Tuesday, October 2, 2012

Menteri wanita tidak faham kehendak wanita

Harakahdaily,02 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diserang teruk hari ini ekoran kenyataannya bahawa Malaysia tidak memerlukan pejuangan hak wanita.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat disifatkan tidak sensitif dengan isu gender dan wanita ekoran kenyataannya itu.

Najib ketika berucap di Hari Wanita berkata, Malaysia tidak memerlukan perjuangan hak untuk wanita kerana semua hak mereka telah diberikan oleh kerajaan.

Ia termasuk memberikan hak mengundi kepada mereka yang diberikan sejak dari awal lagi.

Anggota Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood (gambar) dalam kenyataannya berkata, dalam Islam hak wanita telah diberi 1433 tahun yang lalu.

Tetapi ia tidak bermakna perlaksanaan dan pemberian hak menjadi otomatik.

"Masih perlu diperjuangkan," kata beliau melalui Twitternya.

Beliau menyifatkan Najib dibesarkan dalam lingkungan elit dan tidak berupaya memahami masalah wanita diakar umbi.

Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh pula menyifatkan Menteri yang menjaga urusan wanita ini tidak sensitif dengan isu gender.

Pagi tadi, Pakatan Rakyat dalam sidang medianya memaklumkan hasrat mereka untuk membelanjakan sehingga RM4.5 bilion setahun untuk kesemua program wanita yang merupakan 10 kali ganda lebih daripada apa yang ditawarkan oleh Umno BN.

Bagi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isu-isu wanita adalah luas dan pelbagai kerana wanita membentuk separuh daripada penduduk Malaysia, tetapi penglibatan  wanita di sektor pekerjaan dan politik, adalah masih terhad.

Jelasnya, Wanita Pakatan Rakyat yang diketuai bersama oleh Zuraidah daripada PKR, Chong Eng (DAP) dan Siti Zailah (PAS) telah berjaya menerbitkan satu polisi yang dipanggil “Agenda Wanita Malaysia”.

Katanya, dokumen itu mempunyai 7 teras yang komprehensif untuk meningkatkan dan memberdayakan wanita: dasar pendidikan yang lebih baik, kelangsungan kesihatan dan kualiti hidup, penglibatan dan peluang ekonomi, kesejahteraan sosial, pendemokrasian politik, penguatkuasaan undang-undang daripada diskriminasi dan memupuk agenda Wanita muda.

CREDIT TO : https://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/13585--menteri-wanita-tidak-faham-kehendak-wanita

Apa cabaran seterusnya untuk Turki?

Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya,02 Okt 2012
(Erdogan dan isteri dalam perhimpunan AKP baru-baru ini)

ANKARA: Dengan sambutan yang hebat, Parti Keadilan dan Pembangunan Turki, atau AKP, merasmikan kongres keempatnya di Ankara Ahad lalu.

Dalam arena sukan di ibu negara tersebut, di mana permaidani merahnya telah dinamakan semula dengan "Jalan Demokrasi", Recep Tayyip Erdogan, pemimpin AKP dan Perdana Menteri Turki, memberi ucapan kepada puluhan ribu penyokong dan orang kenamaan asing.

Acara ini meraikan kejayaan Turki - satu dekad kejayaan pilihan raya, pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan kuasa serantau yang semakin mampan.

Ia adalah kongres terakhir Erdogan sebagai pengerusi AKP, dan rata-rata mempercayai beliau akan bertanding jawatan presiden pada tahun 2014.

Dalam ucapan selama dua jam setengah (gambar), Erdogan berkata era rampasan kuasa tentera telah berlalu dan Turki merupakan model untuk dicontohi oleh negara-negara Islam yang lain.

Namun Turki telah menangani beberapa isu.

Beberapa hari lalu, tiga jeneral tertinggi telah disabitkan kesalahan menjadi dalang untuk menggulingkan kerajaan. Lebih daripada 300 pegawai tentera Turki turut terlibat.

Dan Turki telah lama berperang dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK), yang telah meningkatkan serangan beberapa bulan kebelakangan ini dalam usaha mewujudkan sebuah negara Kurdish yang berasingan.

Turki juga menghadapi potensi ancaman dari Syria. Selain beban ekonominya sendiri, kem-kem pelarian di Turki kini menempatkan kira-kira 80,000 orang dari Syria.

Dengan AKP bersedia dengan rombakan besar-besaran, kita bertanya: Apakah perubahan yang akan kita lihat?

Di manakah Turki selepas satu dekad di bawah kepimpinan yang sama? Dan apakah cabaran yang mendatang untuk parti tersebut?

