Wednesday, November 14, 2012


Najib lupa siapa punya projek kondo Batu Caves

Muhammad Faizal,14 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat terlupa untuk menyelidik pemilik sebenar projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves sebelum membuat pengumuman untuk membatalkan projek tersebut sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menawan Selangor.


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang dihubungi memberitahu adalah satu perkara yang melucukan apabila pihak yang meluluskan projek tersebut ingin membatalkannya semula bagi mendapatkan sokongan undi.

"Dia (BN) yang lulus lepas dia pulak hendak batalkan, ini tindakan yang amat melucukan.

"Saya rasa Najib tidak membuat penyelidikan sepenuhnya siapa pemilik projek tersebut sebelum beliau mengumumkan pembatalan sekiranya BN menawan Selangor," jelasnya.

Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat  turut menyatakan tindakan Najib itu dilihat amat terdesak apabila sokongan dari orang Cina dan India terhadap BN mula merosot.

"Beliau ingin mendapat kembali undi dari kaum India sebab itulah terpaksa membuat pengumuman yang memalukan.

"Walhal semua rakyat sudah mengetahui siapa sebenarnya pemilik projek kondominium tersebut, sudah lima tahun tanpa ada pengumuman tiba-tiba bila hampir pilihan raya pengumuman tersebut dilakukan," sambung beliau lagi.

Semalam, Najib telah mengumumkan akan membatalkan projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves sekiranya BN berjaya menawan Selangor.

Beliau membuat pengumuman itu ketika  berucap di majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC di pekarangan kompleks Batu Caves.

Namun sebelum itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan akan menubuhkan pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu kondominium yang berdekatan kuil Subramaniar itu.

Exco Kerajaan negeri, Ronnie Liu dalam kenyataan pada 7 November memberitahu kerajaan Selangor mungkin membatalkan kelulusan projek tersebut bagi mengabaikan bantahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/14505-najib-lupa-siapa-punya-projek-kondo-batu-caves

Tuesday, November 13, 2012


Najib: Kawasan Batu Caves akan dipertahankan

13 November 2012
Najib Tun Razak, G Palanivel

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel (empat, kiri) memotong kek sempena majlis Rumah Terbuka Deepavali MIC 2012.
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa kawasan Batu Caves akan dipertahan daripada sebarang kerosakan atau ancaman yang boleh menjejaskannya.

Beliau berkata jika Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang, ia akan membatalkan cadangan projek pembangunan kondominium 29 tingkat di kawasan itu selain mencadangkan supaya Batu Caves diisytihar sebagai tapak warisan dunia. 

Najib menarik perhatian Batu Caves begitu dekat di hati penganut agama Hindu dari dalam dan luar negara serta disanjung sebagai tempat yang tinggi kedudukannya di sisi mereka. 

"Kita tidak mahu pembangunan di kawasan ini mengancam masa depan kompleks Batu Caves. Pengakuan yang saya buat ini, sepertimana yang kita tahu (berdasarkan) kerajaan BN adalah kerajaan 'Janji Ditepati'," katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di perkarangan kompleks Batu Caves di sini. 

Projek kondominium yang dirancang dibina berhampiran bukit batu kapur itu mendapat tentangan pelbagai pihak kerana dilihat akan menjejaskan kawasan dan penduduk di sekitarnya. 

Mengulas lanjut, Najib berkata cadangan menjadikan Batu Caves sebagai tapak warisan dunia perlu dibawa ke Unesco (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) selepas  tempoh Malaysia menjadi anggota Suruhanjaya Warisan Dunia tamat pada 2015.    

Usaha itu akan dilakukan melalui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. 

"Kita tidak boleh buat permohonan buat masa ini kerana boleh berlaku 'conflict of interest' (konflik kepentingan). Tempoh kita akan berakhir pada 2015, dan pada masa itu kita akan mengemukakan (permohonan) secara rasmi  supaya kompleks Batu Caves diisytihar Unesco sebagai tapak warisan dunia," katanya. 

Dalam ucapannya, Najib turut mengumumkan cuti am Deepavali akan mencakupi Wilayah Persekutuan Labuan. 

"Walaupun Labuan tidak mempunyai ramai penganut Hindu tetapi...kerana Labuan ialah sebahagian dari Wilayah Persekutuan, maka mereka juga layak menikmati hari Deepavali sebagai cuti am," kata Najib. 

