pindah darinya.
Firman-Nya, wa azwaajum mutaHHaratun (“Dan mereka dikaruniai isteri-isteri yang disucikan.”) Yaitu yang disucikan dari berbagai macam kotoran, penyakit, haidh, nifas, dan lain-lainnya yang dialami kaum wanita di dunia ini. “Serta keridhaan Allah. “Yaitu bahwa mereka diberikan keridhaan oleh Allah sehingga tidak lagi mendapatkan murka-Nya, untuk selamanya. Oleh karena itu, Allah berfirman dalam ayat lain yang terdapat di dalam surat at-Taubah, “Dan keridhaan Allah itu adalah lebih besar. “Yakni lebih besar daripada kenikmatan abadi yang diberikan kepada mereka.
Setelah itu Dia berfirman: wallaaHu bashiirum bil ‘ibaad (“Dan Allah Mahamelihat akan hamba-hamba-Nya.”) Dengan pengertian, bahwa Allah akan memberikan kepada setiap orang, sesuai dengan haknya masing-masing.
credit to :https://alquranmulia.wordpress.com/2015/03/02/tafsir-ibnu-katsir-surah-ali-imraan-ayat-14-15/

Sunday, September 27, 2015

JENIS-JENIS BUSUR TRADISIONAL

in the name of God, the supremely merciful, the most kind
Terdapat banyak rekabentuk busur tradisional yang diberi nama mengikut negara, bangsa dan puak tertentu; seperti Turki, Monggol, Han, Avar, Assyria, Parsi, Mesir, Tartar, Cina, Manchu, Rum, Hungary (Magyar), Skitia, India, Bashkir, Korea (Hwarang), Jepun (Yumi) dan sebagainya. Sukar untuk membuat penilaian ke atas busur-busur ini berdasarkan nama mereka sahaja melainkan dengan melihat kepada bahan-bahan dan kaedah pembuatan busur-busur itu sendiri.

assyrian archer mural
Semua busur tradisional yang dihasilkan pada hari ini, adalah satu bentuk interpretasi oleh tukang-tukang busur terhadap bentuk-bentuk busur zaman lampau, melalui bahan-bahan bertulis dan arkib sejarah, untuk menghasilkan semula busur-busur rekabentuk tertentu dengan bahan dan kaedah baru, atau lama, atau gabungan kedua-duanya. Misalnya, busur Monggol buatan Toth Zoltan berbeza kaedah pembuatan, bahan-bahan, kemasan dan rupa luarannya berbanding yang dibuat oleh Grozer Csaba, apatah lagi kalau dibandingkan dengan buatan tukang di Mongolia.
Dengan pembahagian kepada kategori-kategori berikut, perbezaan dapat dilihat dengan lebih ketara, dan seterusnya dapat dibuat penilaian lanjut tentang pro dan kontra sesuatu busur itu, dari segi kualiti pembuatan (bahan-bahan, ketahanan, kemasan), kualiti panahan (rasa tarikan; di permulaan dan tarikan maksimum (stacking)), prestasi (kelajuan anak panah, panjang tarikan maksimum), berat dan saiz, rupa-bentuk dan keaslian sesuatu busur yang terhasil.

BUSUR ASAS / SELF BOW

Busur Rasulullah SAW dari sebatang buluh
Binaannya hanya dari sekeping kayu atau buluh. Pembuatan melibatkan proses memotong, mengetam dan mengikis, di samping proses membentuk dan meluruskan secara rawatan haba/api. Biasanya bahan dipilih dari jenis kayu tumpat/teras (heartwood). Busur paling terkenal adalah busur Nabi Muhammad SAW yang tersimpan di Muzium Topkapi di Turki yang diperbuat dari buluh. Kerana memerlukan saiz yang panjang, maka ia tidak sesuai digunakan untuk memanah berkuda. Selain itu, ia juga adalah sejenis busur lurus, dan tidak termasuk ke dalam kategori busur refleks yang lebih canggih.

BUSUR PVC / PVC BOW

Secara rekabentuk busur ini adalah busur tradisional instinktif, walaupun bahan asasnya adalah sejenis plastik. PVC adalah sejenis termo-plastik resin, yang lembut apabila dipanaskan. Cara pembuatan adalah dengan mengambil paip PVC yang boleh dibeli di kedai-kedai logam dan dipanaskan menggunakan pistol haba (heat gun), seterusnya dibentuk kepada bentuk yang diingini apabila bahan telah menjadi lembut.
Busur ini biasanya dipasarkan sebagai busur murah untuk bermula memanah, walaubagaimanapun, ia mempunyai kekurangan yang sangat ketara, iaitu jangka-hayat yang terhad disebabkan kelemahan bahan PVC. PVC adalah reaktif kepada ulangan regangan dan tekanan semasa memanah. Secara progresif, ia melemahkan ikatan molekul PVC sehingga akhirnya menyebabkan retakan mikroskopik dan menghasilkan kepanasan pada titik paling regang. Ini dikenali sebagai ‘material fatigue’ di dalam ilmu sains bahan dan akan menyebabkan busur mudah patah.

