Sunday, September 27, 2015

MEMANAH SECARA SUNNAH – BAHAGIAN 2

in the name of God, the supremely merciful, the most kind
Memanah secara Sunnah

KOMPONEN ZAHIR – KEKUATAN DARI MEMANAH

Yang dimaksudkan kekuatan dari memanah secara zahir adalah sebahagiannya; kekuatan pada panahan dan kekuatan pada tubuh badan pemanah.

KEKUATAN PADA PANAHAN

Kualiti pada panahan naluri dan pandangan dapat dinilai dari tiga pencapaian; iaitu
  1. Ketepatan
  2. Konsistensi
  3. Kejituan
Ketiga-tiga perkara ini pula hanya dapat dicapai dengan;
  1. Pengetahuan dan aplikasi teknik memanah yang betul
  2. Pengetahuan teknikal di dalam sains memanah
  3. Kekuatan fizikal serta penggunaan otot secara efisyen
Hanya dengan menguasai kombinasi 3 perkara ini potensi kekuatan sebenar pada panahan dapat dicapai dan dirungkai.
Teknik memanah tradisional adalah sebaik-baik teknik untuk memanah. Memanah secara tradisional melatih kombinasi penggunaan otak kiri dan otak kanan secara serentak dan menjajar deria keenam, iaitu naluri kepada memanah. Berbanding teknik memanah secara pandangan (yang sangat bergantung kepada satu deria utama), deria naluri menyatukan penggunaan kelima-lima deria yang lain untuk menghasilkan tindak-balas yang lebih cepat, spontan dan lebih berkeupayaan untuk memproses pelbagai input dan faktor pemboleh-ubah secara serentak semasa proses menembak anak panah ke sasaran.
Semasa memanah, kedua-dua tangan ‘merasa’ arah tujahan anak panah, otot menjangka kekuatan tarikan (daya tujahan), kulit merasa arah angin untuk membuat pembetulan, mata memandang tajam ke sasaran dan otak memberi sepenuh tumpuan dan melupakan yang lain-lain.
Dari segi teknik, memanah secara tradisional adalah paling menghampiri memanah secara sunnah. Iaitu anak panah perlu bersentuh dengan tangan yang memegang busur dan tangan yang menarik busur. Ini dapat diperhatikan dari busur tinggalan Rasulullah SAW.
Busur Rasulullah SAW
Tiada dalil ke atas dakwaan memanah secara sunnah memerlukan teknik lepasan ibu-jari (thumb release) iaitu melalui penggunaan cincin ibu-jari (thumb ring) dan menggunakan ibu jari untuk menarik tali busur. Untuk menyandarkan sesuatu kepada baginda Rasulullah SAW kita memerlukan dalil hadith atau atsar para sahabah RA. Pun begitu, tiada kedapatan juga dalil hadith atau atsar bahawa Rasulullah SAW atau para sahabah RA menggunakan teknik menarik dengan 3 jari secara Mediterranean. Maka dari pemerhatian dan deduksi, memanah secara sunnah boleh menggunakan teknik lepasan Monggol (Mongolian release) atau Mediterranean (Mediterranean release).
Gaya Mediterranean vs Gaya Monggol
Teknik lepasan ibu-jari sebenarnya secara silap telah dinamakan sebagai teknik lepasan Monggol bersempena peristiwa bangsa yang berkenaan menakluk sebahagian dari Eropah dan meninggalkan pengaruh mereka ke atas kerajaan setempat. Kajian yang lebih mendalam menunjukkan teknik menarik dengan ibu-jari lebih awal telah dipelopori oleh pahlawan-pahlawan berkuda dari Kesultanan Turki-Seljuk di pergunungan Steppe dan seterusnya diwarisi oleh empayar Khilafah Islam Uthmaniyyah Turki.