"Sebelum kami memerintah pada tahun 2002, tiada kestabilan ekonomi, tiada keselamatan, tiada demokrasi di negara ini.

"Kami telah bersendirian dalam perjuangan kami menentang keganasan, dalam proses pendemokrasian.

"Kami berazam untuk menyelesaikan isu Kurdis walaupun wujudnya provokasi dan kempen melawan kerajaan.

"Isu Kurdish tidak boleh diselesaikan oleh mereka yang memilih berbaik-baik dengan pengganas, tetapi oleh mereka yang memilih berbaik-baik dengan rakyat.

"Kami mengambil alih lebih daripada $23.5 bilion hutang negara. Sehingga kini jumlah tersebut berkurangan kepada $1.3bn dan kita akan mengurangkan ia kepada sifar pada bulan April," kata Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki.


'Hanya pandangan peribadi saya'
WARTAWAN SINAR HARIAN
3 Oktober 2012
Shuhaimi Shafiei
Shuhaimi Shafiei
SHAH ALAM – Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei mengakui kenyataan berhubung 20 pimpinan kanan dan anggota PKR yang berpotensi bakal dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) hanya pandangan peribadi beliau.


Menurutnya, beliau hanya menjawab dan berkongsi pandangan berasaskan soalan yang dikemukakan oleh wartawan Sinar Harian ‘siapa agaknya daripada PKR yang boleh diangkat sebagai menteri sekiranya PR menang PRU13’.



Oleh itu katanya, beliau menyeru semua pihak membaca kenyataan beliau dengan hati terbuka, berlapang dada dan berfikiran matang kerana itu hanya pandangan biasa.



 “Ya, itu pandangan peribadi saya, memang betul. Siapa saya hendak menentukan kabinet, tetapi tiada salah (kenyataan itu) melainkan ada pihak membacanya dari sudut yang salah.



“Soal penentuan kabinet akan ditentukan di peringkat majlis presiden, kalau setakat satu dua pandangan daripada mereka yang bukan di peringkat majlis presiden, ia tidak beri kesan apa-apa melainkan ada pihak tidak membaca kenyataan itu sepenuhnya,” katanya.



Beliau berkata, seandainya 20 orang daripada PKR menteri dan timbalan sekalipun, ia adalah jumlah biasa kerana jumlah keseluruhan menteri dan timbalan termasuk di Jabatan Perdana Menteri yang ada hari ini melebihi 70 orang.



“Ini pandangan saya, kalau sekiranya 20 orang itu iaitu sembilan menteri dan 11 timbalan menteri daripada PKR sekalipun. Itu masih lagi boleh demand. Jumlah itu bukan terlalu tinggi, munasabah, malah boleh dipertimbangkan,”


AA : ERMM..CUMA PANDANGAN PERIBADI...TP MACAM BETUL2 MAHU DEMAND SAJA...GENG2 PEMIMPIN PR, KALAU MAHU CAKAP APA2 KENA PIKIR2, PANDANG2, DENGAR2LAH SEMANGAT PAKATAN RAKYAT... JANGAN CAKAP SAJA.... FIKIR DIRI SENDIRI SAHAJA....

Bajet tanpa muhasabah ketirisan hanya bajet politik

Harakahdaily,02 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Bajet tanpa muhasabah terhadap penyelewengan dan ketirisan wang negara sebelum ini hanya akan membawa kepada bajet politik semata-mata seperti Bajet 2013 yang telah dikemukakan BN.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Bajet 2013 memperlihatkan betapa BN menggunakan bajet kali ini untuk menutup segala penyelewengan yang berlaku demi survival politik mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

 
katanya, selepas Bajet 2013 dibentang, penyelewengan, ketirisan dan salah guna kuasa dijangka tetap akan berlaku kerana matlamat bajet itu sendiri lebih kepada untuk mengekalkan kuasa politik BN dan bukan membela rakyat terbanyak.

"Tak dinafikan bajet dan politik tidak boleh dipisahkan, tapi jangan bermain politik dengan bajet.

"Banyak penyelewengan hilang cerita, dan timbul pula cerita baru. Di bawa ke mahkamah sekejap, habis cerita, tak tahu apa tindakan terhadap pesalah itu," katanya ketika membahaskan Bajet 2013 di parlimen petang semalam.

Beliau memberikan contoh penyelewengan dalam kes Bank Bumiputera, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kapal selam dan Perwaja yang sehingga kini tidak diketahui apa tindakan terhadap mereka-mereka yang terlibat.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu juga, jika pilihan raya dibuat dalam suasana yang bebas dan adil, rakyat sudah tentu akan menghukum kerajaan yang korup dan memilih mereka yang lebih baik untuk menerajui pentadbiran negara.

