Tuesday, July 10, 2012


Darul Hidayah Perlukan Sumbangan Anda. Janggan Tunggu Esok.


Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Bank CIMB : 1210-0004507056 : SURAU DARUL HIDAYAH

Atau boleh hubungi untuk sebarang pertanyaan dan sumbangan :

1) Sdr Sofian Othman : 019-282 7473
2) Sdr Mohamad Jan Sulong : 019-270 4432
3) Hj. Yunus Bahari : 019-228 9221
4) Ahmad Mu'az Bin Anuar (S/U) : 019-3511776
Tuan Guru Presiden : Pas paling kuat dalam PR
MARANG – Pas menolak dakwaan kononnya DAP akan bertanding sehingga 90 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan itu sama sekali tidak benar kerana jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh DAP adalah tidak lebih daripada Pas. "Pas parti yang paling kuat dalam Pakatan Rakyat (PR). Kita (Pas) mungkin akan bertanding sehingga 80 kerusi, DAP 50 atau 60 kerusi. Dan daripada jumlah itu pula, mereka (DAP) mungkin menang 40 atau 50 kerusi. "Dengan jumlah kerusi yang dimenangi sebanyak itu, DAP tidak boleh membentuk kerajaan kerana yang jadi tulang belakang PR ialah Pas, parti Melayu Islam," katanya. Selain itu, kata Abdul Hadi, tanda kekuatan Pas ialah parti itu mempunyai banyak jentera dan sedia untuk bertanding di kawasan yang tidak sanggup ditandingi oleh parti komponen PR yang lain. Pemimpin Pas itu menjelaskan demikian ketika diminta mengulas dakwaan blog suarapakatanrakyat.com yang mendakwa DAP akan bertanding di 90 kerusi Parlimen manakala PKR dan Pas masing-masing hanya 66 kerusi. Dakwa blog itu, DAP bakal menjadi parti paling dominan dalam pakatan pembangkang selepas PRU13 apabila maklumat mesyuarat pembahagian kuota kerusi pembangkang mendedahkan, parti itu dikatakan akan bertanding di 90 kawasan Parlimen. “Berdasarkan dokumen tersebut, sah DAP akan bertanding di 90 kerusi Parlimen serta masing-masing 66 kerusi bagi PKR dan Pas. Ini satu kejutan terbesar kerana ia meletakkan DAP dalam kedudukan sangat selesa untuk melantik Perdana Menteri daripada parti itu. “Ditambah pula dengan undi orang Melayu yang kini berpecah kepada tiga bahagian, DAP dengan mudah boleh menang di kawasan Parlimen yang mempunyai populasi separuh pengundi Melayu dan bukan Melayu,” dakwa blog itu lagi. Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang ditemui pada Program Sarapan Pagi Bersama Presiden Pas di Jalan Bukit Kor di sini, berkata, pengagihan kuota kerusi pembangkang secara rasmi dalam PR masih belum dibuat sehingga tarikh PRU13 diketahui. Dalam pada itu, Abdul Hadi ketika berucap di Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Batu 10, Bukit Payong, dekat sini, baru-baru ini, memberikan jaminan bahawa DAP tidak akan mengepalai PR sekiranya pakatan pembangkang diberi mandat memerintah negara. Pada PRU12, Pas bertanding di 66 kerusi Parlimen dan memenangi 23 daripadanya, lebih kecil berbanding DAP dan PKR yang masing-masing bertanding di 47 dan 97 kerusi di mana DAP menang di 28 kawasan dan PKR pula di 31 kawasan.

Tuesday, March 6, 2012

DEKORASI RUMAH MENYUSAHKAN?..MAHAL?...JOM SAYA BANTU...



http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=2595

KEBAHAGIAAN MILIK SIAPA?KITA?......

Tekanan Hidup

Pengenalan

Manusia sentiasa menghadapi pelbagai bentuk masalah di dalam menjalani kehidupannya seharian. Masalah-masalah ini secara keseluruhannya dikenali sebagai tekanan hidup. Tekanan hidup ini ada ketikanya boleh dihadapi dengan mudah, kekadang memerlukan bantuan kawan-kawan malah ada di antaranya yang mengganggu perjalanan kehidupan seharian.

Tekanan merupakan punca kepada hampir semua masalah dan kecelaruan psikologi. Seseorang yang terlalu kerap menghadapi tekanan akan mengalami kemurungan, kesedihan, kerunsingan dan beberapa masalah psikosomatik. Lantaran itu, setiap bentuk tekanan yang dihadapi perlu diatasi dan dirawat.