BUSUR LOGAM / METAL BOW

Busur Besi Mughal
Sejarah busur logam adalah sangat pendek, ianya bermula apabila teknologi pembuatan busur refleks bio-komposit tradisional telah mencapai kemuncaknya dan sehingga datangnya era senjata api. Hari ini, boleh dikatakan tiada tukang busur yang masih membuat busur logam dan ianya adalah ilmu yang telah pupus. Karakteristik unik busur jenis ini adalah ia mempunyai profil yang hampir sama sebelum dan selepas tali busur dipasang, kerana sifat daya lentur bahan logam yang tinggi. Bahan asas busur logam adalah besi, tembaga atau campuran aloi.
Busur jenis ini muncul di sekitar rantau Indo-Parsi dan jarang-jarang ditemui. Disebabkan ia diperbuat dari bahan logam, busur yang asal masih terpelihara dalam keadaan baik dan mempunyai harga yang tinggi dalam pasaran barangan antik.

BUSUR RESIN GENTIAN-KACA / RESIN FIBERGLASS BOW

Untuk busur jenis ini, tukang-tukang busur menggunakan E-fiberglass yang dibentuk di dalam acuan dan resin sintetik sebagai gam, untuk menghasilkan keseluruhan badan busur (bahagian pemegang, lengan atas dan bawah) secara tunggal. Subjektif kepada rekabentuk, ia kemudiannya disambung dengan siyah dari kayu pada kedua-dua hujung. Bahagian yang diperbuat dari gentian-kaca kemudiannya ditutupi dengan lapisan kulit dan dihias. Kerana pembuatannya lebih mudah, kebiasaannya, busur dari jenis ini dijual dengan harga yang paling murah berbanding lain-lain jenis busur tradisional komersil. Busur jenis ini agak lasak dan mempunyai prestasi panahan yang baik.
Busur resin fiberglass Toth Monggol dan Grozer Rum
Busur resin fiberglass Toth Monggol dan Grozer Rum
Walaupun begitu sesetengah tukang busur seperti Grozer membuat busur resin gentian-kaca dengan tarikan yang agak ketat, menjadikannya kurang sesuai untuk yang baru bermula memanah. Busur jenis ini kebiasaannya mempunyai panjang tarikan maksimum sehingga 29 inci atau kurang sahaja. Lengan-lengan busur kompaun yang berprestasi tinggi adalah diperbuat menggunakan kaedah ini, jadi ia tidak boleh dikatakan sebagai teknik pembuatan yang tidak bermutu. Busur tradisional dari jenis ini adalah busur Toth Zoltan, busur Toth Istvan, busur Tamas Kovacs dan juga busur asas Grozer (basebow).

BUSUR KAYU BERLAPIS / WOODEN LAMINATED BOW

Kebanyakan busur tradisional dengan kualiti yang lebih baik adalah terdiri dari jenis ini. Bahan asas adalah lapisan-lapisan kayu sebagai teras utama yang digamkan di bawah tekanan berselang-seli dengan bahan gentian-kaca. Jenis kemasan selalunya mengikut jenis kayu pada lapisan paling luar; seperti Ash, Zebrano, Mahogany, Yew, Black Poplar, Indian Cherry dan sebagainya, manakala teras utama hanya dari jenis kayu tertentu sahaja. Selain kemasan kayu semula-jadi, ada juga kemasan cat atau disudahi dengan elemen dekoratif dan motif tradisional. Di samping itu, ia dilengkapi dengan aksesori tambahan pada busur menggunakan bahan dari kulit dan tanduk binatang.
Busur kayu berlapis Oszkar Magyar dengan plat tanduk pada siyah
Busur kayu berlapis Oszkar Magyar dengan plat tanduk pada siyah
Busur kayu berlapis dikenali kerana mempunyai tarikan lembut dan lancar. Walaupun berada di tangga kedua pada hirarki harga, ia sebenarnya sangat disarankan untuk bermula dalam memanah. Terdapat busur jenis ini, seperti busur Oszkar dari Hungary yang dijual lebih murah berbanding busur resin gentian-kaca. Busur kayu berlapis boleh mempunyai panjang tarikan maksimum antara 30-33 inci, bergantung kepada teknik pembuatan dan rekabentuk.
Ratio campuran dan jenis bahan gentian-kaca dan resin sintetik yang digunakan adalah rahsia utama tukang-tukang busur yang dijaga rapi kerana ia mempengaruhi kelembutan tarikan busur. Disebabkan faktor ini, busur Saluki mendapat perhatian ramai dan dijual dengan harga yang sangat tinggi. Busur tradisional dari jenis ini adalah busur Oszkar, Kassai, Grozer, Szaloki, Saluki, Vegh, Akos, Tarvei dan lain-lain.
Busur Kaya dari Korea berada di dalam kategori yang sedikit terasing dan boleh diletakkan di dalam kategori hibrid moden kerana meletakkan bahan karbon di lapisan dalaman, iaitu pada perut busur. Ia juga satu-satunya jenis busur yang menggunakan bahan fabrik sebagai kemasan luar. Busur tradisional barat; seperti busur Panjang (Long bow) dan busur tradisional Amerika (American traditional bow) juga adalah dari busur jenis kayu berlapis ini.

