Wednesday, May 3, 2017

🌳 UNIKNYA MINYAK ZAITUN
------------------------------------------

QURANIC FOOD SEBAGAI AMALAN HARIAN KITA...

Bagaimana nutrisi yang baik dan bagus itu adalah merupakan prevention and cure sebagai penghalang dan juga penyembuh kepada sebahagian besar daripada masalah-masalah kesihatan yang berlaku pada hari ini.

.

Apabila kita membaca surah At tin, ayat ini biasanya kita hafal dan semestinya terdapat keistimewaan dan kelebihan kepada produk teen dan juga zaitun.

Bahkan apa yang menjadi lebih hebat, zaitun ini adalah merupakan satu makanan yang diiktiraf dalam semua agama, bukan hanya semata-mata islam juga boleh kita jumpa pujian dan juga dorongan dan juga suggestion daripada bible juga apa yang di fahami dalam agama-agama yang lain seumpama agama yahudi.

.

Bahkan ia juga merupakan satu makanan yang terbukti secara klinikal daripada lebih 3,000 tahun dahulu sehingga hari ini adalah merupakan satu makanan yang membawa kepada nutrisi yang baik mampu untuk menghalang daripada pelbagai penyakit dan membantu kearah kesihatan yang lebih baik.

Inilah keistimewaan zaitun.

Alhamdulillah, pada hari ini apabila Olive House adalah merupakan salah satu syarikat yang mana kita mengimport produk-produk yang di sebut Quranic Food tersebut.

Dalam masa yang sama kita mementingkan bagaimana khasiat-khasiat ataupun kualiti-kualitinya yang menjadikan kesihatan itu mendapat manfaat yang paling maksima apabila diamalkan produk tersebut.

.

Daripada maklumat pembacaan kita, kita tahu bahawa zaitun tidak dinafikan adalah merupakan satu pemakanan yang bagus tetapi bagaimana untuk kita mengetahui produk yang bagus itu sememangnya bagus betul dan berkualiti untuk diamalkan.

Memang sukar untuk kita mendapatkannya.


Kadang-kadang bila kita bercakap, baguslah makanan ni berkhasiat sebagai contoh kita katakan tomato berkhasiat tetapi tomato yang dijual ni kita tidak tahu gred yang mana, tidak tahu kaedah pemprosesan, apa yang berlaku, yang menyebabkan adakalanya kita hanya terpengaruh dengan ucapan produk itu bagus tetapi kualitinya telah hilang sama sekali dan tidak memberi manfaat pada tubuh.

.

Jika kita hendak mendapatkan produk zaitun yang berkualiti tinggi ataupun ingin untuk di pastikan minyak zaitun yang kita beli itu adalah minyak zaitun yang memang mempunyai khasiat yang paling maksima, sebolehnya kita pastikan 3 syarat berikut:

1- Minyak zaitun yang tidak ditapis dan perahan sejuk.

2- Dibotolkan didalam botol kaca berwarna gelap atau dimasukkan didalam kotak.

3- Pastikan apabila anda ingin hendak beramal dengan zaitun jangan beramal menggunakan kapsul. Bila beramal dengan menggunakan kapsul softgel atau apa-apa kapsul, kita telah menyebabkan optima pengamalan tersebut semakin berkurangan kerana minyak yang tersentuh dengan lidah, yang terkena lidah kita, yang bercampur dengan enzim air liur kita menyerap ke kerongkong, dada dan ke perut itulah yang memberi manfaat yang cukup besar untuk kesihatan.

.

Maka jika mahu mendapat produk yang menepati tiga syarat tersebut, kita tahu secara klinikal minyak zaitun adalah merupakan satu minyak dalam kategori minyak-minyak yang lain.

Doktor selalu pesan, jangan ambil minyak yang menyebabkan kolesterol menjadi tinggi, tetapi jika kita tanya lagi doctor-doktor pakar ada tak pengecualian kepada apa yang dikatakan. Doktor pakar akan katakan minyak zaitun adalah satu-satunya minyak yang paling pelik.

Bukan ia mendatangkan kolesterol tetapi ia menghapuskan kolesterol.

Betapa banyak diantara orang-orang yang ingin untuk mencari altenatif perawatan secara semulajadi yang tidak mahu mengambil ubat kimia sintetik dengan kesan seumpamanya.

Amallah minyak zaitun secara tidak langsung dan bersama dengan pemeriksaan doctor.

.

Hari ini kita boleh temukan sejuta satu fakta berhubung tentang bagaimana pengamalan diet Mediterranean iaitu minyak zaitun ialah merupakan satu pengamalan kesihatan yang paling murah, yang paling berkesan, yang paling bagus yang diamalkan oleh bijak pandai di seluruh dunia.

.

Hari ini kita kongsikan bersama, kenapa orang selalu katakan “..dia takpa la boleh beli ubat, boleh pi hospital hebat-hebat.“

Kadang-kadang bila kita periksa tak dak pun makan ubat mahal-mahal, tak dak pun tentang pergi hospital mahal-mahal, tapi bila pergi periksa rupa-rupanya pengetahuan yang dimiliki oleh mereka, mereka adalah kelompok masyarakat yang sentiasa beramal dengan minyak zaitun.

<3 inilah="" keistimewaannya="" minyak="" nbsp="" p="" zaitun.="">Bersama Amalkan Gaya Hidup Aafiyat

-We Begin With Nature-

===========================

DAPATKAN YANG ORIGINAL, PASTINYA KELUARAN OLIVE HOUSE.

HUBUNGI KAMI Ejen Sah dan Berdaftar...
<3 inilah="" keistimewaannya="" minyak="" nbsp="" p="" zaitun.="">
'CLICK' untuk PM/Whatsapp tempahan:
<3 inilah="" keistimewaannya="" minyak="" nbsp="" p="" zaitun.="">
<3 inilah="" keistimewaannya="" minyak="" nbsp="" p="" zaitun.="">m.me/olivehousemctsabicoshop

@

http://olivehousehululangat.wasap.my/

#OliveHouseHuluLangat#
#ProdukTerbaikDunia#

Pencetus Senyuman Semulajadi

credit to-Team Fanpage Legenda Height<3 p="">

Saturday, April 15, 2017

SUNNAH MENCARI & MENUNTUT ILMU...



Hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam shahihnya, dari hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ ، وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

“Barangsiapa yang menempuh suatu perjalanan dalam rangka untuk menuntut ilmu maka Allah akan mudahkan baginya jalan ke surga. Tidaklah berkumpul suatu kaum disalah satu masjid diantara masjid-masjid Allah, mereka membaca Kitabullah serta saling mempelajarinya kecuali akan turun kepada mereka ketenangan  dan rahmat serta diliputi oleh para malaikat. Allah menyebut-nyebut mereka dihadapan para malaikat.”


JOM MENGAMAL QURANIC FOODS..
#Sekarang di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah Bt.14 Hulu Langat bersama uStaz Zamri (MANTOP)...

Dapatkan rangkaian produk Makanan Qurani, Alami & Organik OLIVE HOUSE daripada saya Senior Agen OH. Penghantaran percuma sekitar lembah kelang.


'CLICK' untuk PM/Whatsapp tempahan:

m.me/olivehousemctsabicoshop

@

http://olivehousehululangat.wasap.my/

Wednesday, April 12, 2017




Perbezaan Kolesterol LDL (Jahat) Dan Kolesterol HDL (Baik)



Kolesterol merupakan jenis lipit atau lemak yang terdapat dalam tubuh manusia. Kolesterol mempunyai fungsi untuk menghasilkan hormone dan vitamin D pada membrane sel dinding. Kolesterol secara umum dihasilkan sendiri oleh tubuh dengan kadar tertentu. Kolesterol juga terdapat di makanan seperti daging, minyak, telur, dan makanan hewani lainnya. Jika kadar kolesterol dalam tubuh terlalu tinggi, akan membuat sebuah plak dalam darah. Plak tersebut akan menyumbat di bagian aliran darah, sehingga mengalami penyempitan. Jika pembuluh darah mengalami penyempitan akan mengakibatkan penyakit jantung dan penyakit stroke. Secara umum ada dua jenis kolesterol yaitu kolesterol LDL dan kolesterol HDL.
Kolesterol LDL
Kolesterol LDL (Low Densisty Lipoprotein) atau biasa disebut sebagai kolesterol jahat. Kandungan ldl yang tepat dalam tubuh sekitar 60% sampai 70%. LDL akan membawa kolesterol ke seluruh tubuh yang diperlukan melalui jaringan arteri. Dia akan mengirimkan saja ketika sel tersebut memerlukan. Tetapi ketika ldl terlalu banyak, akan menimbun kolesterol pada arteri sehingga menyebabkan plak-plak. Timbunan kolesterol tersebut akan menyumbat saluran pembuluh arteri. Ldl berpengaruh dengan kadar lemak jenuh dalam tubuh dan kandungan kolesterol yang kita makan. Sehingga ketika kadar kolesterol tinggi, anda harus melakukan diet rendah lemak.
Kolesterol HDL
Diatas kita sudah membahas mengenai kolesterol ldl, lalu apa perbezaannya dengan kolesterol hdl. Kolesterol hdl merupakan kolesterol baik yang baik untuk tubuh walaupun kadarnya tinggi. HDL (High Desity Lipoprotein) tidak mengandung banyak lemak seperti ldl tetapi mengandung banyak protein. Ldl berfungsi sebagai pengantar kolesterol sedangkan hdl berfungsi sebagai pembersih dalam saluran pembuluh darah arteri. Jadi hdl akan membersihkan ldl yang terlalu tinggi dalam pembuluh darah arteri untuk kembali ke hati dan dicoba untuk didaur ulang kembali. Jika kadar hdl tinggi resiko penyakit jantung sangat kecil tetapi jika hdl rendah akan mengakibatkan penyakit jantung.
Trigleserida
Kalau kolesterol ldl adalah kolesterol yang baik dan kolesterol hdl adalah kolesterol yang jahat. Terdapat satu jenis lemak lagi dalam tubuh yaitu trigleserida. Trigleserida merupakan salah satu jenis lemak dalam tubuh yang mengandung banyak sekali energy. Ketika anda mengkonsumsi makanan dan energy dalam tubuh sudah tercukupi, sebagian energy akan disimpan sebagai trigleserida. Kadar trigleserida yang normal sangat diperlukan oleh tubuh. Tetapi jika terlalu tinggi akan mengakibatkan penyakit jantung, darah tinggi dan diabetes.



Kesimpulan:
Jadi untuk mengawal kadar kolesterol ldl, kolesterol hdl dan trigleserida dalam tubuh. Anda harus mengatur konsumsi makanan setiap harinya. Jika semua kadar normal akan membuat anda terhindar dari penyakit-penyakit yang berbahaya. Jaga pola makan, istirahat yang cukup dan senaman yang cukup. Jika kadar kolesterol terlalu tinggi, anda disarankan untuk melakukan diet rendah lemak dan jangan mengkonsumsi sembarangan ubat kolesterol, kerana di zaman sekarang sangat banyak ubat kolesterol yang mengandung bahan kimia berbahaya, yang malah boleh merosakkan tubuh Anda. Lalu apa solusi untuk menyembuhkan kolesterol?...PMZ/OLIVIE30+ DAN SCT...xkenal?...jom kenal...





Dapatkan rangkaian produk Makanan Qurani, Alami & Organik OLIVE HOUSE daripada saya Senior Agen OH. Penghantaran percuma sekitar lembah kelang.

'CLICK' untuk PM/Whatsapp tempahan:

m.me/olivehousemctsabicoshop

@

http://olivehousehululangat.wasap.my/

Sekian artikel kali ini, semoga memberikan manfaat kepada semua ya...

