Sunday, November 11, 2012


Apa habuan jika tiada saman AES?

Abdul Aziz Mustafa,12 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Jika tidak ada kesalahan lalulintas dirakamkan, apa pula habuan yang kerajaan janjikan kepada syarikat konsesi Sistem Kamera Automatik (AES).

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan perlu mendedahkan kepada rakyat perjanjian antara kerajaan dan syarikat-syarikat berkenaan, iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd, supaya rakyat tahu apakah lagi bayaran lain yang dijanjikan oleh syarikat berkenaan.

Selama ini, katanya, rakyat diberitahu bahawa syarikat-syarikat tersebut akan mendapat keuntungan hasil dari kesalahan trafik yang dirakamkan oleh AES melalui skim pembayaran yang dijanjikan kepada mereka.

"Sekarang terdapat pula dakwaan kononnya pemasangan AES mengurangkan saman kerana para pemandu lebih mematuhi peraturan kerana tidak mahu dirakam oleh AES.

"Jika hasil dari saman tidak ada dan menjejaskan keuntungan syarikat-syarikat tersebut, apa pula habuan yang kerajaan janjikan kepada mereka?

"Kerajaan mesti berterus terang kepada rakyat apakah perjanjian sepenuhnya dengan syarikat-syarikat itu," kata Mahfuz (gambar).

Mengenai dakwaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang cuba menggambarkan pemasangan AES menghasilkan kejayaan kerana berkurangannya jumlah pemandu yang melanggar peraturan, Ahli Parlimen Pokok Sena itu menolak apa yang disifatkan sebagai "analisa kartun" itu.

Bagi Mahfuz, dakwaan saman berkurangan itu pun boleh dipertikaikan kerana baru 14 kamera dipasang, sudah 79,000 saman dikeluarkan.

"Itu baru 14 kamera, bagaimana jika 817 kamera dipasang dalam fasa kedua nanti?

"Sebab itulah pada saya, mudah sangat analisa kartun JPJ itu untuk mengaburi mata rakyat," katanya.

Mahfuz juga mengingatkan, rakyat hendak tengok berkurangannya jumlah kemalangan, bukan apa yang cuba didakwa oleh JPJ itu.

Malah, beliau menyifatkan percubaan untuk mendakwa kejayaan AES dengan hanya menyebut penurunan jumlah pemandu yang melanggar peraturan itu adalah pengakuan bahawa jumlah kemalangan tidak berkurangan.

"Bila kemalangan tidak berkurangan, betullah apa yang kita katakan sebelum ini bahawa kemalangan bukan hanya berpunca akibat memandu laju sahaja," kata Mahfuz yang juga Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (KASE).

Lagi pun, katanya, buat apa mengikut peraturan atau mematuhi had laju di hadapan AES sahaja dan bila jauh dari kamera serta merta langgar peraturan.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14464-apa-habuan-jika-tiada-saman-aes

Gangnam Saudi style a hit on YouTube

Arab News,09 November 2012
JEDDAH, Nov 9: A recent video was posted on YouTube by a group of six Saudi young men covering the “Gangnam style” hit song by the Korean singer “Psy.”

In just a few days, the Saudi version attracted a crowd of more than three million views, delivering the latest Saudi inside jokes through the Gangnam style.

The video took place in the streets of Riyadh, relating the song to traditional habits of Saudis.

The group danced, highlighting the recent noticeable trend of Saudi men leaving their thobes behind and going out to run errands, pass by a friend’s house or having to drive the kids to school, announcing comfort publicly.

Consequently, the makers of the video threw another joke when the lemon soda drink was placed in unexplained, unexpected, strange places. Adding a random sense of humor to those who were familiar with it.

Basically it was based on a funny fact where young Saudi’s go through stages in which they prefer drinks through time, growing up. Starting from SunTop to the local energy drink Code Red, passing by the teen stages of favoring the lemon soda drinks.

Nonetheless, one scene caught the attention of the viewers, according to the comments below the video.

