Monday, September 17, 2012


Peniaga di Pantai Remis kerugian RM30,000
WARTAWAN SINAR HARIAN
18 September 2012
Peniaga di Pantai Remis kerugian RM30,000
Keadaan gerai di Pantai Remis selepas ribut melanda.
JERAM – Kegembiraan cuti umum sempena sambutan Hari Malaysia bertukar menjadi mimpi ngeri buat peniaga di Pantai Remis apabila ribut melanda di kawasan peranginan itu selama 20 minit, semalam.

Dalam kejadian antara jam 12 tengah hari dan 1 petang itu, lebih 30 gerai menjual pelbagai barangan aksesori, tudung, pakaian dan makanan, dianggarkan bernilai lebih RM30,000 rosak akibat dibadai ribut.

Peniaga tudung, Mohd Azahar Abdul Rafar, 47, berkata, ketika kejadian, kebanyakan peniaga baru sahaja memasang khemah dan meyusun barang jualan masing-masing.

“Ramai peniaga rugi akibat tiang khemah patah dan barang jualan terbang kerana kejadian berlaku terlalu pantas, tanpa sebarang tanda amaran sebelum itu. Di khemah saya sendiri, tudung terbang dan basah. Susah hendak cari di mana ia jatuh.

“Memang cuaca sejuk dan berangin sebelum itu, tetapi kita ingat itu keadaan biasa, tak sangka pula ribut datang tiba-tiba,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di tempat kejadian, semalam.

Mohd Azahar yang sudah lima tahun berniaga di situ berkata, kejadian ribut itu bukan kali pertama berlaku di pantai berkenaan, sebaliknya bencana itu kerap terjadi dan semalam adalah kali keenam bencana tersebut berlaku pada tahun ini.

“Kawasan ini kerap mengalami ribut. Jika ribut teruk, cermin tingkap surau pecah dan bumbung medan selera tercabut,” katanya.


Tiada pihak tampil membantu

Sepanjang Mohd Azahar berniaga di sini, beliau mendakwa, tiada pihak tampil membantu membela nasib mereka yang kerugian akibat bencana itu dan semuanya terpaksa diusahakan sendiri untuk membangunkan semula perniagaan mereka.

“Apabila terjadinya ribut dan barang jualan serta khemah kami rosak, kami terpaksa beli lagi khemah baru jika tidak boleh digunakan,” katanya.

Justeru, dia mengalu-alukan mana-mana pihak seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram atau Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) jika ingin membantu.


Tidak serik berniaga

Seorang lagi peniaga tudung, Hasnizam Abdul Halim, 34, berkata, peristiwa malang itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berniaga di kawasan pesisir pantai tersebut, walaupun tahu risiko bakal ditanggungnya.

“Saya baru sembilan bulan berniaga di sini sebab tempat ini tumpuan pengunjung kerana ia kawasan riadah,” katanya.

Bagi penjaja kuih muih, Sabariah Johari, 45, yang sudah berniaga kira-kira 16 tahun di pesisir pantai itu, dia tidak serik untuk meneruskan perniagaannya di sini walaupun berkali-kali terpaksa berhadapan dengan ribut sama, saban tahun. Ketika Sinar Harian berkunjung di tapak perniagaan Sabariah, masih terdapat sisa-sisa kuih muih bertabur di pasir pantai, yang masih belum dibersihkan.


Ambil kesempatan ketika musibah

Dalam keadaan kelam kabut ‘bertarung’ mempertahankan khemah daripada dilanda ribut, terdapat individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mencuri barangan jualan bertaburan diterbangkan angin.

Perkara itu terjadi kepada Suziana Mohd Sopi, 36, ibu tunggal yang berniaga mainan kanak-kanak selama lima tahun.

Ibu kepada empat cahayamata yang kerugian RM4,000 itu terkilan dengan sikap sesetengah individu yang mengambil kesempatan ketika orang lain ditimpa bencana.

“Peniaga di sini sempat merakam video dan kelihatan beberapa individu mencuri pakaian dan mainan diterbangkan angin, bukannya nak tolong tetapi mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain," katanya.


Pelan tindakan masih dibincang

Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Zon 5B, Ahmad Alang berkata, pihaknya akan mengosongkan kawasan pesisiran itu dan bakal membina sebuah bangunan perniagaan yang selesa dan selamat untuk kemudahan peniaga.

“Sekarang, perbincangan masih di peringkat awal  dan dijangka mesyuarat majlis dan akan meluluskan sebelum Disember ini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Mengulas mengenai bantuan kerugian yang akan disalurkan kepada peniaga terjejas, Ahmad berkata, ia akan dikaji dan jika tapak perniagaan terjejas itu terletak di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT), bantuan akan disediakan.