Beliau menyifatkan rumah terbuka Deepavali anjuran MIC yang berlangsung di Batu Caves buat kali kedua itu sebagai amat meriah dan pengunjung yang hadir menyambut perayaan itu dilihat mencerminkan semangat  1Malaysia. 

"Semangat 1Malaysia yang didukung oleh rasa saling menghormati antara pelbagai kaum, agama dan budaya yang dipupuk selama ini merupakan tunjang negara kita," tegas beliau sambil mengucapkan tahniah kepada  kepimpinan MIC atas penganjuran acara itu. 

Najib kemudiannya menghadiri rumah terbuka Deepavali anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia(MAICCI) di Rumah Puspanita di sini dan ketibaan beliau disambut Presiden MAICCI Datuk K.K.Eswaran.
   
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, Raja Nong Chik, Liow, Koh dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta anak Najib, Nor Ashman.
   
Sebelum beredar dari majlis itu yang tetamunya termasuk anak yatim dan kanak-kanak kurang kemampuan, kira-kira 45 minit kemudian, Najib memotong kek Deepavali setinggi tiga tingkat dan menerima kalungan bunga daripada Eswaran.
   
Sementara itu, Eswaran menggesa masyarakat India memberikan sokongan padu terhadap kerajaan dan perdana menteri, dan menegaskan pentingnya mengamalkan konsep 1Malaysia.
   
Beliau berkata di bawah kepimpinan Najib, kerajaan menghulurkan bantuan yang membolehkan lebih ramai kaum India menceburi sektor perniagaan termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
   
"Masyarakat perniagaan kaum India tidak lagi boleh merungut dan perlu memberikan sokongan padu kepada Datuk Seri Najib kerana beliau amat prihatin terhadap kita," katanya sambil memberikan contoh peruntukan khas RM180 juta untuk usahawan India.
   
Najib kemudiannya menghadiri majlis sambutan Deepavali Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan di Jalan Sentul di sini yang turut dihadiri Presiden PPP Datuk M.Kayveas, Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan Datuk A.Chandrakumanan dan Naib Presiden kanan parti Datuk Maglin Dennis D'Cruz serta beberapa anggota Kabinet dan ahli politik. - Bernama



http://www.sinarharian.com.my/politik/najib-kawasan-batu-caves-akan-dipertahankan-1.103536

AA : BACA JUGA DI LINK NI .... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kerajaan-selangor-bidas-bn-mainkan-isu-batu-caves

Kerajaan Selangor bidas BN mainkan isu Batu Caves

TERKINI @ 06:55:27 PM 27-10-2012
October 27, 2012
Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu bersama para penyokong Pakatan Rakyat selepas sidang sidang media mengenai isu pembinaan kondominium Dolomite Park Avenue di Batu Caves. — Gambar oleh Md Izwan
KUALA LUMPUR, 27 Okt —Dakwaan ahli politik Barisan Nasional (BN) ke atas pembinaan kondominium di Batu Caves sama sekali tidak berasas, kata ahli mesyuarat kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu pada sidang media hari ini.
Ahli dewan undangan negeri (adun) Pandamaran tersebut juga berkata penjelasan oleh pemimpin Gerakan, senator A. Kohilan Pillay semalam sebagai satu pembohongan kerana menafikan "Kebenaran Merancang" adalah kelulusan kepada pemaju untuk laksanakan pembangunan.
"Penjelasan oleh Kohilan mengatakan "Kebenaran Merancang" adalah bukan kelulusan melaksanakan sama sekali mengarut.
Pelan pembinaan oleh pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd yang dihantar kepada Majlis Perbandaran Selayang untuk mendapatan "Kelulusan Merancang" kondominium Dolomite Park Avenue di Batu Caves. — Gambar oleh Md Izwan
"Mana ada perkara kelulusan melaksanakan seperti yang dikatakan oleh Kohilan.
'Kebenaran Merancang' adalah kelulusan kepada pemaju untuk membina projek tersebut," kata Ronnie.
Ronnie juga membidas bekas ahli majlis Perbandaran Majlis Selayang (MPS) kerana berlakon tidak tahu tentang projek kondo, Dolomite Park Avenue tersebut.
"Mana boleh dia tidak tahu? Mana boleh dia kata pemaju hanya mengatakan akan membina lot kedai sahaja disini. Hari ini saya bawa pelan pembinaan yang meliputi lot kedai dan kondo yang diluluskan oleh MPS.
"Bagaimana dia kata dia tidak tahu tentang kondo ini? Jelas sekali dalam pelan ini ada menyatakan tentang pembinaan kondo," kata Ronnie lagi.
Dalam sidang media hari ini, Ronnie mendedahkan dokumen lengkap "Kebenaran Merancang" yang diluluskan pada 30  November 2007 selepas persidangan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC).