Walaubagaimanapun, menarik tali busur dengan ibu-jari dan penggunaan cincin mempunyai kelebihan yang nyata di samping tidak menjejaskan teknik memanah secara naluri. Penggunaan ibu-jari dapat menambah antara 2-4 inci kepada panjang tarikan (draw length) berbanding penggunaan 3-jari dan seterusnya menambah kekuatan pada tujahan anak panah. Melepas anak panah dengan teknik Monggol juga adalah teknik lepasan yang lebih licin dan lancar berbanding teknik Mediterranean dan mampu mempengaruhi ketepatan panahan.

KEKUATAN PADA TUBUH BADAN PEMANAH

Dalam ilmu perubatan moden, anggota badan manusia dikenal-pasti mempunyai kapasiti untuk melakukan pengalihan fungsi otot dalam keadaan-keadaan tertentu. Otot-otot sekunder yang bersambung atau pada kedudukan selari dengan otot primer yang rosak atau gagal berfungsi akan mengambil-alih fungsi otot tersebut secara semula-jadi supaya dapat menghasilkan pergerakan anggota yang serupa atau hampir sama. Contoh yang paling jelas adalah pada pesakit-pesakit strok yang belajar semula untuk berjalan dengan menggunakan otot dan sendi pinggul.
Orang-orang dahulu-kala sebenarnya lebih maju pengetahuan mereka di dalam perkara ini dan boleh disaksikan dari tinggalan warisan seni silat, wushu dan lain-lain seni mempertahankan diri. Kebanyakan ilmu seni mempertahankan diri melatih dan membiasakan tubuh kepada pergerakan ‘berat’, iaitu memaksa penggunaan lebih banyak otot dalam pergerakan. Ini kerana otot adalah kekuatan. Lebih banyak penggunaan otot, lebih banyak kekuatan dapat dihasilkan.
Pada zaman khalifah Uthmaniyyah, kaum lelaki memanah dengan kekuatan tarikan 70 lbs ke atas, manakala kanak-kanak, orang tua dan mereka yang baru bermula memanah menggunakan busur di bawah 70 lbs. Maka bandingkanlah pula dengan kita di zaman ini, mengapakan orang-orang dahulu lebih kuat? Adakah mereka mempunyai susuk fizikal yang berbeza? Adakah disebabkan faktor pekerjaan? Atau mungkinkan kita menggunakan teknik yang salah dan menyebabkan banyak otot menjadi lesu kerana tidak pernah digunakan?
Berbanding teknik memanah moden, pemanah teknik tradisional menjungkitkan sedikit bahagian siku ke atas semasa menarik tali busur. Ini bertujuan untuk memberi lebih tumpuan kepada penggunaan otot bahagian bahu dan belakang badan, sebagai sokongan kepada biseps sebagai otot utama. Latihan dan ulangan pergerakan yang berterusan boleh memperbaiki dan meningkatkan fungsi otot-otot yang berkenaan untuk mencapai potensi kekuatan yang lebih tinggi.
pemanah-berkuda
credit to : http://arramy.com/artikel/memanah-secara-sunnah-bhgn-2/

MEMANAH SECARA SUNNAH – BAHAGIAN 1

in the name of God, the supremely merciful, the most kind

JIhad fi Sabilillah
Secara umum, teknik memanah terbahagi kepada 2 kategori sahaja, iaitu memanah secara naluri (instinctive) dan pandangan (sight). Busur ringkas moden, iaitu busur tunggal (single/one piece bow) dan busur berangkai (take-down bow) sebenarnya berada di bawah sub-kategori memanah naluri; iaitu separa-naluri (semi-instinctive) disebabkan busur berkenaan mempunyai penyangga anak panah (arrow rest). Berbanding pemanah busur ringkas moden dan tradisional, pemanah busur kompaun pula sangat bergantung kepada alat bantuan pandangan (sight & peep) untuk membidik titik sasaran.