Definisi

Tekanan hidup atau dalam bahasa Inggerisnya ‘stress’ berasal daripada perkataan Greek “stringere” yang bermaksud “ketat” atau “tegang”. Para ahli psikologi melihat tekanan ini daripada pelbagai sudut dan aspek.

Pertama, dari sudut rangsangan yang menyebabkan tekanan. Pendekatan ini mengkaji rangsangan-rangsangan fizikal, fisiologi dan psikologi yang menyebabkan tekanan seperti kebisingan, suhu, kelembapan, sakit, emosi dan lain-lain. Tekanan yang dihadapi ini boleh diatasi sekiranya punca atau rangsangan yang menyebabkan berlakunya tekanan itu dihapuskan.

Kedua, fenomena ini dilihat dari aspek tindak balas organisma terhadap tekanan yang dihadapi. Tindak balas yang dimaksudkan ialah tindak balas fisiologi yang berlaku di dalam tubuh organisma.

Ketiga, dari aspek kebolehan organisma untuk berinteraksi dengan alam persekitaran yang menyebabkan tekanan serta menyesuaikan diri terhadap tekanan yang dihadapinya.

Pada asasnya terdapat empat bentuk tekanan hidup iaitu:
1. Tekanan yang berlebihan
2. Kurang tekanan
3. Tekanan yang baik dan berguna
4. Tekanan yang memudharatkan

Setiap individu mendekati sesuatu rangsangan daripada pelbagai sudut. Ada yang melihatnya sebagai tekanan yang tidak memberi apa-apa manfaat dan ada yang menggunakan tekanan yang dihadapi dengan sepenuhnya. Oleh sebab itu, setiap individu perlu mempelajari cara-cara yang sesuai untuk mengurus tekanan yang dihadapinya.

Pada masa yang sama, jika seseorang itu terlalu kerap menghadapi tekanan hidup maka ia akan dapat menyesuaikan diri dengannya secara automatik. Sementara bagi seseorang yang tidak pernah menghadapi tekanan maka kerentaannya terhadap apa-apa rangsangan yang mempunyai unsur-unsur tekanan adalah amat tinggi. Interaksi antara manusia dengan punca tekanan adalah penting dalam usaha penyesuaian diri terhadapnya.

dapatkan info-info dan punca serta pengubat jiwa, insyaallah dapat mengubah persepsi diri dan hidup anda....

Thursday, November 24, 2011

SELANGORKU

Auku: Jangan ulangi janji mansuh ISA

credit to Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang akan meminda Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bagi membolehkan pelajar institusi pengajian tinggi berusia 21 tahun ke atas menganggotai parti-parti politik.

Menurut Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari (gambar), kenyataan tersebut menunjukkan bahawa kerajaan yang sedia ada sudah mula faham dan akur dengan desak pelbagai pihak yang saban tahun memperjuangkan permansuhan Auku sejak Tun Dr Mahathir Mohamad lagi iaitu pada tahun 1971 berikutan demonstrasi Baling di Kedah.

Katanya, setiap undang-undang yang digubal berdiri atas satu-satu niat penggubalan, begitu juga dengan Auku.

“Saya melihat Auku ini digubal bertitik tolak pada beberapa peristiwa antaranya PMUM isytihar manifesto sokong pembangkang dalam PRU ke-4 sehingga tercetusnya Persitiwa 13 Mei 1969.

“Juga Demonstrasi Anti Tunku oleh PMUM di Universiti Malaya pada 29 Ogos 1969 dan Demonstrasi ‘Papan Tanda’ 5 Okt 1970 iaitu pertembungan PMUM dan PBMUM sehingga membuka terlalu banyak kelemahan Kerajaan dalam isu bahasa Melayu dan pendidikan,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Setelah itu, katanya kerajaan membentuk ‘Jawatankuasa Mengkaji Kampus’ sehingga tergubal dan diwartakan Auku pd 18 Mac 1971.

Ini, ujarnya membuktikan niat Auku digubal untuk sebenarnya ialah untuk menutup ‘pekung’ kerajaan sebenarnya.
“Saya juga melihat Auku ini juga membunuh aktivisme mahasiswa. Mahasiswa tidak lagi bebas berfikir, berpersatuan, menyuarakan pandangan secara idealis dan akademik malah kehidupan mereka sentiasa diancam,” katanya lagi.

