Thursday, September 27, 2012

Kompleks Tarbiyah Darul Hidayah Masih Memerlukan Sumbangan Anda


Gambar terkini komplek Darul Hidayah yang masih dalam pembinaan. Keseluruhan pembangunan yang dianggarkan menelan belanja RM1juta lebih masih memerlukan sumbangan anda. Sekiranya ada 1,000 orang yang sanggup infak sebanyak RM500.00 insyallah cukup untuk menyiapkan bangunan ini. Yakinlah sumbangan anda tidak sia-sia. Alhamdulillah, jumlah sumbangan terkini adalah sebanyak RM670K...terima kasih kepada penyumbang yang menyumbang...moga allah jua yang membalasnya...






http://mtddusuntua.blogspot.com/2012/09/darul-hidayah-masih-memerlukan.html

LAW KANA BAINANA AL-HABIB...

Ya rabbi qad ghaffilna
Wa kulluna thoma’un
Fi a’fwin wa fi karamin
Wa fi a’taqin
wa jannatin maa’a sayyidil bashar
Nad’u
Nad’uka rabbi minal a’maqi
Law kana bainanal habib
Ladanal-qasi wal-qarib
Min thoibatin qablal-maghrib
Tholiban qurbal habib
Biqurbini-nafsu tathib
Wa tad’ullah fa yujib
Anwaru thoha la taghib
Ballighna liqahu ya mujib
Hudakal-kaunu rahib
Rahmatal-hadil-qarib
Hadithuka-nahurul a’zib
Jiwarukal-ghusnur-ratih
Fadatkha-ruuhi ya habib
Muhammadun mukrimal-gharib
Biqurbikar-ruhu tathib
Ya rahmatal-lila’lamin
Ya habibi ya Muhammad
Ya thobibi ya mumajjad
Anta zul-fadhil muayyad
Jalla man solla a’laik
Ya habibi ya Muhammad
Ya thobibi ya mumajjad
Anta zul-fadhil muayyad
Jalla man solla a’laik
Ya habibi ya Muhammad
Ya thobibi ya mumajjad
Anta zul-fadhil muayyad
Jalla man solla a’laik

GAMBAR TERKINI PEMBINAAN KOMPLEK SURAU DARUL HIDAYAH








Wednesday, September 26, 2012

SELAMATKAN MALAYSIA !!!......



HUTANG MALAYSIA ( KDNK ) : 695 BILION 

SIMPANAN BANK NEGARA ( RIZAB NEGARA ) : 450 BILION 

kita ber HUTANG lebih banyak dari kita simpan ...( ini dinamakan perancangan ekonomi tahap HARAM JADAH )

* ini adalah PETANDA awal MALAPETAKA KEHANCURAN SEPERTI EKONOMI SEPANYOL , ITALI , GRECCE.....

* kalau orang kampung nak faham mudah je , kita ada duit 450 ringgit tapi HUTANG BERLEBIH dari SIMPANAN kita , maka kita takde kekuatan dengan perancangan yang baik , maka kita akan bermula menjadi negara PENGEMIS YANG BANGSAT DAN AKAN DIJAJAH OLEH KAPITALIS ( PEMBERI HUTANG )...maka bermulalah rampasan tanah rakyat , hak-hak rakyat dan harta negara utk membayar hutang ini...., macam mana kita nak DIMURAHKAN REZEKI , sedangkan kita MEMPERLEKEHKAN SANG PEMBERI REZEKI DAN MENGHINA SURUHANNYA...iaitu ALLAH TAALA...

AA : NTAH APA YANG PAYAH SANGAT ORANG KITE NAK FAHAM..KITA PUN FAHAM MEREKA MMG SUDAH LAMA DAN KEMATANGAN ITU ADA...CUMA MAKIN LAMA, MAKIN BERLEMAK DAN LUPA DIRI...NAMUM...APEKAH SALAH JIKA KITA TUKAR ANGIN...ATAUPUN...DALAM HATI ORANG2 KITA CUMA HANYA UMNO DAN UMNO ITU TUHAN YANG MEMBERI REZEKI DAN PERLINDUNGAN KEPADA KITA....NAHHH....NAUZUBILLAH...JANGAN MEREKA MENJADI UMPAMA FIRAUN YANG MENGAKU TUHAN DAN KITA YANG 'TER' SYIRIK PULA...

BIZNES OPPORTUNITY PROGRAMME (BOP) MAA TAKAFUL

Tuesday, September 25, 2012


Pilihan raya kampus: Pro-Aspirasi menang besar, Pro-M kuasai 2 IPTA
WARTAWAN SINAR HARIAN
26 September 2012
Pilihan Raya Kampus.
Pilihan Raya Kampus.
SHAH ALAM - Kumpulan Pro-Aspirasi meneruskan penguasaan pilihan raya kampus sesi 2012/2013 dengan memenangi dua pertiga pusat pengajian tinggi awam.

