Duit bukan segalanya, lagi tak berguna kalau di salah guna. Perumpamaannya, katil yang indah dapat dibeli dengan duit yang banyak tapi belum tentu boleh membeli tidoq yang nyenyak...
Wednesday, January 9, 2013
Tuesday, January 8, 2013
Sunday, December 30, 2012
Majlis Perasmian XPDC Dakwah & Pelancaran Konvoi Kempen Anti Zina 8

Majlis Perasmian XPDC Dakwah & Pelancaran Konvoi Kempen Anti Zina 8 Daerah Hulu Langat akan diadakan pada :
Tempat: Masjid Bt.14 Hulu Langat
Tarikh: 29 Disember12 (Sabtu)
Masa: 12.30 tengahari
Perasmi: YB. Dr. Che Rosli Che Mat
Tentatif program:
12.00 - pendaftaran pserta XPDC & Konvoi & Makan tengahari
1.30 - Solat Zohor
2.00 - Majlis Perasmian
3.00 - Gimik Perlepasan Konvoi
4.00 - Edaran Risalah
5.00 - Bersurai
Marilah lapangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis ini.
Hasil daripada jawatankuasa terdapat beberapa program yang telah dilaksanakan antaranya :
Statistik menunjukkan bahawa penurunan di beberapa Daerah seperti Kuala Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sabak Bernam, manakala di Daerah- Daerah lain mencatatkan sedikit peningkatan tangkapan iaitu Daerah Kuala Langat, Sepang, dan Hulu Selangor. Terdapat beberapa faktor yang menunjukkan peningkatan kes seperti di Hulu Selangor terdapat banyak kes tangkapan yang di buat di apartmen yang bersempadan dengan Genting Highlands dan ia adalah antara salah satu faktor penyumbang berlakunya kes khalwat ataupun zina.
Indikator bagi keberkesanan sesuatu program yang dianjurkan tidak hanya diukur dengan angka-angka tangkapan yang dibuat. Langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri adalah untuk terus meningkatkan kesedaran kepada masyarakat untuk mengetahui hukum-hakamnya berkaitan perbuatan zina. Dengan kesedaran ini masyarakat itu bersifat rasional dan emosional kerana situasi semasa menunjukkan berlaku trend yang meninggalkan hukum dan larangan Allah SWT. Selain itu, strategi menggunakan platform banner sebagai sistem penyebaran maklumat kepada masyarakat dan ia merupakan salah satu medium yang di gunakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa usaha menangani masalah zina perlu ditangani oleh semua pihak. Peranan Banner amat penting bagi memberi maklumat kepada rakyat bahawa zina merupakan salah satu masalah sosial yang melanda masyarakat masa kini. Perkara yang lebih luas harus dilihat dalam aspek penggunaan banner ialah satu cara meuar-uarkan apa sahaja dasar dan program yang dijalankan serta apa-apa maklumat lebih –lebih lagi dalam konteks dasar tidak demokratik kerajaan persekutuan BN yang menafikan hak kerajaan negeri untuk diperuntukkan ruang dalam media massa perdana.
Kempen anti zina bukan sekadar banner sahaja kerana penjawat awam daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan telah digembeleng dan melibat 3 fasa dan membuktikan kegigihan dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat. Ada yang menyengkang mata sehingga subuh untuk menyelamatkan remaja-belia yang tersasar dalam operasi bersepadu ke tempat maksiat.
Kerajaan Selangor sentiasa mengambil tindakan yang holistik ,berjangka panjang dan inklusif dengan menggunakan segala sumber yang sudah ada dan mengupayakan segala sumber termasuk rakyat dan pimpinan rakyat untuk menyokong dan mendokong satu gerakan bersama membasmikan masalah zina yang tidak mahu diatasi oleh kerajaan terdahulu.
Keseriusan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dibukti dengan langkah-langkah berikut:
Keseriusan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dibukti dengan langkah-langkah berikut:
- Mewujudkan JAWATANKUASA INDUK MENANGANI GEJALA SOSIAL
- Peruntukan khusus sebanyak RM1juta setahun berbandingkan dengan kerajaan BN sebelum ini yang hanya memperuntukkan RM10 sahaja setahun;
- Sedang mewujudkan satu sistem pengurusan sosial yang dibangunkan dan diuruskan untuk fasa pertamanya di FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL UNISEL untuk membangun sistem data segala prasarana, sumber fizikal dan juga sumber tenaga manusia yang akan di kursuskan untuk menangani gejala sosial di peringkat kawasan setempat serta sistem sokongan. Laporan terus kepada Pusat Pengurusan Sosial Selangor(PPSS) secara maya dan melalui penyelia setempat seperti ketua kampung/penghulu mengenai insiden gejala sosial dan akan masukkan data terkini dalam sistem ini dan membantu kerajaan negeri daripada mengesan trend, memantau keberkesanan dan kecekapan ‘key personnel’ untuk mengambil tindakan dan penerima input terus daripada masyarakat umum dan pengadu khusus.