Friday, January 15, 2016

Rahsia Di Sebalik Pengambilan Makanan Sunnah

Zaman beredar & berubah, namun sunnah junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW tetap tidak berubah & masih tegar di ingatan. Sebahagian golongan masih mengamalkannya & segelintirnya lagi mungkin tidak. Justeru, kita tahu banyak sunnah Nabi SAW yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita, tetapi hari ini saya ingin menumpukan sahaja ke arah pengambilan makanan sunnah daripada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang mana tidak semua orang mengetahui kelebihan & juga fadhilat di sebalik makanan sunnah itu sendiri.

Masa berganti hari, minggu berganti bulan & tahun. Tanpa disedari, fenomena pengambilan makanan yang kurang baik untuk kesihatan semakin berleluasa. Adakah ini menunjukkan kita lupa & alpa akan makanan sunnah junjungan kita Nabi Muhammad SAW? Yang penuh dengan khasiat tersirat & baik untuk kesihatan serta pelancaran organ dalaman. Kadangkala kita sering leka & tidak mengambil peduli terhadap makanan yang diambil. Tidak menilai dari aspek kualiti & kesannya kepada diri yang akan menempuh kehidupan yang kita sendiri tidak tahu pelbagai ujian menanti di hadapan.

Terfikirkah kita, apakah rahsia di sebalik khazanah berharga ini? Ya, mungkin ramai juga yang mengamalkan pengambilan makanan sunnah ini tetapi tidak ramai yang meneroka & menyingkap kelebihan serta rahsia di sebaliknya. Seperti yang kita ketahui antara makanan sunnah yang boleh diamalkan dalam pemakanan kehidupan seharian kita adalah seperti buah kurma, kismis, madu, buah tin, buah zaitun, buah delima, buah aprikot, kacang badam, za'faran & banyak lagi. Kesemua makanan sunnah di atas pula dipecahkan lagi dengan pelbagai jenis & aneka rasa. Kadangkala dicampurkan makanan tersebut di dalam masakan, kek, air & juga dimakan begitu sahaja.

Fakta Kelebihan Makanan Sunnah :
Adalah menjadi satu kepentingan bagi seseorang itu tahu akan kelebihan di sebalik makanan sunnah Nabi Muhammad SAW. Ianya bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan dari segi fizikal tetapi juga baik untuk organ dalaman seperti membantu melancarkan penghadaman makanan & pelancaran peredaran darah. Di samping itu, setiap makanan sunnah tersebut ada kelebihannya tersendiri.

1. Buah kurma/tamar :


Kurma dapat membantu pelancaran proses peredaran darah, mencegah serangan strok, baik untuk ibu yang hamil & bersalin. Seperti yang dinyatakan di dalam ayat Al-Quran tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayyidatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa 'Alaihi Salam. Firman Allah SWT :

Maksudnya : "Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak". (Surah Maryam : 25).

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unsur zat besi & kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam Al-Quran & hadis Rasulullah SAW bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa.

Selain itu juga, diriwayat oleh Aisyah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan". Bahkan buah kurma juga mampu menghindarkan seseorang itu daripada gangguan syaitan, sihir & yang seumpama dengannya. Sebagaimana Rasulullah SAW telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar 'Ajwah' dia akan terkawal daripada kejutan syaitan & sihir pada hari itu".

Kajian & Penemuan Sains Perubatan :
Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran & hadis Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr. Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku "Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah & perundangan", hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan & membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Manakala hasil kajian Prosefor Madya Aisyah Mohd Zain, Pensyarah Fakulti Sains & Bioteknologi Universiti Putra Malaysia, menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu & barah usus besar. Selain itu, membantu merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan & melawaskan. Di samping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut. Ini adalah antara kajian sains yang telah dibuat berdasarkan perincian kelebihan buah kurma tersebut.

2. Buah Kismis :


Sebagaimana kurma, kismis juga ada kelebihannya tersendiri. Kismis adalah satu "manisan" asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolesterol atau lemak serta rendah kandungan garam. Di samping membekal tubuh badan dengan banyak vitamin & mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium & vitamin B1, B3 & B6, kismis juga mengandungi zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak & ke seluruh badan. Kismis merupakan serat yang baik & kaya dengan agen antioksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru & pelajar. Nabi Muhammad SAW bersabda : "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf & menghilangkan letih". Di tambah lagi, "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Kelebihan Kismis Yang Dikenalpasti :
Membantu meningkatkan memori & hafalan, memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam & kabur pandangan. Ia juga dapat membantu melawaskan pembuangan air besar, melindungi hati, memperbaiki ton & keanjalan kulit, melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi bagi kanak-kanak. Selain itu membantu menguatkan hafalan, menajamkan mata, minda & menambah fahaman serta minat belajar khususnya bagi pelajar.

Secara umumnya, ia membantu memulihkan keletihan saraf, membantu mengurangkan stres, merawat penyakit histeria, penyakit anemia, merawat masalah anak hyperaktif & sebagainya. Jika hendak dijelaskan satu persatu amatlah banyak kelebihan setiap satu makanan sunnah Rasulullah SAW yang boleh diamalkan dalam pemakanan sehari-hari.

Kajian Pakar Terhadap Kismis :
Menurut Pakar Pembangunan Kanak-Kanak di sebuah hospital tempatan, Ruth Liew, ramai yang semakin lupa bahawa kismis mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli. Ia mampu memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak. Memang gula-gula mampu memberi tenaga yang lebih, tetapi ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi hyper & menjadi lemah apabila kandungan gula itu mula merosot. Berlainan dengan kismis, kerana ia akan menyebabkan kanak-kanak mendapat tenaga yang seimbang & menyihatkan badan.

Kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru, kita perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.

3. Buah Tin :


Fakta sains menjelaskan bahawa buah tin dari jenis (Carica Ficus) di Maroko & negara-negara Afrika Utara lainnya, buah ini dikenal dengan sebutan "karmouss" & kerana keberadaannya yang banyak tersebar di pesisir Laut Tengah, maka buah ini banyak sekali disebutkan dalam literatur-literatur sejarah kuno & sebagaimana juga disebutkan pada kitab-kitab samawi.

