Thursday, November 24, 2011

Calon SPM ditangkap khalwat

Oleh : Wartawan Sinar Harian

Tarikh : November 24, 2011

LEDANG – “Saya hanya berehat dan menonton televisyen di bilik ini.”

Demikian alasan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila dicekup berkhalwat bersama pasangannya oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), awal pagi semalam.

Remaja perempuan berusia 17 dan pasangannya berusia 27 itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12.30 pagi ketika sedang berdua-duaan di dalam sebuah bilik di bengkel jentera di Serom 6, Sungai Mati, di sini.

Pelajar itu juga mendakwa dia datang ke bilik teman lelakinya itu sekadar untuk mengisi masa lapang kerana tiada kertas peperiksaan yang diduduki pada hari tersebut, selain akan pulang ke rumah di Muar sebaik sahaja selesai berehat di bilik itu.

Manakala, teman lelakinya adalah duda beranak dua dan baru sahaja bekerja di bengkel itu sejak sebulan lalu.
Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguatkuasa, Zainal Kadiran memeriksa bilik di bengkel itu.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya berseluar dalam membuka pintu.

“Para penguat kuasa hanya me­nunggu kira-kira dua minit sebelum lelaki itu membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan menemui seorang remaja perempuan memakai baju-T dan berseluar pendek sedang baring di atas tilam,” katanya kepada Sinar Harian.

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Mati untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing.

“Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

kata aku : moga Allah pelihara diri ku dan ahli2 keluarga dari fitnah sebegini...
Rakyat tolak ‘khurafat’ dipertahankan Umno

Aslani M

TUMPAT, 24 Nov: Unsur ‘khurafat’ kononnya hanya Umno mampu mentadbir negara yang dipertahankan pemimpin parti itu sejak 54 tahun lalu, kini semakin hilang.

Ini dibuktikan di Kelantan sejak 21 tahun lalu rakyat memilih ketuanan Islam yang ternyata mampu melahirkan kesejahteraan kehidupan rakyat.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, ‘khurafat’ yang bermati-matian dipertahankan pemimpin Umno sebelum ini sudah tidak lagi diendahkan rakyat.
“Umno dok jaja hanya merekalah yang mampu mentadbir negara buat selama-lamanya, kononnya parti lain tidak ada kemampuan.

“Sebaliknya rakyat Kelantan membuktikan mereka sudah lama menolak ‘khurafat’ peninggalan Umno sejak pilihan raya 1990 sehingga sekarang,” katanya pada ceramah isu semasa di Dataran Pasir Pekan malam semalam.

Hadir sama Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, aggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi dan Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim.

Orang ramai tetap memenuhi ruang tempat ceramah biar pun hujan lebat sepanjang hari.

Mohamad berkata, pemimpin Umno sejak merdeka lagi melaungkan dogma tanpa Umno rakyat negara ini tidak akan menikmati pembangunan.

Bagaimanapun katanya, Kelantan yang bukan ditadbir Umno sejak lebih 21 tahun lalu juga membangun pesat seperti negeri-negeri lain.

“Umno mendabik dada sebenarnya kerana sejak dahulu sehingga sekarang mereka bergantung kepada undi pos, pengundi di Felda, Felcra dan sokongan rakyat Sabah serta Sarawak,” ujarnya.

Kamaruddin pula berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan begitu rimas sekarang sehingga teragak-agak mahu menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13.

Katanya, kalau sebelum ini geger diperkatakan Perdana Menteri gemarkan tarikh 11.11.2011 untuk membubarkan parlimen, namun tidak pula menjadi kenyataan.
”Presiden Umno dilihat seperti takut sekarang, lagi lama menduduki kerusi Perdana Menteri musuhnya bertambah ramai.

”Musuh bukan sahaja berada di luar, sebaliknya berada dalam Umno sendiri. Malah, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyebut Umno busuk sehingga ke usus,” katanya.

Friday, November 18, 2011

HULU LANGAT : SAMPAH DAN SAMPAH DAN SAMPAH...BILA AKHIRNYA...

SAMPAH PEKAN BT18 , HULU LANGAT KAMPUNGKU


Kepada mereka yang terlibat membuang sampah dikawasan ini,tolong fikirkan kesan pencemaran alam sekitar.Terutama pencemaran bau yang terpaksa dihadapi oleh penduduk sekitar. Disana terdapat kawasan perumahan dan kedai makan...sekarang disini sudah jadi lokasi pembiakan nyamuk dan lalat. Tikus-tikus dah lama membesar disini.Perkhidmatan mengangkut sampah tak tentu masa.Kekadangkala sampah mengunung,melambak ketepi sungai,dengan air busuk mengalir kesungai langat yang menjadi sumber minuman rakyat Selangor...fikir-fikirkan lah.............
pemandangan yang menjijikan....ditepi jalan utama menuju ke distinasi perkelahan....Pangson.