Secara umum, kedua-dua teknik tersebut adalah sebahagian dari sunnah memanah. Tetapi secara khusus, ada perincian dan perbahasan dari sudut sains dan ibadah; seperti dapat dikiaskan pada perbezaan antara sunnah memanah vs. memanah secara sunnah.
Di dalam beribadah; “tidur orang alim adalah lebih baik daripada ibadat orang jahil”. Ini kerana kesempurnaan dalam beribadah adalah pada ilmu, kerana tanpa ilmu mustahil ada penghayatan pada amal ibadah. Walhal dengan ilmu, suatu pekerjaan biasa juga boleh menjadi satu ibadah. Ibadah hanya berlaku apabila seseorang boleh membuat perkaitan antara suatu perbuatan itu dengan rasa perhambaan kepada tuhan.
Artikel ini cuba mengupas apakah pengertian, kaedah atau teknik untuk memanah secara sunnah. Supaya seseorang itu dapat mencapai sepenuhnya nilai ibadah dalam memanah, dalam sebaik-sebaik mencontohi perilaku dan perbuatan baginda Rasulullah SAW, insan teragung yang dilahirkan kepada umat manusia dan seterusnya sebagai perakuan perhambaan diri kepada Pemilik sekalian alam semesta, Allah yang memiliki Arasy yang Agung.
Apakah sebenarnya definisi memanah secara sunnah?
Dari Uqbah bin Amir RA dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda di atas mimbar:”
“Persiapkanlah semua kekuatan yang kalian miliki. Ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah.”
– Sahih Muslim Hadith no. 1917

Untuk memberi definisi kepada memanah perlu diketahui apa yang dikehendaki pada memanah itu adalah kekuatan. Dalam memberi definisi kepada memanah secara sunnah, supaya ianya mencapai tahap ibadah, ada komponen zahir (perbuatan) dan juga batin (niat). Melalui komponen zahir dan batin ini lahirlah kekuatan luaran dan dalaman kepada pengamal seni panah sunnah.

KOMPONEN BATIN – KEKUATAN DALAMAN DARI KERANA NIAT

Bersabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya amalan itu tergantung niatnya, dan sesungguhnya setiap orang mendapatkan sesuai apa yang diniatkan, barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya karena dunia yang akan memperolehinya atau wanita yang ingin dinikahi maka hijrahnya sesuai dengan apa yang dia niatkan.”
– Hadith riwayat Bukhari Muslim

Dalam artikel-artikel  sebelumnya, kami ada menghuraikan tentang kepentingan memanah kepada kekuatan ummah dalam berjihad. Ini kerana pada situasi-situasi tertentu, adalah wajib ke atas setiap insan mukallaf membentuk unit terkecil ketenteraan di dalam jihad fi sabilillah. Tidak pengasingan antara yang tentera dan bukan tentera, atau antara polis dan orang awam sebagaimana yang berlaku pada dunia hari ini.
Walaupun jihad itu sendiri ada dua kategori, iaitu Fardhu Kifayah dan Fardhu Ain, namun pada peringkat persendirian, setiap orang WAJIB mempersiapkan dirinya dan tidak boleh mencari peluang melepaskan tanggung-jawab ke atas bahu orang lain.
Membuat persiapan untuk perang jihad itu adalah WAJIB, manakala pergi berperang itu boleh jadi Fardhu Kifayah atau Fardhu Ain.
Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa mati, sedang ia tidak pernah berjihad (perang) dan tidak mempunyai keinginan untuk jihad (perang), ia mati dalam satu cabang kemunafikan.”
– Muttafaq Alaih