Fakta Sains & Hadis :
Dalam fakta sains moden menjelaskan bahawa cairan tin yang dicampurkan pada banyak ramuan-ramuan perubatan memiliki keberkesanan tinggi. Oleh kerana itu Nabi Muhammad SAW menyatakan buah ini dalam salah satu sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Abu Dardaa, bahawasanya telah dihidangkan kepada Nabi sebuah menu dari buah tin, maka Nabi mengajak sahabat-sahabatnya menyantapnya bersama beliau lalu bersabda : "Jika aku mengatakan ada buah yang turun dari langit, maka buah inilah (menunjukkan buah tin)".

Ibn Alqayyim dalam bukunya "Ath-Thib Annabawi" menyatakan riwayat hadis di atas : "Menguji keberkesanan pengubatan Nabi sebagai tersebut dalam hadis ini, dapat disimpulkan beberapa teori. Pada zaman dahulu kala, buah tin telah banyak dipakai untuk kepentingan perubatan, tokoh-tokoh kedoktoran terdahulu seperti Ibn Sina telah banyak mengetahui buah tin mempunyai banyak faedah perubatan".

Kelebihan Buah Tin :
Melalui perubatan tradisional pada dekad terakhir ini juga telah mengenal kemujaraban buah tin di mana dianggap secara perubatan menyembuhkan berbagai penyakit seperti mengubati luka-luka, borok, selesema burung, mag, gangguan sirkulasi menstrurasi & luka terbakar. Di samping itu, buah tin juga kaya dengan vitamin A & B serta kadar tertentu dari vitamin C. Dan mengandungi garam pokok seperti kalsium, fosfur, zat besi yang membangun pertumbuhan badan & pembangkit tekanan darah. Selain itu, kandungan buah tin juga kaya dengan serat, kalium & magnesium yang dapat mengurangi serangan angin & mampu mengawal tekanan darah tinggi serta mampu mengurangi berat badan. Oleh kerana itu, buah tin sangat sesuai mengatasi masalah berat badan.

Dengan lebih jelas, di dalam kitab Tafsir Al Munir tulisan Dr Wahbah Az Zuhaili; seorang tokoh ulama' di bumi Syam As Syarif, mentafsir Surah At-Tin yang mana penulis ada menyatakan bahawa buah tin mempunyai 1001 rahsia penyembuhan. Antara penyakit yang boleh diikhtiarkan penyembuhannya melalui pengambilan buah tin secara konsisten 2 kali sehari paling kurang selama 40 hari adalah :

1. Membersihkan buah pinggang & rawatan buah pinggang yang rosak.
2. Mengurangkan kepanasan badan ketika demam.
3. Memecahkan batu karang di dalam badan.
4. Menyegarkan badan yang lesu.
5. Mengeluarkan toksin & racun dalam badan.
6. Rawatan buasir.
7. Meredakan sakit kulit seperti ruam, panau & lain-lain.
8. Rawatan penyakit gout.

Justeru, Allah SWT menyebutkan beberapa jenis buah & tumbuh-tumbuhan di dalam Al-Quran, menyebutkan buah tin sekali saja pada Surah At-Tin. Surah terakhir ini merupakan surah satu-satunya mengambil judul nama tumbuhan, berbeza dengan surah yang bertema binatang yang banyak menjadi judul surah-surah Al-Quran seperti Al-Baqarah = sapi betina, An-Naml = semut, An-Nahl = lebah, Al-'Ankabuut = labah-labah & Al-Fiil = gajah.

Dari keterangan di atas menegaskan bahawa tin merupakan buah yang sangat dahsyat, memiliki kegunaan perubatan yang sangat banyak. Menurut Ibn Al-Qayyim Al-Jouzi lagi bahawa : "Mengingat tin tidak terdapat di daratan Hijaz & kota Madinah, serta langkah penyebutannya dalam sunnah, kerana lahan tin memang tidak serasi dengan lahan kurma. Akan tetapi, Allah bersumpah di dalam Al-Quran demi tin kerana menfaat & kegunaannya yang sangat banyak itu". Maka Ibn Al-Qayyim berkesimpulan bahawa yang dimaksud ayat sumpah adalah buah tin yang telah dikenal luas itu.

4. Madu :


Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah ialah madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenalpasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri.

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran :"Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir". (Surah An-Nahlu, Ayat 68 & 69)

Demikian betapa hebatnya ciptaan Allah SWT yang memberikan segala rahmat-Nya kepada semua manusia di muka bumi ini mengenai khasiat madu yang diperoleh dari lebah. Sesungguhnya, firman Allah itu telah dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang berkali-kali menyatakan bahawa madu adalah sangat baik untuk kesihatan, menyembuhkan penyakit, menguatkan ingatan minda & membawa banyak khasiat lain. Sabda Rasulullah SAW :

1. "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".
2. "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
3. "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati & menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
4. "Allah SWT telah meletakkan berkat di dalam madu & menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri & madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Tambahan lagi, madu mampu menyembuhkan pelbagai penyakit ringan & berat seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, demam, melancarkan peredaran darah, menurunkan suhu badan & banyak lagi. Malah, Ibnu Sina sendiri mengamalkan meminum madu yang dikatakan memberikan padanya umur yang agak panjang & awet muda sehingga ke akhir hayat.

Namun, agak menyedihkan apabila ramai di kalangan kita yang lebih berminat untuk mengambil minuman gas ciptaan barat atau berkafein tinggi meskipun dibuktikan secara saintifik sebagai merbahaya kepada kesihatan manusia.

Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan & buah-buahan. Begitu juga dengan madu lebah kerana dalam Al-Quran sendiri telah menggariskan berbagai pengajaran & maklumat penjagaan diri daripada berbagai penyakit, mahupun kesihatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur.