“Bagi premis lain kami tidak akan bertanggungjawab kerana kanopi yang didirikan sememangnya tidak kukuh dan stabil,” katanya.

Ahmad berkata, semua tapak perniagaan di kawasan itu dikenal pasti sebagai lokasi kritikal kerana ia menjadi laluan angin, menyebabkan hakisan pantai semakin teruk, bagaimanapun, pihaknya masih belum memutuskan sama ada tebatan akan dibina bagi mengurangkannya.

“Pelan perancangan penyusunan semula  masih belum diputuskan dan ia masih dalam semakan ahli majlis,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan peniaga yang memohon lesen perniagaan di situ, tidak menjual atau menyewa lesen kepada peniaga lain. Setakat ini, hanya 45 peniaga memiliki lesen dan dianggarkan 70 permohonan masih diproses.


Rusdie: Innocence of Muslims 'sampah berniat jahat'

18 September 2012
Rusdie: Innocence of Muslims 'sampah berniat jahat'
Hos program Matt Lauer (kiri) menemu bual Salman Rusdie.
TEHERAN - Iran memperbaharui fatwa hukuman bunuh ke atas Salman Rusdie sambil menegaskan bahawa filem anti-Islam, Innocence of Muslims yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, tidak terbit jika penulis itu dibunuh sebagaimana dikehendaki dua dekad lalu.

Pengumuman itu dibuat sehari sebelum penulis itu mengeluarkan memoir yang menceritakan pengalamannya terpaksa bersembunyi selama sembilan tahun selepas satu fatwa agar beliau dibunuh dikeluarkan.

Fatwa terdahulu dikeluarkan oleh Ayatollah Khomeini pada 1989 susulan penerbitan buku The Satanic Verses.

Kini, Ayatollah Hassan Sanei berkata: "Filem ini sudah pasti bukan tindakan menghina yang terakhir, sehingga perintah bersejarah Imam Khomeini ke atas Salman Rusdie benar-benar disempurkan."

"Jika perintah imam dijalankan, penghinaan susulan dalam bentuk karikatur, artikel dan filem pasti tidak akan terjadi," kata beliau.

Sementara itu, Rusdie menyifatkan penerbitan filem Innocence of Muslims sebagai "sampah yang berniat jahat."

Ketika ditanya sama ada bersimpati dengan Nakoula Basseley Nakoula, beliau berkata, "tidak."

Beliau menambah, "ini kerana dia melakukannya dengan tujuan (jahat)."

"Dia melakukannya untuk mendapatkan respons dan dia (akhirnya) dapat," katanya lagi.

Penulis itu muncul dalam program Today untuk mempromosikan buku terbarunya berjudul Joseph Anton.

Beliau menambah, niatnya jauh lebih berbeza berbanding motif penerbit filem Innocence of Muslims.

"Dia melakukan sesuatu yang berniat jahat, dan ia sangat berbeza daripada menulis sebuah novel serius," katanya lagi.

"Sangat jelas, dia mahu melakukan provokasi dan sangat ketara, dia telah mencetuskan reaksi yang besar berbanding apa yang dia harapkan," kata beliau lagi.

Rumah terbuka MB Kedah dibanjiri lautan manusia

Azamin Amin ,27 Ogs 2012

(Lautan manusia membanjiri Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah 25 Ogos lalu pada Syawal keenam di kediaman rasmi Seri Mentaloon.)

ALOR SETAR: Saban tahun, rakyat Malaysia khususnya penduduk Kedah tidak sesekali melepaskan peluang merasai nikmat kemeriahan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah dan tahun ini kunjungan orang ramai di luar kebiasaan, apabila lebih 40,000 menghadirinya.

Orang ramai dari pelbagai kaum mula membanjiri Seri Mentaloon seawal jam 9.00 pagi walaupun majlis pada 25 Ogos itu bermula sekitar 11.00 pagi sehingga berlaku kesesakan lalulintas malah ada sanggup berjalan kaki lebih dua kilometer untuk ke kediaman rasmi pemimpin yang mereka hormati itu.

Kemeriahan majlis turut diserikan dengan keberangkatan Tunku Bendahara Kedah yang merupakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Yang Teramat Mulia Datuk Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Bendahara Kedah serta Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

(Adun Kubang Rotan, Nasir Mustafa sedang melayan ketua-ketua Sami Siam yang datang ke majlis rumah terbuka MB Kedah.)

Tanpa kecuali kehadiran para Exco Kerajaan Negeri serta Ahli Dewan Undangan Negeri turut memeriahkan majlis ini sekaligus dapat menyantuni dan mendekati rakyat Kedah.

Antara hidangan yang disajikan ialah nasi dagang, sate, murtabak, laksa, soto, lontong, bihun sup, mee goreng mamak, tapai, koey teow kerang, keropok lekor, kuih raya, buah-buahan, ketupat dan rendang.