Berbalik kepada niat, maka adalah penting untuk masing-masing memastikan bahawa niat memanah adalah sebagai persiapan untuk jihad fi sabilillah dan tiada yang lain. Barang-siapa yang memanah kerana hobi, budaya, riadah dan sebagainya, maka setakat itu sahajalah ganjaran amalannya.
Kalau sudah benarlah niat seseorang itu, maka inilah yang akan menjadi pendorong, iaitu sumber yang akan memberi motivasi dan semangat juang yang berterusan kepada dirinya untuk bersungguh-sungguh dan istiqamah dalam memperbaiki permainannya di dalam memanah. Dengan niat yang benar, dorongan yang terhasil seumpama arus sungai yang mengalir tanpa henti, menjadikan dirinya sentiasa berkobar-kobar dan bersemangat pada jalan kebenaran dan mencari-cari peluang untuk berada pada jalan perjuangan. Inilah kekuatan yang tiada galang-gantinya, yang membezakan seseorang itu dengan hamba Allah yang lain yang sedang asyik dengan hal-hal keduniaan.
pemanah-berkuda

http://arramy.com/artikel/memanah-secara-sunnah-bhgn-1/

MEMANAH PADA BERSIAP-SIAGA UNTUK BERPERANG

in the name of God, the supremely merciful, the most kind
Pemanah SyurgaRasulullah SAW bersabda di atas mimbar:
“Persiapkanlah semua kekuatan yang kalian miliki. Ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah.”
– Sahih Muslim Hadith no. 1917
Dalam hadith yang lain Rasulullah SAW bersabda:
“Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda).” 
– Hadith riwayat Muslim
Bersabda Rasulullah SAW lagi:
“Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” 
– Hadith riwayat Bazzar dan Thabarani
Dari Ibnu ‘Umar, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Ajari anak-anak lelakimu renang dan memanah, dan ajari menggunakan alat pemintal untuk wanita”
– Hadith riwayat Al-Baihaqi

HIKMAH PADA MEMANAH DAN BERKUDA

Hikmah suruhan Rasulullah SAW untuk memanah (dan berkuda) ada dua sisi besar, iaitu sebagai;
i. Ketumbukan Persenjataan Perang.
ii. Kesiap-siagaan untuk Berperang.

KETUMBUKAN PERSENJATAAN PERANG

Relatif pada zaman baginda Rasulullah SAW, busur dan panah membentuk ketumbukan persenjataan perang yang terkuat, yang bertindak sebagai elemen ofensif utama dan juga sebagai elemen pertunjukan bala kekuatan tempur untuk mengerunkan musuh.
Pada sisi yang pertama, kita sudah berada 1430 tahun selepas  zaman Rasulullah SAW, dari sudut ini, busur dan panah tidak mampu untuk menewaskan senjata api, kereta kebal dan lain-lain persenjataan perang moden. Ada ulama yang melihat katapanah (ar-ramy/ar-ramyu dalam bahasa Arab) dari sudut bahasa, iaitu lempar; maka diertikan melempar itu termasuk jualah apa-apa senjata lemparan (projektil) moden seperti pistol, senapang, meriam, jet tempur, drone, torpedo, misil, roket dan sebagainya. Maka difatwakan adalah wajib untuk penguasa kerajaan Islam mendapatkan jalan kepada senjata-senjata sedemikian sebagai elemen pertahanan negara. Walaupun hal ini adalah benar, namun ini bukanlah hujah untuk kita berbuat tergopoh-gapah melecehkan atau langsung meninggalkan sunnah Rasulullah SAW yang ada pada busur dan panah.
bow and rifle
Kemahiran memanah dan menembak senjata api mempunyai asas sama