Firman Allah dalam Surah Al-Nahl :"Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan & tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan". (Surah An-Nahl : 69)

Begitu juga, Rasulullah SAW bersabda :"Ambillah atau pergunakanlah olehmu sekalian akan 2 ubat penyembuh iaitu madu & Al-Quran". (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Dari hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi & vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh & cepat memberi tenaga.

Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika diamalkan setiap hari akan mencegah daripada berbagai penyakit & memberi tenaga yang cukup.

Khasiat Madu Yang Terbukti :
Madu mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan, hemoglobin & dapat mencegah dari serangan anemia. Manakala bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi. Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan, dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulser, sumber laxative yang asli & lembut. Ia juga merupakan sumber utama vitamin & mineral yang kaya, sumber tenaga yang hebat & semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan. Selain itu juga, mampu memulihkan kekuatan tubuh, membersih & menambah darah.

Madu juga baik untuk pertumbuhan janin & bayi dari segi fizikal & mental, menyembuh dengan segera cirit-birit, mengeluarkan lendir dalam badan bayi & menguatkan minda kanak-kanak. Secara umumnya ia membantu menguatkan jantung, buah pinggan & badan. Selain membantu menyembuhkan penyakit, ia juga membantu mengurangkan kesakitan bagi golongan wanita yang didatangi haid & baik untuk perempuan mengandung serta bersalin.

5. Delima :


Di dalam Al-Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud : "Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma & delima". (Surah Al-Rahman Ayat 68)

Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayat-Nya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu & ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhluk-Nya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium & mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium & fosforus. Manakala zat protein & lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan.

Justeru, ia digelar "superfruit" mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid alergik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payudara, organ paru-paru & jantung atau sistem kardiovaskular. Kajian menunjukkan delima boleh memusnahkan sel kanser payudara tanpa memudaratkan sel sihat & menghalang sel kanser payudara membentuk.

Selain itu, delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5%. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular. Ia juga boleh mencegah & melambatkan penyakit nyanyuk atau penyakit Alzheimer. Beberapa kajian lain menunjukkan delima boleh mengurangkan pembentukan plak gigi, mencegah kemerosotan rawan & menghalang radang sendi.

Dalam sebuah hadis Mauquf & Marfu', Rasulullah SAW bersabda bahawa buah delima termasuk buah syurga."Tak satupun buah delima yang kalian tanam, melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima syurga". Harb & lainnya meriwayatkan juga dari Ali bin Abi Thalib bahawa Rasulullah bersabda yang ertinya, "Makanlah buah delima berserta minyak & atau lemaknya kerana ia dapat mengaktifkan pencernaan" (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Ibnu Qayyim dalam buku At Tibb An Nabawi berkata tentang buah delima,"Sesungguhnya buah delima itu sangat baik untuk perut kerana dapat menguatkannya". Menurut Ibnu Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas & lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada & paru-paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nabi Muhammad SAW daripada Ali & Abu Nu'aim yang bermaksud : "Buah delima & kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan & ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan & akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit-birit, anemia, tekanan darah tinggi & arthritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung & membantu dalam fungsi saraf & otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan.

Maka di sini kita dapat lihat bahawa setiap makanan sunnah Rasulullah SAW itu memiliki kelebihan & rahsianya yang tersendiri untuk kebaikan & kesihatan tubuh badan manusia. Selaras dengan firman Allah SWT & hadis Nabi SAW di atas yang menjelaskan peranan & kepentingan buah atau makanan tersebut. Banyak lagi makanan sunnah yang mempunyai kelebihan yang tidak kita ketahui secara terperinci.

Oleh itu tanggungjawab bersama untuk melatih diri mengamalkan pengambilan makanan sunnah Rasulullah SAW yang memberi kesan positif untuk tubuh badan serta minda kita dalam menjalani kehidupan seharian. Seperti kata pepatah melayu "Mencegah lebih baik daripada mengubati".

Credit to : Berita Harian (05/04/2013), Oleh : Wirdatul Jannah Mohamad, Universiti Sains Islam Malaysia

BERMINAT untuk mencuba produk kami?
Boleh PM/SMS/WhatsApps saya di 019-3511776
MCT SABICO ENTERPRISE
Email : olivehousemctsabico@gmail.com

Friday, December 11, 2015

PRODUK OLIVE HOUSE

 - agen rasmi OliveHouse Lembah Kelang - MuazAnuar 0193511776

PRODUK KELUARAN OLIVE HOUSE

OLIVIE PLUS 30x

Olivie 30x - mempunyai 30 kali ganda lebih tinggi hydroytyrosol.
Olivie 30x - mempunyai 30 kali ganda lebih tinggi hydroytyrosol.

PRODUCT INFORMATION

Menurunkan paras LDL (kolestrol tidak baik) dan trigeliserida (menghalang deposit kolestrolpada dinding salur darah yang menyebabkan atherosklerosis) dan pencegahan terhadap kanser (payudara, usus, prostat dan leukemia) dan penyakit neurodegenerative (Alzheimer). Kandungan khasiat berlipat ganda lebih tinggi dari pati minyak zaitun biasa. Ini terjadi akibat tanah yang kering dan persekitaran gurun yang teruk telah menyebabkan pohon zaitun mengeluarkan lebih bahan pertahanan dalam selnya dan seterusnya membawa buah zaitun tersebut kepada satu aras peningkatan nilai khasiat 25 ke 30 kali ganda lebih tinggi hydroytyrosol dan 10 kali ganda lebih tinggi dari jumlah polyphenol. Kandungan ini mampu melepasi halangan peredaran darah di dalam otak(blood brain barrier) kerana ia adalah molekul antioksida yang paling kecil dan unik.
  • RM 85.90 (Peninsular Malaysia)
  • RM 90.90 (Sabah/Sarawak)
___________________________________________________________________

ACTION & INDICATION

ANTIOKSIDAN

melindungi daripada sebarang pemusnahan sel oleh radikal bebas

ANTI-KANSER

barah payudara (kebiasaan kepada oncogenic Her-2/neudan Herceptine) barah prostat, barah usus dan leukemia

ANTI-RADANG ATAU ANTI INFLAMASI

Arthritis sendi, Myositis

PERLINDUNGAN JANTUNG

keputusan positif dari pakar perubatan (kajian perubatan selepas pengambilan selama 2 bulan);
Penurunan kadar kolestrol sebanyak 20% (dari 2,75 g/L kepada 2,27 g/L); dan
Pengurangan kandungan triglicerida sebanyak 30% (dari 2,78 g/L kepada 1,98 g/L)

HYPERGLIKEMIA & DIABETIS

Melawan hyperglikemia dan pencegahan kepada komplikasi diabetis. Selepas 2 bulan, kandungan glukos di dalam plasma tikus-tikus diabetes yang dirawat dengan hydroxtyrosol telah menurun kepada 55% berbanding tikus-tikus yang belum dirawat.