Namun katanya, kerajaan dilihat cuba menggunakan bajet kali ini untuk mengaburi mata rakyat dengan juga menggunakan slogan 'janji ditepati' demi kepentingan politik BN.

"Jangan lekakan rakyat dengan slogan-slogan bertali arus satu demi satu.

"Tidak dinafikan ada janji ditepati, tetapi ada yang tidak," katanya.

Sebagai contoh katanya, rakyat Sabah masih ketinggalan walaupun merdeka lebih 40 tahun.

Selain itu, Lebuh Raya Timur Barat juga gagal siap mengikut jadual manakala Lebuh Raya Simpang Pulai-Gua Musang yang dirancang sejak 70-an juga tidak selesai.

"Janji ditepati, buat stadium runtuh, buat jambatan runtuh, buat makmal runtuh," tambahnya lagi.

Sebab itu katanya, antara asas bajet yang sempurna juga adalah pembangunan insan, konsep kewangan iaitu sumber halal dan berkat, serta perlaksanaan amar makruf nahi mungkar.

"Zalim membawa kepada tidak berkat," katanya sambil memberi contoh penafian bayaran royalti kepada Kelantan dan Terengganu.

credit to : http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/13587-bajet-tanpa-muhasabah-ketirisan-hanya-bajet-politik

Royalti: TG Nik Aziz lancar konvoi 'R' pagi ini

Harakahdaily,02 Okt 2012
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi menyempurnakan upacara pelepasan konvoi 500 kenderaan menuju ke Putrajaya dalam misi mereka menuntut hak royalti.

Pelepasan itu diadakan di perkarangan Stadium Sultan Mohamad IV di sini kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Turut serta pada majlis itu ialah Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan.

Konvoi tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti (R), Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan atau singkatannya 'R' sempena berlangsungnya hari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum di Istana Kehakiman Putrajaya esok.

Selain Kelantan, konvoi serupa turut bergerak dari Johor untuk Zon Selatan , Perlis untuk Zon Utara dan juga turut disertai oleh wakil Sabah dan Sarawak.

Upacara sambutan ketibaan konvoi itu ke Kuala Lumpur akan dibuat di Plaza Tol Gombak kira-kira jam 4.30 petang ini.

Konvoi itu kemudian akan bergerak ke Shah Alam bagi program Ceramah Mega R Tuntut Royalti di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam malam ini.

Pasukan konvoi dari dua lagi zon juga akan bergabung di Shah Alam petang ini.

Dianggarkan lebih 8,000 orang keseluruhan yang menyertai konvoi kali ini.

Sementara itu, program malam ini akan dihadiri pemimpin-pemimpin utama politik Pakatan Rakyat termasuk Tuan Guru Nik Aziz, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Selain mereka, turut akan hadir Datuk Husam Musa, wakil pimpinan Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin, wakil pimpinan Sarawak YB Baru Bian termasuk wakil NGO-NGO dari Terengganu iaitu Presiden Majlis Pemaufakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), Hj Fauzi Abu Samah, NGO dari Sabah iaitu Gerakan Nasionalis Sabah yang diwakili Presidennya Hj Zainal Ajamain.

Esok, konvoi dijangka bergerak ke Putrajaya kira-kira jam 7 pagi dari Shah Alam yang akan diketuai sendiri oleh Tuan Guru Nik Aziz.

Sunday, September 30, 2012


Rakyat tuntut air percuma
JANATUL FIRDAUS YAACOB
1 Oktober 2012
Penduduk Pangsapuri Putra Perdana
Penduduk Pangsapuri Putra Perdana mengadakan bantahan secara aman menuntut air percuma yang dijanjikan Kerajaan Selangor.

PUCHONG  - Rakyat Selangor terus bangkit menuntut hak air percuma seperti dijanjikan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu.

Terbaru, 11 pangsapuri di Putra Perdana, Puchong, melibatkan 5,000 unit pangsapuri yang dinafikan hak mereka itu mengadakan bantahan secara aman di Rista Villa, semalam.
Rata-rata penduduk ditemui meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati dengan tindakan Kerajaan Negeri tidak mengendahkan tuntutan penduduk pangsapuri yang tidak berpeluang menikmati air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan dengan alasan menggunakan meter pukal.
Pengerusi Badan Bertindak Pangsapuri Putra Perdana, Rushdan Mohamed berkata, rakyat Selangor memberi mandat kepada PR dengan harapan manifesto PRU12 direalisasikan.