Melalui Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) Kerajaan Negeri Selangor mahu mengatasi isu gejala sosial bukan sahaja masalah zina di Negeri Selangor. Langkah dan tindakan kerajaan negeri terutamanya Kempen Anti Zina bukan sekadar banner tetapi Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan jawatankuasa menangani gejala sosial (peringkat INDUK DAN PERINGKAT DAERAH) yang dianggotai oleh jabatan serta agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pemimpin akar umbi seperti JKKK, ibubapa, masjid/surau seperti berikut :
- Pejabat Daerah
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk PeBT
- Polis Diraja Malaysia
- Jabatan Agama Islam Selangor
- Jabatan Pelajaran Selangor
- Agensi Anti Dadah Kebangsaan
- Jabatan Kebaikan Masyarakat
- Jabatan Agama Islam Selangor
- Jabatan Imigresen
- Jabatan Penjara
- Jabatan Kesihatan
- Jabatan Pendaftaran Negara
- RELA
- Pertubuhan Belia
- Pertubuhan Wanita
- Institusi Pengajian Tinggi
- Majlis Permuafakatan Guru MPPBIG
- Majlis Permuafakatan Tadika Selangor
- Majlis Institusi Pendidikan Islam Selangor
- Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor
- Ketua-ketua kaum
- Persatuan Pesara
- Kaunselor
Peranan jawatankuasa ini untuk menjadi penyelaras yang dapat menghasilkan perancangan strategik dalam meningkatkan usaha menangani gejala sosial secara efektif.
Hasil daripada jawatankuasa terdapat beberapa program yang telah dilaksanakan antaranya :
- Kempen Anti Zina (7siri) yang disertai bersama oleh 40 NGO Islam
- Seminar Pengurusan Cinta(JOM JODOH)
- Kursus Kepimpinan Masyarakat
- Pusat Sehenti Gems(One-Stop GeMS Centre)
- Pengupayaan sistem sokongan masyarakat termasuk pengukuhan keluarga
- Menonjolkan ikon remaja/belia positif sebagai idola alternatif seperti celebriti berakhlak dan tunas ILMUWAN
- Mewujudkan trend budaya positif(trend setting) di kalangan pemimpin dan pelaksana hingga ke masyarakat umum
- Memperbanyakkan program pembangunan jaringan sosial
Sehingga kini sebanyak 7 kali operasi sempena Kempen Anti Zina diadakan untuk mencegah dan menangani masalah zina.
Statistik menunjukkan bahawa penurunan di beberapa Daerah seperti Kuala Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sabak Bernam, manakala di Daerah- Daerah lain mencatatkan sedikit peningkatan tangkapan iaitu Daerah Kuala Langat, Sepang, dan Hulu Selangor. Terdapat beberapa faktor yang menunjukkan peningkatan kes seperti di Hulu Selangor terdapat banyak kes tangkapan yang di buat di apartmen yang bersempadan dengan Genting Highlands dan ia adalah antara salah satu faktor penyumbang berlakunya kes khalwat ataupun zina.
Indikator bagi keberkesanan sesuatu program yang dianjurkan tidak hanya diukur dengan angka-angka tangkapan yang dibuat. Langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri adalah untuk terus meningkatkan kesedaran kepada masyarakat untuk mengetahui hukum-hakamnya berkaitan perbuatan zina. Dengan kesedaran ini masyarakat itu bersifat rasional dan emosional kerana situasi semasa menunjukkan berlaku trend yang meninggalkan hukum dan larangan Allah SWT. Selain itu, strategi menggunakan platform banner sebagai sistem penyebaran maklumat kepada masyarakat dan ia merupakan salah satu medium yang di gunakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa usaha menangani masalah zina perlu ditangani oleh semua pihak. Peranan Banner amat penting bagi memberi maklumat kepada rakyat bahawa zina merupakan salah satu masalah sosial yang melanda masyarakat masa kini. Perkara yang lebih luas harus dilihat dalam aspek penggunaan banner ialah satu cara meuar-uarkan apa sahaja dasar dan program yang dijalankan serta apa-apa maklumat lebih –lebih lagi dalam konteks dasar tidak demokratik kerajaan persekutuan BN yang menafikan hak kerajaan negeri untuk diperuntukkan ruang dalam media massa perdana.