ANTI-PENUAAN

Meningkatkan biognesis mitokondria (penuaan awal dikaitkan dengan mutasi mikondria).Menggalakkan ekpresi protein-protein yang berkaitan dengan ketahanan sel kardiak jantung (PBEF, Sirts,FOXOs).

ALZHEIMER

Hydroxtyrosol adalah molekul antioksida yang paling kecil dari segi saiz dan berat dan satu-satunya molekul yang mampu melepasi halangan peredaran darah di dalam otak. Hydroxtyrosol juga mampu memberi perlindungan yang lebih baik terdapat sel otak bagi melawan kesan-kesan Alzheimer dan Parkinson.Perencatan pada hiperfosforilasi protein Tau (kesan dari kemerosotan sel-sel otak).

PSORIASIS

keputusan positif yang pertama bagi 5 orang pesakit(hilang rasa gatal, sclerosis menurun dan kulit semakin lembut) Kajian klinikal dilakukan ke atas 40 orang pesakit. Dos : 2 sudu makan sehari di ikuti dengan penggunaan luaran (2-3 kali sehari)

ANTI-MIKROBIAL

bertindak sebagai bahan anti-bakteria terhadap sistem pernafasan dan sistem pencernaan (terhadap Haemophilus, Influenza, Moraxella cattarhalis, Salmonella typhi, Vibrio parahaemolyticus, Staphylocuccus aureus).

SEMBELIT (CONSTIPATION)

bertindak sebagai pelawas semulajadi dengan pengambilan 2 sudu makan sebelulm sarapan ketika perut kosong memudahkan perserakan di dalam usus
We Begin With Nature

OLIVE OIL UNFILTERED

Extra Virgin Olivie Oil ialah pati minyak Zaitun yang mempunyai kualiti terbaik.
Extra Virgin Olivie Oil ialah pati minyak Zaitun yang mempunyai kualiti terbaik.

1. Extra Virgin

"Mechanically Cold Pressed" bermaksud proses penghasilan pati minyak zaitun yang dilakukan dengan mengisar buah zaitun secara alami tanpa melibatkan bahan kimia ataupun pemanasan. Minyak yang terhasil ini dikenali Extra Virgin

2. Tidak Ditapis

Pati Minyak Zaitun yang tidak ditapis mengandungi lebih 30% "Poliphenols". Kandungan ini mampu melindungi sel manusia dari serangan radikal bebas, virus dan bakteria. Minyak zaitun yang ditapis akan hilang 4 khasiat penting seperti poliphenols, carotens, chlorophylis dan anthocyanin.

3. Tidak Bercampur

Pada tahun 1996, FDA telah membuat kajian dan mendapati 96% pati minyak zaitun yang diuji dan dilabel 100% minyak zaitun asli, hakikatnya bercampur dengan minyak sayuran yang lain.
  • RM 39.90 (Peninsular Malaysia)
  • RM 44.90 (Sabah/Sarawak)
​_____________________________________________________________________

BAGAIMANA MENGETAHUI MINYAK ZAITUN ITU ASLI ?

1. Ujian Minyak - Pati minyak Zaitun yang asli tanpa campuran, apabila dimasukkan ke dalam peti sejuk(bukan di bahagian beku) selama 24 jam, ia akan bertukar menjadi seumpama gel. Manakala minyak Zaitun yang dicampur dengan minyak sayuran lain akan kekal cair.
2. Pembungkusan - Pastikan pati minyak Zaitun di dalam botol kaca yang gelap atau di dalam kotak serta jauh dari suhu panas. Pati Minyak zaitun akan hilang khasiat apabila berada di dalam botol plastik atau terdedah kepada cahaya dan kepanasan.

KENAPA BERLAKU TINDAKBALAS ?

Berubat dengan sumber alami seumpama minyak Zaitun akan mempunyai TINDAK BALAS PEMULIHAN. Tindak balas pemulihan seumpama berasa kehilangan tenaga sementara, tidur lebih lama di waktu malam, gatal atau sakit pada bahagian tertentu anggota badan, sistem penghadaman terganggu seumpama berangin, cirit atau sembelit dan lain-lain. Tindak balas berlaku disebabkan badan cuba mengeluarkan toksid yang berada di dalam sel badan. Robert Kosh (Penerima Hadiah Nobel dalam Fisiologi dan Ubat-Ubatan): "Lebih teruk kesihatan seseorang (banyak toksik di dalam badan), lebih kuat tindakbalas pemulihan kepadanya". Tindak balas pemulihan akan berkurangan dan hilang apabila tubuh sudah semakin sihat. Perubahan dengan cara alami adalah kesembuhan secara hakiki.