Baki sampah dikutip....sisa-sisa ini terbiar membusuk, mengotorkan bahu jalan,saban minggu ribuan pengunjung dari segenap pelusuk melalui jalan ini menuju ke distinasi perkelahan Sg.Congkak Pangson...


bila didesak,sampah dah mengunung barulah kontraktor datang memugut...itu pun baki sampah berselerak menjadi habuan binatang liar......penduduk terpaksa menyedut udara busuk yang tercemar.....SALAH SIAPA ? MPKJ.....KONTRAKTOR ? aduan telah dibuat kepada semua pihak berkenaan malangnya tiada tindakan tegas yang diambil. Masyarakat setempat sering mengadu..kesian mereka yang tinggal berdekatan...

credit to http://alqolammohamad.blogspot.com/2011/11/sampah-pekan-bt18-hulu-langat.html

MB S'gor: Tiada pilihan raya negeri hingga Jun 2012

Sumber Malaysiakini


MB S'gor: Tiada pilihan raya negeri hingga Jun 2012

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor jika pilihan raya umum diadakan sebelum Jun 2012.

"Saya sebagai Menteri Besar hari ini menyatakan pendirian kerajaan negeri bahawa jika pilihanraya umum dilakukan kurang enam bulan maka kita tidak akan sertai tetapi jika sebaliknya negeri Selangor akan bersama dalam pilihan raya itu.
"Ini adalah ingin memastikan segala apa yang kita janjikan pada belanjawan kali ini dapat dipenuhi sepenuhnya serta rakyat dapat menikmati apa yang telah kita janjikan.

"Banyak yang kerajaan negeri telah janjikan dan kita mahu pastikan ia dapat dilaksanakan sepenuhnya," katanya selepas majlis penutup sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Pada sidang akhbar itu, Abdul Khalid juga menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat Selangor tidak yakin akan memenangi pilihan raya itu.

"Kita kena fikir positif dan apa yang dilakukan ini adalah untuk kebaikan, untuk apa kita berbahas tentang bajet dan sebagainya jika kita turut sama dalam pilihan raya sehinggakan apa yang dijanjikan pada belanjawan kali ini tidak dapat ditunaikan sepenuhnya," katanya.

Pada masa yang sama Abdul Khalid juga meminta setiap pihak menghormati intitusi di negeri ini terutamanya Institusi Raja, Dewan Negeri, Kerajaan Negeri dan rakyat.

"Sebagai menjadikan sebuah negeri yang harmoni setiap pihak perlu bekerjasama tanpa ada sebarang sikap prasangka dan yang perlu dilakukan oleh wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat adalah melaksanakan apa yang telah diamanahkan," katanya

credit to http://tranungkite.net/v11/index.php

Thursday, August 4, 2011

COKLAT PENYUBUR MINDA ANAK-ANAK

http://www.coklatminda.com/abangchoc

COKLAT MINDA jenama Hijrah adalah satu produk pemakanan yang unik dan berinovasi. Ianya dihasilkan melalui adunan pemakanan yang mempunyai nilai khasiat semulajadi, halal dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Pemakanan. Sangat berkhasiat serta memenuhi keperluan diet seorang pelajar. Dalam bentuk tablet, mempunyai rasa yang enak/sedap, senang dibawa kemana-mana, pengambilan (kunyah ianya lembut) dan penyimpanan yang mudah.


Coklat Minda mampu bertindak sebagai pemuliharaan EQ dari aspek:

Khasiat pemangkin (catalyst) yang berupaya mempertingkatkan daya penguasaan kebijaksanaan perasaan.

Khasiat perangsang (stimulator) yang boleh menambah keupayaan penggunaan kedua-dua kemahiran perasaan (mental) dan kemahiran lahiriah (jasmani) secara semulajadi di dalam diri pelajar itu sendiri.

Khasiat penjana (energizer) yang mampu membekalkan tenaga secara semulajadi untuk proses pembelajaran yang memerlukan tahap tumpuan yang tinggi secara istiqamah dengan keupayaan mengawal perasaan dan minda dengan bijaksana tanpa perhatian dan kawalan berlebihan oleh pihak lain.

Membekalkan sumber pemakanan yang lengkap dan seimbang dengan khasiat yang amat diperlukan oleh tubuh, khususnya untuk keperluan organ otak bagi menjana emosi yang stabil serta minda yang cerdas dan cergas.

Khasiat Dan Kebaikan

1. Meningkat dan Menguatkan minda

Anda seorang pelajar dan sentiasa memerlukan daya konsentrasi yang baik, tetapi anda cepat lupa maklumat yang telah dibaca atau tidak fokus apa yang diajar oleh guru.

2. Mengatasi fobia

Anda juga mengalami fobia dan sentiasa di dalam tekanan. Semasa peperiksaan anda sering rasa gugup, masih berdebar-debar dan ‘blank’ walaupun telah membuat persiapan awal untuk menghadapi peperiksaan.

3. Memulihkan fikiran yang lemah

Fikiran terasa begitu lembab/kosong, kurang daya kreativiti dan berfikiran negatif, tidak ceria (pemarah/pemalu/rendah diri) kerana kurang berinteraksi.