“Dulu kami berharap kerajaan PR dapat membantu rakyat Selangor dan bukan sekadar menjanjikan air percuma malah pelbagai lagi insentif ditaburkan hanya palsu. Kalau janji tidak dikotakan,kami akan tolak bulat-bulat pimpinan ini,” katanya ketika sidang media di Pangsapuri Rista Villa, semalam.
Sementara itu, Peguam yang mewakili penduduk, Kamarudin Ahmad berkata, sehingga Jumaat lalu sebanyak 4,000 saman difailkan terhadap ketiga-tiga defendan iaitu Kerajaan Negeri, Menteri Besar dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi menuntut tunggakan subsidi di bawah skim air percuma di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Katanya, rakyat Selangor dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan dakyah disebarkan pihak tidak bertanggung jawab berhubung keupayaan memenangi kes tersebut dan dakwaan bahawa sekiranya kalah, Kerajaan Negeri akan menyaman mereka semula.
“Semua kes diserahkan kepada Mahkamah Tinggi untuk diadili dan jangan mudah terpengaruh dengan dakyah tersebut kerana kes ini bukan fitnah tetapi berdasarkan bukti (manifesto),” katanya.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan pula berkata, walaupun setiap minggu penduduk menyuarakan tuntutan melalui demonstrasi secara aman namun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Exconya hanya memekakkan telinga dan membutakan mata.

“Ini menunjukkan sikap angkuh dan bongkak Kerajaan Negeri pimpinan PKR yang kononnya melaungkan negeri berkebajikan serta mengamalkan ketelusan sekadar omong kosong sebagai ‘gula-gula’ untuk memenangi pilihan raya.
Katanya, Menteri Besar dan Kerajaan Negeri didesak agar lebih bertanggungjawab dan mengambil berat desakan yang dibuat penduduk di sini kerana selepas ini satu lagi tuntutan saman akan difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Sebelum ini, tiga demonstrasi aman menuntut air percuma telah dibuat penduduk Mentari Court di Petaling Jaya, Vista Lavender, Kinrara dan Angsana di Bandar Mahkota Cheras.


Laporan Audit sedarkan dari ‘candu’ bajet Najib

Harakahdaily,01 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Pembentangan belanjawan gula-gula oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menumpukan kepada pemberian one-off merupakan gambaran ketandusan idea seorang pemimpin bagi memakmurkan ekonomi rakyat, menjana pendapatan dan mencari jalan bagi menerajui masa depan ekonomi negara yang lebih berdaya saing.


Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, tindakan mengurniakan pembayaran one-off hanya menggembirakan penerima untuk sementara waktu, sedangkan peningkatan kos hidup terus bertambah dan seluruh rakyat menerima bebanan berterusan.

Ini, katanya umpama candu yang melalikan dan melalaikan buat sementara waktu tapi perit kesakitannya pasti mengunjung tiba, bahkan barah itu bakal ditanggung generasi akan datang.

Menurutnya, asas kepada pembinaan ekonomi negara  bukan hanya dilihat kepada apa yang dicurah, tetapi juga sejauh mana asas kawalan perbelanjaan negara diurus.

“Dengan kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu, tindakan PM dilihat hanyalah untuk menghabiskan dana negara dalam bentuk pemberian one-off bagi menarik golongan sasar di kalangan pengundi baru untuk membeli jaminan kerajaan korup ini terus berkuasa,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Kini, ujar beliau rakyat menanti pembentangan laporan audit negara yang sepatutnya dibekalkan bersama kepada seluruh ahli parlimen sewaktu pembentangan belanjawan.

Beliau berkata, Laporan Ketua Audit Negara yang sengaja digagalkan untuk dikemukakan oleh kerajaan, menyebabkan analisa belanjawan hanya tertumpu apa yang diumum tanpa melihat sejauh mana ketirisan, penyalahgunaan kuasa, dana dan kemampuan urus tadbir oleh kerajaan BN.

“Laporan Audit ini bakal menjadi ubat penyedar kepada mereka yang terkena ‘candu’ yang ditanam dalam bajet Najib,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Ini kerana, tambah beliau Laporan Audit dua tahun kebelakangan ini mendapati betapa kerajaan yang ada gagal melakukan pembaikan, walaupun ianya ditegur setiap tahun oleh Ketua Audit Negara.

BN, katanya sudah tentu ingat bagaimana mereka hampir tidak melakukan apa-apa dalam isu NFC, berdiam seribu bahasa dalam isu pembelian komputer RM40,000 dan juga binokular bernilai RM56,350.

Justeru, ujar beliau rakyat seharusnya berfikir secara serius berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara mengenai betapa perlunya sebuah kerajaan baru yang lebih amanah bagi menerajui masa depan negara dan bukannya berdasarkan candu racun yang ditanam dalam bajet untuk menang pilihanraya Barisan Nasional.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...