Kempen anti zina bukan sekadar banner sahaja kerana penjawat awam daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan telah digembeleng dan melibat 3 fasa dan membuktikan kegigihan dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat. Ada yang menyengkang mata sehingga subuh untuk menyelamatkan remaja-belia yang tersasar dalam operasi bersepadu ke tempat maksiat.
http://mtddusuntua.blogspot.com/
Menteri UmNo Selamanya Tidak Mampu Berhujah!
PAS menyokong penuh hasrat Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk diberi peluang satu jam bagi menjelaskan isu amanat Haji Hadi di RTM1 dan TV3 secara langsung.
Setelah berminggu menyerang Presiden dalam isu ini menggunakan seluruh media perdana, kerajaan sewajarnya memberikan ruang sebagaimana yang diminta Presiden PAS untuk memberikan penjelasan kepada pengikut media perdana yang sama yang mengikuti serangan Umno dalam isu ‘Amanat Hadi’.
PAS melihat isu ini sebagai isu yang sengaja dibangkitkan semula bagi mengelirukan orang ramai. Peluang 1 jam ini wajib diberi kepada Presiden Pas untuk menjawab segala tohmahan jijik ke atas beliau yang telah berminggu lamanya.
Adalah sesuatu yang sangat tidak adil apabila peluang tidak diberi kepada yang dituduh dan sepatutnya golongan yang membuat tuduhan mesti mendengar dahulu penjelasan dari beliau.
Lebih malang bagi kalau ada mufti atau golongan agama yang terikut sama dalam kemelut yang sengaja ditimbulkan oleh golongan yang jahil terhadap agama.
Kenapa Presiden PAS tidak dipanggil, diminta penjelasan dan diberi peluang beliau menjelaskan segala pertuduhan?
Sehubungan dengan desakan Presiden ini, kita harap pihak kerajaan membuka laluan bagi beliau untuk memberi penjelasan melalui media perdana secara langsung. Kerajaan tidak perlu berdolak-dalih dalam isu ini bagi meraih populariti murahan, mahupun membiarkan isu ini menjadi polemik berterusan.
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
29 Disember 2012
Setelah berminggu menyerang Presiden dalam isu ini menggunakan seluruh media perdana, kerajaan sewajarnya memberikan ruang sebagaimana yang diminta Presiden PAS untuk memberikan penjelasan kepada pengikut media perdana yang sama yang mengikuti serangan Umno dalam isu ‘Amanat Hadi’.
PAS melihat isu ini sebagai isu yang sengaja dibangkitkan semula bagi mengelirukan orang ramai. Peluang 1 jam ini wajib diberi kepada Presiden Pas untuk menjawab segala tohmahan jijik ke atas beliau yang telah berminggu lamanya.
Adalah sesuatu yang sangat tidak adil apabila peluang tidak diberi kepada yang dituduh dan sepatutnya golongan yang membuat tuduhan mesti mendengar dahulu penjelasan dari beliau.
Lebih malang bagi kalau ada mufti atau golongan agama yang terikut sama dalam kemelut yang sengaja ditimbulkan oleh golongan yang jahil terhadap agama.
Kenapa Presiden PAS tidak dipanggil, diminta penjelasan dan diberi peluang beliau menjelaskan segala pertuduhan?
Sehubungan dengan desakan Presiden ini, kita harap pihak kerajaan membuka laluan bagi beliau untuk memberi penjelasan melalui media perdana secara langsung. Kerajaan tidak perlu berdolak-dalih dalam isu ini bagi meraih populariti murahan, mahupun membiarkan isu ini menjadi polemik berterusan.
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
29 Disember 2012
http://mtddusuntua.blogspot.com/
Dokumen & Penjelasan SUA Menteri Besar Kelantan Mengenai Isu Pajakan Tanah Kelantan Kepada DAP.