“Irqa Hospital,” also known as the ghost’s hospital in Riyadh, the video makers had a person covered all in black running at the background of the hospital’s location.

Adding a fuzzy, imaginary, blink of an eye of a ghost appearing.

http://en.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/world/6147-gangnam-saudi-style-a-hit-on-youtube.html

AA : APA SUDAH JADI, MUSIM HAJI NI....HANCUSSS....

Muktamar PAS tumpu pilihan raya..

http://msomelayu.blogspot.com,11 Nov 2012
MAKALAH AHAD 

Parti Islam se Malaysia (Pas) akan mengadakan muktamar tahunan ke 58 bermula pada 16 hingga 17 November ini bertempat di Pusat Tarbiyah Pengkalan Chepa (Putik). Muktamar ini dianggap penting dan mustahak kerana ia merupakan muktamar akhir sebelum pilihan raya umum ke-13 yang bakal menjelang bla-bila masa saja.


Pastinya ahli, penyokong Pas serta pemerhati memberi tumpuan kepada muktamar ini. Pemerhati akan melihat berdasarkan muktaamr ini sejauh manakah kesediaan dan kemantapan ahli Pas untuk berhadapan dengan pilihan raya. Ia juga tidak terkecuali sedang diintip oleh pihak UBN untuk melihat dan mengambil apa-apa peluang yang boleh menguntungkan mereka dan dijadikan modal pilihan raya.

Sementara selain muktamar ini menjadi satu kewajiban mengikut perlembagaan, muktamar juga menjadi wadah mempertautan kasih sayang dan mengejatkan ikatan silaturahim sesama ahli dan penyokong parti. Sebab itu mukatamar bukan saja melaksana kehendak perlembagaan tetapi menghidupkan roh ukhwah sesama ahli parti. Dengan begini saja parti akan menjadi mantap dan perkasa kerana ia dijalin dengan kekuatan ukhwah Islamiyah.  Dan inilah keistimewaan dan keunikan Pas dan juga menjadi rahsia keutuhan parti itu.

Lantaran itu bagi ahli parti yang komited mereka akan merasa gembira dan tidak sabar untuk menanti kedatangan muktamar pada setiap tahun. Muktamar dijadikan gelanggang bukan saja untuk bertemu bagi membincang dan membahas hala tuju atau pemantapan parti, tetapi juga untuk pengukuhan jiwa dan pengentalan semangat jihad fi sabilillah dalam versi moden ini.

Segi formalitinya muktamar dijadikan saluran untuk ahli di peringkat bawahan menyampaikan apa-apa pandangan mereka atau membuat teguran untuk maslahat parti sebagai melaksanakan tanggungjawab dan amanah. Lantara itu berbagai isu akan dikemukakan dan dibangkit.

Sebenarnya paling mustahak dalam muktamar seperti itu ialah, Pas berbincang bagaimana untuk kematapan parti keseluruhan dan juga menjadikan parti sebuah wadah membela agama bangsa dan negara. Perbahasan secara terbuka sesetengah elemen perkara itu tidak wajar, sepatutnya diserahkan saja kepada jawatankuasa kerja Pas Pusat.

Tetapi ada juga kadang kala muktamar seperti itu tersasar dari membincang perkara sebenarnya dan ada kalanya ahli tidak dapat menahankan sabar turut membincang dan 'melembel' sesuatu dalam muktamar. Lebih kesal lagi ada yang menjadikan muktamar sebagai ruang melepaskan geram dan dendam. Ini menyebabkan muktamar menjadi kontroversi dan hangat dan sehingga ia memberi 'makan' percuma kepada musuh-musuh Pas.

Sukar untuk pihak pengurusan Pas memasatikan ia berjalan dengan lancar menempati kehendak perlembagaan sebenarnya. Apa lagi Pas kini bukan lagi parti kecil dan pinggiran, sebaliknya ia sudah menjadi parti arus perdana yang berpotensi besar di masa depan. Bayangan atau slogan Pas mengganti Umno adalah tepat dalam konteks politik Islam dan Melayu di negara ini. Hakikatnya Pas konsisten dalam melakanakan prinsip dan dasar-dasarnya kecuali dari pandangan mereka yang matanya sudah dipincingkan oleh Umno, yang disapu dengan serbu kebendaan dan pangkat.