4. Mengekang rasa give up.

Rasa ‘give up’ walaupun perkara yang mudah, senang tetapi terasa begitu susah dan cepat mengaku kalah

Impak Awal Semasa Pengambilan Produk

Fikiran terasa segar dan mampu berfikir dengan lebih tenang.

Mudah mengimbas kembali maklumat yang dibaca.

Keupayaan belajar akan lebih bertenaga, mampu mengekalkan konsentrasi untuk jangka waktu yang lebih lama.
Pemulihan ‘mood’ kepada lebih ceria dan positif. Rasa lebih bersemangat dan yakin boleh.


Coklat Minda Dot Com

Wednesday, March 23, 2011

Hakim ubah keputusan, kini terima sampel DNA Anwar bahan bukti

Oleh Shazwan Mustafa Kamal



KUALA LUMPUR, 23 Mac — Mahkamah Tinggi hari ini mengubah keputusan dibuat dua minggu lalu dengan membenarkan tiga barang dan sampel DAN diterima sebagai bukti dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah juga memutuskan bahawa penahanan Anwar pada 16 Julai 2008 adalah sah.

Pada 8 Mac lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Ketua Pembangkang itu untuk menggugurkan tiga barang yang diambil dari sel tempat beliau ditahan semalaman pada 16 Julai 2008, daripada dijadikan sebagai bukti.

Turut digugurkan ialah sampel yang diambil daripada barangan itu yang menurut pihak pendakwa adalah sepadan dengan profil DNA “lelaki Y”, yang air maninya ditemui dalam dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu Anwar.

Mohd Zabidin mendapati tiga barang itu — sehelai tuala kecil ‘Good Morning’, satu botol air mineral dan satu berus gigi — telah diperoleh secara tidak sah.

Minggu lalu, pihak pendakwaan berhujah bahawa Mahkamah Tinggi boleh dan patut membenarkan permohonannya bagi dikeluarkan perintah supaya Anwar memberikan sampel DNA beliau.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden berkata permohonan itu mungkin tidak pernah dibuat sebelum ini tetapi dibenarkan mengikut undang-undang manakala Akta Keterangan 1950 memberikan kuasa kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah itu.

Pihak pendakwaan mahukan sampel daripada Anwar untuk dibandingkan dengan profil “lelaki Y” yang ditemui dalam dubur Mohd Saiful.

Hari ini, Mohd Zabidin menambah, langkah mengemukakan waran tangkap oleh pendakwa membuktikan bahawa penahanan Anwar adalah dalam lingkungan perundangan.

“Sekarang, ekoran bukti IO dan pegawai yang menahan, penahanan adalah sah,” kata hakim.

“Penahanan tertuduh tidak lagi boleh dikatakan sebagai dibuat untuk mendapatkan DNA (secara tidak sah)... mahkamah membenarkan barang-barang tersebut dikemukakan sebagai bahan bukti,” kata hakim lagi.

Mahkamah bagaimanapun menolak satu lagi permohonan agar Anwar diarah menyerahkan sampel DNA dengan hakim berkata, tiada kes-kes perundangan untuk menyokong permintaan tersebut.

“Permohonan untuk memaksa tertuduh untuk menyerahkan DNA ditolak,” kata Mohd Zabidin.

Suara Anwar dapat didengar jelas dalam persekitaran bilik mahkamah yang sunyi ketika keputusan dibacakan.

“Adakah anda benar-benar terkejut? Anda benar-benar...?” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat itu dengan menoleh ke arah pemberita selepas keputusan diumumkan.

Keputusan 8 Mac lalu bermakna keterangan yang diberikan ahli kimia Nor Aidora Saedon yang mengambil sampel daripada barangan tersebut tidak akan diterima sebagai keterangan.

Begitu juga dengan keterangan ketua makmal forensik Polis Diraja Malaysia di Cheras, Supt Hamidon Adnan, yang telah mengambil tiga barang itu dari sel di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur.

Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ketika bercakap kepada pemberita kemudian, Anwar berkata beliau percaya hakim berhadapan dengan tekanan untuk membuat keputusan hari ini.

“Saya tidak secara total terkejut selepas tuntutan awam terbuka oleh (Datuk Seri) Najib (Razak) dan permintaan Kabinet agar DNA saya diambil,” kata Anwar.

Peguam Anwar, Karpal Singh juga melahirkan kekecewaan ekoran keputusan hari ini.

Karpal masih mempertahankan tahanan Anwar pada 16 Julai 2008 dan pemerolehan bukti untuk sampel DNA tidak sah.

“Penahanan adalah salah, ia bertentangan dengan peraturan lokap, cara sampel DNA diperoleh adalah tidak sah,” kata Karpal.

Perbicaraan disambung esok dengan pendakwa akan memanggil Nor Aidora dan Amidon Anan.

kata aku.:. pening la rakyat gini, tiada kredibiliti langsung...I'AM THE LAW?....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...