Ini adalah penjelasan balas Pejabat MB Kelantan melalui Setia Usaha Akhbar MB Ahmad Fadhli Shaari, pada 21 Disember 2012, berhubung tanah 10,526 ekar yang dikatakan dipajak oleh pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming, melalui syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd. Petikan kenyataan Pejabat MB di bawah, diambil dari Harakahdaily seperti berikut:
http://www.selangordaily.com/?p=6841Saya telah diarahkan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk membuat sedikit penjelasan berkenaan isu sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008. Ia dilaporkan di dalam blog pisau.net yang kemudiannya dijadikan asas kepada laporan polis oleh sebuah badan bukan kerajaan Barisan Bersatu Nambikkai (Nambikkai) pada 19 Mac 2012. Ia juga turut dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Disember 2012.Hakikatnya, ini satu lagi fitnah UMNO/Barisan Nasional yang cuba memperdayakan rakyat dengan isu-isu ciptaan mereka khususnya menjelang pilihanraya umum yang ke13. Peluru-peluru terakhir UMNO/BN ini kelihatan berterabur kerana dilancarkan dalam keadaan panik dan kelam kabut ekoran kebimbangan akan terlucut kuasa selepas pilihanraya nanti.Barangkali UMNO lupa bahawa merekalah yang telah menukar status tanah rizab melayu di bandar Baru Kubang Kerian ketika memerintah Kelantan. Ini boleh dirujuk melalui Warta Kerajaan Kelantan 22 April 1990 (ketika Kelantan masih diperintah oleh Barisan Nasional). Ini hanya sekelumit dari ‘jasa baik’ UMNO terhadap tanah rezab Melayu.Dalam isu tanah seluas 10,526 hektar yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak, suka untuk dinyatakan bahawa kawasan tersebut yang terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang telah diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 13 September 2000. Ia bertujuan untuk menjana pendapatan YIK bagi tujuan menampung urusan pengajaran dan pembelajaran anak-anak di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan. Perlu diingatkan bahawa pada tahun 2000, Pakatan Rakyat masih belum wujud dan masih belum membentuk kerajaan di Perak.Pada Disember 2000, Yayasan Islam Kelantan telah bersetuju menawarkan Projek Usahasama memajukan tanah ini kepada sebuah syarikat. Bagaimanapun syarikat tersebut ternyata tidak mampu untuk melaksanakan kerja-kerja memajukan tanah terbabit dan ini menyebabkan Mesyuarat Lembaga Yayasan Islam Kelantan pada 18 Ogos 2004 membuat keputusan agar tawaran projek ladang hutan ini ditarik balik dan dibatalkan.Tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd (pada masa itu dipengerusikan oleh Dato Seri Wong Yeon Chai) pula dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005 manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihanraya umum 2008. Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan diberikan leasehold dan bukannya hak milik. Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100.00 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150.00 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit.Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012 di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta.Berasakan kepada kronologi di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa :1. Dakwaan yang menyatakan YAB Menteri Besar Kelantan telah memberikan ‘habuan’ kepada pemimpin DAP Perak agar memberikan laluan kepada calon PAS mengisis kerusi Menteri Besar adalah fitnah sama sekali. Tarikh perjanjian dengan Upayapadu Sdn Bhd yang ditandatangani pada 3 Mei 2006 dan pertukaran komposisi pada Mei 2012 adalah tidak relevan dengan tarikh pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional hilang kuasa di Perak.2. Dakwaan blog pisau.net bahawa ‘sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilai pasaran melebihi 30 juta ringgit’ juga adalah dakwaan yang tersasar. Ini kerana tanah tersebut hanya dipajak dan tidak diberikan hak milik. Pajakan pula hanya dalam tempoh 50 tahun sahaja. Blogger terbabit wajib mendatangkan salinan geran tanah sebagai bukti bahawa tanah tersebut telah dipindah milik.3. Segala urusan perjanjian, pajakan dan transaksi dibuat dan dilaporkan di dalam mesyuarat samada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan, Tender, Pembangunan dan Pelaburan YIK atau Mesyuarat Lembaga YIK. Ia dilakukan melalui prosedur yang sah dan tidak bertentangan dengan undang-undang.Saya kira, fitnah terbaru ini tentunya akan menyaksikan satu lagi episod saman yang akan difailkan di mahkamah. Ia jelas merupakan satu fitnah besar terhadap YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. UMNO hakikatnya sudah hilang punca untuk menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu sedangkan pada hakikatnya, merekalah pengkhianat kepada tanah rezab Melayu.Di Selangor misalnya, UMNO Bahagian Puchong telah cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75 peratus bukan bumiputra. Ia disyorkan ditolak oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor Darul Ehsan melalui sepucuk surat kepada Menteri Besar Selangor pada 25 Januari 2010. Inilah dia wajah UMNO yang sebenar!Barangkali, UMNO meletakkan pihak lain seperti mereka di mana setiap perkara memerlukan habuan dan balasan. Dalam hal ini, menarik juga untuk dibincangkan apakah habuan yang diperolehi oleh UMNO ketika memberikan laluan kepada parti GERAKAN untuk mengisi kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang satu ketika dulu… – 21 Disember 2012Penulis ialah Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.