Tidak ada masalahnya kalau ahli memanfaatlkan persidangan setahun sekali itu untuk menyampaikan apa yang terpendam didalam hati mereka. Itulah sebenarnya tanggungjawab dan tugas ahli. Namun dalam pada itu ahli juga harus melihat dan merasai keadaan semasa sebelum pandangan dan kritikan dilemparkan. Dalam hal ini perkara paling pokok ialah kesejahtraan organisasi Pas itu sendiri. Setiap ahli Pas perlu meletakkan parti di hadapan manakala kepentingan diri di belakang.

Yang perlu difahami Pas adalah sebuah parti politik yang turut sama terpaksa mengikut lunas-lunas dan rukun politik demokrasi sekular. Hendak tidak hendak ahli perlu fatanah didalam hal ini. Misalnya soal-soal berbentuk personal berupa peribadi Pas atau isu yang tidak mungkin dapat diterima masyarakat majmuk atas kepentingan-kepentingan tertentu harus dielak dari dibahas secara terbuka. Apa dinamakan tahalul syiasi hendaklah difahami dan dihayati betul-betul oleh semua ahli.

Lima isu penting perlu diawasi

Memandangkan Pas akan berhadapan dengan pilihan raya umum ke-13 ada beberapa isu yang dikira tidak perlu diketengahkan secara lantang dalam muktamar minggu depan. Isu-isu ini boleh menjadi hangat dan bakal menimbulkan kontroversi di mana bakal menyusahkan Pas jika ia dieksploikan oleh pihak musuh Pas. Kurang kebijaksanaan menagannya menyebabkan Pas akan keletihan dan membuang masa untuk memperbetulkannya bila ia dipusing belitkan oleh media PB. Tiada manfaatnya kita mendapat tepukan atau takbir gemuruh atas isu yang kita bahas atau kemukakan tetapi esok ianya disiarkan dimuka depan Utusan Malaysia? (Catatan: Setiap berita Pas yang disiarkan akhbar berkenaan adalah yang buruk dan menyusahkan Pas).

Justeru ahli-ahli yang kini sedang merangka ucapan untuk membahas isu-isu berkenaan sekiranya ia ditimbulkan patut berfikir panjang ataupun ...mancari kaedah bagaimana ianya tidak ditimbulkan atau kalau ditumbulkan biarkan dalam keadaan baik dan tidak menjadi masalah kepada parti. Sekiranya ahli Pas perlu melakukan istikharah untuk menilai apakah isu ini penting atau tidak, wajar ianya di istikharahkan dulu.

Isu-isu ialah:

1. Hukum hudud dan slogan negara berkebajikan.
2. Kerjasama dengan DAP dan PKR.
3. Isu jawatan perdana menteri dan pembahagian kerusi.
4. Perkara melibatkan pemimpin parti rakan, seperti kenyataan Nurul Izzah mengenai kebebasan beragama dan juga dakwaan musuh Pakatan Rakyat kononnya Anwar Ibrahim mengamalkan pluralisme dalam beragama.
5. Pemecatan Hasan Ali dan juga kedudukan bekas timbalan presiden Pas.

Inilah isu-isu penting yang kini sedang dinantikan oleh pihak musuh Pas. Wajar kalau ianya dielakkan dari dibincangkan secara mendalam dan melibatkan perbahasan perwakilan. Pihak pengurusan muktamar khasnya pengerusi tetap harus memandang berat perkara ini sebelum ianya dibenarkan untuk dibincangkan walaupun ia ada relevensinya bagi dibahas.