(Anakanda Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Tunku Panglima Besar Kedah,  Datuk Seri DiRaja Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz disambut Adun Kubang Rotan Nasir Mustafa ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar.)

Rendang dan ais krim adalah sajian yang paling awal habis berbanding menu lain manakala kegembiraan dan keriuhan kanak-kanak untuk mendapat duit raya tidak pernah dikesampingkan apabila pihak penganjur menyediakan puluhan ribu ringgit untuk diberikan kepada mereka.

Rata-rata menyifatkan bahawa sambutan Majlis itu senantiasa mendapat perhatian dan amat dinantikan saban tahun, kerana inilah peluang terbaik mereka untuk melihat sendiri dan bertemu mesra dengan para pemimpin kerajaan dan wakil rakyat yang disanjungi sunggunhpun terpaksa meredah lautan manusia yang membanjiri pekarangan Seri Mentaloon yang saban tahun meningkat kehadirannnya.


(Orang ramai sanggup beratur panjang untuk mendapat juadah istimewa antaranya sate dan ais krim.)


(Exco Kedah Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi sedang memilih juadah di Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah. Di belakangnya (baju melayu biru) ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Paduka Haji Rasli Basir.)

Ustaz Azhar Idrus gegarkan Kuala Kangsar!

http://perakitedaily.blogspot.com,18 Sep 2012
KUALA KANGSAR: Dianggarkan lebih 20,000 hadir ceramah Ustaz Azhar Idrus di Taman Chandan Puteri, Kuala Kangsar berhampiran Koleh Islam Darul Ridzuan semalam.
Sejak petang lagi, rakyat dari seluruh negeri Perak berpusu-pusu memasuki Kuala Kangsar untuk bersama-sama mendengar ceramah yang disampaikan oleh Daie Sejut Ummat itu.
Pelbagai lapisan termasuklah anak-anak muda, hadir ke program tersebut dan ternyata auranya sangat sehinggat dapat mengumpulkan puluhan ribu masyarakat.
Tidak perlu membuat konsert rock yang melalaikan, tidak perlu artis-artis yang popular, hanya seorang Ustaz dapat menarik orang ramai.
Telatah Ustaz Azhar Idrus menggamit suasana dan program tersebut ternyata lebih baik daripada program Kerajaan Negeri iaitu konsert rock malam Hari Malaysia baru-baru ini yang melalaikan umat Islam.
Sudah pasti Umno tidak senang dengan kehadiran Ustaz Azhar Idrus semalam!

Turut kelihatan YDP PAS Kuala Kangsar, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss


anak-anak muda sangat teruja mendengar ceramah UAI

Puluhan ribu hadir

Berpusu-pusu rakyat mahu bersalaman dengan UAI

Imam Muda Jabbar turut hadir semalam.

Politik Ganas: Cermin kereta YDP PAS Pekan kena pecah

http://pahangdaily.blogspot.com/,18 Sep 2012

Panas: 'Politik Ganas' Kini Makin Menular, Kereta Milik YDP PAS Pekan Pula Telah Di Pecah Cermin !

PEKAN, 17 Sept - Sebuah kereta milik Yang Di Pertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf (foto) telah dirosakkan oleh individu yang tidak dikenali lewat awal pagi tadi. Kenderaan beliau dari jenisKia Spektra itu telah dibaling dengan batu-bata menyebabkan cermin belakangnya pecah. Perbuatan khianat itu dipercayai berlaku sekitar jam 1.30 pagi dan terdapat saksi yang mengatakan penjenayah terbabit merupakan seorang dewasa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5. Beliau dikatakan telah masuk ke rumah mangsa dan melontarkan dua biji baru bata. Salah satu daripadanya terkena cermin belakang dan satu lagi terkena pada bumbung dan bahagian depan kereta berkenaan. Menurut sumber, sebelum ini kejadian yang sama telah menimpa kenderaan anak saudara beliau turut dipecahkan cermin ketika ia diletakkan di hadapan rumahnya. Dua kejadian yang berlaku ini menimbulkan satu persoalan, apakah ia bermotifkan politik atau sekadar perbuatan khianat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sementara itu laporan polis telah di buat oleh PAS Pekan selepas kejadi itu awal pagi tadi. Kejadian yang berlaku ini sungguh mengejutkan kerana ia melibatkan pimpinan tertinggi PAS di kawasan parlimen yang diwakili oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Nampaknya kini budaya samseng dalam berpolitik sudah semakin menular dan berada ditahap yang paling serius. Kejadian yang menimpa YDP PAS Pekan itu kemungkinan besar adalah untuk menakut-nakutkan beliau dan keluarganya, tambahan pula Pilihanraya Umum Ke-13 kian hampir sekarang ini. Apapun, mujurlah tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian ini. Manakala itu, menurut Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Pahang (MTRP), Syed Ali Al-Habshe beliau percaya perbuatan itu adalah tindakan khianat oleh seteru politik pemimpin PAS terbabit. "Harap.. jangan amalkan budaya politik ganas dan kejadian ini mungkin disebabkan oleh tindakan ektrimis pihak lawan. Marilah kita sama-sama solat hajat minta Allah berikan petunjuk kepada pihak terbabit. Polis juga diharap dapat bertindak secara adil siasat kes ini",katanya.