Selain itu, turut disertakan bersama kelulusan tersebut ialah pelan pembinaan termasuk lokasi lot kedai dan kondo oleh pemaju yang dikemukakan kepada pihak MPS.

"Selepas OSC bersidang pada 27 September 2007, "Kebenaran Merancang" ini telah diberikan kepada pemaju.

"Dalam surat kebenaran itu ada menyebut 'pelan bangunan hendaklah dikemukakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh  Jabatan Bangunan MPS', ini membuktikan MPS ketika itu sudah mengetahui tentang kondo ini," terang Ronnie lagi. 

Apabila menjawab soalan mengenai langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri bagi menangani isu ini, Ronnie berkata MPS  akan membawa isu ini ke Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC).

"Kajian akan dilakukan oleh SPC, ia mungkin akan mengambil masa selama sebulan.

"Jika kajian ini mendapati kesan buruk akan berlaku apabila pembinaan ini diteruskan, maka kelulusan "Kebenaran Merancang" ini  akan terbatal. Kerajaan negeri juga tidak akan dibebani dengan perlu membayar pampasan," kata Adun Pandamaran itu lagi.

Pembinaan kondominium yang dirancang sejak 2007 itu kini berhadapan tekanan terutamanya daripada pihak jawatankuasa kuil yang  kini memperoleh sokongan daripada pemimpin MIC yang turut sama membantah pembinaan itu.

Semalam, ratusan penganut agama Hindu dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) menyertai himpunan di perkarangan Batu Caves  bagi menyatakan bantahan ke atas pembinaan kondo tersebut yang dikatakan akan memberi ancaman kepada alam semulajadi bukit itu.

Bekas menteri kerja raya, Datuk Seri Samy Vellu yang hadir atas jemputan pihak jawatankuasa kuil turut sama menyertai dan  memberikan ucapan dihadapan kira-kira 300 orang ramai yang hadir pagi semalam.

Dalam himpunan sama, Kohilan bertindak menunding jari dengan menuduh pihak kerajaan Pakatan Rakyat sekarang yang bertanggungjawab meluluskan projek kondo tersebut.

Kohilan mengakui semasa dia menjadi ahli majlis menyedari tentang projek tersebut tetapi menafikan memberikan kelulusan  kepada pemaju untuk membangunkan kawasan itu.

“Memang saya mengetahui tentang projek tersebut sejak 2007 tetapi ketika itu MPS hanya meluluskan 'Kebenaran merancang bagi  cadangan pembangunan perdagangan di atas Lot 622'.

“Tetapi ia bukan kelulusan untuk ‘Rancangan Pembangunan’ dengan tujuan membina kondo 29 tingkat,” kata Kohilan.

Projek Dolomite Park Avenue oleh pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd di Batu Caves ini dianggap sebagai sensitif memandangkan  kawasan tersebut merupakan tumpuan masyarakat Hindu beribadat dan meliputi sejumlah 170,0000 kaum India yang merupakan kumpulan utama pengundi di kawasan bandar Selangor.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kerajaan-selangor-bidas-bn-mainkan-isu-batu-caves

Hadi Awang: 'Pilih pemimpin amanah'
WARTAWAN SINAR HARIAN
14 November 2012
logo muktamar

.
MARANG - Rasuah dan jenayah merosakkan negara sehingga boleh menjadikan rakyat mundur walau sudah lebih setengah abad merdeka.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, agihan ekonomi negara juga dilihat tidak adil kerana yang kaya dalam kalangan kroni berterusan jadi kaya dan miskin terus miskin walaupun berusaha keras.