Natijahnya, tambah beliau mahasiswa Malaysia saban ini tidak lagi menjadi jurubicara ummah demi pembangunan negara sebagaimana mahasiswa Malaysia pada era 1960-an dan 1970-an, malah ianya turut terkesan kepada pensyarah-pensyarah universiti.

“Gamis harapkan pengumuman ini tidak berulang sepertimana pengumuman mansuhkan ISA yang lalu, sehingga kini masih menjadi tanda tanya pada rakyat bila akan mansuh,” katanya.

Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendakwa pengumuman Perdana Menteri untuk meminda seksyen 15 Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) yang menghalang mahasiswa berpolitik membuktikan akta itu sememangnya bahana yang membunuh idealisme dan patriotisme anak muda selama ini.

Sambil menyambut baik pengumuman tersebut, Pengerusinya, Ahmad Syukri Ab Razab berkata, ianya membolehkan mahasiswa kembali menjadi anak muda negara yang bebas mengamalkan perlembagaan sebagai warganegara Malaysia.

"Mahasiswa meminta semua pihak terutama pentadbir universiti menerima pengumuman Perdana Menteri secara terbuka.

"Mahasiswa sedar bahawa pentadbir universiti akan menjadi tonggak penting dalam memastikan idealisme mahasiswa kembali pulih setelah Auku dimansuhkan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, hal ini termasuklah usaha universiti dalam membuka ruang kepada mahasiswa untuk terlibat secara aktif dengan pergerakan politik di Malaysia.

Beliau berkata demikian dengan memberi contoh speaker corner yang "lesu" kerana pihak universiti menyambutnya secara dingin.

"Hal ini kerana terdapat pihak pentadbiran yang mewujudkan undang-undang melampau walaupun Auku telah membenarkan Speaker Corner," katanya.

Selain itu SMM katanya, mencadangkan pihak kerajaan memperhalusi beberapa tuntutan mahasiswa dalam menjayakan semangat pemansuhan Auku.

"Mahasiswa tidak sekadar melihat pemansuhan Auku secara tunggal, tapi apa yang lebih penting ialah pengisian terhadap aktiviti kemahasiswaan setelah Auku dimansuhkan.

Tuntutan mahasiswa ini katanya telah dikemukakan dalam Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) yang dilancarkan baru baru ini.

"Antara tuntutan mahasiswa ialah mengembalikan hak pentadbiran kemahasiswaan kepada mahasiswa secara total yang mana tugas ini pada masa ini dikuasai sepenuhnya oleh bahagian hal ehwal pelajar (HEP)," katanya.

Selain itu SMM juga menuntut agar urusan pilihanraya kampus diserahkan sepenuhnya kepada mahasiswa bagi memastikan mahasiswa mendapat pendidikan politik secara menyeluruh dan tidak sekadar terdidik sebagai pengundi.

"Tuntutan ini diharap dapat diberi perhatian oleh pihak kerajaan bagi memastikan pindaan Auku disusuli dengan pengisian yang mempu mendidik mahasiswa menjadi rakyat yang berfungsi kepada negara," katanya.

Calon SPM ditangkap khalwat

Oleh : Wartawan Sinar Harian

Tarikh : November 24, 2011

LEDANG – “Saya hanya berehat dan menonton televisyen di bilik ini.”

Demikian alasan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila dicekup berkhalwat bersama pasangannya oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), awal pagi semalam.

Remaja perempuan berusia 17 dan pasangannya berusia 27 itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12.30 pagi ketika sedang berdua-duaan di dalam sebuah bilik di bengkel jentera di Serom 6, Sungai Mati, di sini.

Pelajar itu juga mendakwa dia datang ke bilik teman lelakinya itu sekadar untuk mengisi masa lapang kerana tiada kertas peperiksaan yang diduduki pada hari tersebut, selain akan pulang ke rumah di Muar sebaik sahaja selesai berehat di bilik itu.

Manakala, teman lelakinya adalah duda beranak dua dan baru sahaja bekerja di bengkel itu sejak sebulan lalu.
Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguatkuasa, Zainal Kadiran memeriksa bilik di bengkel itu.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya berseluar dalam membuka pintu.

“Para penguat kuasa hanya me­nunggu kira-kira dua minit sebelum lelaki itu membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan menemui seorang remaja perempuan memakai baju-T dan berseluar pendek sedang baring di atas tilam,” katanya kepada Sinar Harian.

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Mati untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing.

“Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

kata aku : moga Allah pelihara diri ku dan ahli2 keluarga dari fitnah sebegini...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...