Ustaz Abu Kassim menunjukkan cermin belakang keretanya yang dipecahkan

[Kejadian yang berlaku ini dilihat pasti akan menjatuhkan imej UMNO BN di mata rakyat walau pun mungkin bukan ahli mereka yang melakukannya. Biar pun mungkin mereka menafikan, namun berdasarkan kepada modus operandi yang dilakukan ia menjurus ke arah itu. Jika tidak mana mungkin dua kejadian yang sama dilakukan terhadap orang yang sama dan mempunyai pertalian suadara seperti ini. Sebelum ini, adengan memualkan ini dapat disaksikan di ceramah-ceramah, kemudia terbawa-bawa ke lokasi sesuatu program. Terkini melibatkan kejadian simbah cat pula dan akhirnya tindakan biadap ini pula dilakukan. Ia sesuatu yang tidak wajar dan sepatutnya tidak dilakukan jika negara kita mengamalkan politik yang sihat. Namun, bagai direstui maka akhirnya berlakulah kejadian yang tidak diingini seperti ini sebenarnya. Moga pihak polis dapat melakukan tindakan secara profesional untuk mengesan penjenayah terbabit. Semoga Ustaz Abu Kassim tetap tabah menghadapi musibah ini].


Pasti kini jadi pilihan masyarakat

Rizal Tahir,18 Sep 2012
PENGKALAN CHEPA: Permintaan masyarakat bukan Islam terhadap pendidikan pra sekolah Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti), begitu membanggakan kerana penekanan pendidikan akhlaknya.

Ketua Pengarah Jabatan Pasti Malaysia, Hassan Abdullah, berkata, pelbagai kaum di negara ini sama ada India, China malah yang beragama kristian juga turut berminat menghantar anak-anak mereka di Pasti.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penutup Alam Ria Pasti Malaysia 2012, di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini semalam.

Menurutnya, lebih membanggakan beberapa orang masyarakat bukan Islam khususnya di Perak memohon Pasti khas dibuka untuk mereka.

“Mereka memerlukan pendidikan akhlak, mereka yakin pendidikan akhlak yang kita didik telah mempengaruhi kanak-kanak khususnya bila memasuki tahun satu.

“Inilah kejayaan kita, kerana itu mereka meminta kelas Pasti khas untuk mereka, tanpa mengajar hafazan sebaliknya menekan akhlak dan adab-adab sopan yang lain,”ujarnya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau memberitahu pelbagai pembaharuan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menjayakan hasrat pendidikan Pasti menjadi pilihan nombor satu masyarakat Malaysia.

Katanya, antara lain penubuhan Nurul Quran tahun hadapan sebagai kaedah terbaru belajar al-Quran selain qiraati atau iqra’.

“Buku ini telah dicetak untuk digunakan tahun hadapan,”ujarnya.

Kelantan tahun ini diberi peluang menjadi tuan rumah Alam Ria Pasti peringkat Malaysia.

Sementara itu, Pasti Negeri Selangor muncul johan keseluruhan sempena alam ria itu.

Selangor dipilih sebagai juara memandangkan beberapa acara pertandingan lain telah menduduki tempat kedua dan ketiga selain johan dalam pertandingan deklamasi puisi pelajar perempuan.


HARUMAN UNTUK KERETA DAN RUMAH PELBAGAI JENIS


 
Diperbuat daripada pati minyak wangi import yang bermutu, halal, tanpa campuran alkohol, minyak puteh atau air, pekat membuatkan aromanya lebih kuat dan tahan lebih lama sehingga 60 hari. Juga bertindak sebagai penyah bau busuk dan hapak.
Sesuai digantung di dalam kereta dan rumah bagi menyegarkan udara dan menghidupkan suasana.
Elak dari terkena perkakasan kereta dan rumah.
NOTA : Berwarna haruman baru disenaraikan
 
REFFRAGRANCES
1English Rose
2Grape
3Green Apple
4Green Tea
5Lavender
6Lemon Tree
7Lullaby
8Pomelo
9Pot Pouri
10Strawberry
11Tutti Frutti
12Vanilla Bouquet
13White Gold
14White Flowers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...