NUTRISI UTAMA

 Vitamin E
 Poliphenols
 Quarcetin
 Carotens
 Linoelic Acid (Omega 3 & 6)
 Chlorophilis
 Antioxidants
 Antocyanin

MEMBANTU ORGAN DAN SISTEM TUBUH

 Sistem pembuluh Darah (Cardiovascular System)
 Sistem endokrin tubuh (Endocrine System)
 Sistem peredaran tubuh (Circulatory System)
 Sistem penghadaman (Digestive System)
 Organ/Sistem jantung bercelaru (Heart Disorder)
 Sistem Pernafasan (Respiratory System)
 Organ dan sistem mata
 Sistem imunisasi
 Menghalang pembetukan tumor
 Mengurangkan kesakitan kanser
 Menghalang pembentukan kanser
 Menyerap kalsium
 Mengelakkan keradangan (Inflammation) 
We Begin With Nature

FIG VINEGAR

Sari Cuka Teen kaya dengan pottasium
Sari Cuka Teen kaya dengan pottasium

PRODUCT INFORMATION

Berbeza dengan cuka-cuka yang telah ditapis di pasaran, Sari Cuka Teen semulajadi dibuat daripada Teen yang segar, diperah, ditanam secara organik dan Teen tesebut dibiarkan matang di dalam tong kayu bertujuan menggalakkan kualiti peragian semulajadi. Apabila ia telah matang, ia mengandungi jaringan zat yang dipanggil 'mother' dimana menjadi jelas apabila cecair cokelat pekat terdedah kepada cahaya
  • RM 15.90 (Peninsular Malaysia)
  • RM 20.90 (Sabah/Sarawak)
_______________________________________________________________________

Apakah Sifat Asas 'Mother' ?

'Mother' adalah gelap, di mana mempunyai kesan keruh di dalam pembuatan Sari Cuka Teen secara semulajadi yang melibatkan sebatian di dalam buah dan kesan Teen - 'Mother' muncul sebagai molekul protein yang bercantum. Kemunculam 'mother' menunjukkan bahawa bahagian terbaik bagi Teen tidak dimusnahkan. Cuka mengandungi 'mother' juga mengandungi enzim dan mineral yang mana mungkin cuka lain tiada disebabkan oleh proses yang berlebihan, penapisan dan pemanasan yang berlebihan.

Kenapa Sari Cuka Teen Tidak Dipasturkan ?

Pasturasi adalah proses pemanasan yang bertujuan untuk menghapuskan bakteria punca masalah kepada cecair yang boleh diminum seperti susu, jus dan sebagainya. Walaupun begitu, proses ini juga akan memusnahkan nutrisi-nutrisi kecil dan enzim yang mungkin menjadi bahagian utama itu berguna untuk dimakan.Bagi kes Sari Cuka Teen Olive House, proses pasturasi boleh memusnahkan 'mother' yang merupakan penyumbang faktor kesihatan utama kepada cuka kami

Bolehkah 'Mother' Dimakan/Diminum ?

"Mother' adalah bahagian yang paling berkhasiat yang terdapat di dalam Sari Cuka Teen dan sangat bagus untuk dihadam. Selalunya 'mother' akan berada di bahagian bawah botol. Kami menyarankan agar goncang botol perlahan-lahan untuk sebatikan mother sebelum dimakan/diminum.

Memandangkan Sari Cuka Teen Tidak Dipasturkan, Adakah ia Terlindung dari Bakteria E.coli ?

Sari Cuka Teen Olive House tidak mengandungi bakteria E.Coli kerana kandungan asid di dalam cuka berkesan membunuh 0-157 ancaman bakteria E.Coli

Perlukah Sari Cuka Teen Olive House Disejukkan

Sari Cuka Teen tidak perlu disejukkan. Kami menyarankan agar menyimpannya di tempat yang jauh dari sinaran cahaya matahari secara terus dan di tempat yang dingin.

Berapa Lamakah Jangka Hayat Sari Cuka Teen ?

FDA Menyatakan bahawa jangka hayat Sari Cuka Teen Adalah diantara 3 hingga 5 tahun selepas daripada tarikh pembotolan (tarikh seperti tertera di botol). Walau bagaimanapun, berdasarkan daripada pengalaman, Sari Cuka Teen adalah produk yang selamat, boleh digunakan dan berkesan pada satu jangka masa selagi tidak terdedah kepada sinaran cahaya matahari secara terus

Adakah Sari Cuka Teen Selamat Dimakan Ketika Mengandung ?

Sari Cuka Teen Olive House selamat dimakan ketika dan selepas mengandung untuk menyingkirkan toksik di dalam badan malah boleh membantu dengan komplikasi yang hadir ketika mengandung. Ia membantu keseimbangan dalam badan dan penghadaman. Terbaik dapatkan nasihat pakar.

Bolehkan Jika Sari Cuka Teen Diambil Terlalu Banyak ?

TIdak ada satu sukatan yang jelas sebanyak mana seseorang itu boleh/perlu ambil Sari Cuka Teen. Walaubagaimana pun, kita perlu ingat bahawa di dalam kehidupan kita perlu besederhana. Untuk sukatan yang ideal di rumah, tempat kerja, bersukan dan gym. Untuk membuat minuman kesihatan, kacau 1-2 sudu teh Cuka Teen Olive House di dalam 220ml air putih dan untuk perasa (ikut selera masing-masing) kacau 1 ke 2 Madu Asli atau 4 titik herba Stevia.

Adakah Perlu Untuk Memasukkan Madu Ke Dalam Sari Cuka Teen ?

Tidak menjadi kemestian untuk memasukkan madu kedalam koktel Sari Cuka Teen Olive House, hanya gunakan Sari Cuka Teen bersama air yang ditapis. Madu dicadangkan kerana ia telah terbukti agen bioaktif yang mengandungi vitamin dan enzim yang berguna untuk penghadaman dan metabolisma. Ia juga menambahkan kebaikan kesihatan kepada Sari Cuka Teen koktel dan untungnya, Sari Cuka Teen sendiri juga mempunyai kebaikan kesihatan walaupun tanpa madu.

Adakah Sari Cuka Teen Boleh Dimakan Secara Terus ?

Dicadangkan agar mengambil Sari Cuka Teen dicampur bersama air atau jus. Ini kerana Sari Cuka Teen bertindak seperti span, bertindak terus ke tisu badan yang boleh membuatkan anda rasa tidak selesa jika dimakan secara terus dengan menggunakan sudu sahaja.