Malah katanya, perkara itu tidak tepat dengan kehendak Islam.

“Oleh itu, mengambil semangat hijrah, kita perlu berubah dengan meletak tanggungjawab memimpin negara kepada individu amanah yang bukan sahaja mampu bangunkan negara, tetapi juga amanah dalam pemerintahan dan adil kepada rakyat.

“Selain itu, kita sebagai individu Muslim juga mesti berubah ke arah lebih baik dalam amal ibadah dan berusaha mendekatkan diri kepada ALLAH SWT,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau mewakili Pas turut mengucapkan salam Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam kerana peristiwa hijrah adalah peristiwa besar yang memberi pengajaran bermakna bagi menghadapi pilihan raya.

“Tindakan pertama Rasulullah SAW selepas hijrah dalam membangunkan negara Madinah adalah mendirikan masjid dan keduanya, membina pasar.

“Tindakannya adalah simbolik kepada pembangunan insan dan pembangunan ekonomi yang dititik beratkan dalam membina sesebuah negara,” katanya.

Menurutnya, masjid adalah tempat membangunkan manusia untuk bertakwa kepada ALLAH SWT dan menghubungkan manusia sesama mereka, manakala pasar pula sebagai pusat kegiatan ekonomi yang kedua penting bagi membangunkan negara.

Sehubungan itu, beliau berharap semoga tahun baru hijrah akan membawa perubahan bermakna kepada seluruh umat Islam di dunia ke arah melihat dunia yang lebih adil dan keluar daripada kezaliman, peperangan dan penindasan yang banyak berlaku pada masa ini.


http://www.sinarharian.com.my/politik/hadi-awang-pilih-pemimpin-amanah-1.103690
PROGRAM PERLINDUNGAN PENDAPATAN YANG TERBAIK - MAA TAKAFUL HAJJ



   

 MAA Takaful telah melancarkan satu pakej Tabungan Haji di bawah Pelan Takafulink Hajj.

Program ini adalah hasil usahasama strategik antara MAA Takaful dengan AMANAH RAYA BERHAD.
Program ini menyediakan pakej simpanan bagi tujuan mengerjakan haji atau umrah denganpotensi dividen tahunan yang menarik di samping perlindungan semasa mengerjakanhaji atau umrah di tanah suci.

Selain itu, program ini turut merangkumi kemudahan wasiat kepada peserta bagimelaksanakan empat (5) perkara berikut secara automatik kepada peserta yangmeninggal dunia:

a) Melaksanakan badal/upah haji
b) Wakaf
c) Qurban
d) Hibah
e) Badan badan kebajikan

Program ini boleh disertai oleh semua umat Islam yang berumur 30 hari hingga 69 tahun dengan tabungan tetap bermula RM50 sebulan. Kami juga mengalu-alukan sahabat yang mendapat tahu maklumat yang murni ini untuk menjadi rakan kongsi untuk menyebarkan kebaikan program ini kepada ahli keluarga dan juga rakan -rakan.


credit to : http://bicaraiman.blogspot.com/2012/10/proses-menunaikan-haji-takaful-telah.html

Sunday, November 11, 2012


'Politik rakus cari ruang menjelang PRU13'
WARTAWAN SINAR HARIAN
12 November 2012
Arena politik Malaysia: Beradab atau ganas?

.
MUKADIMAH
Suhu politik negara dikatakan mengalami peningkatan sejak selepas Pilihan Raya Umum 2008. Salah satu elemen dan kejadian di sebalik suhu politik yang mengalami peningkatan ialah politik sabotaj dan politik ganas. Ada yang melabel sebagai politik agresif.

Sinar Harian Online mengupas perkembangan ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. Ikuti penulisan awal mengenainya.


SHAH ALAM - Penganalisis politik melihat perkembangan politik kini dilihat lebih bersikap peribadi dan melangkaui jangkauan politik sebenar.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, apa yang terjadi kini adalah politik rakus di mana ahli politik berusaha mencari kedudukan.

“Inilah punca berlakunya 'pembunuhan karakter' seperti yang berlaku dalam isu video dikaitkan dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan kontroversi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dikaitkan dengan seorang pelakon dan beberapa isu lagi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Amalan politik itu tidak terhenti di situ sahaja. Ceramah parti politik turut diserang. Jentera pilihan raya termasuk bas yang digunakan juga menjadi 'mangsa'.