Pada pilihan raya kampus yang diadakan secara berperingkat dan selesai malam tadi, Pro-Aspirasi dipercayai menang di 17 universiti.

Pro-Mahasiswa pula mengekalkan kemenangan mereka di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dalam pada itu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula menggantung keputusan pengundian malam tadi ekoran masalah teknikal dalam sistem e-undi. Pengundian semula, menggunakan sistem kertas, dijangka diadakan minggu depan.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM)pengisytiharan rasmi calon yang berjaya pada pemilihan ini hanya akan diumumkan 1 Oktober depan.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP 2012, Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan berkata, keputusan akan diumumkan selepas proses bantahan dan rayuan selesai.

"Bantahan akan dijalankan esok (hari ini)dan keputusan bantahan pada 27 September, kemudian rayuan terhadap keputusan pula pada 28 September dan Keputusan rayuan pada 30 September.

"Jadi, keputusan rasmi akan diumumkan 1 Oktober ini," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Sebanyak 80.37 peratus pelajar keluar mengundi di Serdang dan 90 peratus di Kampus Bintulu, Sarawak, daripada 25,006 pelajar.

Usaha mendapatkan komen jurucakap Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa masih belum berhasil. Bagaimanapun difahamkan kumpulan Pro-Mahasiswa akan mengadakan sidang media di ibu negara hari ini.
Berdasarkan maklumat diperoleh dari seluruh negara, Pro-Aspirasi menang di Universiti Tun Hussein Malaysi, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Teknologi Mara, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Teknikal Malaysia. Pusat pengajian tinggi ini dimenangi Pro-Aspirasi setakat Khamis lalu.
Semalam, ia meneruskan penguasaan di Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Terenganu, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPM dan Universiti Sains Malaysia serta Universiti Teknologi Malaysia.
Pengurusan tiga universiti sebelum ini mengumumkan bahawa tidak ada kumpulan Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa di kampus masing-masing, antaranya Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Malaysia Terengganu serta Universiti Teknikal Malaysia,
Sekiranya ketiga-tiga universiti berkenaan dikategorian tidak memihak mana-mana kumpulan, kumpulan Pro-Aspirasi dilihat menguasai sehingga 14 pusat pengajian tinggi awam.
Kumpulan Pro-Mahasiswa mengekalkan pengaruh di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang akan mengadakan pemilihan semula dilihat menarik untuk diikuti.


Pahang rugi jika batal bekal air
WARTAWAN SINAR HARIAN
26 September 2012
Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh
Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh
SHAH ALAM – Kerajaan Pahang akan kerugian RM60 juta jika perjanjian konsesi penyaluran air mentah dari negeri itu ke Selangor dibatalkan.

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata, dalam perkara itu, Selangor tidak akan kerugian kerana tidak perlu membeli air mentah.

Malah menurutnya, Pahang sebaliknya yang berkemungkinan dikenakan penalti kerana melanggar perjanjian.

“Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob pada 23 September lalu mengugut akan membatalkan perjanjian menyalurkan air mentah ke Selangor jika negeri itu  terus berdegil tidak meneruskan projek Langat 2.

“Adnan tersilap pandang dengan menganggap bahawa Selangor kekurangan air mentah. Yang sebenarnya, Selangor mempunyai bekalan air mentah yang cukup. Yang kurang di Selangor ialah air terawat, bukan air mentah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan mendakwa, punca Selangor kekurangan air terawat kerana syarikat konsesi air, Syabas tidak menjalankan tugas dengan baik.

“Ia merupakan asas kenapa Kerajaan Negeri Selangor bertegas mahu mengambil alih pengurusan air di Selangor. Dengan itu, Selangor langsung tidak akan rugi apa-apa jika Pahang membatalkan perjanjian membekalkan air.

"Sebaliknya Selangor lebih beruntung kerana tidak terbeban dengan terpaksa membeli air mentah dari Pahang yang tidak diperlukan,” katanya.
Selain itu, Fuziah mendakwa projek Langat 2 yang bernilai RM8.6 bilion itu hanya usaha untuk memberi projek kepada syarikat kroni.

“Kerajaan Selangor juga mengandaikan bahawa harga air akan naik 100 peratus selepas Langat 2 siap nanti, justeru itu merugikan rakyat Selangor.

 “Jalan penyelesaian masalah air di Selangor ialah dengan penstrukturan semula industri air di Selangor dan memastikan tiada air terawat yang dibazirkan,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...