KESIAP-SIAGAAN UNTUK BERPERANG

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada mukmin yang lemah.”
– Hadith riwayat Muslim
Dari Amirul Mukminin, Umar al-Faruq ibn al-Khattab, Rasulullah SAW bersabda:
“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah.”
– Sahih Bukhari dan Muslim
Umumnya ramai yang menta’wil hadith ini untuk menyesuaikannya dengan konteks masa. Dengan membuat analogi secara ringkas; di mana berkuda dinisbahkan kepada memandu kereta/motor, memanah kepada menembak dengan senjata api, sedangkan berenang itu sudah tidak tahu hendak dinisbahkan kepada apa pula. Walhal, ini hanya sebahagian dari konteks hadith. Walaupun memanah itu juga adalah satu bentuk kemahiran asas yang diperlukan untuk berburu, maksud yang lebih besar pada hadith ini adalah supaya mempersiapkan generasi baru dengan keupayaan untuk berperang, dengan mempelajari kemahiran bersenjata dan membina kekuatan dan ketahanan tubuh badan supaya sentiasa bersiap-siaga untuk menyahut seruan jihad fi sabilillah.
Elemen-elemen di dalam berkuda, memanah dan berenang membentuk regim latihan komprehensif untuk kemahiran berperang dengan meningkatkan kesihatan, kekuatan, kepantasan, stamina, keseimbangan dan ketahanan tubuh badan, menajamkan tumpuan pancaindera untuk melahirkan kordinasi pergerakan dengan pantas, tepat dan jitu secara bersahaja. Malah latihan sedemikian juga bertujuan memupuk sifat sabar, tenang dan meningkatkan keupayaan untuk memberi tumpuan dalam situasi-situasi yang mencabar.
Hadith-hadith berkenaan memanah sebenarnya bermaksud untuk melahirkan pejuang-pejuang Islam yang berkualiti yang sentiasa berada pada keadaan bersiap-sedia dengan kekuatan dalaman dan luaran. Pejuang-pejuang ini sentiasa berada pada jalan amar ma’aruf nahi munkar walaupun pada masa-masa aman.
Dalil Al-Quran
“Dan janganlah orang-orang yang kafir itu menyangka mereka akan terlepas (dari penguasaan dan balasan Allah); sesungguhnya mereka tidak akan dapat melemahkan (ketentuan Kami) (59). 
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang dipersiap untuk berperang, untuk menggentarkan (dengan persediaan itu) musuh Allah dan musuh kamu serta yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya dengan cukup kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya (60).”
– Surah Al-Anfal (Harta Rampasan Perang)

MEMANAH SEUMPAMA BERJIHAD?

Pada suruhan memanah dan berkuda itu sebenarnya bertepatan dengan maksud supaya mempersiapkan diri untuk jihad qital fi sabilillah; baik dengan kemahiran dan juga persenjataan. Dalam konteks hari ini, ia amat relevan untuk proses mendapatkan kemahiran berperang walaupun bukan semestinya akan berjuang dengan senjata busur dan panah itu sendiri. Mereka yang tiada persiapan untuk berjuang adalah manusia lemah yang akan menadah batang leher dengan percuma apabila datang keadaan yang huru-hara dengan secara tiba-tiba.
Seperti halnya seorang penuntut ilmu itu tetap berada pada jalan Allah, tidak penting samada dia belajar kitab kecil atau kitab besar, baru bermula, di tengah-tengah atau hampir khatam. Yang utama adalah untuk berada di dalam perjalanan menuntut ilmu, khatam pengajian itu sudah hal nombor dua. Asalkan seseorang itu istiqomah dan berniat belajar sehingga selesai maka dia sudah mendapat jaminan di atas usahanya untuk berada pada jalan Allah. Apabila dicabut nyawanya ketika itu maka insyaAllah dia mati berada di jalan Allah.
Seseorang itu berusaha dengan menuntut ilmu sedangkan kesempatan beramal dengan ilmu tersebut adalah anugerah dari Allah.
Maka demikianlah juga dalam membuat persiapan untuk berjihad. Padahal jihad itu adalah bersusah-payah pada urusan agama. Dengan i’tikad yang benar, bersungguh-sungguh dan istiqamah, sesiapa yang beramal dengan ayat-ayat Allah dan sunnah Rasulullah SAW dalam memanah, maka dia telah berusaha pada jalan jihad (dan terpulanglah kepada kehendak Allah untuk meletakkan dia bertemu musuh dan syahid di medan perang).
…bersambung di artikel seterusnya.
pemanah-berkuda

credit to : http://arramy.com/artikel/memanah-pada-bersiap-siaga-untuk-berperang/

PANAHAN



Busur & Anak Panah

Busur atau panah atau busur panah dikategorikan sebagai sebuah senjata yang digunakan untuk menembakkan anak panah, dibantu oleh kekuatan elastisitas dari panah itu sendiri. Biasanya senjata ini digunakan untuk berburu dan pada masa lalu sebagai salah satu peralatan perang. Selain itu panah juga digunakan sebagai alat utama dalam olahraga panahan.