Misalnya isu hudud tidak wajar dipertikaikan kerana kedudukannya sudah jelas dalam agenda perjuangan Pas.  Hudud perkara yang tidak akan terubah dalam juzuk perjuangan Pas kerana ia antara perkara yang termaktub dalam kitab mutlak Pas (perlembagaan). Mereka yang bijaksana akan dapat melihat mauduk ini di celah mana ia terselit didalam perlembnagaan Pas.

Pas tidak pernah mengubah agenda perjuangannya apa lagi terpesong, kecualilah ia diterjemahkan oleh media massa PB yang tidak memahami Islam dan method perjuangan Pas dengan bersandarkan ahli Pas yang munafik sebagai suara autoriti. Di sinilah malangnya ahli Pas dan menyebabkan mereka terkeliru kerana mengambil media massa PB sebagai pewari dan sanad ke atas perkembangan dalam Pas.

Perlu difahami pihak musuh sengaja mencari jalan untuk ahli Pas membincangkan secara terbuka dengan mengharap akan ada konflit di antara sesama ahli Pas dengan cara itu memudahkan mereka hendak putar belit isu dan melaga-lagakan sesama ahli Pas. Hari ini media PB sudah memahami bahawa parti memerintah sudah tidak ada modal yang dapat menyakinkan rakyat, maka jalan lain perlu dicari bagi memastikan rakyat terus terpesona dengannya, caranya dengan memburuk-burukan parti pembangkang termasuk Pas. Mudahnya, parti UBN sudah tidak mahu berdepan secara gentlemen lagi kerana mereka menyedari kejujuran dan kebenaran tidak akan berpihak kepada mereka.

Dalam hal ini salah satu isu yang dinanti-nanti ahli Pas mengulasnya ialah berhubung kontroversi yang berlaku terhadap pandangan Nurul Izzah berhubung kebebasan beragama yang kini dijadika isu mentah oleh pihak lawan. Kalaulah ada ahli Pas ikut sama membangkitkan perkara itu dalam muktamar adalah sangat dangkal dan ini menggambarkan ahli Pas sendiri kabur mengenai ayat-ayat Quran berhubung subjek diperkatakan Nurul Izzah itu.

Media massa sangat berharap agar ada penentangan ahli Pas terhadap pandangan Nurul Izzah ini, biarlah tidak ramai kalau seorang pembahas mengungkitkannya, menentang pandangan itu sudah cukup untuk akhbar PB menjadikan ia sebagai lead di muka depan.

Makanya diharap benar mukatamar ini bijak mengelakkan dari isu-isu disebut di atas tadi dibangkitkan dan dibahas. Pesanan tertuju khusus untuk kalangan pemuda Pas yang dilihat begitu ambisi dengan Islam tradisi dan gaya kepimpinan ulamak pekat.

Di dalam muktamar ini apa yang penting dan diberikan penekanan ialah berhubung persiapan pilihan raya. Semua ahli perlu mengambil semangat dari muktamar itu untuk dijadikan bekalan berhadapan dengan pilihan raya. Cadangan dan pandangan konstruktif untuk menguatkan jentera pilihan raya sangat penting dan dialu-alukan. Bahkan dirasakan itulah harapan dan dapatan diperlukan oleh muktamar kali ini.

Muktamar juga perlu meletakkan cita-cita untuk ke Putrajaya sebagai subjek utama dan menjadi agenda mesyuarat paling teratas. Setiap ahli atau muktamirin yang hendak melangkah ke dewan muktamar harus memasangkan cita-cita itu - menawan Putrajaya. Sementara ahli yang datang dengan membusung suruhan dan cocokan daripada pihak musuh, seekoknya membatalkan niat mereka sebaik sampai di muka pintu Putik tempat berlangsung muktamar.

Ahli perlus membincangkan bagaimana mahu melurus dan melebarkan jalan menuju ke Putrajaya.  Jangan pula ada yang primif dengan menyempitkan jalan ke Putraja dengan menzahirkan kebimbangan ataupun konfius; DAP akan menyekat pelaksanaan Islam ataupun masih konfius apakah suci ataupun tidak Anwar Ibrahim untuk jadi perdana menteri? Perkara itu tidak perlu ditimbulkan dan yang penting gapai dulu Putrajaya kemudian baru bahaskan.