Awas tiroid antara sebab keguguran
MIRIEATIE
29 Disember 2012
Foto hiasan
Aida, 32, mempunyai masalah tiroid sejak sebelum hamil lagi. Namun, masalah ini dapat dikawal dengan pengambilan pelbagai jenis ubat termasuk cara perubatan tradisional.
Walau bagaimanapun, apabila hamil anak sulung, masalah tiroid kembali dialami. Masalah tiroidnya semakin meruncing semasa trimester pertama lagi. Selain kuat makan, Aida juga kerap menggeletar badan dan cepat berpeluh.
Menurut Pakar Obstetrik & Ginekologi Hospital Pakar KPJ Selangor, Doktor Haji Mohd Nazri, tiroid adalah sejenis penyakit yang memberi kesan kepada kelenjar tiroid. Ia merupakan kelenjar endoktrin yang mengeluarkan hormon tiroksin (T4) dan hormon triodotiromin (T3).
Biasanya ia terletak di pangkal leher atau di bahagian depan saluran pernafasan atau trakea dan juga saluran makan. Hormon tiroid berfungsi untuk mengawal kadar metabolisma badan.
Di kalangan wanita terutama yang berusia 20 tahun ke atas, terdapat dua jenis tiroid yang biasa dialami iaitu hipertiroid (lebih kerap berlaku) dan hipotiroid.
“Di kalangan wanita hamil, tiroid biasanya berlaku seawal trimester pertama. Walau bagaimanapun, wanita yang mempunyai masalah tiroid ini tidak perlu terlalu bimbang keran mereka masih boleh menjaga dan melindungi kesihatan janin dengan belajar dan mengetahui kesannya terhadap kehamilan dengan mengekalkan ujian fungsi tiroid terhadap kehamilan itu sendiri serta mengambil ubat-ubatan yang diperlukan serta mengikut nasihat pakar berkaitan penggunaan ubat-ubatan ini agar tidak menjejaskan kandungan,” jelas Dr Nazri.
Tambahnya, walaupun tiroid boleh memberi kesan kepada ibu dan bayi, tetapi pada masa yang sama tiroid juga mempunyai fungsi tersendiri kepada ibu dan bayi berkenaan. Dalam tempoh 10-12 minggu pertama kehamilan, bayi akan bergantung sepenuhnya kepada ibu untuk pengeluaran hormon tiroid.
Bayi hanya akan menghasilkan hormon tiroidnya sendiri pada akhir trimester pertama. Walau bagaimanapun, bayi masih bergantung kepada ibu untuk jumlah pengambilan iodin yang mencukupi dan penting untuk menghasilkan hormon tiroid.
“Walau bagaimanapun, risiko bagi ibu hamil yang menghidap tiroid dan tidak memantau dengan betul atau secara teratur masalah ini memungkinkan menjadi salah satu punca keguguran bayi yang dikandungkan, bersalin awal, bayi pramatang, uri lekang awal serta boleh meningkatkan risiko darah tinggi. Sementara bagi bayi dalam kandungan itu pula, keadaan yang dihadapi ibu itu mungkin boleh menjejaskan IQ serta pertumbuhan bayi (bayi kecil),” jelasnya lagi.
Hipertiroidisme & Kehamilan
Secara keseluruhannya, punca tiroid paling biasa (80-85%) semasa hamil adalah penyakit Graves (mengambil sempena orang pertama yang menemui penyakit ini). Ia berlaku 1:1,500 di kalangan wanita hamil. Di samping itu, sebab-sebab lain hipertiroidisme adalah tahap hCG yang tinggi yang biasa dilihat semasa alahan teruk (morning sickness).
“Penyakit Graves biasanya hadir semasa trimester pertama atau mungkin diburukkan lagi sekiranya wanita hamil berkenaan mempunyai masalah gangguan (disorder). Di samping itu, gejala klasik yang dikaitkan dengan hipertiroidisme ialah masalah hipertiroidisme ibu yang tidak dirawat sehingga boleh menyebabkan kelahiran pramatang atau komplikasi serius yang dikenali sebagai pra-eklampsia.