Rekabentuk.


Rekabentuk dari panah dipengaruhi oleh kebudayaan dan masa dimana alat itu dibuat. Desain panah yang paling umum yang digunakan oleh bangsa bangsa pada masa lampau adalah kayu (biasanya digunakan oleh BangsaInggris Kuno) dan kombinasi kayu-tulang ( biasanya digunakan oleh Bangsa Asia Kuno ). Pada masa sekarang, bahan untuk membuat panah yang mendominasi adalah plastikkarbon, material sintetik atau bahan campuran.  Orang yang menggunakan busur panah disebut sebagai pemanah.
  

Konstruksi.



Secara umum busur terdiri atas limb yang melengkung, dengan tali busur terikat pada kedua ujungnya. Saat tali busur ditarik ke belakang, limb akan melengkung lebih dalam, mengubah energi gerak tarikan tali busur menjadienergi potensial pegas. Busur modern (recurve) mempunyai satu bagian lagi yaitu riser yang berfungsi sebagai pegangan dan tempat bersandar limb atau bagian-bagian lain seperti stabilizer dan visir. Panjang, ketebalan, bentuk dan jenis material penyusun limbmemengaruhi energi potensial maksimum yang dapat disimpan - dinyatakan sebagai draw weight dan diukur dalam pound/kilogram. Selain itu ukuran tubuh (dalam hal ini panjang lengan) pemanah juga berperan menentukan seberapa besar energi yang dihasilkan dari sebuah draw. Oleh karena itu seorang pemanah harus memilih busur yang sesuai dengan tinggi tubuhnya untuk memperoleh hasil yang optimum.



Recurve Bow.



Recurve bow adalah perkembangan termutakhir dari busur. Ini adalah jenis busur yang paling umum digunakan di olahraga panahan saat ini. Desainnya terdiri dari tiga bagian utama, riser - pegangan dan tempat aksesori lain dipasang, dan sepasang limb yang merupakan sumber energi pegas busur. Ciri khas dari busur ini adalah bagian ujungnya yang melengkung ke depan (menjauhi pemanah) saat tidak ditarik atau dilepas talinya. Konstruksi seperti ini memungkinkan draw weight yang lebih besar untuk panjang yang sama. Sebagai kompensasinya, bahan penyusun limb memperoleh tegangan regangan lebih besar daripada busur biasa (longbow).



Bahagian - bahagian recurve bow. 

  • Riser - pegangan dan tempat ditempelkannya limb dan aksesori lain.

    • Grip - bagian tempat memegang busur.

    • Arrow rest - tempat meletakkan anak panah, bisa terbuat dari bulu atau plastik.

    • Sight window - bantuan visual untuk membidik.

    • Stabilizer - mengatur keseimbangan busur sesuai keinginan pemanah dan menahan getaran saat menembak.

    • Sight - visir, untuk memperoleh bidikan yang lebih tepat..

  • Limb - menyimpan energi pegas busur. Pada busur yang lebih modern, limb dapat dengan mudah dibongkar pasang untuk ditukar, sementara busur produksi perajin lokal memberikan performa yang kurang bagus jika sering dibongkar pasang.

    • String groove - lekukan tempat tali busur dikaitkan.

    • Limb tip String - mentransfer energi dari tangan pemanah ke limb atau dari limb ke anak panah. Terbuat dari material sintetis seperti Kevlar.

    • Center serving Nock point - tempat anak panah diletakkan, biasanya ditandai dengan lilitan benang di atas serving.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...