Demikian juga pembahagian kerusi dan desakan agar Pas bertanding lebih banyak dari PKR tidak wajar dibincangkan. Pas harus melihat kepada kekuatan sendiri dan rasional dalam menghitung kemenangan. Pas jangan tamak. Lebih baik Pas menang sedikit daripada menang besar kalau penyertaan itu memberi untung kepada Umno. Juga tidak ada gunanya Pas menang besar kalau kemenangan itu nanti digunakan untuk bergabung dengan Umno tanpa ada konsensus dari ahli? Penggabungan Pas dengan Umno baik sebelum atau selepas akan disumpah sebagai satu pengkhinatan yang tidak akan dimaaf.

Seperkara yang perlu disorotkan juga ialah mengenai kerjasama Pas dengan Umno atasspirit dan api jiwa agama dan bangsa. Walaupun perkara ini penting tetapi tidak elok kalau ditimbulkan dalam muktamar kerana ia boleh menyinggung rakan Pakatan yang lain. Saya percaya perkara ini sedang diintip oleh media massa dan isu ini menjadikan perkara utama untuk memecah belahkan Pas.

Begitu juga isu siapa yang akan jadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat dapat memerintah juga tidak perlu ditimbulkan. Walaupun kedudukan Anwar hari ini sebagai perdana menteri, tetapi yang nyata tidak ada apa-apa pleadings mengenai hal itu. Sebenarnya soal siapa perdana menteri masih terbuka. Kesediaan Abdul Hadi Awang untuk memberi laluan kepada Anwar tidak boleh dilihat ianya sudah muktamad. Namun sebagai ikon perjuangan dan bagi meletakkan fikrah Pakatan Rakyat bulat menghadapi Umno dan Najib terimalah bahawa Anwar adalah bakal perdana menteri. Ketepatannya kerana ternyata Anwar saja yang mampu menyatukan jasad Pas dengan DAP walaupun beliau tidak mungkin mampu memsebatikan jiwa di antara keduanya.

Mengenai apakah Pas kini sudah terpesong dari landasan asal jangan ada yang termakan dengan pancing pihak media dan orang tertentu hatta dari Pas sendiri yang kini sudah bercakap atas nada Umno. Mereka sudah jauh termasuk ke dalam perut Umno yang menjajah semula mereka dengan alasan demi agama dan bangsa. Yakin dan percayalah mereka yang 'mufarakah' dari saf Pas adalah mereka yang kehilangan kompas perjuangan dalam terang. Mereka juga merupakan golongan munafik yang tidak ikhlas dan jujur dengan perjuangan, yang kini menjadi tikus yang cuba membaiki labu.

Sekiranya mereka ikhlas, mereka akan mendiamkan diri jika tidak bersetuju dengan suara majoriti parti. Mereka boleh berusaha untuk kembali semula ke dalam parti dan memperbaikikan apa yang mereka lihat cacat. Dia berkokok di luar atas canggung musuh, maka jelaslah siapa dan apakah watak mereka. Jadi isu-isu mengenai mereka ini, cadangan dan lontaran idea yang diberikan menerusi surat beracun jangan dipedulikan.

Diharap semoga muktamar berjalan dengan lancar dan penuh keberkatan dari mula hingga akhirnya. Akhirnya diucapkan selamat bermuktamar dengan penuh prihatin, tanggungjawab dan rasa penuh beramanah kepada Allah s.w.t. [wm.kl.12:26 t/hari 11/11/12]

http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/14456-muktamar-pas-tumpu-pilihan-raya

Pastikan tawaran 12 perkara untuk Sarawak terlaksana

Harakahdaily,12 Nov 2012
(Arifiriazul membuat tendangan penalti sebagai tanda perasmian pertandingan futsal padang)

MIRI: Pemuda PAS akan memastikan '12 Tawaran Rakyat PAS Sarawak' akan dilaksanakan sebaik mungkin khasnya untuk golongan belia.