Selain itu, wanita yang mempunyai penyakit Graves aktif semasa mengandung juga berisiko tinggi untuk mendapat hipertiroidisme sangat teruk yang dikenali sebagai Thyroid Storm. Penyakit Graves sering meningkat semasa trimester ketiga kehamilan dan boleh memburukkan keadaan semasa tempoh selepas bersalin,” terang Dr Nazri lagi.
Risiko hipertiroidisme kepada bayi pula bergantung kepada hipertiroidisme ibu. Sekiranya hipertiroidisme ibu yang tidak dikawal, ia boleh menyebabkan masalah tachycardia pada janin (kadar denyutan pantas), bayi kecil, lahir tidak cukup bulan, kelahiran mati dan malformations. Inilah antara sebab kenapa rawatan hipertiroidisme terhadap ibu sangat penting.
Pengambilan dadah anti-tiroid oleh ibu juga boleh menjejaskan bayi dalam kandungan sekiranya tidak dikawal. Pengambilan ubat dadah terapi jenis Methimazole (Tapazole) atau propylthiouracil(PTU) untuk rawatan hipertiroidisme juga dilihat boleh menjejaskan fungsi tiroid bayi dan menyebabkan penyakit Goiter.
Simptom & Rawatan
Lazimnya, antara simptom-simptom bagi penghidap hipertiroid adalah seperti selera makan bertambah, berat badan menurun, menggeletar jari tangan, berdebar-debar, kerap berpeluh, badan terasa panas dan mudah marah. Ia sedikit berbeza dengan simptom hipotiroid di mana pesakit menjadi gemuk, badan sering terasa sejuk, ingatan terganggu, kaki membengkak, kuat tidur dan berasa malas.
Diagnosis biasanya dilihat menerusi tanda-tanda atau gejala tiroid berkenaan. Rawatan yang dijalankan pula adalah bergantung kepada tahap penyakit yang dihidapi. Doktor akan membuat imbasan awal risiko pesakit tiroid dan memberikan diskripsi ubat-ubatan bersesuaian dengan tahap penyakit.
Hipertiroidisme ringan (gejala dan tahap hormon tiroid sederhana) biasanya hanya dipantau tanpa terapi selagi kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan baik. Apabila hipertiroidisme yang teruk memerlukan terapi, ubat-ubatan anti-tiroid akan menjadi rawatan pilihan dengan berpandukan kepada sejarah penggunaan dadah dalam rawatan sebelumnya.
Matlamat rawatan terapi adalah untuk membebaskan ibu daripada masalah T4 dan T3 dengan julat normal tinggi pada dos ubat anti-tiroid terendah. Jumlah tahap hormon ini diharap dapat mengurangkan risiko pembentukan hipotirodisme atau Goiter pada bayi.
Walau bagaimanapun, sekiranya ibu hamil terpaksa menjalani rawatan terapi hipertiroidisme semasa hamil, ia hendaklah dipantau dengan teliti.
Pembedahan membuang kelenjar tiroid jarang disarankan kepada ibu hamil kerana ia mungkin berisiko sama ada dari segi pembedahan itu sendiri mahupun anestesia kepada ibu dan bayi.
Penggunaan rawatan radioaktif iodine semasa hamil juga tidak digalakkan kerana ia boleh mengakibatkan kemusnahan kelenjar dan menyebabkan hipotiroidisme kekal.
Rawatan Beta-blockers boleh digunakan semasa hamil untuk membantu merawat gegaran dan debaran disebabkan hipertiroidisme. Walau bagaimanapun, ia harus digunakan dengan berhati-hati untuk mengelak menjejaskan pertumbuhan bayi.
Hipertiroidisme/Penyakit Graves selepas bersalin
Biasanya hipertiroidisme/penyakit Graves akan menjadi lebih teruk dalam tempoh tiga bulan pertama selepas bersalin jika tidak dipantau dan dikawal sedari awal. Sekiranya ini berlaku, dos ubat-ubatan anti-tiroid yang tinggi diperlukan. Biasanya, pada masa ini, pemantauan rapi ujian fungsi tiroid adalah perlu.
Walau bagaimanapun, ibu yang menghidap masalah ini yang sedang dirawat dengan ubat anti-tiroid masih boleh menyusukan bayinya tetapi dengan pemantauan pengambilan jenis ubat.
· Dapatkan lagi rencana menarik dalam majalah Seri Dewi & Keluarga edisi Januari 2013
http://www.sinarharian.com.my/famili/awas-tiroid-antara-sebab-keguguran-1.116429
Subscribe to:
Posts (Atom)