BUSUR TANDUK BIO-KOMPOSIT / BIO-COMPOSITE HORN BOW

Busur jenis ini adalah lebih mahal dan baik dari jenis sebelumnya, dengan karakteristik tarikan yanng sangat lembut dan lancar. Ia pada asasnya adalah juga sejenis busur kayu berlapis. Ia terdiri dari bahan kayu sebagai teras utama (middle core layer), sinew termampat (tendon binatang) pada lapisan luar (outer layer) dan tanduk termampat pada lapisan dalaman (inner layer) iaitu bahagian perut busur. Lapisan tanduk ini adalah sama ada dari tanduk kerbau air, biri-biri liar (Bighorn), kambing gunung (Ibex) dan juga lembu Kelabu Hungary (Steppe cattle).
Sinew-Wood-Horn composite bow
Diagram binaan sinew-kayu-tanduk pada busur tradisional Turki
Kesemua lapisan ini dilekatkan di bawah tekanan, menggunakan gam epoxy atau resin sintetik yang diperkuat dengan gentian-kaca yang fleksibel.
Kemasan akhir boleh jadi lapisan sinew di luar lengan dan tanduk di perut busur sahaja, atau ditutupi dengan lapisan kulit (ikan, ular atau lembu) dengan atau tanpa diberikan dekorasi motif tradisional. Lain- lain komponen busur pada bahagian pemegang dan siyah adalah diperbuat dari tanduk, kayu, kulit dan tulang. Kadang-kadang lapisan sinew digantikan dengan lain-lain bahan sintetik moden, menjadikannya di bawah jenis sub-kategori busur tanduk komposit sintetik.
Busur tanduk buatan Grozer – perhatikan lapisan plat tanduk pada bahagian lapisan dalaman / perut busur
Kerana penggunaan tanduk pada lapisan dalaman, busur jenis ini juga dipanggil busur tanduk (horn bow). Sesetengah busur kayu berlapis biasa ada meletakkan lapisan hiasan/pelindung dari tanduk pada bahagian siyah, ini tidak menjadikannya sejenis busur tanduk.
Busur tanduk bio-komposit boleh mempunyai panjang tarikan maksimum antara 31-35 inci, bergantung kepada teknik pembuatan dan rekabentuk. Busur tradisional dari jenis ini adalah busur buatan Kassai, Grozer dan Saluki, di samping tukang-tukang tradisional yang lain.

BUSUR TANDUK REPLIKA SEJARAH / HISTORICAL REPLICA HORN BOW

Busur ini adalah busur tanduk bio-komposit yang menggunakan 100% bahan pembuatan klasik semula-jadi. Bahan-bahan utama adalah kayu, sinew dan tanduk. Kemasan selalunya adalah dengan lapisan kulit (ikan, ular atau lembu) yang dihiaskan dengan elemen dekoratif tradisional mengikut tema rekabentuk busur, sementara lain-lain komponen busur diperbuat daripada tanduk, kayu dan tulang.
Lapisan-lapisan kayu, sinew dan plat tanduk dilekatkan dengan kaedah lama melalui pulasan tali menggunakan gam yang hanya boleh direbus atau diekstrak dari perut ikan sturgeon, yang kini diklasifikasikan sebagai hidupan yang terancam. Tukang-tukang yang mahir dengan kaedah lama ini amat sedikit, sekaligus membataskan pengeluaran busur ini. Kalau di Korea dan di Jepun, tukang-tukang lama ini diberikan status “National Living Treasure” untuk mengiktiraf kemahiran dan pengetahuan mereka di dalam seni pembuatan busur. Busur tanduk replika sejarah menggunakan bahan pembuatan klasik semula-jadi ditambah kaedah pembuatan yang asli.
Kerumitan hiasan motif Islamik dan tradisional pada busur tanduk Turki
Kerumitan hiasan motif Islamik dan tradisional pada busur tanduk Turki
Teknik pembuatan adalah menggunakan kaedah atau olahan kaedah dari abad dahulu-kala berdasarkan kajian kepada sejarah dan rekod penulisan lampau. Disebabkan itu, proses pembuatan busur ini boleh mengambil masa yang panjang (antara 10-12 bulan) dan menjadi mahal.
Busur tradisional dari jenis ini adalah busur Grozer dan Saluki, di samping busur buatan tukang-tukang tradisional Turki, China, Mongolia, Korea dan lain-lain.
pemanah-berkuda
credit to : http://arramy.com/artikel/jenis-jenis-busur-tradisional/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...