Atas dasar itulah, Pemuda PAS sangat giat mendekatkan dirinya dengan belia bagi menjiwai hasrat mereka, kata Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Bin Paijo.

Antara perkara yang PAS Sarawak tawarkan kepada golongan belia adalah meningkatkan capaian internet Sarawak kepada 100 % dalam masa 2 tahun. 

RM50 juta khusus untuk pembangunan belia dan sukan di seluruh negeri dan insentif khas untuk membantu golongan muda mendirikan rumahtangga bagi meringankan beban kos
perkahwinan.

Baru-baru ini, Dewan Pemuda PAS kawasan Miri telah Berjaya menganjurkan pertandingan futsal padang bersama penduduk Kampung Batu 1 yang telah disertai oleh 16 Pasukan dari sekitar Senadin, Tudan dan Pemyjaya. 

Pertandingan bermula pukul 8.00 pagi dan dirasmikan oleh Mohammad Arifiriazul dengan mengambil tendangan sudut penalti sebagai simbolik upacara perasmian.

Di dalam ucapan perasmiannya, Mohammad Arifiriazul menyebut bahawa PAS Sarawak mengambil berat perkembangan golongan belia di Sarawak. 


(Pasukan yang menang bergambar kenangan)

Pertandingan berakhir pada pukul 4.00 petang dan Pasukan Tsunami Tackle telah dinobatkan sebagai Juara bagi tahun 2012 apabila menewaskan pasukan Basicalloca pada perlawanan akhir dengan jaringan 6-2. 

Tempat ketiga jatuh kepada Pasukan War 8 yang memenangi perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat menewaskan pasukan Formula 1.

Penganjuran Futsal kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk kampung yang bermain dengan penuh semangat kesukanan.

Dewan Pemuda PAS pula akan terus bersama dengan pemuda serta akan menganjurkan perlawanan yang lebih besar pada masa akan datang.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14463-pastikan-tawaran-12-perkara-untuk-sarawak-terlaksana

PERAYAAN HARI DEEPAVALI


Hari Deepavali (Bahasa HindiदिपावलीBahasa Tamilதீபாவளி) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (Bahasa Hindiदीवाली) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti diMalaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavali

AA : AKU X PANDAI LA HUKUM HAKAM NI SANGAT TP IKUT PENGAMATAN APA YANG AKU BACA TENTANG MAKNA DAN SEBAB KENAPA DEEPAVALI NI DIRAIKAN OLEH SAHABAT2 KITA BERBANGSA INDIA TU...KITA YANG MUSLIM USAHLAH SAMPAI TERLEBIH-LEBIH NAK MERAIKAN JUGA SEAKAN-AKAN PERCAYA ATAU TERNAMPAK KEYAKINAN DENGAN KEPERCAYAAN MEREKA...HATI-HATI ROSAK ATAU TERBATAL AKIDAH NANTI...



Wanita reput dalam bas

Oleh Na’imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my
SIASAT...anggota forensik memeriksa bas tempat  mayat ditemui. 
SIASAT...anggota forensik memeriksa bas tempat mayat ditemui.
KAJANG: Seorang pengawal keselamatan terkejut apabila menemui mayat wanita yang reput dan berulat dalam bas rosak yang diparkir di kawasan Kompaun Menara Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi, pengawal keselamatan terbabit dikatakan mahu memeriksa bas lama itu apabila diberitahu seorang mekanik mengenai kelibat seorang wanita kelihatan seperti sedang tidur di bahagian belakang bas berkenaan.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi semalam berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu jam 10.38 pagi selepas mendapat panggilan kecemasan daripada pengawal keselamatan di Menara MPKJ berkenaan.

“Mayat ditemui lengkap berpakaian dalam keadaan telentang di bahagian belakang bas yang sudah tidak digunakan sejak dua tahun itu.


“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan berdasarkan keadaan mayat yang sudah reput serta berulat itu, kami anggarkan mangsa meninggal dunia sejak empat hingga lima hari lalu,” katanya.