Menurutnya, isu 'pembunuhan karakter' bukan perkara baru dan pernah berlaku dalam sejarah politik negara cuma tidak menjadi terlalu besar seperti yang berlaku kini.

“Isu 'pembunuhan karakter' pemimpin politik kini seolah-olah menjadi fokus utama masa kini dan ini boleh memberi kesan kepada generasi akan datang.

"Jika fenomena ini terus berlarutan, golongan muda khususnya akan merasa muak dengan politik negara.

“Komuniti senyap masih belum bersuara kerana golongan ini yang dilihat bakal menjadi penentu kemenangan sesuatu parti pada pilihan raya umum nanti.

"Golongan yang membuat kecoh ini hanya segelintir saja dan kita semua mengharapkan suasana politik lebih berhemah dari pemimpin parti politik,” katanya.

Tambah beliau, sebagai pemimpin politik, mereka harus menjadi contoh dan rujukan kepada ahli parti terbabit bagi mengelakkan isu yang boleh menjejaskan kestabilan kaum di negara ini.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Ahmad Atory Hussain menyifatkan perkembangan yang berlaku dalam politik negara ketika ini menandakan pilihan raya umum (PRU) semakin dekat.

“Saya menjangkakan PRU kali ini sengit sebab pembangkang banyak kerusi dan sebab itu kita dengar macam-macam perkara berlaku.

"Tidak seperti pilihan raya umum pada 2008 kerana  masa itu pembangkang tidak menjangka mereka menang banyak kerusi,” katanya.

Mengulas mengenai kekecohan yang berlaku kebelakangan ini beliau berkata, perkara itu boleh dielakkan jika Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerja dengan baik.

“Akan ada percubaan membuat kekecohan yang disebut ejen provokasi, sebab itu peranan polis penting dalam memastikan keadaan sentiasa aman.

“Provokasi mungkin juga boleh dibuat oleh dua pihak iaitu pihak kerajaan dan pembangkang, tetapi perkembangan ini tidak akan membuatkan politik negara menjadi politik ganas pada masa depan,” katanya.

Ahmad Atory berkata, beliau yakin keadaan politik negara akan bertambah baik kerana rakyat sudah semakin matang.

"Demonstrasi atau perhimpunan akan terus ada dan kerajaan juga sudah mewujudkan Akta Perhimpunan Aman dan ini satu langkah pendidikan politik yang baik bagi rakyat,” katanya.

Mengulas mengenai timbulnya isu skandal seks beberapa pemimpin parti politik tanah air, beliau tidak terkejut kerana fenomena ini bukanlah perkara baru dalam sejarah politik negara.

"Isu seperti pemimpin politik dikaitkan dengan skandal seks bukan perkara baru dan seingat saya pada setiap zaman perdana menteri terdahulu juga pernah timbul isu seperti ini, cuma bagaimana pemimpin terbabit menanganinya.

"Bagaimanapun, fitnah seperti ini jika tidak ditangani dengan cepat boleh mempengaruhi pengundi pada pilihan raya akan datang," katanya.

Ahmad Atory menyifatkan isu seperti itu adalah salah satu risiko menjadi seorang ahli politik dan merasakan akan ada lagi perkara seumpama itu pada masa akan datang.

Kolumnis Sinar Harian yang juga seorang penganalisis politik, Prof Rahman Shaari ketika dihubungi berkata, isu berkaitan politik ketika ini adalah kesan dari kemunculan media baru seperti internet dan mempengaruhi masyarakat dengan bahasa kotor yang digunakan dalam sesuatu isu.

“Kemunculan media baru  seperti blog dilihat semakin ketara dan mengatasi pengaruh akhbar arus perdana ketika ini.

"Kalau dulu hendak mengumpul orang ramai mengambil masa lama, tetapi kini apabila seseorang menulis saja di Twitter atau Facebook, sudah ramai yang boleh membacanya dengan cepat,” katanya.

Beliau menganggap apa yang berlaku kini ialah serangan media baru.

“Masyarakat pula dilihat mudah terpengaruh dengan apa yang ditulis di blog-blog, YouTube dan mungkin akan terbiasa dengan bahasa kasar seperti ‘seks’ dan sebagainya.