Apakah Sebenarnya Khasiat Dalaman Dan Luaran Yang Terdapat Di Dalam Sari Cuka Teen ?

Sari Cuka Teen kaya dengan pottasium, yang mana ramai di antara kita kurang mineral yang mana akan mengganggu kita pada masa tua. Kalsium mengekalkan tisu keras kita seperti tulang, dan potasium berfungsi seperti tisu lembut yang bertindak menjaga daging dan arteri yang lembut. Buah Teen yang segar digunakan untuk membuat Sari Cuka Teen yang mana mempunyai enzim, mineral yang diperlukan seharian iaitu pottasium secara semulajadi. Selain menjadi stimulasi semulajadi untuk ketahanan badan, Sari Cuka Teen juga membersih dan mengisi semula khasiat ke dalam badan agar badan dapat sembuh sendiri. Membantu mengeluarkan toksik di dalam badan, Membantu mengembalikan keremajaan badan, Membantu meningkatkan sistem imun yang sihat, Membantu mengekalkan kulit yang sihat, Membantu mengawal berat badan, Membantu penghadaman dan asimilasi, Menyembuhkan rasa ketegangan dan sakit di bahagian anggota badan disebabkan senaman dan Menyembuhkan radang kulit.

Adakah Sari Cuka Teen Bebas Daripada Gluten ?

Ya. Sari Cuka Teen secara semulajadinya bebas daripada Gluten
We Begin With Nature

NATURAL DRIED FIG

5 biji buah teen sudah cukup memberi jumlah serat yang diperlukan oleh badan.
5 biji buah teen sudah cukup memberi jumlah serat yang diperlukan oleh badan.

PRODUCT INFORMATION

Buan Teen adalah salah satu keajaiban alam kepada manusia. Rasa buahnya yang tiada tandingan, buah teen telah menyumbang kebaikan yang banyak kepada manusia sejak beribu tahun yang lampau. Ia tidak lokek untuk mengeluarkan haruman buah yang wangi walaupun di musim kemarau dan tanah gersang. Dari dulu sehingga kini, buah teen dianggap sebagai simbol kekayaan dan kebaikan yang banyak. Pada zaman Peradaban Purba Greek, mahkota yang diperbuat dari daun teen diletakkan di atas kepala sebagai tanda kesuburan. Sejak berkurun, pemberian hadiah dengan daun teen dianggap sebagai cara untuk memberi penghormatan kepada seseorang.
  • RM 11.00 (Peninsular Malaysia)
  • RM 14.00 (Sabah/Sarawak)
_____________________________________________________________________
Buah teen dikatakan buah dari syurga dan mempunyai kepentingan yang cukup besar kepada manusia sejagat. Fakta ini bersumberkan kitab-kitab suci. SIDDARTA GUATAMA berkata beliau membina asas ajaran Buddha ketika beliau duduk di bawah pohon teen. Ini sebagai tanda pohon ini memberi inspirasi kepada beliau. Di dalam BIBLE juga disebutkan buah teen adalah buah yang tumbuh di dalam syurga dan ia dikategorikan sebagai buah yang suci. Oleh sebab itu menjadi makanan penting ketika sambutan tahun baru. 
Jika aku boleh katakan ada buah yang turun daripada syurga , akan kukatakan ianya buah Teen
Sabda Nabi Muhammad S.A.W

OLIVEHOUSE DRIED FIGS

 Penanaman dan pengeringan buah teen terletak di Buyuk ve Kucuk Sungai Menderes Basins di daerah Aegean Turki
 Berpengalaman dalam penanaman dan pemprosesan buah teen berkualiti sejak tahun 1943
 Buah teen Olive House akan dihantar ke tempat penyimpanan setelah melalui proses diinfeksi oleh pakar menggunakan teknik karbon dioksida
 Buah Teen Olive House akan melalui proses flatoxin sebanyak dua kali di bawah sinaran lampu UV. Melalui proses ini buah teen yang berkulat boleh diasingkan
 Anugerah TS-EN ISO 22000:2005 Sijil Keselamatan dan Kualiti Makanan
 Anugerah TS-EN ISO 9001:2008 Sistem Pengurusan Kualiti
 Anugerah Organic oleh Ecosert Control and Certification Company sejak tahun 1992
 BRC & HELAL

BUAH TEEN & KESIHATAN

 FIBER - Buah Teen mempunyai kandungan serat yang paling tinggi jika dibandingkan dengan buah dan sayuran lain. Antara kebaikannya ialah kesan positif kepada sistem pencernaan ke atas makanan yang kasar, menanggalkan kolestrol dalam badan tanpa perlu bercampur dengan darah dan menghalang mana-mana jenis kanser menjadi aktif. 5 biji buah teen sudah cukup memberi jumlah serat yang diperlukan oleh badan.
 ANTIOKSIDA - Berdasarkan kepada kajian, buah teen telah mendahului buah-buahan yang lain dengan mengandungi campuran phenol yang tinggi iaitu merujuk kepada antioksida.
 ASID LEMAK - Dalam masa yang sama, buah teen juga mengandungi asid lemak Omega-3,Omega-6 dan Fitosterol di mana badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri.Asid lemak mempunyai kepentingan yang bukan sebarangan bagi memastikan otak dan sistem saraf berfungsi secara sihat dan Fitosterol pula membantu untuk membuang kolestrol tanpa bercampur dengan darah, di mana ia bahaya kepada kesihatan kardiovaskular
 MINERAL DAN VITAMIN PENTING -Buah teen juga buah yang paling kaya dengan kandungan mineral. 40 gram buah teen sudah mencukupi 7% keperluan harian Potasium dan 6% keperluan harian zat besi.Semangkuk buah teen mengandungi kalsium di mana ianya sama dengan kandungan kalsium semangkuk susu. Ia mengandungi protein, karbohidrat, phosporus, kalsium, sodium, potasium, magnesium, dan juga kaya vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, C dan Asid Folic.
We Begin With Nature
PRODUK KELUARAN OLIVE HOUSE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...