Ab Rashid berkata, mangsa dipercayai berbangsa India dan berusia lewat 20-an hingga awal 30-an.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa disedari berada di dalam bas itu sejak Khamis lalu oleh mekanik yang datang memeriksa bas berkenaan sebelum dia memaklumkan pengawal keselamatan, pagi semalam.


Menurutnya lagi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang (HS) untuk bedah siasat.

Sementara itu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut selagi punca kematian belum dapat dipastikan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wanitareputdalambas/Article/index_html

Zulfahmi bergaya....

ZULFAHMI...raih kedudukan ketiga.
ZULFAHMI...raih kedudukan ketiga.
VALENCIA, Sepanyol: Pelumba sensasi Malaysia, Muhammad Zulfahmi Khairuddin menutup cabaran musim ini dengan penuh bergaya apabila berada di podium buat kali kedua dalam kariernya selepas menamatkan saingan Grand Prix Valencia di kedudukan ketiga semalam selepas melakukan pecutan pada selekoh terakhir bersama juara perlumbaan, Danny Kent.
Kejayaan meraih kedudukan podium keduanya musim ini membolehkannya meraih 16 mata berharga selepas turut menaiki podium ketika beraksi Litar Sepang bulan lalu dan melonjakkan kedudukannya ke tempat ketujuh kedudukan Moto3 mengumpul 128 mata.



Bermula di kedudukan ke-17, pelumba AirAsia SIC Ajo Racing mengambil pendekatan yang berhati-hati apabila kekal bersama kumpulan pendahulu dalam saingan membabitkan 25 pusingan itu dan hanya memulakan pecutan ketika berbaki lima pusingan dengan pelumba negara berusia 21 tahun merekodkan catatan terpantas.

Berbaki tiga pusingan, Zulfahmi mengatasi pelumba Afrika Selatan, Brad Binder untuk melonjak di belakang dua pelumba Red Bull KTM Ajo Racing, SandroCortese dan Danny Kent .



Zulfahmi berkata dia mengambil pendekatan berhati-hati kerana keadaan litar basah dan licin, keadaan yang tidak digemarinya.




“Saya sangat berhati-hati sejak awal dan hanya mengekori pendahulu perlumbaan. Saya melihat beberapa pelumba terbabas, jadi saya lebih berhati-hati sehingga peringkat terakhir perlumbaan. Saya mengambil risiko yang tinggi pada selekoh terakhir dan gembira memenangi podium kedua,” katanya yang dinobat selaku Pelumba Paling Meningkat 2012 untuk Moto3.

Kent memenangi perlumbaan dengan catatan 45 minit 5.891 saat bagi mengatasi juara dunia, Cortese dengan perbezaan 0.056 saat dan 0.114 di depan Zulfahmi.



Zulfahmi menambah keputusan semalam adalah sukar dipercayai selepas bergelut dalam sesi latihan bebas pada Jumaat dan sesi kelayakan kelmarin.

“Tanpa ragu bermula di kedudukan ke-17 sehingga ke kedudukan ketiga adalah keputusan yang hebat. Saya tidak mempercayai mampu menaiki podium. Saya sangat gembira dengan kejayaan podium kedua ini.



“Saya kini tidak sabar untuk aksi musim depan. Ia akan lebih kompetitif namun saya akan bersedia. Saya turut merasa gembira Litar Antarabangsa Sepang memenangi anugerah MotoGP tahun ini. Ia hebat,” katanya.



Sementara itu, Dani Pedrosa menjuarai kategori MotoGP selepas bermula di petak utama diikuti pelumba Katsuyuki Nakasuga kedua serta Casey Stoney di tempat ketiga yang tampil dalam perlumbaan terakhir sebelum bersara.

http://www.hmetro.com.my/articles/Zulfahmibergaya/Article

AA : DENGAR2 DIA LARI DARI SEMBURAN ARAK JUGA....ALHAMDULILLAH..SYABAS ANAK MUDA....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...