“Kalau dulu masyarakat kita malu hendak sebut perkataan ‘seks’, tapi kini apabila ia digunakan secara meluas terutama di media massa, bahasa kasar seperti ini akan menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/politik/politik-rakus-cari-ruang-menjelang-pru13-1.103001

Presiden Umno sendiri pernah berkata "Allow Muslims to convert if they choose to"..

http://darisungaiderhaka.blogspot.com,12 Nov 2012
Utusan Malaysia ataupun Lidah Rasmi UMNO berhempas pulas memutarbelitkan kenyataan Nurul Izzah Anwar.


Akhbar yang telah berpuluh kali disaman kerana memfitnah itu hanya menyiarkan kenyataan Izzah yang diputarbelit, tetapi menyembunyikan latarbelakang bagaimana kenyataan itu terbit dan apa maksud sebenarnya.



Ia berdasarkan soalan yang diajukan oleh Siti Kasim, seorang yang dilaporlan penganut Kristian berketurunan Orang Asli berhubung ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256 berhubung konsep ‘Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….’


Question: "When you speak about freedom of religion, are you actually applying to the Malays as well? Thanks."


Nurul Izzah : When you ask me, there is no compulsion in religion. Even Dr Farouk quoted that verse in the Quran. How can you ask me, or anyone… How can anyone really say, "Sorry, this only applies to non-Malays". It has to apply equally. That is the basis.



In the Quran, there is no specific term for the Malays. This is how it should be. So I'm tied, of course, you know, to the prevailing views, but I will say that what you want is, of course, is in terms of quality. You believe so strongly in your faith that even me, being schooled in Assunta, with a large cross in the hall, and an active singing Catholic nuns, Catholic society will not deter you. Thank you.



Jawapan yang diberi oleh Nurul Izzah memang tepat sekali iaitu tiada paksaan dalam agama bukan hanya untuk bukan Islam sahaja tetapi juga untuk orang Melayu yang sinonim dengan Islamnya. 



Maksudnya, bukan orang bukan Islam sahaja yang tidak boleh dipaksa mengganut Islam atau mengamalkan ajaran Islam tetapi orang Melayu/Islam juga tidak boleh dipaksa untuk menganut ajaran bukan Islam. Jadi, di mana salahnya kenyataan Izzah itu?



Baiklah, kalaulah kenyataan asal beliau tidak jelas atau terdedah untuk membawa kepada beberapa maksud maka perkara terbaik untuk dilakukan ialah merujuk balik kepada kepada orang yang mengeluarkan kenyataan maksud sebenarnya.



Setelah dirujuk kepada Izzah ternyata ia tidak bermaksud seperti yang diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia.



“Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.



“Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad,” tegas Nurul Izzah.



Jelasa beliau tidak bermaksud seperti yang difitnah oleh Utusan Malaysia maka mengapa beriya-iya sangat puak tertentu nak terus mengaitkan Izzah dengan dakwaan tersebut.



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama itu adalah satu tindakan bodoh dan melampau.



Beliau berkata orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.



"Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.



"Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat hari ini.



Jika Nurul Izzah dianggap bertindak bodoh dan melampau bagaimana pula dengan Pak Lah ini?





Pada July 2007, Pak Lah yang merupakan Perdana Menteri Malaysia dan juga Presiden UMNO pada ketika itu dilaporkan telah berkata "Allow Muslims to convert if they choose to"..



Dalam Bahasa Malaysia ianya bermaksud benarkan orang-orang Islam murtad jika itu pilihan mereka..



Tidakkah tindakan Pak Lah itu akan mengalakkan orang-orang Islam untuk murtad sebagaimana dakwa kebanyakkan pencacai UMNO bila Utusan melaporkan Nurul Izzah buka peluang murtad?



Kenyataan Pak Lah ini tidak disiarkan oleh media-media yang ditunggan oleh UMNO/BN tetapi beberapa media cetak dan on-line luar negara



Laporan di atas juga disiarkan oleh Channel News Asia di ( SINI )

Apakah bila ianya disuarakan oleh pemimpin UMNO sendiri maka ianya tidak memudaratkan Islam?

http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/14461-presiden-umno-sendiri-pernah-berkata-qallow-muslims-to-convert-if-they-choose-toq

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...